Mencari Kiblat Cinta - 77
Meratah wajah di hadapannya dengan teliti, untuk mencari keserasian wajah Naufal dalam pandangan mata Aliff yang kelihatan ramah. Malah dia mengambil kesempatan membandingkan kedua-dua wajah itu. Meskipun Aliff di hadapannya adalah lelaki berusia 20an manakala Naufal di ingatannya hanyalah anak muda berusia 16 tahun, namun dia masih mengingati setiap inci wajah Naufal yang sering muram dan mudah naik marah. Memang kedua-duanya ada persamaan meskipun kata-kata Kamila sering mengusik perasaannya. Membuatkan dia mula meragui kata hatinya sendiri.

Aliff adik Filman.. kata-kata Kamila berulangkali singgah ke telinganya.

Aliff anak Tengku Amar, adik Filman. Sekali lagi dia diganggu suara-suara Kamila.

Kalau lelaki itu benar-benar Naufal, tak mungkin lelaki itu tidak mengenalinya. Seorang adik tak mungkin tidak mengecam kakaknya sendiri! Begitulah hati kecil Danira terus bermonolog sendiri.

Dah puas tengok Tiba-tiba Aliff melontarkan suara.

Danira tercengang.

Rupa saya kacak sangatkah sehingga Cik Danira asyik pandang saya sampai begitu sekali Mata anak muda itu terus memaku ke arahnya. Namun kata-kata itu tidak ada langsung tanda-tanda marah atau berang.

Danira hanya mampu membisu seribu bahasa.

Aliff menggerak-gerakkan keningnya. Dia memang terkejut apabila terpandang kelibat gadis itu di hadapan rumahnya. Gadis yang memandangnya dengan pandangan mata yang aneh di taska tadi. Dan kini sorot mata yang kelihatan aneh itu muncul sekali lagi.

Apa yang Cik Danira buat di depan rumah saya tadi Tanya Aliff ingin tahu. Dia memang merasakan ada yang tak kena sebaik dia bertentang mata dengan gadis itu. Sehingga kadang-kala timbul satu fikiran di kepalanya. Apakah gadis itu sebenarnya mengekorinya

Danira tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya. Tanpa berfikir panjang dia bersuara. Sayasaya..err..kebetulan saya lalu kat situ. Jawabnya tergagap-gagap.

Aliff tersenyum hambar. Tak mungkin! Dia tahu gadis di hadapannya sekarang hanya mencipta alasan.

Kebetulan lalu di sini Petang-petang macam ni Setahu saya Sissy Kindergarden agak jauh dari sini. Sanggah Aliff bagaikan menyindir lagaknya. Danira terkedu.

Boleh saya tahu apa yang Cik Danira cari sebenarnya Pertanyaan demi pertanyaan itu terus singgah di bibir Aliff lagak seorang polis sedang menyoal siasat pesalah. Wajahnya kini bertukar serius.

******

Danira menarik nafas panjang. Sukar untuknya berterus terang dengan lelaki itu. Aliff pasti akan mengatakan dia gila jika lelaki itu tahu sebabnya.

Saya cuma nak pastikan Melly selamat, itu aje! Jawab Danira mendatar. Dalam hati dia berdoa semoga Aliff percaya dengan kata-katanya kali ini. Dia belum bersedia untuk berterus-terang.

Aliff mengetap bibir bawahnya lalu mencapai cawan kopi dihadapannya. Baki kopi yang masih tinggal dihirup rakus.

Melly selamat dengan kami kalau itu yang Cik Danira bimbangkan. Abang saya Filman dah amanahkan kami menjaga Melly sewaktu ketiadaan dia. Cik Danira tak rasa ke yang sikap Cik Danira ni boleh menimbulkan curiga Lagi satu, saya rasa Cik Danira kena tahu bezakan tugas Cik Danira di taska dengan tugas-tugas lain. Di taska, Melly tanggungjawab Cik Danira. Tapi di luar taska, Melly tanggungjawab kami semua. Lain kali saya tak mahu jumpa Cik Danira berlegar-legar di sekitar rumah kami macam tadi. Ujar Aliff berterus terang. Wajahnya selamba bagaikan tidak kisah langsung dengan perasan Danira ketika mendengarnya.

Danira terdiam. Kata-kata Aliff jelas maksudnya, dan dia memahami lelaki itu tidak menyukai apa yang dilakukannya kali ini. Dia sendiri merasakan tindakannya kali ini benar-benar bodoh dan keterlaluan. Perasaan malunya menebal! Bagaimana dia boleh menghendap di rumah Filman semata-mata kerana mahu memastikan lelaki di hadapannya itu adalah adiknya Tak masuk akal! Bagaimana kalau Aliff menceritakan semua ini pada Filman sepulangnya lelaki itu dari Kuching nanti Tidakkah Filman akan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena

Maaf, saya tak sengaja. Saya rasa saya patut balik sekarang. Terima kasih sebab belanja kopi ni. Danira bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya. Aliff terpinga-pinga melihat gadis itu mahu beredar.

Nanti saya hantarkan. Pelawa Aliff.

Danira cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Tak..tak payah susah-susah. Saya boleh balik sendiri. Maaf sebab menyusahkan Encik Aliff. Sekali lagi Danira melontarkan kata-kata maaf berbaur penyesalan. Dengan cepat dia bergegas keluar dari restoran itu lalu menghilang dengan sekelip mata.

Aliff terkedu melihat kelibat Danira yang beransur-ansur hilang. Entah kenapa, sikap gadis itu sebentar tadi membuatkan dia tertarik. Nalurinya menyangkal kata-kata gadis itu sebentar tadi bukan semuanya benar. Tak mungkin hanya kerana bimbangkan keselamatan Melia, gadis itu sanggup berkawal di hadapan rumahnya seperti tadi. Pasti ada sesuatu yang sedang disembunyikan gadis itu. Tapi apa dia

Udara yang menghembus masuk dari luar tingkap bas yang dinaikinya, sengaja dibiarkan mengenai wajahnya.

bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah Danira ingin mengenalpasti bahawa sangkaannya adalah benar