Mencari Kiblat Cinta - 79
Papa janji sayang. Oh ya Kak Danira ada kat situ Tanpa disedari bibir Filman lancar bertanyakan Danira. Dia terkedu seketika dengan tingkah lakunya sendiri.

Belum sempat dia mahu menyambung kata-katanya, tiba-tiba dia terdengar Melia memanggil Danira agak kuat. Filman mengerutkan dahinya. Dia dapat mendengar telefon di sebelah sana berganti tangan. Sebentar kemudian, suara Danira mula kedengaran dari corong telefon. Hatinya serta-merta bergetar. Rindunya pada gadis itu mula menyapa.

Hello. Suara Danira lembut menyentuh gegendang telinganya. Filman berdiam diri. Bibirnya tersenyum-senyum bagaikan ada sesuatu yang sedang mencuit hatinya. Ternyata dia semakin nakal mahu menguji kesabaran anak gadis itu.

Hello, siapa ni Suara Danira di hujung talian bagaikan bingung.

Filman masih diam.

Kalau tak bersuara nanti saya letak telefon ni. Ugut Danira tiba-tiba.

Filman terkedu. Alamak! Danira, saya ni Filman. Ujarnya segera memperkenalkan dirinya.

Err.. Filman. Suara Danira jelas bergetar.

Kelmarin maaf, saya tak sempat nak call ke taska. Saya cuma nak ucapkan terima kasih sebab Danira sudi uruskan party harijadi Melly. Ungkap Filman. Ah alasan! Padahal bukan itu sebenarnya yang ingin dibicarakannya dengan gadis itu.

Bukan saya seorang yang buat. Yang lain pun membantu sama. Ujar Danira pula dengan suara mendatar. Filman sekadar tersenyum.

Saya tahu itu, tapi saya juga tahu orang yang paling banyak berusaha tentulah Danira. Melly kata Danira buatkan kek coklat yang sedap untuk dia. Terima kasih ya. Ucap Filman ikhlas.

Danira tidak menjawab. Filman mula tertanya-tanya. Kenapa gadis itu diam saja Tak sukakah dia kerana aku menghubunginya

Filman panggil Danira tiba-tiba. Filman terkedu.

Yes Im here. Sahutnya lembut.

Bila awak nak balik ke mari Tanya gadis itu.

Esok saya balik. Kenapa Soal Filman ingin tahu. Entah kenapa nada suara Danira dirasakan berbaur kesedihan. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada suara gadis itu.

Boleh saya jumpa awak kalau awak balik nanti Pinta Danira.

Filman terdiam seketika. Jumpa Dia nak jumpa aku Entah kenapa kata-kata gadis itu membuatkan hatinya terusik. Harap-harap aku tak salah dengar!

Boleh Tanya Danira sekali lagi.

Saya pun memang nak jumpa Danira. Kita jumpa esok lepas saya balik nanti. I cant wait! Bisik Filman dengan perasaan bersulam bahagia. Tak tahu kenapa, tiba-tiba sahaja dia merasa riang. Meskipun dia tidak tahu apa sebabnya Danira tiba-tiba ingin bertemunya, tapi hatinya sudah tidak mampu menanggung rasa gembira dan bahagia. Tak sabar lagi dia mahu pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Sebaik dia menamatkan perbualan dan ingin kembali ke dalam coffee house, seseorang tiba-tiba lewat di hadapannya. Filman menjatuhkan telefon bimbitnya dari telinga. Matanya menangkap kelibat tubuh yang baru sahaja beredar di hadapannya. Entah kenapa, susuk tubuh itu kelihatan tidak asing di matanya. Tak mungkin dia ada di sini! Hati kecil Filman berbisik. Dahinya berkerut seribu.

******

Suasana di ruang ball room dipenuhi dengan kenalan-kenalan Datuk Parish yang menjadi hos majlis. Lelaki itu merupakan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal di daerah Kuching ini dan mempunyai beberapa rangkaian anak-anak syarikat di Kuala Lumpur. Dia sendiri tidak mengenali sesiapa pun di majlis itu kecuali pegawai-pegawai kanan lelaki itu yang menyapanya ketika dia sampai tadi.

Dari jauh, matanya ralit melihat persembahan nyanyian kumpulan rock terkenal yang membuat persembahan di atas pentas utama. Lagu-lagu yang dipersembahkan kebanyakannya adalah lagu-lagu popular sekitar tahun 90an dahulu, dan pernah menjadi siulan anak-anak muda termasuk dirinya yang ketika itu masih di bangku sekolah.

Sesekali matanya meninjau tetamu-tetamu Datuk Parish yang rata-ratanya terdiri dari ahli perniagaan yang mempunyai sesuatu kepentingan dengan syarikat milik lelaki berbangsa Iban itu. Kes yang diuruskannya bermula apabila lelaki itu bertindak mahu menyaman sebuah syarikat pembekal barang-barang pembinaan yang menjadi sekutunya dalam projek pembinaan rangkaian bangunan-bangunan industri di sekitar Lutong atas alasan wang dari projek itu telah diselewengkan oleh beberapa individu tertentu dalam syarikat tersebut.

Sedang dia leka termenung, tiba-tiba Datuk Parish muncul bersama seorang lelaki berjambang kemas. Lelaki itu tersenyum seraya menegurnya.

Filman Datuk Parish menghulurkan salam. Filman segera menyambutnya seraya tersenyum senang. Matanya sempat melirik tetamu di samping Datuk Parish yang tidak dikenali.

Oh ya Filman, kenalkan ini Datuk Kahirul, CEO Mednex Laboratories. Datuk Khahirul ni salah seorang pelabur dalam Projek Lutong. Datuk Parish memperkenalkannya dengan lelaki separuh umur yang berbadan besar dan berjambang rapi.

Filman segera bersalam dengan lelaki itu. Dia perasan mata lelaki yang digelar Datuk Kahirul itu asyik menjamah wajahnya tidak berkelip.

Datuk, ini Tengku Filman peguam yang saya lantik untuk mewakili kita semua. Dia akan mulakan proses pendakwaan ke atas Mokhza Construction. Tutur Datuk Parish.

Datuk Kahirul tersenyum tenang. Matanya masih tidak berganjak dari wajah Filman yang turut memandangnya.

bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Danira ingin berjumpa Filman