Dude! I'm Getting Married - 72
BAB 72

ACIK dah selamat bertunang dengan Mawaddah. Sepanjang majlis berlangsung, Acik tidak lekang dari senyuman. Mawaddah cantik dengan busana merah hati dan tudung putih.

Alhamdulillahselamat semuanya. Tiga bulan lagi, majlis nikah pulak. Datin Rubiha tersenyum lega.

Alhamdulillah..borak je kita ni. Makanan dah lama dihidang tu. Silalah! Ustazah Hidayah pelawa tetamu menjamu selera.

Jai dan Seri sempat jeling Acik yang duduk jauh dari tetamu yang lain. Yalah..dah nak jadi menantu ustaz, kenalah bersopan sikit. Nasib baik tak melangut dalam kereta je lagi.

Abang..Seri ke sana ya. Seri minta diri ke dewan besar. Jai pula menapak ke tempat Acik dan Koci.

Koci, lama aku tak jumpa kau. Kau sihat Jai peluk Koci yang temankan Acik tadi.

Macam nilah..

Heh..lain macam je tone kauJai jeling Koci yang dah sugul.

Yalahmana taknya. Kau dah nikah dan dah nak jadi bapak. Acik pulak dah bertunang. Aku Koci senyum hambar.

Come on la Koci! Aku kenal kau sejak sekolah lagi tau! Perempuan mana yang tak syok kat kau Sekali petik, berduyun datang. Tinggal kau pilih je lagi. Jai beri semangat.

Kau..tak nak rujuk kat Salina lagi ke Acik bersuara perlahan.

Koci pantas pandang Jai. Gila kau!

Tak naklahaku dah tawar hati walaupun aku masih cintakan dia.... Koci tunduk semula.

Koci..kau tu bukan tak ada rupa. Aku tengok lebih handsome dari Hrithik Roshan tu. Senang je kau dapat buah hati. Acik mencelah.

Cakap memang senang. Kau ingat nak cari bini ni macam nak cari baju ke Koci jeling Acik.

Tak adalah aku cakap macam tu. Jodoh kena cari. Jai pula menyampuk.

Err..kau masih ingat Lisa Acik jeling Koci. Cuba cari riak Koci.

Lisa Kenapa dengan dia Koci dah berkerut kening. Apa hal mamat ni Tetiba je sebut pasal minah gedik tu.

Dua minggu lepas aku terjumpa dia kat Amcorp Mall. Dia tak macam dulu. Lama kami berborak. Cakap dengan aku pun duduk jauh-jauh. Dah la tu, tak pandang pun aku ni. Tunduk je. Aku pulak yang terkebil-kebil kat situ. Acik teringat pertemuan yang tak disangka selepas hampir dua tahun lebih tak berjumpa.

Jadi Apa kaitannya dengan aku Koci dah keliru.

Ada kaitan dengan kau. Dia kirim ni kat kau. Sempat dia karang berjela untuk kau! Acik hulur sekeping surat kepada Koci yang diambil dari poket baju Melayu.

Koci buka sampul surat putih tu dan membaca isi kandungan.

Apa dia cakap Jai dah tak sabar. Riak Koci sekejap senyum. Sekejap berkerut.

Tak ada apa la Koci lipat semula surat dan dimasukkan kemas ke dalam sampul.

Hoi! Ni yang tak syok ni! Kau baca depan aku. Dah tu tak nak jawab pulak. Tu! Tadi aku nampak ada sekeping foto!Jai tepuk bahu Koci.

Entahnya! Aku yang jadi posmen tak bergaji ni pun tak boleh tahu ke Acik siku lengan Koci.

Jomlah! Korang tak nak makan ke Koci mula melangkah ke dewan besar.

Acik dan Jai turut mengekori Koci. Kecewa.

BALIK dari majlis pertunangan Acik tadi, Koci terus pulang ke rumah kakaknya di Kampung Baru. Sejak dia berhijrah ke Dubai, dia dah tak tinggal lagi di rumah bujang dulu. Rumah kakak sulungnyalah yang menjadi tempat persinggahan kalau ke KL.

Surat yang diterima tadi dibaca lagi.

Hmmkenapa baru sekarang Lisa luahkan pada aku Koci usap dagu. Mata dah menala ke siling.

Surat tu dilipat semula. Telefon bimbit dicapai dari atas meja. Mesej dihantar pada Lisa.

Lama Koci menunggu balasan dari Lisa.

InsyaAllahkita jumpa di restoran mamak di Ampcorp Mall

Koci senyum. Minah ni memang nak sangat jumpa aku ke Haih

Nak ke dia jumpa aku sorang-sorang Tadi Acik kata, Lisa dah berubah. Cakap tak pandang mata. Duduk jauh-jauh. Takkan aku nak melaung pulak. Hmm

Koci berpaling ke arah pintu bilik. Bunyi ketukan tadi dah mematikan lamunannya.

Kak Hani..ada apa kak Koci sengih.

Boleh akak masuk

Koci angguk.

Akak tak menganggu ke ni

Tak..

Ni akak nak cakap sikit. Akak tengok Rid ni dah lama dah membujang. Tak nak nikah lagi ke

Entah la kak. Lepas kejadian dulu tu, Rid dah serik. Sekarang ni pun rasa tu masih ada. Kenapa kak Koci putar-putar pen di atas meja.

Jadi sekarang ni Rid belum ada calon la ya Hani senyum.

Belum..kenapa ni kak Koci dah berkerut kening. Banyak tanya pulak kakak aku ni.

Kalau tak ada lagi, akak ada seorang calon. Dia adik kawan akak. Cantik! Nanti tengok ni. Kak Hani hulur sampul surat kepada Koci.

Apa ni kak

Tengoklah. Kalau berkenan, akak nak masuk merisik. Kak Hani mula melangkah keluar dari bilik Koci.

Sampul surat tadi dipandang sepi. Hmm..minah mana pulak la kakak aku ni nak kenen. Dah la Lisa tu dah luahkan segala isi hatinya pada aku

Koci campak sampul surat yang diberi kakaknya ke atas meja. Langsung tak dibuka. Dia menapak ke bilik air. Waktu maghrib dah nak masuk. Suara mengaji dari masjid berdekatan jelas kedengaran.

Laju Koci menapak ke kereta di laman.

Kak! Rid nak ke masjid. Mungkin lambat sikit Rid balik. Koci laung dari laman. Keretanya menderum meninggalkan kawasan laman rumah.

KOCI pandang sekitar masjid. Jemaah masjid mula beredar seorang demi seorang. Dia sandar di tepi dinding. Quran dicapai dari atas rak. Perlahan Koci mengalun ayat suci al Quran. Terkial-kial dia menghabiskan satu muka surat.

Hmmanak ni baru ke kat sini

Koci mendongak. Seorang lelaki yang agak tua menegurnya.

Ya pakcik.. Koci mula bersalam.

Patutlah jarang tengok kat sini. Tinggal kawasan ni ke Pakcik tadi duduk di sebelah Koci.

Haah..saya tumpang rumah kakak. Saya tak tinggal sini. Koci berbahasa.

Ohdah kahwin

Koci sengih.

Dah ada kerja

Koci berkerut kening. Eh pakcik ni! Dah terlebih dari ayah aku pulak. Banyak tanya..kalau ada anak dara nak bagi kat aku boleh la jugak. Berbaloi la aku layan.

Dah pakcikkenapa pakcik Koci terpaksa juga layan.

Hmm..lelaki ni kalau semua dah ada, eloklah nikah cepat. Nak tunggu apa lagi. Orang kata semua dah cukup syarat. Pakcik tu senyum.

Memanglah pakcik tapi bukan senang nak cari calon isteri yang boleh sama-sama mengharungi susah senang bersama. Koci cuba senyum.

Betul tu tapi kena ingat, sebelum nikah nilah kita periksa diri kita sendiri. Kalau kita pun asyik memilih, cerewet, nanti esok-esok kita dapat isteri yang cerewet. Apa yang pakcik boleh bagi nasihat, pilihlah isteri yang boleh terima kita seadanya. Yang penting, perempuan tu tidak tinggal solat. Kalau solat beres dan dijaga, insya-Allah..hidup kita akan bahagia. Percayalah.

Koci tunduk. Itu juga yang Jai selalu ingatkannya dulu.

Hmm..kebetulan anak ada kat sini. Jemputlah ke rumah pakcik. Tak jauh dari sini.

Err..tak apalah pakcik. Menyusahkan pakcik je. Koci menolak dengan baik.

Alah..tak ada apa yang susahnya. Pakcik ni kena kenal jemaah kat sini. Pakcik AJK masjid ni. Pakcik tu terus tarik tangan Koci.

Koci terpaksa mengikut. Dia menawarkan pakcik tu menaiki keretanya menuju ke rumah pakcik tu yang tidak jauh dari masjid.

Sila masuk!

Koci teragak-agak masuk ke rumah. Haihapa hal aku ni Baru kenal sekejap tadi, aku dah terima ajakan pakcik ni. Aku bukan kenal sesiapa pun di sini. Aduh! Nanti dia orang ingat aku ni muka tembok!

Makcik.. Koci senyum sebaik pakcik tadi perkenalkan isterinya.

Oh ya..pakcik pun lupa nak kenalkan diri. Nama pakcik, Ahmad. Panggil Pak Mat je. Ni isteri pakcik, Saleha.

Kebetulan kami dah sedia makan malam. Jemputlah makan.

Koci terpaksa juga terima pelawaan keluarga pakcik tadi. Kebetulan jugak aku pun tak makan lagi. Orang kata rezeki depan mata jangan ditolak!

Mak, ayah..Lisa dah balik!

Semua mata tertumpu pada Lisa. Lisa menelan liur.

Koci ternganga. Nasi dalam mulut dah berterabur tumpah.

Lisa

Farid

Err.. dah saling kenal ke

Koci senyum. Lisa yang dah tergamam mula melangkah ke bilik selepas mencium tangan kedua orang tuanya.

Jadi..Lisa tu anak pakcik keKoci sambung semula makan nasi.

Ya..macam mana Farid kenal dengan Lisa Pak Mat dah bingung.

Sebenarnya kami dah kenal lama. Lisa tu dulu kerja sementara dengan kawan saya. Masa tulah kami kenal. Koci terbayang semula kisah dulu.

Oh..macam tu ke. Kecik dunia ni kan. Baguslah dah kenal. Makcik Saleha senyum.

Koci tunduk. Dia basuh tangan. Penuh berselera dia menikmati makan malam tadi. Lauk ikan keli sambal berlada, kerabu perut, sambal belacan dan ulam pucuk gajus. Fuh! Terangkat! Memang lauk kegemarannya.

Mereka beralih pula ke ruang tamu. Lisa menolong ibunya mengemas di dapur. Seketika kemudian, Lisa keluar dengan kopi panas dan puding karamel.

Sila Pak Mat senyum.

Makan lagi ke Koci dah pegang perutnya yang dah penuh.

Kat rumah ni, memang lepas makan, kami sekeluarga berkumpul dan makan ringan-ringan kat sini pulak. Makcik Saleha pula mencelah.

Koci angguk-angguk. Dia jeling Lisa di sebelah makcik Saleha. Memang cantik dan Lisa memang dah berubah jauh dari dulu. Asyik tunduk je dari tadi.

Lisa kerja kat makmal lagi ke Koci cuba hidupkan suasana. Dari tadi Lisa hanya tunduk.

Lisa mendongak. Ya..

Koci senyum. Memang betul apa yang Acik cakap. Lisa dah jadi pemalu. Jauh berubah!

Err..pakcik, makcik, saya minta diri dulu. Dah lewat ni. Nanti kakak saya marah pulak. Koci minta diri. Koci jeling jam di pergelangan tangannya. 9.30 malam.

Macamlah jauh rumah tu. Pak Mat bergurau.

Koci hanya senyum kelat. Sempat jeling Lisa yang dah kemerahan mukanya. Agaknya malu. Yalah..dah hantar surat cinta kat aku! Mahunya tak malu!

Err..jadi ke kat Amcorp Mall Koci menoleh.

Hah Err..aaa Lisa dah gelabah. Dia pandang ayah dan mak.

Pakcik, makcik, boleh tak saya nak ajak Lisa keluar sekejap Nanti saya hantar dia balik. Koci beranikan diri. Hish! Aku pulak yang kena minta izin jumpa. Lisa yang beria janji nak jumpa aku!

Boleh..janji pergaulan dijaga. Kalau nak bincang hal peribadi, eloklah bincang kat rumah ni je. Pak Mat dah sengih.

Koci senyum kelat. Dia sekali lagi minta diri.

KOCI pandang Lisa yang dah kelat mukanya. Hmmdah setengah jam aku tunggu kau cakap. Takkan aku nak pandang je muka cantik kau tu. Bukan ada perkataan pun atas dahi tu!

Awakmaaf sebab ajak awak jumpa kat sini.Lisa tunduk.

Tak apa..ada hal penting apa awak nak jumpa saya Sengaja Koci tanya. Riak Lisa dah berubah, Muka pun dah berubah rona. Hmmmalu la tu.

Sayasaya sebenarnya dah lama..

Saya tahu. Awak dah cerita panjang lebar dalam surat tu. Bila awak mula sukakan saya Koci teguk jus epal yang dipesan tadi.

Err..sayasaya.. Lisa dah tergagap-gagap. Aduh! Macam mana aku nak cakap ni Takkan Farid ni tak faham-faham maksud aku! Aku hanya nak dia nak jawab, terima aku ke tak. Itu je!

Hmmmacam nilah. Kalau awak berjaya buat hati saya terbuka untuk awak, saya akan terima awak sepenuh hati saya. Deal Koci sengih.

Saja nak kenakan Lisa. Sebenarnya aku jugak sukakan minah gedik ni dulu tapi kerana ego, aku buat dek je kat dia ni. Lagipun, minah gedik ni asyik nak menggatal dengan Jai je masa tu. Terpaksalah aku beralah. Alih-alih aku bertunang dengan Seri. Kemudian nikah dengan Salina yang juga terpaksa walaupun rasa cinta pada Salina masih berbaki hingga kini. Hmmitulah aturan hidup aku yang telah ditentukan Nya.

Kalau awak tak suka saya, terus terang sajalah. Saya tak pandai nak goda awak Lisa dah sugul.

Haidulu bukan main lagi awak gedik tak ingat! Sekarang ni dah tak tahu pulak macam mana nak goda lelaki Apa, dah hilang ke semua skill awak tu Koci senyum sinis.

Lisa mendongak. Dia menelan liur. Nampak sangat Koci sindir aku!

Awak! Kalau awak tak suka saya, cakap terang-terang. Tak payahlah nak sindir saya macam ni! Lisa bingkas bangun.

Nanti..kalau awak betul-betul cintakan saya, awak tak akan mengalah macam ni. Koci turut bangun.

Lisa tunduk. Koci mendekati Lisa yang dah sugul.

Awak Koci pegang bahu Lisa.

Lisa mendongak. Tangan Koci ditepis.

Saya gurau je tadi. Sebenarnya saya kagum dengan awak yang berani luahkan rasa cinta awak pada saya. Bermakna juga awak ni seorang yang suka pada cabaran. Cabaran yang kemungkinan cinta awak ditolak. Koci senyum.

Sekali lagi Lisa mendongak. Memang sah Koci tolak cinta aku!

Maaf..saya yang tak tahu malu. Saya muka tembok. Poyo! Katalah apa saja yang awak nak kata tapi untuk pengetahuan awak, saya menangis bila saya tahu awak bertunang dengan Seri dan saya lebih menderita bila awak memilih Salina sebagai suri hidup awak. Saya akui, dulu saya kejar cinta Jai tapi saya sedar yang sebenarnya saya lebih sukakan awak. Maafkan sayasaya sedar siapa saya. Lisa lepaskan tangan Koci dan mula beredar dari restoran.

Koci mengejar Lisa yang dah lenyap di celah-celah orang ramai di pusat beli-belah itu.

Haih..merajuk pulak minah ni! Koci tercungap-cungap. Berlari lagi mengejar Lisa. Aku dah berjanji nak hantar Lisa dengan selamat ke rumahnya. Aku kena kejar sampai dapat.