Dude! I'm Getting Married - 74
BAB 74

JAI pandang jam di pergelangan tangan. Dah setengah jam tunggu kat situ. Acik pun belum nampak batang hidung. Takkan tak boleh tinggal sekejap bini tu!

Mana dia orang ni Jai mula pesan minuman.

Jai! Acik melambai dari luar restoran.

Panjang pun umur kau! Jai turut melambai.

Acik melabuhkan punggung sebelah Jai. Dia panggil pelayan restoran. Kueh teow goreng dan kopi ais dipesan.

Kau dah order

Dah..

Mana Koci Acik pandang sekitar restoran.

Belum sampai.. Jai menopang dagu.

Ada apa Koci nak jumpa ekAcik putar-putar kunci di hujung jari.

Jai jongket bahu.

Hey! Guys!

Acik dan Jai serentak menoleh. Koci dah tersengih menuju ke arah mereka.

Korang dah lama sampai Koci duduk di sebelah Acik.

Kalau aku ni jenis yang mudah tumbuh janggut, dah meleret dah janggut aku sapu lantai! Jai sengih. Tanya lagi mamat ni! Dah lebih setengah jam dah ni!

Tu dah too much! Agak-agak la nak berkias pun! Koci luku kepala Jai.

Acik sengih. Memang sejak dulu, mereka bertiga dah sebati dengan gurauan macam tu. Tak ada hal!

Ni! Kau nak jumpa aku dan Acik kenapa Jai hirup jus limau yang telah sampai.

Kenapa, tak boleh ke Oh..mentang-mentanglah korang ni dah berbini, jadi aku ni dah tak laku la Koci buat muka merajuk.

Bukan macam tu. Kau ni dah macam perempuan tau tak! Aku cuma tanya je. Kau dah balik kerja Malaysia semula ni kenapa pulak Jai pandang Koci yang dah mengetuk meja dengan hujung jari.

Aku dah bosan kerja sana. Ingat dapatlah usha awek arab kat sana. Huh..hampeh! Habuk pun tarak. Perempuan Melayu jugak yang ngam dengan aku. Koci sengih.

Acik dan Jai saling berpandangan.

Eh, kau dah ada calon keAcik kenyit mata.

Macha! Kasi milo ais satu! Roti telur dua! Koci laung pada pelayan restoran.

Weh! Aku tanya ni! Acik siku lengan Koci.

Korang pun tahu kan, aku dah serik dengan nikah ni. Fobia kalau aku ditipu lagi. Ni, aku nak tanya sikit. Macam mana nak tahu perempuan tu benar-benar suka kita secara ikhlas dan bukan suka duit kita je Koci pandang Acik dan Jai silih berganti.

Hmmjadi awek kau ni mata duitan ke Acik mengusap dagu.

Tak ada la macam tu tapi aku takut tertipu lagi. Macam dulu, sampai aku makan biskut kering je. Duit banyak habis aku belanja dan usha awek.

Nampak sangat dia orang ni gilakan duit aku je. Apa aku ni tak romantik ke Tak handsome ke Koci mengeluh.

Aku nak tanya kau. Apa yang kau harap dari seorang perempuan Jai mencelah. Saja nak duga Koci.

Aku nak dia cintakan aku seikhlas hati. Terima aku seadanya. Bukan kerana benda lain. Aku tak nak jadi macam pernikahan aku dulu tu.

Memang aku cintakan Salina tu tapi dia dapat aku dengan cara macam tu. Aku tak boleh terima. Sekarang ni apa yang aku nak, perempuan tu faham aku, susah senang bersama aku. Bukan masa aku penuh poket je, bila dah kering, blah! Koci mengeluh lagi.

Macam mana kau nak tahu perempuan tu ikhlas ke tak Acik pula menyampuk.

Ya la..let say, aku keluar dengan dia. Aku sengaja cakap duit gaji aku dah habis, jadi dia kena bayar. Dia marah-marah. Terus blah. Perempuan apa macam tu Nampak sangat nak senang je. Tak susah sekali dengan aku. Esok-esok bila dah nikah, aku ditinggalkan terkontang-kanting bila aku dah pokai. Koci ketap bibir.

Jai ketawa.

Kenapa kau ketawa Koci jeling Jai.

Kau ni terlalu menduga hati perempuan. Sampai bila kau ni buat macam tu Let say, perempuan tu benar-benar ikhlas cintakan kau, sanggup susah senang bersama, sanggup terima syarat kau, apa kau nak buat Masih nak menduga jugak Jai jeling Koci.

HmmKoci pandang Jai. Mamat ni macam tahu je aku tengah menduga Lisa tu. Dia tahu ke pasal tu

Macam nilah. When two people really care about each other, they will always look for a way to make it work, no matter how hard it is. When you truly care for someone, their mistakes never change your feelings because it's the mind that gets angry but the heart still cares.

Koci dan Acik melopong.

Weh! Mana kau dapat pepatah yang dah berpatah-patah tu Acik menelan liur. Tak sangka berbakat jugak Jai ni pasal hal puisi muisi ni!

Kat mana aku dapat.. itu tak penting. Yang penting sekarang ni, kau ambik pepatah yang dah berpatah-patah tu jadikan sumber inspirasi kau.

Paling penting sekali, kau jaga solat, kau jaga pergaulan, yang lain akan beres! Jai senyum. Terbayang ayat yang disebut tadi yang pernah dibaca di laman sosial terkenal tu.

Hmm..okey. Sounds good!Koci garu dagu.

Borak je. Makan la wei! Aku dah lapar ni! Acik kunyah kueh teow goreng yang dah sampai ke meja.

Jai dan Koci turut menikmati makanan yang telah dipesan.

BALIK dari perjumpaan tadi, Koci terus berkurung dalam bilik. Segala apa yang dikatakan Jai tadi memang betul. Dah hampir sebulan Lisa tu cuba nak ambil hati aku. Cuba buatkan aku jatuh cinta.

Aku ni dah kenapa Fobia tak hilang lagi ni. Kesian pulak aku tengok Lisa tu. Dulu memanglah dia gedik tapi tak ada la pulak perangai buruk sangat. Setakat gedik je. Hishaku ni yang fikir macam-macam. Koci tatap gambar Lisa dari sampul surat yang diberi kak Hani dulu.

Hmm..dia ni memang cantik. Tak puas mata memandang tapi kenapa hati aku belum ada rasa cinta kat dia ni Setakat suka tu ada la. Macam aku rasa kat Seri duluhaih Koci garu kepala.

Rid!

Ya kak! Masuklah kak! Koci turut laung.

Buat apaHani dah sengih. Dia menghampiri Koci yang dah termangu menatap foto Lisa.

Ni ha Koci hulur foto Lisa.

Kenapa dengan Lisa

Kak..sebenarnya Lisa tu cintakan Rid.. Koci berterus terang.

Baguslah macam tu! Mudahlah akak nak masuk meminang! Bibir Hani dah lebar senyumnya.

Tapi masalahnya..Rid yang belum ada rasa apa-apa lagi kat dia.. Koci letak foto Lisa atas meja.

Laacinta tu boleh dipupuk. Kalau datang lepas nikah, lagi berkat! Orang kata, elok nikah dengan orang yang ikhlas cintakan kita daripada kita hidup dengan orang yang kita cinta tapi orang tu pulak tak suka kita. Sakit jiwa tau tak

Koci pandang Kak Hani. Amboi! Kakak aku ni! Bermadah bagai pulak!

Betul ke Lisa tu ikhlas cintakan Rid Koci mencebik.

Aik! Tanya akak buat apa Tanyalah Lisa sendiri! Budak ni! Hani cubit lengan Koci.

Akak..kalau tanya dia, mestilah dia kata ikhlas! Mulut ni boleh berbohong tapi hati kita tak nampak kebohongannya. Koci mengetap bibir.

Hmmsejak bila Lisa tu cintakan Rid

Dia kata sejak dia kenal Rid dulu. Masa Rid belum bertunang dengan Seri dan bernikah dengan Salina dulu tu. Koci teringat perbualannya dengan Lisa di Amcorp Mall malam tu.

Ha! Itu maknanya dia ikhlas la tu! Sampai sekarang dia masih tunggu Rid. Rid dah ke Dubai pun, dia masih tunggu. Dan itu maknanya dia bukan kejar duit Rid!Hani yakinkan Koci.

Siapa pulak call aku ni Koci pandang telefon bimbitnya yang dah melalak.

Akak keluar dulu.Hani minta diri.

Koci senyum. Dia jawab panggilan telefon.

Ya Allah! Telefon bimbitnya terlepas dari tangan.

Meluru Koci ke arah ruang tamu. Kak Hani sedang berborak dengan suaminya di situ.

Kak! Lisa!

Hani tercengang. Muka Koci dah pucat.

Kenapa dengan Lisa

Dia kemalangan kak! Sekarang ni ada kat hospital! Koci meluru ke kereta.

Bergegas Hani dan suaminya mengekori Koci menaiki kereta.

MELILAU Koci mencari bilik Lisa di wad hospital. Kak Hani dan suaminya turut mengikut Koci.

Eh, tu ayah Lisa! Koci bergegas ke tempat Pak Mat yang duduk di kerusi di luar bilik.

Pakcik! Lisa macam mana

Pak Mat mendongak. Eh!Farid..Lisa ada dalam bilik tu. Doktor kata luka di kakinya tak serius.

Macam mana dia boleh kemalangan

Tadi, dia nak ke kedai runcit. Naik motosikal pakcik. Entah kereta mana yang datang tiba-tiba rempuh Lisa dari belakang. Tercampak Lisa ke dalam longkang besar depan kedai runcit tu.

Oh Koci lega.

Boleh saya jenguk dia Koci minta izin.

Pak Mat angguk.

Koci menapak masuk ke bilik. Hani dan suaminya turut membuntuti Koci. Makcik Saleha dah menunggu di tepi katil. Jelas kaki Lisa dah berbalut sampai ke lutut.

Mak..ambilkan tudung Lisa. Lisa terkial-kial mengenakan tudung.

Koci cepat-cepat berpaling ke arah lain. Matanya menoleh perlahan ke arah Lisa yang sudah siap bertudung.

Lisa macam mana Koci mendekati Lisa.

Baik..rasa sengal sikit. Lisa senyum. Koci dipandang penuh kasih. Sayang jugak kat aku mamat ni.

Makcik.. Koci senyum pada makcik Saleha yang dah menangis.

Mak..janganlah menangis. Lisa tak apa-apa. Doktor kata minggu depan dah boleh keluar. Lisa pujuk mak.

Hani turut senyum.

Eh, Hani

Hani berpaling. Azam dah tersenyum di sebelah.

Azam, kenalkan ni suami saya, Aziz dan ni adik saya Farid.Hani senyum.

Azam menghulur tangan berjabat dengan Koci dan suami Hani.

Koci senyum.

Err..macam mana tahu Lisa ni kemalangan Azam senyum. Dia letak bungkusan makanan atas meja.

Err..saya ada terima call tadi dari pakcik. Terus saya datang sini Muka Koci dah merah.

Sebenarnya Azam, adik aku ni dah lama kenal Lisa ni. Aku pulak tak tahu dia kenal Lisa ni. Kau ingat tak, hari tu aku minta gambar adik kau

Aku nak bagi kat Farid tengok la. Tak sangka pulak, Farid dan Lisa dah kenal lama. Ingat nak satukanlan mereka ni. Panjang lebar Hani menerangkan keadaan sebenar.

Ohmacam tu ke. Elok jugak tu! Azam turut senyum.

Lisa tunduk malu. Koci senyum kelat. Adoih! Masa ni la pulak nak usik aku!

Err..Lisa dah makan ubat Koci cuba ubah topik. Apa hal aku ni Tanya dah makan ubat Haish!!

Dah..awak dah makan Lisa tersekat-sekat bersuara. Rasa sakit masih terasa di bahagian kaki yang cedera.

Dah..Koci sengih. Haihdah macam tak ada topik lain ke aku nak tanyaaduih.

Berapa lama nanti kat hospital niHani mencelah. Koci dilihat dah menggelabah.

Doktor cakap mungkin minggu depan dah boleh balik tapi kena selalu datang buat check up susulan. Mana tahu ada tulang yang retak. Makcik Saleha senyum. Tangan Lisa dipegang erat.

Hani angguk-angguk.

Lisa, jangan lupa makan ubat. Biar cepat sikit sembuh. Cepat la jugak kami masuk meminang. Hani pegang lembut tangan Lisa.

Pipi Lisa dah merah jambu. Sempat jeling Koci yang berdiri di penjuru bilik sambil bersandar di tepi dinding. Muka Koci dah kelat.

Pakcik, makcik, kami minta diri dulu. Tadi saya tinggalkan anak saya dengan jiran sebelah. Kesian pulak tinggal lama-lama. Hani bersalam dengan makcik Saleha dan Lisa.

Err..saya pun nak minta diri dulu pakcik, makcik, abang Azam.Lisa.. Koci pandang sekilas pada Lisa yang dah kemerahan pipinya.

Pak Mat mengiringi Koci sekeluarga menuju keluar dari bilik. Sempat Pak Mat bisik ke telinga Koci.

Koci hanya senyum kelat.