Dude! I'm Getting Married - 71
BAB 71

JAI belek kalendar. Dah sebulan aku tinggalkan Seri. Tak sabar aku nak jumpa dia esok. Rindunya mak ai

Jai, belum tidur lagi

Jai menoleh. Oh..mak. Belum mak. Jai ingat esok nak ke rumah Seri. Nak ajak Seri tinggal di sini.

Eloklah tu. Ni tak, sorang ke hulu, sorang ke hilir. Macam bukan suami isteri. Mak duduk sebelah Jai yang asyik menatap kalendar.

Kenapa duk tenung kalendar tu

Tak ada mak..dah sebulan Jai tinggalkan Seri. Rindu la mak. Tak sabar nak tunggu esok. Jai senyum.

Tak penat ke Jai baru sampai Malaysia ni.

Tak mak..dalam otak Jai ni, hanya ada Seri je. Senyuman Jai dah lebar.

Hmmbaguslah macam tu. Jangan pulak ada perempuan lain. Mak sengih.

Mak ni.kalau Jai ada perempuan lain, dah lama Jai nikah mak. Ni Jai sanggup tunggu Seri. Dah nikah pun kena tunggu juga. Sabar dengan sikap Seri tu. Jai teringat kembali kenangan dulu.

Hmmmak pun tak sabar nak dapat cucu. Agaknya lelaki ke perempuan..hmmm.. Mak merenung siling.

Jai jeling mak. Aik! Apa kena dengan mak aku ni Lelaki ke perempuan Dah tu pulak, tenung siling tu! Dah sebiji macam aku!

Errmak cakap apa ni

Jai akan tahu esok. Tidurlah. Dah lewat malam ni. Mak minta diri.

Jai menopang dagu. Hmmapa agaknya yang mak aku sorokkan ni

SEPANJANG perjalanan ke rumah Seri, Puan Aishah tak henti bercerita itu ini. Encik Muzaffar pula hanya senyum mendengar celoteh isterinya.

Mak..kenapa dengan mak ni Ceria dan teruja semacam je ni. Jai jeling mak melalui cermin belakang.

Mak kamu tu memang macam tu bila dah teruja.Ayah di sebelah Jai mencelah.

Kereta Honda Accord kelabu mula membelok ke arah kawasan perumahan elit di Damansara Heights. Kereta diparkir di laman luas banglo milik Datuk Kamaruddin.

Ha! Dah sampai pun! Datin Rubiha tersenyum dari anjung rumah.

Kak Ruby apa khabar Puan Aishah bersalam dengan Datin Rubiha.

Baik alhamdulillah. Sila! Mereka beriringan masuk ke rumah.

Mana Seri Puan Aishah pandang sekitar ruang tamu.

Ada kat bilik. Baru lepas memasak tadi. Agaknya nak bersiap la tu. Sekejap lagi turunlah tu. Datin Rubiha mula bersembang dengan besannya. Datuk Kamaruddin pula awal lagi dah ajak kawan baiknya ke laman di tepi kolam ikan koi.

Err..ma..boleh Jai masuk jumpa Seri Jai minta izin.

Laa..kenapa nak minta izin. Jai kan suami Seri. Pergilah. Datin Rubiha ketawa kecil.

Dah rindu sangatlah tu. Dari semalam lagi dia tak sabar nak datang sini. Puan Aishah pandang Jai yang dah mula bangun dan menapak ke tingkat atas.

ASSALAMUALAIKUM!

Lama Jai menunggu di muka pintu. Pintu berkunci.

Waalaikumussalam! Laung Seri dari dalam bilik.

Sebaik pintu dibuka, Seri tergamam. Jai dah terpacak di muka pintu. Lebar semacam senyumannya.

Jai menapak perlahan ke bilik Seri.

Err..bila abang sampai Seri menelan liur. Terasa kejadian pada malam hujan lebat tu masih segar di ingatan.

Baru sekejap tadi. Sedap telinga dengar bila Seri panggil abang.. Jai cium pipi Seri. Pintu bilik dikunci rapat.

Seri tunduk malu.

Sayang..abang rindu sangat. Tubuh Seri dipeluk erat. Lama.

Err..abang dah makan Seri melepaskan perlahan pelukan Jai.

Kenapa Nak masak untuk abang ke Jai senyum. Mata bundar Seri ditatap lembut. Wajah Seri direnung. Matanya dah menular ke seluruh tubuh Seri. Hmmdah makin berisi bini aku ni. Dia tak rindukan aku ke Selalunya kalau dah rindu, makan tak lalu. Tidur tak lena. Tapi bini aku ni dah membulat sakan!

Seri ada buat kerabu jantung pisang tadi. Abangkan suka makan kerabu tu. Seri dongak. Tangan Jai dah melekat di dagunya.

Abang nak makan benda lain dulu.. Usik Jai. Hidung Seri dicubit lembut.

Erk! Benda apa Seri dah berkerut kening. Tak faham.

Mata Jai meliar pada tubuh Seri.

Seri tunduk malu. Ya Allahtak sabar-sabar laki aku ni.

Err..bang. Sebenarnya Seri dah Seri terdiam seketika. Tak tahu nak beritahu Jai ke tak. Buatnya Jai beritahu pulak pada Acik, habislah aku!

Apa sayang

Seri masih diam. Err..mak dan ayah datang sekali tak

Ada kat bawah. Jai senyum. Dah ubah topik pulak bini aku ni. Aku dahlah rindu dendam kat dia ni.

Kalau macam tu, jomlah kita ke ruang tamu. Seri cepat-cepat tarik tangan Jai melangkah keluar dari bilik.

Jai terpaksa mengikut rentak Seri.

Ha..dah turun pun bakal mama dan papa ni. Datin Rubiha tersenyum memandang Jai dan Seri yang berpimpingan tangan menuruni anak tangga.

Jai pandang Seri. Bakal mama dan papa

Seri buat muka selamba. Dia mencium tangan ibu mertuanya dan tangan mama. Ayah dan pa mana

Ada kat luar tu. Bila sekali sekala berjumpa, panjanglah ceritanya. Datin Rubiha jenguk ke luar laman.

Acik mana ma Jai duduk di sebelah Seri. Tangan Seri dipegang lagi.

Dia keluar sekejap tadi. Katanya nak joging kat tasik.

Joging Dah nak tengah hari dah ni. Joging apa Ke..pergi jumpa buah hati Jai usik.

Habercakap pasal buah hati ni. Saya nak jemputlah Aishah dan abang Muzaffar sekali minggu depan ke majlis pertunangan Acik dan Awa. Datin Rubiha dah kembang hidung.

Acik nak bertunang Jai menelan liur.

Datin Rubiha mengangguk.

Tak sangka, jadi jugak Acik tu dengan Awa. Jai ketawa mengekek.

Itu jodoh namanya. Macam Jai dan Seri ni. Macam-macam dugaan berlaku, akhirnya Jai nikah jugak dengan Seri ni. Puan Aishah mencelah.

Seri tunduk malu. Sempat jeling Jai yang masih memegang tangannya. Memang aku separuh mati cintakan mamat ni.

Dan sekarang ni..ma tak sabar nak timang cucu dari Seri ni. Meriahlah sikit rumah ni bila cucu dah bertambah! Datin Rubiha jeling Seri dan Jai. Muka Seri dah kemerahan. Jai pula masih terpinga dari tadi.

Errma, makanan dah siap Kalau belum, biar Ucu yang sediakan. Seri bingkas bangun. Tak nak cerita tu jadi perbualan.

Jai turut membuntuti Seri ke ruang dapur.

Hmm..tengoklah tu. Berkepit macam belangkas. Puan Aishah geleng.

Biarlah mereka. Dah sah pun. Lagipun tak lama lagi kita akan dapat cucu. Datin Rubiha turut memandang Seri dan Jai hingga hilang dari pandangan.

Mereka sekeluarga mula menikmati hidangan tengah hari. Seri hanya menguis nasi dalam pinggan. Pinggan kerabu jantung pisang sengaja diletak jauh darinya. Busuk!

Err..kenapa jauh sangat kerabu tu Datuk Kamaruddin ambil pinggan kerabu dan hulur kepada Jai.

Hmm..sedap ni! Dah sebulan saya tak makan ni! Jai ceduk beberapa sudu ke dalam pinggan nasinya.

Seri yang berada di sebelahnya dah mula rasa tak selesa.

Hmmuntunglah Jai. Seri pandai masak kerabu jantung pisang. Puan Aishah jeling Seri. Muka Seri dah lain. Asyik tekup mulut je.

Kenapa Seri Tanya Puan Aishah lagi.

Errowk! Uwekk!!. Seri tekup mulut. Bau kerabu tu dah menusuk ke lubang hidung. Berlari Seri ke bilik air.

Jai tercengang. Kenapa Seri ma

Datin Rubiha hanya tersenyum. Alahan

Jai berkerut kening. Dia segera basuh tangan dan menapak ke arah Seri di bilik air.

Seri! Buka pintu ni! Awak okey ke Jai ketuk pintu bilik air berkali-kali.

Saya okey! Perut je tak selesa!Laung Seri dari dalam.

Betul ni Jai pegang bahu Seri yang dah mula keluar dari bilik air.

Seri mengangguk. Dia melangkah lemah ke tingkat atas.

Ops! Seri!!! Jai sempat pangku Seri yang dah mula pengsan di anak tangga.

Semua yang berada di dapur meluru ke ruang tamu. Seri dah pengsan di situ.

Cepat baringkan atas sofa! Datuk Kamaruddin dah cemas.

Jai menepuk pipi Seri berulang kali. Masih tak sedar.

Nah air! Datin Rubiha hulur segelas air kepada Jai.

Air disapu perlahan ke muka Seri. Ditepuk lagi pipi Seri.

Err. Seri buka mata perlahan. Semua dah berkerumun di situ.

Apa dah jadi ni Acik meluru ke arah Seri. Gelabah. Pengsan lagi

Apa kau cakap ni Jai menoleh ke arah Acik yang tiba-tiba muncul. Baru sampai agaknya.

Dulu dia pengsan kat sekolah tahfiz. Ni dah kali kedua dah ni. Acik usap rambut Seri.

Kenapa kau tak beritahu aku Jai ketap bibir.

Dia yang tak kasi.. Acik jeling Seri yang dah mula bangun.

Seri tunduk. Aduih! Masa nilah aku nak pengsan bagai! Habis rosak rancangan aku!Apa aku nak jawab ni

Seri..cakaplah..semua nak tahu tu. Tak baik sorok macam ni. Datin Ruhiba pujuk Seri.

Seri dongak. Dia pandang Jai dan Acik silih berganti.

Abangkalau saya beritahu, abang jangan marah ek Seri menelan liur. Kali ni terpaksa mengalah. Hmm.terpaksalah aku lupakan keinginan aku nak melancong ke ParisZurich..

Marah apa Jai dan Acik serentak bertanya.

Abang.. Seri pandang Jai. Tangan Jai dipegang lembut. Mata Jai ditatap penuh kasih.

Jai dan Acik masing-masing dah pucat. Cemas!

I...Im pregnant Seri tunduk.

Hah Jai menelan liur. Seri dipandang tak berkelip. Matanya beralih pula pada mama, papa, mak dan ayah. Mereka semuanya tersenyum.

Apa aku sorang je ke yang tak tahu

Betul Jai. Seri dah mengandung sebulan! Datin Rubiha akhirnya bersuara.

Jadi, maknanya Ucu dah jatuh cinta la kat Jai ni Dan Ucu dah serah diri Wow!! Acik dah teruja.

Jai jeling Acik. Dia pulak yang terlebih!

Seri tunduk. Aku dah kalah

Jadi abang menang!!! Abang nak tuntut hadiah dari Ucu!! Acik ketawa mengekek.

Semua yang ada kat situ terpinga-pinga.

Apa Acik cakap ni Datuk Kamaruddin dah bingung.

Tanyalah Ucu ni. Dia yang buat perjanjian tu! Acik senyum lebar.

Datuk Kamaruddin luku kepala Acik.

Apa ni pa Acik gosok kepalanya.

Jai..aku menang! Acik sengih.

Kau ni! Kau dah buat Seri tertekan tahu tak! Jai pula luku kepala Acik.

Seri okey ke Jai pegang bahu Seri.

Seri masih tunduk. Kecewa sangat! Maaa! Ucu nak ke Paris!!!

Alahabang gurau je. Ucu menang ke..kalah ke..abang tetap akan belanja Ucu pergi Paris atau Zurich tu.. Acik kenyit mata. Adik aku niserius sangat dengan perjanjian tu.

Seri pantas mendongak. Senyum sampai ke telinga.

Sebenarnya abang sengaja sahut cabaran tu supaya Ucu ni jatuh cinta dan ingat semula kat buah hati pengarang jantung pisang Ucu ni! Acik jeling pula Jai.

Suasana cemas tadi bertukar riuh dengan gelak ketawa.

MALAM itu, balik dari rumah mertuanya, Jai dan keluarganya terus pulang ke rumah. Seri ikut sekali.

Sayang.. Jai peluk Seri yang sedang mengemas pakaiannya ke dalam almari.

Seri menoleh. Tersenyum.

Betul ke Seri hamil Jai macam tak percaya.

Takkan Seri nak tipu. Abang yang buat Seri macam ni kan Seri senyum lagi.

Tapi baru sekali kita.. Jai masih tak percaya. Baru sekali aku sentuh dia..takkan dah lekat Subur gila bini aku ni!

Ya bang! Seri tak tipu. Kalau tak percaya, tengok surat doktor dalam beg tangan Seri tu. Seri tuding ke arah beg tangannya di atas meja solek.

Okeylah..abang percaya. Jadi..abang tak boleh la nak bermesra lagi Jai rangkul pinggang Seri. Leher Seri dicium lembut. Darah lelakinya dah membuak.

Seri tunduk malu.

Sayang..hadiah ni dah lama abang nak beri. Sebelum Seri dan Koci bertunang lagi tapi tak kesampaian. Koci lebih dulu sambar Seri dari abang. Jai hulur kotak merah dan letak di tapak tangan Seri.

Apa ni

Bukalah..

Seutas rantai berloket berlian diambil perlahan dari kotak merah tadi.

Mari abang pakaikan.. Jai ikat rambut Seri dan mula pakaikan rantai tadi. Sempat Jai mencium leher dan kedua pipi Seri.

Seri jeling. Tak aci! Ambil kesempatan!

Cantik tak

Seri angguk. Pantas Seri peluk Jai dengan erat. Tak nak lepas lagi dah.

Terima kasih bang.. Seri belek loket yang dah tergantung di lehernya.

Hmm..takkan terima kasih je.. Jai buat muka merajuk.

Seri cium pipi Jai.

Takkan cium je..

Seri pandang Jai. Mengada-ngada!

Jai terus kucup bibir Seri.

Err..becareful..Im pregnant..

I will.. Jai senyum.

Malam tu sekali lagi Seri tenggelam dalam pelukan Jai.