KOCI termenung di katil. Kata-kata ayah Lisa ketika di hospital masih terngiang-ngiang di telinga.
Takkan sampai macam tu sekali Koci berkerut kening.
Dia menapak ke meja belajar. Komputer riba dibuka. Profil Lisa dicari.
Hmm..tak susah cari profil minah ni. Laju tangan Koci menekan tetikus menggeledah profil peribadi Lisa di laman facebook.
Koci menelan liur. Foto Lisa yang dimuatnaik di situ semuanya cantik. Terpegun melihat keayuan Lisa yang pandai bergaya sejak dulu.
Patutlah dia tu suka gedik dulu. Semua foto dia dalam ni pun dah ala-ala model. Ramai pulak tu yang nak berkenalan Koci menopang dagu.
Matanya ligat menatap setiap status Lisa.
Hmmsemua status minah ni ada puisi..dia tuju kat siapa Koci baca satu persatu puisi yang dikarang.
Haish! Bahasa jiwang tahap gaban ni! Aku mana reti semua ni!
Koci tutup komputer. Dia baring di atas katil semula. Masih memikirkan Lisa. Dari kata-kata ayah Lisa semalam,
Lisa memang mencintainya sepenuh hati. Rupanya Lisa dah angau kat aku!
Patut ke aku terima cinta dia Koci pandang siling. Cuba mencari jawapan. Hmm..kalaulah siling ni boleh beri jawapan, agaknya dah lama aku lulus exam dulu! Koci senyum sendiri.
Koci pandang kalendar. Dah seminggu Lisa keluar dari hospital. Baru tadi dia balik dari melawat Lisa di rumah. Lisa dah semakin sihat. Cuma dia perlu banyak buat latihan kakinya untuk berjalan.
KakRid rasa sudah tiba masanya akak pinangkan Lisa tu untuk Rid. Rid dah fikir masak-masak. Rid terima Lisa. Koci mengadap kak Hani di ruang tamu.
Rid pasti
Koci angguk.
Boleh ke Rid bahagiakan Lisa nanti Ya la..Rid kan tak ada perasaan kat Lisa tu.Hani dah berbelah bahagi.
Kak..kalau nak tunggu perasaan tu datang, tak nikahlah Rid jawabnya. Rid cuba pupuk rasa cinta tu selepas nikah nanti. Koci dah nekad. Dah dua kali dia menunaikan solat istikharah namun tiada tanda siapa jodohnya yang sebenar.
Hmm..kalau Rid dah kata macam tu, baiklah. Esok akak call mak dan ayah kat kampung. Minggu depan akak pergi meminang. Hani tersenyum lebar.
Koci melangkah semula ke bilik. Lega.
PAGI lagi Koci dah keluar ke tasik. Tasik yang biasa dia pergi berjoging bersama Jai dulu. Tali kasut diketatkan. Lama tasik tu diperhatikan.
Hujung minggu macam ni ramai pengunjung yang datang.
Hmmdah lama aku tak joging kat sini.. Koci buat senaman ringan sebelum berlari mengelilingi tasik.
Penat berjoging, Koci lepak di bawah pokok kelapa gading. Air tasik yang kehijauan dipandang lama. Tenang dan segar dengan udara pagi. Cahaya matahari baru memancar terik. Jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Tepat 9 pagi.
Telefon bimbit berdering kuat. Koci jeling nama di skrin. Salina Perlahan Koci menjawab panggilan tu. Mukanya dah berkerut seribu. Apa yang didengar tadi memang tak masuk akal!
Gila ke apa Tak faham aku dia ni! Koci hempas telefon bimbitnya atas katil.
Dia menapak ke bilik air.
SELESAI sarapan, Koci keluar semula. Otaknya dah berserabut. Kusut!
Rid! Baru je balik, takkan nak keluar lagi Nak pergi mana pulak tu Akak dah call mak. Mereka sampai petang karang!Hani melaung dari dapur. Koci dah tergesa-gesa keluar.
Rid nak jumpa kawan jap kak! Petang baru balik! Koci menghidupkan enjin.
Hani hanya pandang tingkah Koci yang nyata dah lain riak mukanya. Apa hal pulak adik aku ni
Koci memandu laju menuju ke tempat yang dijanjikan. Kereta dipecut laju membelah kesibukan jalanraya.
Haih..hari minggu macam ni pun masih sesak! Koci dah tak sabar. Aku mesti jumpa Salina!
Keretanya laju menuju ke lebuh raya menuju ke Port Dickson. Sepanjang perjalanan, otak masih memikirkan apa yang dibualkan di telefon tadi. Memang tak masuk akal!
Sebaik tiba di laman sekolah tahfiz, Koci perlahankan kereta dan mula parkir di bawah pokok rambutan. Dia menapak keluar dari kereta. Kaca mata hitam dibuka.
Hmm..mana Salina ni Koci jenguk ke ruang pejabat. Dia beri salam.
Ustaz Fadzil jenguk ke laman. Waalaikumussalam..eh Farid. Masuklah!
Koci melangkah ke ruang tamu di pejabat.
Err..Farid sihat Ustaz Fadzil bersalam dan pelawa Koci duduk di sofa.
Sihat pakcik..err..maaf sebab saya datang ni tak beritahu dulu. Sebenarnya saya nak jumpa Salina, dia ada tak Farid berbahasa. Memang tadi dia tergesa-gesa.
Tak apa..kami dah biasa terima tetamu macam ni. Semuanya kami layan dengan baik. Salina ada, nanti saya panggilkan. Ustaz Fadzil bingkas bangun. Tu pun Salina!
Farid mendongak. Salina dah berdiri di depan pintu.
Ustaz Fadzil melangkah keluar membiarkan Koci dan Salina berdua di situ dengan pintu terbuka luas.
Terima kasih kerana sudi datang.. Salina melabuhkan punggung di depan Koci.
Saya tak faham awak ni. Kita dah tak ada apa-apa. Kenapa awak nak saya nikah dengan awak semulaKoci sandar di sofa. Matanya tepat memandang Salina yang cantik mengenakan baju kurung warna merah hati dan tudung shawl labuh. Wajah Salina masih pucat walau dikenakan sedikit solekan.
Maafitu permintaan saya yang terakhir. Saya tahu abang akan terkejut dengan permintaan saya. Saya tak mengharapkan apa-apa dari abang, saya hanya nak jadi isteri abang yang sah sebelum saya menutup mata. Boleh kan Salina tunduk.
Tapi kenapa Awak tahu tak, minggu depan saya dah nak bertunang. Apa saya nak cakap dengan bakal tunang saya nanti Koci dah gelisah.
Melihat wajah sayu Salina, hati lelakinya dah tak tahan. Rasa kasihan pulak.
Bertunang Dengan siapa Salina mendongak.
Itu tak penting. Sekarang ni saya tak faham mengapa awak masih nak ganggu saya. Koci dah mula rasa tak selesa.
Saya tak kisah. Saya turut bahagia untuk abang yang bakal bertunang. Tapi saya merayu, tolong nikahi saya. Saya ingin menemui Allah dengan status seorang isteri. Saya tiada sesiapa di dunia ni. Keluarga saya pun dah buang saya. Hanya di sini saja saya menumpang kasih. Salina mengesat air mata yang dah mula tumpah.
Anggaplah kita dah tak ada jodoh.
Saya hanya mahu jadi isteri abang yang sah. Kalau abang tak nak sentuh saya pun saya redha. Abang nikahlah dengan siapa saja lepas tu.
Saya redha. Rayu Salina penuh mengharap. Dia pandang Koci dengan penuh harapan.
Koci dah pening. Permintaan Salina memang dah gila. Nak ke Lisa bermadu dengan Salina Kalau Lisa tahu tentang hal ni, nak ke Lisa bertunang dengan aku Adoiyaaa!!
Saya kena fikir dulu. Permintaan awak ni memang tak masuk akal. Saya dah nyatakan pada awak dulu. Saya tak akan rujuk awak semula.
Tidak. Koci menekup muka. Dia kemudian mendongak semula. Salina tunduk menahan esak.
Saya akan beritahu awak jawapannya nanti. Saya minta diri dulu. Koci bingkas bangun dan mula beredar dari situ.
BALIK dari PD tadi, Koci melangut di tasik Taman Jaya. Fikirannya dah buntu. Permintaan Salina nyata dah gila!
Apa aku nak cakap dengan Lisa nanti Koci menekup muka. Pandangannya dialihkan ke arah tengah tasik. Kalaulah hatinya setenang air tasik tu.
Tubuhnya disandar di batang pokok kelapa gading. Mata masih menala ke tengah tasik.
Hoi!
Koci pantas menoleh. Jai dan terpacak di sebelah. Bila masa mamat ni muncul kat sini
Weh! Kau ni datang dari langit ke apa Koci mendongak.
Jai duduk sebelah Koci yang dah sugul.
Apa hal kau ni Duduk sorang-sorang kat sini. Layan perasaan. Apa kau dah frust ke apa Jai mengusik. Sengih.
Soalan aku kau tak jawab lagi tadi. Koci siku lengan Jai.
Aku datang kedai buku tadi. Dah sampai tasik ni, aku ingat nak ambik angin la sikit. Tak sangka jumpa Hrithik Roshan kat sini! Jai ketawa mengekek.
Koci luku kepala Jai.
Aku tengah bengang ni..
Bengang apa pulakJai masih ketawa. Koci yang happy go lucky macam ni pun boleh bengang ke
Koci tunduk. Nak cerita ke tak nak
Weh! Aku tanya ni! Jai pula luku kepala Koci.
Tak apalah Jai. Tak penting sangat punpasal perempuan je.Koci senyum hambar.
Aku dah agak dah. Kalau pasal perempuan ni rasanya kau lebih arif dari aku. Macam nilah..kalau aku boleh tolong, aku tolong. Jai tepuk bahu Koci.
Koci masih tunduk. Sugul.
Okeylah Koci. Aku kena balik dah ni. Nanti bising pulak Seri tu. Dia tu dah sarat. Jai minta diri.
Koci hanya mengangguk lemah. Dia turut melangkah ke kereta. Fikiran masih berkecamuk. Kusut! Ingatkan dah terima Lisa, bolehlah rasa tenang sikit.