Aku ingin sekali jadi filem-filem yang kau tonton bagi menghilangkan kesunyian
dan aku ingin menjadi apa saja agar kesunyian tak lagi dapat menganggumu saban malam
Manisku, aku ingin sekali menjadi alat solek yang kau jaga rapi dan gunakan saban hari kerana apa saja yang memberi keyakinan dan kecantikan padamu menjadi yang itu, aku mahu
Berbahagialah, manisku kerana kebahagiaanmu adalah seluruh hidupku dan seluruh hidupku sentiasa di sampingmu.