Dude! I'm Getting Married - 73
BAB 73

ACIK dan Mawaddah dah selamat dinikahkan dalam majlis sederhana di Port Dickson. Ramai tetamu yang hadir. Jai dan Koci masih setia menemani Acik sebagai pengiring pengantin.

Cepat je masa ni. Acik pun dah nikah. Jai sengih. Sempat jeling Acik yang asyik senyum je dari tadi. Badi pengantin baru la tu!

Seri mana Koci tanya Jai yang segak dengan baju Melayu berona ungu gelap.

Dia rehat kat atas pangkin tu. Jai tuding ke arah Seri yang sedang berborak dengan tetamu lain yang turut hadir.

Dah sarat aku tengok Seri tu. Koci turut melihat ke arah Seri. Wajah Seri semakin berseri-seri. Pembawaan budak agaknya.

Ya..dah nak masuk lima bulan. Aku bakal dapat anak kembar. Jai senyum.

Koci ternganga. Wah! Ni baru jantan!

Kau macam mana

Aku

Yalah! Siapa lagi! Jai siku lengan Koci yang segak berbaju Melayu jingga terang. Sesuai dengan kulit putihnya.

Aku mana ada calon lagi Koci sengih. Terbayang muka Lisa yang dah merajuk. Sejak jumpa Lisa hari tu, Lisa dah betul-betul merajuk tapi dalam masa yang sama, sempat jugak hantar kat aku sms cinta. Lucu jugak minah gedik tu.

Tak apasekarang ni kau tak nak cakap. Esok bila turn kau nak nikah, aku jugak yang kau jemput kan Jai kenyit mata.

Hahahaha! Macam yakin je kau ni! Koci ketawa mengekek.

Mestilah! Aku tahu la kau ni! Luar dalam tahu tak! Jai sengih lagi.

Dahlah! Acik dah panggil tu! Koci menapak ke arah Acik dan Mawaddah yang sibuk melayan tetamu.

Pandangan Koci beralih pada Salina yang juga sibuk melayan tetamu yang datang. Ternyata Salina berubah 360 darjah. Malah lebih baik dari gadis lain.

Apa yang kau tenung tu Acik tepuk bahu Koci.

Hah Tak adaaku bahagia melihat Salina dah bahagia dengan hidup dia sekarang ni. Aku dengar dia dah jadi anak angkat ustaz Fadzil kan Koci masih memandang Salina yang beramah mesra dengan tetamu.

Acik angguk. Turut menala ke arah sama.

Jadi..dia akan jadi kakak ipar kau la! Tambah Koci.

Acik angguk lagi.

Abang..ummi dan walid panggil nak bergambar. Mawaddah mendekati Acik yang leka bersembang dengan Koci.

Koci, aku pergi dulu. Pergilah tegur kakak ipar aku tu. Acik kenyit mata.

Koci sengih. Mengaku jugak mamat ni! Perlahan Koci mendekati Salina.

Assalamualaikum..

Salina menoleh. Waalaikumussalam..abang!

Koci senyum. Salina masih memanggilnya abang. Lembut tutur kata Salina. Lama wajah Salina ditatap. Pucat. Tak berseri.

Awak sakit ke

Salina tunduk. Taklahpenat je..

Maafkan abang.. Koci dah kendur suara.

Kenapa Salina mendongak.

Abang malu dengan Salina. Salina sekarang dah jauh berubah dari Salina yang dulu. Malah jauh lebih baik dari abang. Koci renung wajah yang pernah bertakhta di hatinya dulu.

Kita semua hamba Allah. Saya banyak dosa kalau nak dibandingkan dengan apa yang saya buat sekarang ni. Masih tak mampu menghukum kesilapan yang lalu. Abang macam mana Dah jumpa calon yang sesuai Salina cuba senyum.

Koci masih merenung wajah pucat Salina. Ada nada sebak pada suara Salina.

Belum.. Koci terpaksa berbohong. Tak mahu melukakan hati Salina.

Oh..saya harap abang jumpa seorang yang mampu membahagiakan abang.. Salina tunduk. Ada titisan di pipinya.

Terima kasih..

Koci!

Koci menoleh. Jai dah melambai ke arahnya.

Err..abang pergi dulu.. Koci minta diri.

Salina mengangguk lemah. Farid..cinta aku padamu tetap kukuh dalam hati aku sampai ke hujung nyawa aku..

SUDAH seminggu Acik menikah. Dah selamat terbang ke Pulau Krabi. Berbulan madu di sana. Jai dan Seri pulak sibuk menyediakan persiapan untuk kelahiran anak sulung mereka.

Ahaku je yang masih terkontang-kanting macam ni. Kenapa aku degil sangat dengan Lisa Kesian jugak aku tengok Lisa tu..bersungguh nak goda aku. Apa salahnya aku balas cinta dia Koci termenung di sofa.

Hai..adik akak ni termenung panjang nampakHani duduk sebelah Koci.

Koci hanya senyum kelat.

Dah tengok gambar tu

Koci menoleh. Gambar apa kak

Laa..tak tengok lagi la niHani geleng.

Oh! Koci tepuk dahi. Lupa pada gambar yang diberi kak Hani dulu.

Ridakak tengok sejak akhir-akhir ni..Rid macam ada masalah je.Hani renung Koci yang dah mengelamun.

Kakbetul ke kita akan bahagia dengan orang yang sayang kita lebih dari kita sayang dia

Hmm..kenapa tanya macam tu Ada orang sukakan Rid ke

Ada orang nidia cintakan Rid tapi Rid tak ada la cintakan dia sangat. Setakat suka tu ada la.

Siapa

Kawan Rid dulu

Ya la..siapaHani dah mula geram.

Lisa..

Lisa Err..nama dia Nur Lisa Ahmad Anak Pak Mat AJK masjid kan

Koci pantas menoleh. Akak kenal

Hani mengangguk. Tu la..tak nak tengok gambar. Lisa tu la yang akak nak kenen dengan Rid. Dia tu adik Azam, kawan akak masa di universiti dulu.

Jadi..akak satu kampus dengan abang Azam tu Koci menelan liur.

Macam mana Rid kenal Azam tuHani dah berkerut kening.

Rid memang pernah jumpa abang Lisa tu dulu. Tak sangka pula dia tu kawan akak! Koci senyum.

Sekarang ni macam mana

Macam mana apa Koci jeling Kak Hani.

Pasal Lisa la!Hani dah ketap bibir. Cakap dengan dia ni memang lambat tangkap la!

Ohikut akak la. Rid ikut je. Koci senyum lebar.

Betul ni

Koci angguk. Dia hanya pandang kak Hani beredar dari situ. Muka kak Hani dah ceria semacam. Senyum pun dah sampai ke telinga.