Mencari Kiblat Cinta - 71
Kenapa susah sangat Danira nak terima keikhlasan hati saya Apa sebab saya ni duda anak satu Soal Filman seakan kecewa.

Danira tersentak. Pantas bebola matanya dilarikan ke arah lelaki itu. Kepalanya digelengkan. Bukan macam tu Encik Filman. Saya memang sukakan Encik Filman, tak kisahlah Encik Filman duda atau pun tidak. Bila saya sukakan seseorang, saya takkan pandang semua tu. Saya. Tiba-tiba dia terhenti. Wajahnya merah padam apabila ekor matanya sempat menangkap senyuman yang bermukim di bibir Filman.

Jadi selama ini Danira memang sukakan saya kan Filman berbicara sewenangnya. Meski wajah gadis di hadapannya kini berubah riak, namun dia sudah ketawa kecil. Hatinya berbunga riang entah kenapa! Wajah gadis di hadapannya ditatap penuh asyik.

You smile and your heart, make me tremble inside, Danira. Believe it or not..it is already shaking for a few times. Bisik Filman perlahan.

Danira tunduk. Dia mengerti maksud kata-kata lelaki itu. Seperti Filman, hatinya juga bergetar setiap kali dia berhadapan dengan lelaki itu Apakah ini cinta Apakah Filman lelaki yang ditakdirkan untuknya

Seawal pagi Filman sudah menghantar Melia ke taska. Selepas ini dia akan terus bertolak ke airport dan berlepas ke Kuching atas urusan kerja. Mulanya Aliff menawarkan diri mahu menghantar Melia ke taska, namun dengan cepat dia menolak. Alasannya dia mahu bertemu Kamila, padahal sebenarnya dia mahu melihat Danira. Entah kenapa dalam hanya satu malam, hatinya rindu mahu menatap wajah manis itu semula.

Semalam dia tidak tahu kenapa mulutnya ringan berbicara dengan Danira tentang hati dan perasaan. Meskipun Danira tidak mengatakan dengan jelas, namun dia tahu dia tidak salah membuat tafsiran. Gadis itu juga sepertinya. Sama-sama merasai sesuatu yang indah kian mekar di lubuk hati.

Eh Encik Filman, awal sampai hari ni Umaira tiba-tiba muncul di muka pintu. Filman berpaling. Melihat kelibat Umaira, hatinya disapa kekecewaan. Seboleh-bolehnya dia mengharapkan Danira yang datang menyapa Melia dan dirinya. Kalau boleh setiap hari! Kerana tidak mahu Umaira mengesyaki apa-apa, Filman cuba memaniskan senyuman yang kelihatan hambar.

Saja datang awal Mira, lepas ni saya nak pergi airport. Nak ke Kuching, ada hal penting. Jelas Filman sekadar memulakan perbualan.

Patutlah datang awal sangat. Budak-budak lain pun belum sampai. Ujar Umaira seraya memegang tangan Melia di sampingnya.

Er.. Mira, Danira mana Saya tak nampak pun dia sejak tadi. Tak disangka-sangka kata-kata itu meluncur keluar dari bibir Filman. Dia sudah tidak mampu menahan sabar. Perasaan ingin tahunya membuak-buak keluar meskipun dia sedar, Umaira sudah tersengih-sengih memandang ke arahnya.

Nira keluar sekejap beli barang. Kalau tak salah saya, dia ke kedai di simpang empat tu aje. Dia nak beli bahan-bahan untuk kek harijadi Melia. Jelas Umaira.

Filman mengangguk. Hampa juga hatinya kerana tidak sempat menemui Danira pagi itu seperti yang dihajatinya.

Berapa hari Encik Filman kat Kuching Umaira bertanya.

Tak lama. Dua tiga hari je. Jawab Filman tersenyum.

Oo patutlah bertanya fasal Nira, Encik Filman takut rindu ya! Usik Umaira seraya tersengih. Filman tergaman. Kata-kata Umaira yang penghabisan memangkas pandangannya pada gadis itu.

Umaira sudah terkeheh-keheh ketawa. Lucu melihat wajah Filman yang terkulat-kulat kebingungan.

Semua orang kat taska ni dah tahu yang Encik Filman ajak Nira berkelah tempohari. Kelmarin Melly ada tunjukkan gambar masa perkelahan tu kat kawan-kawan dia. Semua orang dia tunjuk termasuk saya dan Kak Siti. Jelas Umaira bersama sisa-sisa tawa.

Mata Filman segera mencerlung tajam ke arah Melia di samping Umaira. Dia hampir tidak percaya mendengar kata-kata Umaira. She do what

Melly.. Panggil Filman dengan mata sengaja dibeliakkan besar-besar. Melia di samping Umaira sudah tersengih-sengih sambil berlindung di belakang tubuh Umaira yang agak besar. Gadis itu juga semakin lebat tawanya.

Patutlah hari tu beria-ria Melly minta gambar tu dengan papa. Rupa-rupanya inilah sebabnya ya. Gumam Filman sambil menggelengkan kepalanya. Malu besar dia dengan Umaira kali ini.

Ala apa salahnya Encik Filman. Encik Filman tu bukan ada yang punya, Danira pun belum berteman. Kalau hati dah berkenan, terus terang aje. Sahut Umaira sambil tersenyum-senyum. Filman ketawa kecil. Lucu mendengar kata-kata gadis itu. Dia melirik ke arah Umaira dengan wajah ceria.

Betul Danira tu tak ada teman lelaki Tanya Filman sekadar ingin tahu. Keberaniannya memuncak semula sebaik kata-kata Umaira menjadi pencetus semangat.

Rasanya belum ada. Lagipun sejak dia ada kat sini, belum pernah lagi saya nampak dia keluar dengan mana-mana lelaki. Sekali sekala aje dia keluar dengan Zulbhan. Ujar Umaira.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Filman akan menyunting Danira menjadi peneman hidupnya