SEMINGGU berlalu. Koci dah selamat bernikah dengan Salina dalam majlis yang hanya dihadiri kedua-dua ibu bapa angkat Salina dan juga tok imam serta dua lagi saksi berwalikan hakim.
Farid, kamu dah selamat bernikah dengan Salina. Sekarang ni terpulang pada kamu. Nak bawa Salina tinggal bersama atau tinggalkan Salina di sini. Salina dah redha.Ustaz Fadzil pegang bahu Koci yang segak berbaju Melayu ungu.
Koci pandang Salina yang berbaju kurung putih dengan tudung juga berona sama. Salina tunduk membisu.
Ustaz..saya rasa buat masa ni elok Salina tinggal di sini dulu. Saya akan selalu jenguk dia. Koci turut tunduk.
Hmm..baiklah. Kalau nak apa-apa, jangan segan panggil ustaz atau ustazah ya. Ustaz Fadzil minta diri.
Koci menghampiri Salina yang bersimpuh di tepi dinding. Semua tetamu sudah pulang. Tangan Salina digenggam erat.
Awak..kenapa awak rahsiakan semua ni dari abang Koci pandang tepat wajah Salina yang semakin tunduk.
Salina mendongak. Masa tu abang terlalu marahkan saya. Saya tak berani bersuara. Saya yang bersalah.
Koci peluk erat tubuh Salina yang dah menangis di bahunya.
Maafkan abangabang yang tergesa-gesa. Sudah ditakdirkan hidup kita macam ni. Maafkan abang.. Koci semakin erat peluk tubuh Salina.
Abangsaya tak kisah kalau abang nak balik. Saya boleh jaga diri sendiri di sini. Nanti apa kata mak dan ayah abang pulak. Jai, Acik, Seri dan Awamereka mesti syak kalau abang selalu datang ke sini. Saya tak apa. Abang pulanglah. Terima kasih kerana sudi menikahi saya. Saya tak akan minta apa-apa dari abang. Cukuplah doa dari abang. Salina cium tangan Koci. Air matanya laju menitis.
Malam tu Koci temankan juga Salina tidur walaupun Salina berkeras menyuruh Koci pulang. Koci mengeluh kecil. Naluri lelakinya ingin menyentuh tubuh Salina agar Salina tidak merasa diri dipersiakan.
Abangsaya redha macam ni. Abang tak perlu rasa bersalah. Itu syarat saya sebab saya tahu abang dah bertunang dan tak lama lagi akan bernikah. Saya dah bersyukur sangat yang abang sudi ambil saya sebagai isteri yang sah. Salina jauhkan diri dari Koci. Bantal dan selimut dicapai dan dia tidur di sofa panjang sebelah katil.
Err..biar abang yang tidur kat situ. Awak tidurlah di atas katil ni. Koci tarik tangan Salina ke atas katil semula. Dan dia menapak ke sofa.
Lama Koci menatap Salina yang dah lena di situ. Nyata Salina menunaikan janjinya.
SUDAH seminggu Koci bernikah dengan Salina. Selama itulah Salina tidak membenarkannya mengunjunginya di sekolah tahfiz tu dan sudah hampir sebulan Lisa menjadi tunangnya.
Rid, dahlah tu. Salina sendiri yang nak macam ni kan Sekarang ni Rid patut fikirkan Lisa. Dua bulan lagi Rid nak nikah. Hani pegang bahu Koci yang dah termenung dari tadi.
Hari tu..akak cakap nak Rid bertunang setahun Koci berkerut kening.
Tak jadi..keluarga Lisa yang nak cepat.Hani senyum.
Koci terdiam. Rasa menyesal pun ada. Nak buat macam mana, Lisa dah jadi tunang aku. Nak tak nak, aku kena nikah jugak dengan Lisa.
Salinamaafkan abang. Abang bukan pentingkan diri sendiri.
Errmaaf kalau akak tanya sikit. Rid dan Salina dah bersama keHani beranikan diri bertanya.
Koci mendongak. Kenapa kak
Tak ada labuatnya dia mengandung macam manaHani pandang adiknya dengan riak menduga.
Akakkenapa akak risau sangat ni Koci dah merengus.
Tak ada lakan Rid nak rahsiakan benda ni. Jadi akak nak, Rid jangan sesekali tidur dengan Salina tu. Rid kena fikirkan Lisa sekarang ni. Lisa tu cintakan Rid. Dia dah lama tunggu Rid. Hani beri amaran pada Koci. Dia bingkas bangun dan berlalu pergi.
Koci hanya diam. Rasa kasihan pada Salina semakin menebal. Sisa cinta pada Salina masih ada.
Ya Allah..kau kuatkanlah hati aku. Tunjukkanlah aku jalan yang benar. Koci meraup muka. Buntu!
KOCI termenung di tepi tasik. Tasik tulah yang menjadi peneman setia setiap kali dia dalam kesusahan. Tenang melihat keindahan ciptaan tuhan.
Koci!
Koci menoleh. Acik dan Jai dah tersenyum dari jauh. Datang jugak dia orang ni! Ingatkan bila dah nikah ni, dah tak ingat kat aku dah!
Jai dan Acik melabuhkan punggung di sebelah Koci. Koci berada di tengah-tengah.
Ada apa kau nak jumpa ni Jai pegang bahu Koci.
Hai..dulu kalau aku ajak jumpa, berdesup kau datang. Sekarang ni tanya pulak kenapa Sibuk sangat ke kau ni Yalah..orang dah ada bini Suara Koci dah lemah.
Kau ni..itu pun nak merajuk ke Buruk betul! Tengok! Muka pun dah macam beruk nak berak! Aku tanya je lah! Jai mengusik.
Ya la..kan aku dan Jai ni kawan setia kau. Sanggup tadah telinga dengar masalah kau. Acik menyokong Jai.
Sorry la. Aku tengah bingung ni. Buntu! Koci meraup muka.
Buntu pasal apa Jai pandang Koci dengan muka berkerut.
Kalau aku beritahu..kau boleh rahsiakan tak Koci pandang Acik dan Jai silih berganti.
Bunyi macam pelik je kau ni. Rahsia sangat ke Acik pula berkerut kening.
Jai turut angguk.
Dude..Im getting married..again. Suara Koci dah lemah. Mendatar.
Wah! Senyap je kau ada calon! Siapa Usik Jai.
Lisaaku dah bertunang dengan dia.. Koci tunduk. Rumput dikuis dengan ranting kayu.
Hah Serentak Acik dan Jai bersuara. Terkedu.
And..one more thing.. Koci pandang Acik dan Jai.
Jai dan Acik dah terbeliak. Memang berita gempak!
Actually..akudah nikah semula dengan Salina.. Koci menutur perlahan.
Hah!! Serentak Acik dan Jai memandang Koci. Ternganga!
Kau biar betul Bila kau nikah Jai menelan liur.
Minggu lepasaku harap korang rahsiakan hal ni.. Koci tunduk.
Weh! Kau ni biar betul Koci! Kau dah bertunang dengan Lisa dan kau nikah pulak dengan Salina Acik turut menelan liur. Mamat ni dah kenapa Semua nak sapu!
Ni yang aku nak beritahu ni Koci mula bercerita dari awal sampai akhir, semua yang berlaku.
Lisa macam mana Acik pula mencelah.
Dia tak tahu..dan aku harap korang rahsiakan benda ni. Aku kasihan kat Salina tu. Kanser rahimnya dah tahap 4 dan yang paling aku tak dapat terima, rupanya dia keguguran dulu. Dia mengandung masa aku ceraikan dia. Koci menekup muka.
Mengandung Acik dah terbeliak.
Yadah tiga bulan masa tu. Dia keguguran masa dalam penjara akibat ditolak dengan kuat oleh seorang pesalah lain dalam
lokap tu. Koci mengesat air mata. Malu kalau Jai dan Acik nampak.
Acik dan Jai terkedu. Terdiam. Tak tahu nak cakap apa lagi. Rupanya Salina juga banyak terseksa.
Kalaulah aku tahu yang dia mengandung masa tu..aku tak akan ceraikan dia.. Koci masih menekup muka.
Kocijangan cakap macam tu. Tak baik. Itu dah takdir Allah. Kalau kau cakap macam tu, seolah kau menyalahkan takdir Allah! Mengucap Koci! Jai pegang bahu Koci yang dah tunduk dari tadi.
Kenapa kau tak jemput aku dan Jai Acik ketap bibir. Geram dengan tindakan Koci yang meminggirkannya dan Jai.
Aku tak nak susahkan korang. Aku bertunang pun senyap-senyap. So, aku harap korang dapat rahsiakan
pernikahan aku dengan Salina. Even, Seri dan Mawaddah pun tak boleh tahu. Koci pandang Jai dan Acik silih berganti.
Tapi sampai bila kau nak rahsiakan benda ni Jai tak puas hati. Koci dah buat keputusan melulu.
Sehingga ia terbongkar sendiri Suara Koci dah lemah.
Masing-masing diam seketika. Jai dan Acik juga dah buntu dengan masalah Koci.
KOCI menjalani kehidupan seperti biasa. Hujung minggu dia akan jenguk Salina di sekolah tahfiz. Dua minggu lagi pernikahannya dengan Lisa akan berlangsung.
Abangselamat pengantin baru. Salina cium tangan Koci.
Lambat lagi..dua minggu lagi abang nikah. Koci senyum hambar. Salina dah terlebih awal mengucapkan tahniah.
Tak apalah..lepas ni abang dah tak selalu datang sini. Jadi apa salahnya saya ucapkan tahniah untuk abang. Salina senyum.
Sal..Koci pegang kedua pipi Salina. Dicium sebentar.
Erk.. Salina menelan liur. Tindakan Koci dah membuatkan jantungnya berdegup kencang.
Sebenarnya abang masih sayang dan cintakan Sal.. Koci kucup pula bibir Salina.
Salina pasrah. Koci ada hak ke atas tubuhnya. Biarlah dia berkorban. Andai ditakdirkan hubungan kali ini mencambahkan benih, dia redha.
Mungkin itu hadiahnya yang terakhir untuk Koci. Hadiah terindah buat suami tersayang.