Dude! I'm Getting Married - 76
BAB 76

KAK HANI insan paling gembira sekali. Segala persiapan untuk majlis pertunangan Koci semuanya disediakan sendiri. Dua hari lagi majlis pertunangan akan diadakan di rumah orang tua Lisa.

Rid nak bertunang berapa lamaHani jeling Koci yang dah termenung di sofa. Barang hantaran disusun cantik di tepi ruang tamu.

Entahlah kak..saya serah je pada akak.. Suara Koci dah mendatar.

Eh..apa pasal Rid ni Macam tak happy je nak bertunang. Kalau soal perasaaan tu, kan Rid dah setuju. Kenapa niHani bangun dan duduk sebelah Koci.

Rid rasa nak kerja semula kat Dubai tu. Balik Malaysia ni buat serabut otak je. Koci menopang dagu. Sebelah tangan lagi sibuk menekan butang remote control tv.

Kenapa nimacam orang merajuk je. Cuba cerita dengan akak..Hani pegang bahu Koci yang dah sugul

KakSalina nak kembali pada Rid semula Koci mula buka cerita.

Hah

Koci diam.

KenapaHani goncang bahu Koci.

Dia merayu pada Rid. Dia nak jadi isteri Rid. Nada Koci dah hambar.

Ya la! Tapi kenapa Takkan saja-saja je!Hani dah merengus.

Rid tak tanya pun kak tapi dia asyik cakap sebelum dia menutup mata dia nak mengadap Allah sebagai isteri Rid. Dia tak kisah kalau Rid tak sentuh dia pun. Dia redha. Koci berterus terang.

Pelik Dia sakit apa sebenarnya

Koci jongket bahu.

Habis tu, Rid macam mana

Entahlah kak..Rid serba salah sebenarnya. Salina tu dah banyak berubah. Dia sekarang dah jadi hafizah. Anak angkat ustaz di sekolah tahfiz.

Kesian pulak kak.. Koci termenung. Rasa cinta pada Salina masih ada lagi.

Hmm..macam-macam..terpulanglah pada Rid tapi kalau akak, akak tak layan permintaan gila dia tu. Lisa tu macam mana Perempuan mana yang nak bermadu! Hani mengeluh panjang.

Koci turut diam. Otaknya juga dah buntu. Dia perlu tahu apa sebenarnya motif Salina nak kembali padanya.

Kak..jangan beritahu mak dan ayah ya kak. Biar benda ni jadi rahsia kita je. Rid rasa Salina tu sakit la kak. Biarlah Rid berkorban untuknya.

Pasal Lisa tu, terpulang pada dia nanti. Koci renung mata Kak Hani yang dah resah.

Habis tu, nak teruskan jugak pertunangan niHani jeling Koci. Tamak betul adik aku ni! Salina dia nak, Lisa pun nak rembat!

Koci angguk.

Baiklah..akak pergi meminang Lisa. Akak rasa elok Rid bertunang setahun.Hani bingkas bangun meninggalkan Koci sendirian di ruang tamu.

MAJLIS pertunangan Koci dan Lisa meriah walaupun sederhana. Sengaja Koci tak beritahu Jai dan Acik. Koci hanya jadi pemerhati setia dari laman rumah. Wajah Lisa sepanjang hari itu sungguh ceria. Yalah..lelaki yang dicintai akhirnya masuk meminang! Kalau aku jadi Lisa pun, aku akan melompat sampai langit ke tujuh!

Selesai majlis, keluarga Koci mula minta diri. Lisa sempat mencium tangan mak dan kakak Koci. Dari tadi, senyuman tak pernah lekang dari bibir nipis Lisa. Koci hanya tersenyum hambar. Maafkan aku Lisa, kau terpaksa bermadu dengan Salina.

Balik dari majlis pertunangan, Koci berkurung dalam bilik. Kata-kata Salina masih terngiang-ngiang di cuping telinga.

Dia sakit apa agaknya Koci termenung di atas katil.

Album kenangan pernikahannya dengan Salina dulu masih disimpan kemas. Satu persatu foto ditatap. Pernikahan yang tak dirancang. Gadis pertama yang berjaya mencuri hatinya dan sehingga kini tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Salina sebenarnya. Hati aku bagai dikunci untuk mencintai perempuan lain.

Segala kenangan bersama Salina di sekolah dulu terasa masih segar di ingatan. Salina yang terkenal dengan kecantikan menjadi kegilaan pelajar lelaki. Tak sangka, akhirnya jodoh aku dengan Salina walaupun dengan cara yang memalukan.

Aku kena jumpa ustaz Fadzil dan ustazah Hidayah. Mana tahu mereka ada jawapan atas permintaan Salina.. Koci tutup album dan mula menapak ke bilik air.

Telefon bimbit Koci berdering kuat. Koci segera mencapainya dari atas meja. Tuala yang melekat di tubuhnya diikat kuat. Hampir terlondeh tadi.

Salina Koci menelan liur.

Lama perbualannya dengan Salina yang sayup-sayup di hujung talian. Koci sekadar mendengar luahan hati Salina. Bunyi esakan Salina jelas di cuping telinganya.

Hmm..Salina begitu mengharapkan aku..haihmacam mana ni Aku dah bertunang dengan Lisa. Koci terduduk di birai katil. Rambut basahnya dilap dengan tuala kecil.

Telefonnya berdering sekali lagi. Hmm..takkan nak pujuk aku lagi..

Erk! Tergamam Koci mendengar suara ustaz Fadzil.

Dia nak bincang apa Koci matikan talian. Ustaz Fadzil ajak berjumpa hujung minggu depan.

KOCI menapak perlahan ke arah Ustaz Fadzil yang telah tersenyum di sudut meja makan di sebuah restoran.

Assalamualaikum ustaz.. Koci bersalam.

Waalaikumussalam..sila duduk Farid. Ustaz Fadzil senyum.

Koci melabuhkan punggung berhadapan dengan Ustaz Fadzil. Ustazah Hidayah turut berada di sebelah ustaz Fadzil.

Dah makan Ustaz Hidayah pula bersuara.

Dah.. Koci senyum kelat.

Tujuan ustaz jumpa Farid ni ada kaitan dengan Salina. Salina dah ceritakan semuanya pada ustaz. Ustaz pasti, Salina pun ada hubungi Farid kan Ustaz Fadzil pandang koci yang dah sugul.

Koci angguk.

Sebenarnya, ustaz mewakili Salina untuk beritahu hal ni. Pada mulanya ustaz pun tak setuju tapi setelah Salina buka rahsia tu, ustaz rasa elok ustaz jumpa Farid sendiri. Ustaz Fadzil pandang Koci yang dah memandang tepat ke arahnya.

Rahsia apa ustaz Koci dah tak sabar.

Sebenarnya Salina tu ada penyakit kanser rahim. Menurut doktor, dia mungkin tak boleh hidup lama.

Mungkin enam bulan. Terpulang pada semangat Salina. Mungkin cepat atau lambat. Dia nak meninggalkan dunia ni sebagai isteri Farid. Dia terlalu inginkan doa seorang suami bila dia meninggal nanti.Suara ustaz Fadzil dah sebak.

Koci tunduk. Sebak. Ya Allah...

Jadiustazah rasa, tak salah kalau Farid tunaikan niatnya sebelum dia menutup mata. Lagipundia pernah beritahu ustazah yang dia terkilan tak dapat selamatkan anak dalam kandungannya dulu. Itulah satu-satunya zuriat Farid. Ustazah Hidayah menambah.

Koci mendongak. Matanya terbeliak. Terkedu mendengar apa yang dikatakan Ustazah Hidayah tadi.

Apa Anak Farid menelan liur. Biar betul! Aku sentuh Salina dulu sekali saja!

Ustazah Hidayah angguk.

Err..maksud ustazah, Salina tu mengandung Koci sekali lagi tergamam.

Ya..dia dah ceritakan semuanya pada ustazah. Selepas dia diceraikan dulu, dia sedang mengandungkan anak Farid tapi masa dalam lokap, dia ditolak dengan kuat oleh pesalah lain sehingga dia keguguran. Masa tu usia kandungannya dah masuk tiga bulan. Ustazah mula buka rahsia sebenar Salina yang selama ini dirahsiakan dari Koci.

Ya Allahsaya memang tak tahu pasal tu. Dia pun tak beritahu saya. Err..sebenarnya apa status saya dengan Salina Maksud saya, sah ke perceraian saya dulu Sebab..Salina sedang hamil.. Koci menekup muka. Ada titisan keluar jatuh ke pipi. Cepat-cepat disapu.

Memang sah perceraian tu, bagi wanita hamil yang diceraikan, perceraian tu adalah sah mengikut hukum syarak dan tempoh iddahnya sehingga dia melahirkan anak. Ada dinyatakan dalam al Quran, dalam surah al Talaq, ayat 4 iaitu Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh edahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya tapi dalam kes Salina ni, dia dah keguguran, jadi tempoh iddahnya dah lama habis. Ustaz Fadzil menerangkan kekusutan yang bersarang di otak Farid.

Masing-masing diam seketika. Melayan perasaan sendiri.

Jadi, kami berharap sangatlah Farid dapat tunaikan permintaannya. Kami faham kalau Farid masih marah pada Salina. Salina sanggup hidup berasingan. Ustaz Fadzil mencelah.

Ustaz..ustazah..sebenarnya saya pun bingung. Saya baru bertunang. Serba salah Koci dah resah. Memang serba salah.

Bertunang Ustazah Hidayah terkedu.

Koci angguk.

Oh Ustazah Hidayah dah hilang harapan.

Macam nilahustaz bukan memihak kepada Salina tapi Salina terlalu mengharapkan Farid. Dia dah tiada sesiapa. Kalau Farid kasihankan Salina, nikahilah dia. Kami akan simpan rahsia ni dari pengetahuan sesiapa pun. Hanya kita je yang tahu. Malah anak ustaz, Mawaddah pun tak akan tahu hal ni. Kalau Farid setuju, kita adakan majlis akad nikah di sini saja. Ringkas dan yang wajib saja. Mas kahwin tu cukuplah dengan senaskhah Quran. Itu yang Salina nak. Lepas nikah nanti, Farid boleh hidup seperti biasa. Bahagia dengan tunang dan seterusnya bernikah dengan tunang Farid tu. Salina tak akan ganggu. Apa yang dia harap adalah Farid mendoakan dan sentiasa sedekah ayat-ayat suci Allah padanya bila dia tiada kelak. Itu saja. Lemah suara Ustaz Fadzil menutur apa yang dipesan Salina. Ada titis jernih mula mengalir di pipi.

Koci tunduk membisu. Harapan Salina terlalu besar. Soal nikah memang mudah tapi tegakah aku tinggalkan Salina sendirian macam tu

~

Ustaz, ustazah..beri saya masa. InsyaAllah, saya tak akan hampakan harapan Salina. Err..bila majlis akad nikah tu nak diadakan Koci menyeka air mata yang masih mengalir.

InsyaAllah, kalau tak ada apa, hujung minggu depan pun boleh. Ustaz Fadzil senyum. Lega bila Koci beri keputusan macam tu.

Koci minta diri. Sempat kirim salam pada Salina.

BALIK dari sekolah tahfiz, Koci berkurung dalam bilik. Otaknya semakin serabut. Semua yang berlaku bagaikan sebuah mimpi!

Apa aku nak buat ni Patutkah aku terima Salina jadi isteri aku Takkan aku nak tinggalkan dia sendiri macam tu Aku bukan jenis yang pentingkan diri bila dah jadi suami! Adoi!!! Pening aku!!! Koci henyak tubuh atas katil.

Tak sanggup aku biarkan Salina sendiri menempuh kesakitan dan menunggu saat dijemput Ilahi. Tidak sanggup! Yang lebih parah, Salina rahsiakan kehamilannya dulu dari aku!!

Ya Allahaku yang tergesa-gesa ceraikan dia dulu. Kenapa Salina rahsiakan yang dia hamil Koci meraup muka. Menyesal atas apa yang telah terjadi. Salinarupanya kau terseksa selama ni. Maafkan aku.