Pesakit ini dah dua kali ke klinik panel yang lain. Mengadu sakit perut dah lebih seminggu. Doktor klinik panel hanya beri ubat gastrik. Kali kedua pun sama. Doktor yang melihatnya ambil masa tak sampai seminit, disuruh keluar dan ambil ubat di kaunter. Minggu lepas dia dibawa ke hospital besar. Doktor di OPD pun suspect sakit yang sama. To Rule Out Gastric Ulcer. Dah ada temu janji untuk jumpa pakar bedah. Suggest buat scope, tapi temu janjinya lama lagi akhir bulan lapan.
Aku memang agak skeptikal dengan pesakit warga asing ni. Masalah bahasa adalah paling utama. Diikuti dengan simptom yang bukan-bukan. Kadang-kadang 3-4 kali datang klinik atas sakit yang sama. Aku check langsung tak jumpa sakitnya. Buat ujian darah pun sama. Hantar ke klinik kerajaan pun diagnosisnya sama sahaja. Kalau seorang dua aku boleh layan. Tapi kalau berderet 6-7 orang sakit yang tak masuk akal. Boleh naik sawan aku dibuatnya.
Tapi yang ini aku ada prihatin sikit. Riak mukanya menyedihkan. Mesti ada sesuatu penyakit misteri yang aku perlu tahu. Lagipun supervisornya bawa penterjemah perempuan. Wajahnya menenangkan. Suaranya tak menjengkelkan. Menurutnya dia susah nak makan. Makanan semacam susah nak masuk dalam tekak. Malam pun tak boleh nak tidur. Mata tak boleh tutup rapat. Aku perhatikan mukanya. Raut wajahnya sayu. Rasanya berat badannya dah turun mendadak.
Sekali pandang mukanya aku dah jumpa penyakitnya. Alhamdulillah Allah beri petunjuk kepada aku. Kalau aku di exam final year MBBS, mesti aku jadi pelajar cemerlang A+ punya. Mesti boleh dapat hadiah dekan. Agak-agak korang apa penyakitnya
Tapi sebelum aku beritahu diagnosisnya, aku check keseluruhan badannya. Kena berlakon sekejap. Kena tunjuk profesional. Takda demam. Takda darah tinggi. Nafas dan nadinya normal. Bunyi jantungnya normal. Perutnya agak berangin dan akhir sekali baru aku suruh dia tunjuk giginya kat aku. Aku dah pasti penyakitnya. Mukanya herot sebelah. Saraf muka sebelah kanannya tak berfungsi. Mata kanannya tak boleh tutup rapat. Tekaknya kebas. Tiada gag reflex. Kerut pada dahinya juga hilang. Diagnosisnya Bells Palsy, iaitu saraf sebelah mukanya dah hilang fungsi, dan bukan sakit gastrik ataupun kanser.
Lalu aku bincang dengan supervisornya. Apa penyakitnya, apa ubatnya. Dan bagaimana pihak kilang boleh membantunya. Aku berharap dan berdoa supaya diagnosis aku betul. Bukannya sakit ketumbuhan ataupun barah otak. Bukannya sakit misteri buatan orang. Aku beri temu janji dalam seminggu lagi nak tengok ada perubahan ke tidak.