DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 72
Aku stress dengan ragam pesakit yang pelbagai, dengan simptom yang pelik-pelik, dengan diagnosis yang tak wujud, permintaan yang bukan-bukan dan kebodohan tahap melampau.

Aku stress dengan warga asing yang langsung tak tahu berbahasa Melayu, apatah lagi berbahasa Inggeris. Jumpa doktor berharap doktor jadi bomoh. Tak perlu tanya dan periksa apa-apa. Boleh scan satu badan dan harap jumpa penyakitnya.

Aku stress dengan warga asing yang sakit secara berjemaah. Seorang betul-betul sakit, 5-6 orang pun ikut sakit juga. Bila seorang demam yang lain-lain datang menempel. Seorang sekadar sakit tekak, seorang body no power, seorang ada kurap di celah kaki, seorang baru batuk 2-3 kali, seorang lagi kata gastric pain. Semuanya beratur nak jumpa doktor. Maklumlah nak ubat percuma.

Aku stress dengan warga tempatan yang kononnya kawan. Pagipagi dah berderet depan klinik meminta belas ihsan kawan. Minta pengecualian untuk masuk kilang. Sakit badan dan sakit belakang.

Aku stress dengan pesakit-pesakit yang datang lewat malam kononnya emergency dan perlu rawatan. Bila dah masuk lain pula ceritanya. Pagi tadi lupa nak masuk kilang. Nak datang awal tiada pula kenderaan.

Aku stress dengan pesakit yang ada medical card, sebab cukup berlagak nak jumpa doktor pakar. Pantang kena nasihat dengan kawan, pantang kena tegur dengan kawan. Nak jumpa doktor pakar minta pengesahan walaupun tiada penyakit dalam badan. Aku dilihat langsung takda tauliah. Cuma layak tulis surat rujukan.

Aku stress dengan pesakit yang tak makan nasihat dan lebih percaya kawan dan juga Internet.

Jadi kenapa susah-susah nak jumpa doktor Ubat langsung tak nak makan.

Nasihat doktor langsung tak nak ikut, kesihatan dan pemakanan tak nak jaga.

Aku stress dah tahap gaban. Tengok pesakit dah tak rasa kasihan. Nak masuk klinik macam masuk penjara. Semua perkara seperti serba tak kena.