Sehari suntuk dia bermenung sedih di tebing sungai sehingga didekati oleh seorang penduduk tempatan. Macam ada daya tarikan antara Lu Zon dengan Ta Galog apabila pertama kali mereka bertemu. Semacam kehilangan Lu Ji digantikan dengan Ta Galog. Kerana kesedihan yang begitu nyata, Ta Galog tidak menyifatkan Lu Zon sebagai orang asing yang perlu dicurigai. Lagi pula Lu Zon tampak seperti orang kebingungan. Sifat kemanusiaan Ta Galog mengatasi kebimbangan terhadap puak-puak yang membunuh dan menjadikan kepala yang dipenggal sebagai hadiah cenderahati. Puak pemburu kepala sememangnya ganas kerana menginginkan tohnya. Toh yang berupaya menawarkan pestaka sehingga mengusir segala petaka pada pemilik dan penerima. Ta Galog pernah bercerita mengenai pemburu kepala ketika mengajak Lu Zon bermalam di penempatan mereka. Percakapan antara Lu Zon dengan Ta Galog banyak dibantu dengan bahasa isyarat. Namun, Pengkhayal dapat mendengar beberapa patah perkataan yang sama antara bahasa orang Ma dengan bahasa yang digunakan Ta Galog. Apabila Ta Galog mengajak inum, Lu Zon membalas dengan minum. Semasa Ta Galog mengajak ka-in, Lu Zon faham Ta Galog mengajak makan. Orang Ma Lanyu pun menyebut makan. Di mata Pengkhayal, dia menggambarkan bagaimana perkataan makan itu dikaitkan naluri anak-anak mencari emak yang bermula dengan suku kata ma, dan kan ialah gerakan hujung lidah ke lelangit, penutupan mulut, dan pengacipan gigi setelah menerima makanan daripada emak. Demikianlah Pengkhayal mengutarakan bahasan dalam debat etimologi dan filologi di akademi tempat dia bekerja. Dia meneruskan pengkhayalannya.
Lu Zon semasa menghampiri tempat kemalangan, bagaikan diatur Pengkhayal, tiba-tiba sahaja kesedihan menerpa ke sukmanya. Dia diimbau rasa sayu yang mendalam. Seketika dia memejamkan mata sambil memeluk bahu Ma Teh untuk berkongsi sedih dalam rintihan pitu. Ma Teh, tempatnya kini berpaut sedih. Kesayuan cepat menghilang dalam dakapan hangat Ma Teh. Setelah kehibaan mereda, dia mengarahkan awak-awak berhenti mengayuh dan menjatuhkan sauh ke dasar sungai. Di situ, mereka memberikan penghormatan buat sejenak masa pada semangat Lu Ji. Semangat orang mati menurut kepercayaan orang-orang Ma masih berlegarlegar jika upacara pujaan semangat tidak dilakukan. Semangat ghaib Lu Ji dapat dirasakan oleh semua anggota keluarga terdekat. Ma Lu menangis hiba, Pa Lu menenteramkannya. Di kapal Ta Galog, Ma We turut bersedih setelah diberitahu tentang lokasi abangnya terkorban. Ikut menyertai upacara sembahyang semangat itu ialah semua awak-awak daripada kedua-dua kapal. Sebahagian daripada mereka tidak pun mengenal Lu Ji, namun semangat orang mati senantiasa dihormati oleh orang-orang Ma Lanyu. Begitu juga Ta Galog.
Sejak memasuki muara Sungai Cagayan, mereka menurunkan layar kerana arah angin yang tidak menentu. Kapal mereka hampir menyanggah tebing sungai. Berikutan itu, mereka melipat layar. Layar tidak digulung seperti dulunya. Layar dilipat pada alang-alang layar sehingga tersusun rapi. Lagi pula, layar tanpa alang-alang mudah robek dan bocor. Pengetahuan itu mereka pelajari dengan hati perahu layar orang-orang Utsul dari Hainan dan orang Han di llha Formosa. Orang-orang Ma Lanyu tidak lagi menggunakan kulit binatang sebagai layar. Mereka memperoleh helaian kain tebal yang lebih sesuai dibuat layar. Pertukaran bahan merupakan anjakan kemajuan. Apalagi bagi orang Ma Lanyu yang mudah menerima perubahan. Perubahan-perubahan itu merupakan unsur terpenting dalam mengorak langkah ke arah kemajuan dan kejayaan. Layar-layar itu dijahit rapi oleh wanita-wanita Ma Lanyu dengan menggunakan jarum gangsa. Jarum gangsa ialah satu daripada barang dagangan yang dijual pedagang-pedagang Utsul kepada orang-orang Ma Lanyu. Jarum gangsa lebih kuat dan tahan lama dibandingkan jarum tulang. Sekali lagi Pengkhayal mendapati bahawa orang-orang Ma Lanyu ialah orang-orang yang cepat menerima perubahan. Baik barangan, pakaian mahupun perkataan-perkataan baru yang dibawa orang-orang Utsul. Jika tidak bertentangan dengan kepentingan mereka,akan diterima sepenuh atau diterima sebahagian dengan sedikit pengubahsuaian. Semuanya menyusup dalam amalan harian yang akhimya menjadi budaya asli yang dianuti oleh generasi berikut tanpa menyedari asal usulnya. Demikian juga dengan jarum yang diperbuat daripada gangsa. la cepat menjadi pilihan wanita-wanita Ma Lanyu. Lamakelamaan, jarum gangsa menggantikan jarum yang dibuat daripada tulang binatang. Dan, pada zaman generasi mendatang, tidak siapa pun menggunakan jarum tulang. Malah, banyak kelengkapan harian seperti sikat, batang senduk, rantai dan kalung diperbuat dan diukir daripada tulang-tulang haiwan. Dahulunya, untuk membuat jarum tulang, orang-orang Ma Lanyu meraut tulang-tulang jari primat sehingga berbentuk jarum dengan hanya menggunakan pisau batu yang tajam. Dengan cara yang samar orang-orang Ma Lanyu membuat jarum untuk menyulam jala ikan. Kerja tangan orangorang Ma Lanyu sangat halus dan kukuh. Sebab itu layar keduadua kapal tidak robek lagi biarpun angin kencang telah mencabar kerapian dan keutuhan jahitannya. Bermula dengan sebatang jarum, layar dapat dikembangkan untuk membawa nenek moyang bangsa Pengkhayal meneroka lautan di selatan buana. Apabila Pengkhayal melakukan ekskavasi di tapak arkeologi di gua-gua laluan migrasi, dia selalu mencari jarum gangsa yang sangat simbolik itu. Dia tidak berharap menemui jarum tulang kerana terlalu kecil untuk bertahan ribuan tahun.
Dan, ketika menyusuri Sungai Cagayan, layar kedua-kedua kapal telah diturunkan. Orang-orang Ma Lanyu mengayuh dayung untuk mudik ke hulu Sungai Cagayan. Mereka melakukannya semasa air pasang. Apabila air mulai surut mereka menjatuhkan sauh batu yang diikat dalam anyaman karung kukuh yang diperbuat daripada kulit pokok. Mereka berehat dan sebahagian awak-awak bersama-sama Lu Zon turun ke tebing sungai untuk meninjau Lembah Cagayan. Mereka dibantu oleh Ta Galog dan Maranau yang mengikut kapal layar Ta Galog setelah mereka singgah ke Pulau Bataan. Dalam peninjauan di sebelah barat tebing Sungai Cagayan, tidak kelihatan orang tempatan yang ditemui. Ta Galoglah yang mencadangkan agar Lu Zon dan orang-orang Ma Lanyu meneroka di sebelah barat Sungai Cagayan. Kerana bimbang akan timbul konflik dengan penduduk tempatan yang tinggal di sebelah timur Sungai Cagayan. Pengasingan itu penting untuk menghindarkan rebutan kawasan tanah.
Ikut meninjau bersama-sama Pa Lu ialah orang-orang tua yang berpengalaman dalam penanaman padi. Turut mengiringi rombongan peninjau, Pa Ngit, Pa Ngin dan pawang tanah yang dipanggil Pa Nah. Mereka memeriksa kesesuaian tanah dan meninjau aliran sungai-sungai kecil yang bermuara ke Sungai Cagayan. Pengkhayal melihat orang-orang muda Ma seperti pemuda-pemuda di kampung halamannya termasuk dirinya yang alergi dengan sawah bendang. Mereka tidak lagi pernah menanam padi, kecuali orang-orang Ma asal Pulau Lanyu. Yang menarik pada pendengaran Pengkhayal apabila perkataan tanah diucapkan berulang kali oleh orang-orang Ma Lanyu. Perbuatan Pa Nah mengkaji tanah menarik perhatian Pengkhayal. Apabila mereka sampai ke satu lokasi, Pa Nah menggenggam contoh tanah lalu dibuka genggaman itu. Daripada deria yang ada di jari-jemarinya itu, pawang tanah itu akan memberikan pandangan tentang kesesuaian tanah untuk tujuan dan maksud tertentu. Daripada penelitian spontan Pa Nah sahaja, telah menerbitkan banyak nama tentang jenis-jenis tanah. Pa Nah juga mengesahkan kawasan yang tanahnya sesuai untuk dibuat mangkuk, periuk dan bekas-bekas daripada tanah liat. Dia memicit contoh tanah lumpur sambil berasa kelicinan isinya ketika lumpur itu keluar di celah-celah jarinya. Semua tabii itu diperhatikan oleh Pengkhayal dengan rasa bangga. Betapa pengkaji-pengkaji awal membohongi dunia mereka. Mereka memasukkan bangsa Pengkhayal ke dalam sangkar ilmu lalu dikaji menurut agenda raya mereka. Dan, berduyun-duyunlah anak bangsa Pengkhayal terpaksa belajar dan mengkaji budaya, aspek sosial, psikik, bahasa dan sastera bangsa mereka sendiri. Anehnya, untuk belajar mengenai diri mereka sendiri, mereka diasuh oleh pengkaji Barat atau ilmu yang dicipta oleh penjajah yang berusaha menjamin penguasaan mereka, sebelum dan selepas kemerdekaan. Pengkhayal menjadi muak dengan semangat ilmuwan tempatan yang begitu ghairah merujuk pakar-pakar Barat mengenai hal-hal yang dekat dengan bahasa dan budaya mereka sendiri. Malah, Pengkhayal pernah membantah apabila bangsanya mengadakan seminar kesusasteraan tradisional dalam bahasa penjajah di bumi Pengkhayal yang merdeka. Sedangkan, pengkaji-pengkaji Barat yang hadir semuanya petah dan mahir menggunakan bahasa Pengkhayal. Tidakkah ini suatu kegilaan Pengkhayal selalu dipercayakan bahawa bahasanya yang asli mempunyai hanya beberapa perkataan yang boleh dihitung dengan jari. Malah, perkataan-perkataan itu tidak melebihi jumlah jari di tangan. Betapa Pengkhayal menyedari bahawa pengkajipengkaji awal bangsa Pengkhayal merendah-rendahkan keaslian bahasa Pengkhayal. Namun, dalam tinjauan filologi Pengkhayal, dakwaan demikian tidak benar. Nyata, indoktrinasi mereka telah meresap dalam benak ramai pemuka-pemuka bangsa Pengkhayal. Mereka ini selalu memandang rendah terhadap bahasa mereka sendiri. Bahasa Pengkhayal kononnya tidak kompeten untuk menjadi bahasa pengantar pendidikan ilmiah yang tinggi. Kewujudan dan penggunaan bahasa Pengkhayal untuk mengajar ilmu-ilmu tinggi pada anak bangsanya dianggap tidak lagi relevan dalam zaman globalisasi di dunia adipolar. Pengkhayal selalu menghujahkan, yang tidak kompeten itu ialah bangsa itu sendiri, bukan bahasa mereka. Mereka berjaya mengembangkan bahasa itu menjadi bahasa moden hanya di atas kertas. Namun, dari segi amalannya mereka gagal dalam pelaksanaan meskipun semua ramuan dan rumusan untuk memartabatkan bahasa mereka itu sudah tersedia. Sayang sekali, keazaman untuk mengangkat bahasa itu sudah luntur. Pengkhayal hairan mengapa pemuka-pemuka bangsa Pengkhayal apabila bercakap mengenai pencapaian ekonomi peribumi, mereka mengungkit-ungkit kontrak sosial yang dimeterai oleh pejuangpejuang kemerdekaan. Tidak pula mereka mahu mempertahankan kontrak sosial mengenai status bahasa ibunda yang diperjuangkan dalam sumpah dan janji pemuda pemudi prakemerdekaan. Sumpah dan janji pemuda pemudi pejuang bahasa tidak dikotakan. Hanya ekonomi peribumi dalam ringgit dan sen yang diperjuangkan oleh mereka.
Sepanjang peninjauan di Lembah Cagayan, rombongan Lu Zon, Pa Lu dan pawang-pawang Ma Lanyu kerap bertanya tentang nama-nama sungai dan bukit kepada Ta Galog. Penghormatan tetap diberikan kepadanya. Ta Galog merupakan sumber rujukan mengenai nama sungai-sungai dan bukit-bukit yang tampak nun jauh di hujung lembah. Pengkhayal terus merakamkan banyak interaksi linguistik antara Ta Galog dengan orang-orang Ma Lanyu. Begitu juga pengikut-pengikut Lu Zon, banyak sekali bertukar perkataan dalam persetujuan dan perjanjian bahasa yang terjadi secara semula jadi. Demikianlah rancaknya tukaran kata-kata antara beberapa etnik yang dibawa oleh kekuatan alam yang menemukan mereka. Lu Zon banyak menerapkan istilah-istilah dan nama-nama yang dinyatakan oleh Ta Galog. Lu Zon pula akan mengesahkannya. Apabila Lu Zon sudah mengatakan itulah namanya, semuanya akan akur. Begitu jugalah dengan Ta Galog. Dia pun banyak menyerap perkataan-perkataan baharu daripada orang-orang Ma Lanyu yang kemudiannya diperkenalkan pula dalam pertuturan apabila dia kembali ke pangkuan kelompok masyarakatnya. Bagi Lu Zon, dia terus giat menggabungkan perkataan Ma llha Formosa dan pinjaman bahasa isterinya, iaitu Ma Lanyu. Sudah tampak dari sejak singgah di Pulau Bataan dan Pulau Babuyan, Lu Zon memperkenalkan dirinya bagai Ma Lanyu kepada orang-orang Aeta. Maranau saudaraTa Galog membawa Lu Zon bertemu dengan orang-orang Aeta agar pelayaran-pelayaran mendatang tidak menimbulkan masalah.
Pengkhayal menyedari sintesis bahasa dalam diversiti percabangannya sudah bermula. Ada tokoh antara manusia purba yang menjadi agen pengayaan bahasa yang pula mempunyai penurut dan pengikut. Lahirlah bahasa Malayonesia yang majmuk dan pluralistik, merentasi Asia Tenggara, Nusantara, Mikronesia dan Polinesia. Daripada ribuan bahasa Malayonesia, bahasa Pengkhayal berkembang unggul sebagai mutiara antara pelbagai bahasa etnik. Mutiara itu meskipun dalam lipatan tangan sendiri; tidak terserlah sirnanya di mata mereka yang memakai kaca mata kelam dan gelita. Demikian kiasan Pengkhayal terhadap anglofilik yang menjadi penyokong handalan globalisasi. Bangsa Pengkhayal dihindukan melalui bahasa Tamil Pallavian, dibuddhakan melalui bahasa Sanskrit, diislamkan melalui bahasa Arab, serta dijajah dan dijadikan budak globalisasi melalui bahasa Inggeris. Bangsa Pengkhayal tidak pernah mencipta agama apa pun. Dari awal, bangsa Pengkhayal ditakdirkan menjadi pengguna tamadun yang dibina di luar dunianya. Kerana bangsanya senantiasa membuang apa yang dimilikinya dan menyarung sesuatu dari luar.
Akhimya, Lu Zon dan rombongannya sampai ke Gua Musang.Ta Galog dan Ma We ikut bermalam di Gua Musang. Dalam perjalanan ke Gua Musang, Ma Teh dan Ma We yang mengandung itu terpaksa diangkat dengan usungan setelah mereka tampak letih. Sebahagian kecil awak-awak tinggal di kedua-dua kapal untuk menjaga keselamatan. Mereka tidak mahu kapal-kapal itu hanyut dibawa arus sungai. Sekiranya terjadi, ada awak-awak di atasnya. Mereka mampu menanganinya. Soal makan tidak menjadi masalah. Tahutahulah mereka mencari makanan sendiri. Sungai Cagayan itu kaya dengan ikan-ikan air tawar, selain pemangsa-pemangsa seperti buaya. Mereka terus diingatkan agar berhati-hati.
Memang benar terdapat banyak musang di Gua Musang. Apabila terbau pergerakan manusia, musang-musang itu terus beredar ke gua-gua lain yang berhampiran. Terdapat satu lagi gua yang boleh dihuni manusia, iaitu Gua Duyung. Di mata Pengkhayal, dia melihat kesamaan nama Gua Musang yang terdapat di sebuah negeri di pantai timur semenanjung negaranya. Dan, Pulau Duyung juga terdapat di sebuah negeri berjiran. Jadi, perkataan musang dan duyung telah berhijrah bersama-sama penutur-penuturnya. Perkongsian istilah memperlihatkan susur galur yang sahih di mata Pengkhayal. la merupakan bukti genealogikal bagi keturunan istilah yang malah boleh dianggap sebagai klon bagi perkataan musang dan duyung. Bagaimana dua perkataan ini berada di dua lokasi yang mempunyai jarak ribuan kilometer serta lautan luas di selatan Dataran Besar yang ikut memisahkannya, mampu wujud sehingga kini, bahasa Si Pengkhayal. Pasti ada pembawanya yang terus menggunakan istilah itu dari keturunan ke keturunan yang berikut. Tentu juga angin monsun ikut berperanan meniupkan manusia pengguna bahasa itu bersama-sama kendera hasil kreativiti benak mereka mahupun melalui peniruan penciptaan orang Iain. Pengkhayal melihat kreativiti boleh wujud tanpa penguasaan bahasa yang canggih. Mencukupi dengan bahasa ibunda, jika ada manusiamanusia pencipta dan pengubah, maka tamadun akan tercipta selaras dengan keperluan bangsa mereka. Tetapi sayang, bangsanya ialah bangsa pengguna dan penurut. Tidak berupaya menjadi bangsa pencipta dan pendahulu. Mereka lebih suka menjadi pendahulu dalam peniruan.
Bagi orang-orang Ma Lanyu, gua tetap tempat persemadian terakhir semangat orang-orang mati yang terdahulu. Dalam keadaan darurat, mereka boleh menetap sementara di gua-gua tersebut. Ini semua sudah termaktub dalam budaya mereka. Mereka akan berpindah ke rumah-rumah apabila siap nanti. Rumah-rumah itu akan dibina berhampiran dengan tapak yang bakal menjadi sawah bendang mereka. Sekali lagi mereka menjadi peneroka tanah semula setelah tanah mereka di Ilha Formosa dirampas orang-orang Han. Kegembiraan mereka terserlah dalam keghairahan untuk menebas dan membakar kawasan yang telah dipilih oleh orang-orang tua yang berpengalaman. Tentunya, mereka memilih kawasan yang mudah ditebas dan ditebang. Tebas, tebang, takak dan bakar. ltulah amalan mereka dari dahulu di llha Formosa dan di Pulau Lanyu.
Begitu juga dengan kedudukan kawasan pertanian dipilih atas pertimbangan kejuruteraan saliran zaman purba yang harus berdekatan dengan sumber air dari anak-anak Sungai Cagayan. Kegiatan penakakan tanah dan bukit dilaksanakan dengan pemikiran kejuruteraan madya yang sudah wujud beroperasi dalam minda kritis pawang-pawang Ma Lanyu. Malah, kegiatan penakakan sudah bermula sebaik-baik sahaja mereka sampai di Gua Musang. Tanpa berlengah-lengah lagi, sejurus tiba, penerokapeneroka itu terus menebas dan menakak kawasan bukit di hadapan gua. Gua itu sedikit tinggi. Nampak lembah yang menghijau indah. Lembah itu dibelah dua oleh Sungai Cagayan bersama anak-anak sungainya. Dari awal, Ta Galog memberitahu kawasan lembah di sebelah matahari terbit itu milik orang-orang Ta Galog. Dan, kawasan lembah di sebelah matahari terbenam adalah untuk orang-orang Ma Lanyu mengerjakan tanah pertanian. Tidak siapa membangkang atau bersungut mengenai pembahagian itu. Melihat keluasan lembah itu, semua yang tiba di Lembah Cagayan pasti berpuas hati. Tidak terusaha sesiapa pun jika ditangani sendirian. Ramai yang sudah berfikir untuk membawa handai taulan dan kerabat pupu puai ke Luzon apabila angin laut beralih arah. Musim mendatang apabila angin barat daya itu menguasai lautan, maka tiupannya akan membavva kedua-kedua kapal itu kembali ke Pulau Lanyu dan llha Formosa. Tunggulah pula angin beralih arah untuk membawa rombongan baru orang-orang Ma Lanyu, orang-orang Paiwan, orang-orang Yumi orang-orang Igorot dan etnik lain di llha Formosa ke pulau impaian yang dikenali sebagai Pulau Luzon.
Sukar juga bagi Ta Galog mahu meyakinkan Ma Lu bahawa anaknya, Ma We boleh bersalin di penempatannya di sebelah timur Sungai Cagayan. Ada bidan yang mahir di situ. Dia mampu membantu Me We melahirkan anaknya dengan selamat. Ma Lu mengambil masa yang lama untuk merestui kehendak menantunya. Akhimya, dia menyetujui. Pa Lu menawarkan enam orang anak buahnya untuk mengiringi Ta Galog dan Ma We. Ma We akan diangkat dengan usungan meskipun dia masih boleh berjalan sendiri. Namun diduga, Ma We tidak mungkin meneruskan perjalanan yang jauh dengan kudratnya yang mengandung lebih enam bulan itu. Lagi pula, anak-anak buah Pa Lu akan tahu jalan hutan ke penempatan Ta Galog. Senang besok, kalau keadaan mengizinkan Pa Lu dan Ma Lu boleh bertandang ke rumah Ta Galog. Ta Galog sekali lagi meyakinkan mereka, Ma We akan berada dalam jagaan baiknya. Lu Zon merestui niat Ta Galog. Dia tidak mungkin mengiringi kerana adiknya itu sekarang sudah menjadi tanggungjawab suaminya. Dia lebih diperlukan di sini untuk menguruskan kerja-kerja penerokaan tanah di Lembah Cagayan, selain Ma Teh juga mengkehendakinya berada di sisi. Maranau juga ikut rombongan Ta Galog untuk kembali ke kampung halaman setelah bertahun-tahun merantau.
Musim berganti musim dan bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, penghijrahan orang-orang Ma Lanyu dan suku-suku orang asli llha Formosa tidak pernah berhenti. Penghijrahan sebenamya telah berlaku pada masa-masa lampau sejak masih wujudnya jambatan bumi. Pada zaman-zaman itu, pelbagai jenis diaspora telah terjadi. Diaspora iklim sahaja berbagai-bagai jenis, daripada kemarau, bencana alam, kebuluran dan wabak penyakit, hinggalah kesejukan melampau yang meranapkan piramid ekologi pemuliharaan kehidupan. Ketika piramid ekologi masih utuh, diaspora juga terjadi oleh sebab keganasan barbarisme terhadap suku-suku kaum yang lemah dan tidak berdaya. Kini, diaspora kesejukan masih mengancam, namun ia dibumbui dengan legenda dan mitos bumi impian dalam usaha meneroka tanah baru pertanian, penternakan dan pemburuan. Setiap peralihan musim, apabila arah angin berganti, ada saja perahu dan kapal layar berulang-alik menyeberang Selat Bashi dan Balintang untuk tiba di muara Sungai Cagayan. Mereka mengulangi pengembaraan nenek moyang mereka yang termaktub dalam legenda dan mitos yang didendangkan ke telinga mereka setiap malam.
Apabila angin barat daya bertiup kencang, peneroka-peneroka Pulau Luzon akan belayar pulang untuk membawa pula isteri dan anak-anak yang di tinggalkan di Pulau Lanyu dan llha Formosa. Ada teruna yang ikut merantau, kembali ke kampung halaman untuk mengahwini gadis idaman, lalu membawanya bermastautin di Pulau Luzon. Tidak kurang pula lelaki Ma Lanyu yang kahwin dengan wanita tempatan dan dibenarkan menetap di sebelah timur Sungai Cagayan bersama-sama orang-orang Ta Galog untuk samasama mengerjakan tanah pertanian.
Generasi demi generasi, penghijrah-penghijrah terkemudian sudah tidak tahu siapa itu Lu Zon dan mengapa pulau impian itu dinamakan Pulau Luzon. Yang disampaikan secara lisan, masyarakat pendatang harus membina penempatan di sebelah barat Sungai Cagayan atau dalam bahasa perjanjian purba; di sebelah matahari terbenam dari Sungai Cagayan. Selagi ada bulan dan bintang, perjanjian antara Ta Galog dengan Lu Zon menjadi pegangan dan pedoman sehingga ke anak cucu, namun lama-kelamaan Tagalog menjadi bahasa pertuturan selain sebagai kelompok manusia. Ketokohan Ta Galog diabadikan oleh orang-orang Ma Lanyu sebagai bahasa dan puak. Semuanya disebabkan karisma Ta Galog yang terserlah dan Luzon pula merupakan sebuah pulau harapan bagi penghijrah-penghijrah yang lari daripada pelbagai bencana yang menimpa mereka.
Namun, hidup tidaklah selancar seperti apa yang telah dirancang. Kemelut dan pertembungan antara puak yang menetap di bumi Luzon mewarnainya dengan tumpahan darah dan titisan air mata. la seperti juga musim, datang dan kemudian pergi. Mendatang, ia muncul semula dan berulang kali ia jua menghilang. Kemelut muncul lagi apabila anak Ta Galog bernama Bukitnot mencintai adik perempuannya sendiri bernama Ma Hal dan ingin mengahwininya. Ta Galog dan Ma We menghalang mereka. Mereka lari ke hutan tanah tinggi dan hidup pindah-randah agar tidak dikesan orangorang Tagalog. Mereka tidak lagi memperkenalkan diri mereka sebagai suku Tagalog seperti dikenali orang-orang Ma Lanyu. Di sana, keturunan Bukitnot berkahwin dengan penghuni yang telah lama menetap di banjaran tanah tinggi. Mereka ialah penghijrahpenghijrah awal dari Daratan Besar ketika paras air laut turun mendadak sehingga wujudnya jambatan bumi. Kira-kira empat puluh ribu tahun yang lalu, mereka menyeberang jambatan-jambatan itu ketika air laut membeku dan parasnya menurun ke dasar lautan. Kesejukan melampau menyebabkan beribu-ribu penduduk utara benua berpindah ke seIatan mengikuti penghijrahan burungburung dan haiwan-haiwan yang juga mengalami penyeksaan cuaca yang sama. Gelombang demi gelombang, peristiwa naik turun paras laut datang menggila dan menakutkan.Rempuhan ais lebur kerap kalinya membunuh. Setiap kali air naik, manusia-manusia purba itu berlari menyelamat diri ke tanah tinggi. Malah, ada yang terus menetap di gunung-ganang dan bukit bukau dan tidak mahu kembali ke tanah rata. Yang dulunya tanah tinggi dan bukit bukau boleh tenggelam dalam masa sekejap, ataupun ambil masa beratusratus tahun. Tetapi, tenggelam juga. Kekal cerita-cerita itu dalam legenda dan mitos yang melengkapi adat resam mereka keturunan mendatang tidak turun ke tanah rendah selama-lamanya. Mereka akan kekal di tanah tinggi, dan oleh orang-orang Tagalog dan Ma Lanyu pada kemudian hari memanggil mereka sebagai orang-orang Bukitnot. Paling rendah mereka tinggal adalah di bukit, tidak lebih rendah daripada bukit. Sebab itu, Pengkhayal percaya bahawa perkataan bukit berasal daripada bahasa ibundanya. Di mata Pengkhayal, teori kenaikan paras laut merupakan penjelasan yang sama boleh menjawab dari mana datangnya Kensui, Semang, Mah Meri, Batek, Semag Beri, Temuan, Aeta dan segala suku-sakat orangorang asli di bumi Semenanjung. Kebanyakan orang asli hidup di kawasan pedalaman yang beraltitud tinggi. Malah, teori Pengkhayal pernah diutarakan dalam seminar di akademi tempat dia bekerja. Namun, teorinya itu ditolak mental-mentah. Kata pembuat dasar di akademi, tiada bukti untuk menyokong hipotesisnya itu. Apabila dia memohon dana penyelidikan untuk mengkaji DNA mitokondrid orang-orang asli Semenanjung untuk dibandingkan dengan orangorang asli di llha Formosa, permohonannya tidak disokong ketua jabatannya. Alasan yang diberikan, akademi itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang DNA mitokondria. Padahal dia boleh mendapatkan kerjasama dengan universiti tempat dia pernah membuat penyelidikan untuk mendapatkan PhDnya. Lantaran itu, Pengkhayal terpaksa menggunakan pendekatan filologi, etimologi dan semantik untuk menyusuri genealogi etnik Malayonesia yang merupakan cabang kelompok yang lebih besar, iaitu Austronesia.
Dalam rekonstruksi mindanya, Pengkhayal mendapati orang Ma Lanyu, Paiwan, Yumi, Aeta, llakano, Batak dan segala etnik di Nusantara memilik persamaan dalam menyebut anggota tubuh badan, terutama alat kelamin baik untuk perempuan mahupun lelaki. Dari llha Formosa hinggalah Papua, dari Toraja hinggalah Pulau Easter dan dari Riau hinggalah Madagaskar, istilah-istilah jorok dikongsi bersama dalam perubahan dialek yang sedikit sekali berbeza. Bagi Pengkhayal, dia mendengar bagaimana orang-orang Ma Lanyu dan Tagalog menyebut kepala, dahi, kening, jari, tangan, mata, mulut dalam terminologi dan fonetik yang hampir serupa. Seumpama perbezaan loghat orang-orang pantai timur dan orangorang utara di Semenanjung. Nama-nama bahagian tubuh begitu intim dengan sesuatu suku, maka penyebaran nama-nama itu memungkinkan kebenaran hipotesis yang mereka mempunyai susur galur keturunan yang sama. Bahasa boleh dicipta, tetapi istilahistilah asasi dipertahankan dengan sedikit perbahan atau sama sekali sama, tanpa sedikit pun berbeza Kendati perkataan susu sebagai payu dara disebut dalam kebanyakan bahasa Aslian Proto-MeIayu dan Polinesian. Demografi dan etnografi perkataan susu meliputi hampir seluruh Pasifik Selatan, termasuk di tanah Semenanjung bangsa Pengkhayal. Pengucap- pengucapnya berkongsi istilah yang sama untuk payu dara, iaitu susu. Jika genetik gunaan melalui DNA mitokondria terlalu mahal, maka pendekatan filologi dan antropologi sosial patut diterima di akademi. Semua perkataan kunci pilihannya mempunyai hubungan erat dengan keibuan. Makan, minum dan susu menjadi jajaan Pengkhayal dalam mengetengahkan teori filologinya. Betapa akrabnya penciptaan dan perkongsian kata-kata kunci itu dengan kegiatan pengasuhan seorang ibu. Maka, etnik-etnik yang berkongsi istilah-istilah itu mempunyai genealogi seinduk. Segala gagasan bernasnya diperlekeh di akademi. Hingga dia kerap melontarkan sumpahan keramat itu apabila bersendirian ketika melepaskan geram terhadap penolakan mereka. Dindingdinding gua di Pulau Easter itu sendiri yang berbicara dalam grafik mahupun fonasi menyamai sumpahan keramat yang kerap tercetus di Iidahnya. Bayangkan perkataan itu mempunyai asal usul dari Ilha Formosa mahupun mungkin sejauh dari Gurun Taklamakan di Asia Tengah, berpindah-randah daripada kegersangan dan kedinginan yang menyeksakan itu; menuju ke Bumi Naga di suatu arah dan yang lain ke arah Dataran Selatan hingga menyeberang jambatan bumi ke lha Formosa kira-kira empat puluh ribu tahun yang lalu. Penghijrahan dari Bumi Naga memasuki Wilayah Assam, meneruskan hingga ke pesisir pantai Myanmar dan melalui jambatan bumi kepulauan Andaman menyeberang ke pantai barat Sumatera dan ada penghijrah-penghijrah itu yang menetap di Pagar Ruyung dan Bukit Seguntang. Ada pula yang lain, menerusi penghijrahan hingga mendekati kutub selatan.
Dalam diaspora kesejukan, penghijrah-penghijrah memungut baka-baka genetik tempatan yang kemudian dibawa bersama dalam gelombang-gelombang penghijrahan yang tidak tahu henti. Sebab itu, di sana sini di seluruh pelosok Nusantara terdapat wajah yang mirip dengan etnik-etnik di Asia Tengah. Di Asia Tenggara terdapat suku-suku yang perawakan berkulit cerah yang sukar dibezakan dengan wanita Ughur dan tentunya berbeza sekali pula dengan perawakan wanita-wanita Han yang begitu ketara ciri-ciri biometriknya. Dalam mengenang penghijrahan nenek moyang Pengkhayal, pelbagai unsur genetik dikutip sepanjang perjalanan yang akhimya pada satu ketika dalam detik sejarah berpusat dan berkembang di Bukit Seguntang dan Pagar Ruyung. Dalam proses yang panjang itu tertera di mata Pengkhayal bagaimana suatu etnik berubah menjadi suatu bangsa besar melalui liku-liku perjuangan dan petualangan, tidak kurang pula rebutan kuasa dan tanah penempatan yang mengorbankan tidak sedikit nyawa. Namun, pemenang selalunya tidak hanya memperoleh tanah yang menjadi rebutan bahkan juga wanita-wanita etnik yang kalah di medan perang menjadi isteri-isteri atau tawanan biologi yang pasrah pada survival. Di sebalik kekejaman dan pemerkosaan itu terjadi tukaran bahan-bahan genetik yang diturunkan ke dalam kepelbagaian manifestasi genetik yang dimiliki bangsa Pengkhayal pada masa kini. Apabila barbarisme secara evolusi berubah dengan wujudnya kemajuan dalam hubungan kemanusiaan antara manusia dalam puak-puak, terjadi pula pertukaran genetik antara puak secara beradab dan berbudaya. Perkahwinan diplomasi antara anakanak pemuka puak-puak etnik yang bertelingkah memungkinkan persatuan dan pergabungan antara etnik ataupun pembentukan etnik baru. Pertukaran genetik secara aman, damai dan sentosa ini dilaksanakan demi mengukuhkan kekuatan dalam perkongsian. Jadilah ketua-ketua suku memilih atau dipaksa memilih ketua antara ketua yang akhirnya menjadi raja, maharaja dan sultan mengikut istilah kontemporari sezaman. la tidaklah seperti dikatakan oleh orientalis yang memasukkan bangsa Pengkhayal ke dalam sangkar ilmu, lalu mengkaji menurut superioriti keilmuan mereka dan mengatakan monarki bangsa Pengkhayal ialah hasil ciptaan bangsa penjajah seolah-olah ketuanan bangsa Pengkhayal tidak pernah wujud. Hanya rekaan dan ciptaan penjajah. Tukang angguk di akademi tempat dia bertugas memang banyak. Yang anehnya, tukang angguk inilah mewujudkan kerusi untuk pengkaji Barat mengkaji bangsa peribumi Ialu mempertikaikan dan malah mencabar status ketuanan bangsa Pengkhayal.
Pengkhayal melanjutkan pengkhayalannya di bumi Luzon. Di mata Pengkhayal tampak bagaimana Lembah Cagayan itu bertukar rupa. Dulunya hutan belantara, dengan kerajinan orang-orang Ma Lanyu mereka menukamya menjadi sawah bendang. Benih padi dibawa dari Pulau Ma Lanyu. Kerbau liar berjaya dijinakkan. Orang-orang Ma di llha Formosa sudah lama mempunyai kemahiran menjinakkan kambing hutan dan kerbau liar. Kemahiran menternak haiwanhaiwan itu diperturunkan kepada generasi mendatang lalu mereka juga menjadi gembala yang mahir. Ada juga yang membawa masuk ayam dan itik dari llha Formosa dan Pulau Lanyu melalui pelayaran ulang-alik yang semakin rancak setiap kali musim bertukar angin. Anak cucu-cicit keturunan Lu Zon dan Ma Teh membesar di lembah yang subur itu. Ma Lu hanya sempat menyambut kelahiran dua orang cucu lelakinya, Pa Lawan dan Il Lanun. Dia terkorban akibat patukan ular kapak semasa berehat selepas mengerjakan sawah bersama-sama Pa Lu. Kaki kirinya menjadi busuk dan bernanah. Dia meninggal dunia seminggu kemudian. Ma Lu disemadikan di Gua Musang dengan penuh adat istiadat orang-orang Ma. Sebelum beliau meninggal, dia sempat mengunjungi anaknya Ma We di tebing timur Sungai Cagayan. Perkahwinan Ma We dengan Ta Galog dikumiakan enam cahaya mata. Yang sulung lelaki dinamakan Bukitnot, yang kedua perempuan bemama Ma Hal, kemudian pasangan kembar bemama Mindanau dan Cebu. Anak kelima dan keenam mereka bemama Bisayak dan Bunun.
Kemudian, tiba masanya untuk Pa Lu pergi. Sejak kematian Ma Lu, dia umpama hilang arah. Kesihatannya cepat menurun, seleranya hampir tiada beberapa hari sebelum kematiannya. Badannya menjadi kurus. Pengkhayal sangat bersimpati dengan kepemergian Pa Lu. Watak itulah yang tercipta dalam khayalannya. Pertama kali mencetus sumpahan keramat adalah daripada lidah Pa Lu ketika lembingnya dibaling sipi tanpa mengena sasaran ikan kerapu. Betapa dia berterima kasih pada Pa Lu yang membuatnya berfikir betapa kunonya sumpahan purba itu. Pa Lu disemadikan dalam keranda kayu di Gua Musang. Kerandanya diletakkan bersebelahan keranda Ma Lu bersama-sama barang-barang milik peribadi mereka.
Pa Lawan dan ll Lanun membesar dengan masing-masing membentuk gerombolan pengikut. Sudah menjadi resam, apabila ada peraturan yang disempadani Sungai Cagayan, pengikut-pengikut Pa Lawan dan ll Lanun ingin mencabar peraturan itu. Meskipun sudah beberapa kali dilarang oleh Pa Lawan dan ll Lanun kerana mereka masih patuh pada pesan bapa mereka, Lu Zon. Namun, pengikutpengikut mereka telah beberapa kali menimbulkan kekacauan di seberang timur Sungai Cagayan. Orang-orang ll Lanun telah mengganggu gadis-gadis Tagalog. Sebaliknya, orang-orang Pa Lawan yang dipersalahkan. Pada mulanya pergaduhan kecil-kecilan. Tetapi, apabila terjadi pembunuhan melibatkan anak-anak pengikut Ta Galog, dia sendiri pergi bertemu dengan Lu Zon. Pertama kali antara Lu Zon dengan Ta Galog terjadi ketegangan akibat kejadian pertumpahan darah antara pengikut ll Lanun dengan pengikut Mindanau. Dalam pertemuan itu, telah dipersetujui pihak keluarga yang terbunuh diberi ganti rugi sebanyak sepuluh ekor babi untuk satu kematian. Namun, Pa Lawan dan ll Lanun gagal menyerahkan empat puluh ekor babi sebagai denda. Sesuai dengan perjanjian perdamaian, jika denda itu tidak dapat ditunasi dalam masa yang telah ditentukan, Pa Lawan dan ll Lanun serta pengikut masingmasing harus meninggalkan Pulau Luzon. Itulah yang terjadi di mata Pengkhayal.