MY PRETTY BOY - 75
|SEBULAN BERLALU|

LEMAH gemalai lenggokan tangan Salina menari di atas pentas. Jari jemarinya yang melentik mengikut rentak menambahkan lagi keindahan tarian itu. Alat muzik Caklempung yang bergema di segenap IB dengan adunan lagu Ulek Mayang buat pertama kali didengari oleh Qamra Ain, Azmeer dan Rudy Armani turut terpesona.

Jejaka berdua itu turut sama sepertinya. Baru mendengar irama seperti itu dimainkan secara langsung lebih hebat daripada didengari dari kaca televisyen ataupun corong radio. Kelihatan juga sesekali Azmeer meniru gerakan jari-jemari Salina dari jauh. Sesungguhnya, Salina seorang penari gamelan yang berbakat. Jikalau tidak kerana Qamra Ain, sudah tentu impian gadis itu musnah.

Kalau tak kerana you, tentu Salina tak berada di atas pentas sekarang, puji Rudy Armani yang semakin teruja dengan gerak tari Salina.

Apatah lagi lagu Ulek Mayang yang berasal dari negeri kelahirannya, Terengganu Darul Iman.

Itu semua ketenuan-Nya, Rudy. Kalau ALLAH SWT perkenankan, nescaya kita berjaya. Itu adalah usaha sama team DMD sejak dari awal lagi. Seharusnya, I yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada you all yang jadi mentor I di DMD.

You patut kekal di DMD, Qamra. I rasa MD and VP takkan lepaskan you posting ke tempat lain. You dah jadi blue eyes mereka. We all kena tabik spring kat you setiap pagilah lepas ni! usik Rudy Armani tak semena-mena satu cubitan kecil singgah di atas lengan baju kemeja.

Tepukan gemuruh di dalam dewan menghentikan perbualan mereka berdua. Mereka juga turut memberi tepukan semangat pada Salina. Dari kejauhan, Salina melambai-lambai ke arah mereka bertiga yang duduk di kerusi Grand Stand aras 1. Qamra Ain membalas lambaian dari atas dan kemudian menunjukkan tanda bagus Salina.

Persembahan berhenti berehat seketika dan akan bersambung 15 minit lagi, satu suara bergema di setiap corong IB.

Sedikit demi sedikit pengunjung beransur keluar beredar termasuk mereka bertiga untuk menjamu selera yang disediakan di luar perkarangan IB.

Qamra, you masih marah TH Bisiknya perlahan ke telinganya di kala Azmeer sedang leka memilih hidangan di meja panjang.

Dia berkalih wajah ke arah Rudy Armani tanpa jawapan yang pasti.