FIZIK-LAH! - 7
Menurut Aristotle, objek secara semula jadinya adalah pegun. Bermaksud, objek pada asalnya tidak bergerak. Objek akan berada dalam keadaan alamiah atau semula jadi apabila dalam keadaan pegun. Air mahu pegun di air. Batu mahu pegun di daratan. Udara mahu pegun di udara. Bintang-bintang dan planet-planet mahu pegun di angkasa.

Bagi Aristotle, objek ini memerlukan daya untuk bergerak. Jadi, lumrahlah keadaan asalnya adalah pegun dan tidak bergerak sehinggalah daya dikenakan.

Selepas itu, Galileo Galilei pula kata keadaan asal objek adalah bergerak. Dia sedar perkara ini melalui konsep pecutan (acceleration). Pecutan berlaku apabila berlaku perubahan pada halaju (velocity). Perubahan tersebut berlaku apabila dikenakan daya. Kalau tiada daya, halaju tetap sama dan tiada pecutan. Galileo kata, objek akan terus bergerak sehinggalah ada daya yang dikenakan.

Johannes Kepler menimbulkan istilah inersia (inertia). Inersia adalah konsep bahawa objek mempunyai kecenderungan untuk menghalang sebarang perubahan pada dirinya.

Idea-idea ini dimantapkan oleh Newton melalui hukum pertamanya yang turut dikenali sebagai hukum inersia. Hukum tersebut menyatakan, objek akan terus berada dalam keadaan pegun ataupun terus bergerak, sehinggalah terdapat daya yang mengubah keadaan itu.

Jika sesuatu objek berubah dari kedudukan asal, mereka dikatakan bergerak. Seperti yang dijelaskan, semua objek secara semulajadinya nak bergerak. Sifat semulajadi objek bukan pegun, sebaliknya bergerak. Pergerakan itu pula dalam laluan lurus. Jika bukan kerana daya, maka objek akan sentiasa bergerak lurus dan takkan membelok atau berdiri pegun.

Bermakna, kita sangkakan kita duduk dalam keadaan tetap. Duduk di meja makan, atau baring di atas katil, kita merasakan kedudukan kita tetap. Tidak ada apaapa pergerakan yang berlaku pada katil kita, pada kerusi kita dan mereka berada tetap di kedudukannya. Jadi logiknya kita juga berkeadaan tetap. Namun sebenarnya tidak ada ruang dalam alam ini, yang secara hakikinya berada dalam keadaan pegun.

Fikirkan ini, walaupun kita berdiri tegak, tidak bergerak dan tetap pada kedudukan kita, kita tetap secara hakikinya bergerak. Kenapa Kerana Bumi yang kita pijak adalah objek yang sentiasa bergerak.

Kita tidak pegun secara hakiki tetapi sebenarnya kita bergerak. Kepegunan hanyalah pada sangkaan semata-mata, tetapi tidak pada realiti.