HARI pertama kerja di syarikat baharu. Jai kaku. Baru lagi memang macam tu. Senyum pun sopan. Langkah pun dah macam anak dara. Sopan terlebih. Pijak lipas pun tak sempat. Lipas dah lari ke celah dinding.
Hari ni kita ada staf baru! Victor, bos baru Jai.
Jai sengih sopan. Sengih sopan Erk!!Ada ke istilah tu
Hai ..saya Ikhwan Haris. Panggil Jai. Jai hulur tangan pada pekerja lelaki. Yang perempuan dia main angguk-angguk je.
Jai, you akan masuk microbiology department. Bawah you ada dua orang lab technician yang akan membantu membuat ujian nanti. Victor tepuk bahu Jai.
Jai menoleh. Jelas bos barunya memang peramah. Friendly!
Ok! Start working! Victor menapak masuk ke biliknya di bahagian pentadbiran.
Jai diberi penerangan serba sedikit mengenai makmal tu. Ada bahagian ujian kimia juga. Dalam makmal tu, hanya tiga orang saja ahli mikrobiologi, selebihnya ahli kimia dan pekerja bahagian pentadbiran.
Hari tu dia hanya diberi penerangan ringkas dan membaca semua data dan dokumen berkaitan dengan tugas kerja. Tu lah kerja yang dia kena buat sepanjang waktu pejabat dari lapan setengah pagi hinggalah lima petang.
HELMET diletak atas meja. Habis kerja tadi, Jai singgah di pusat beli-belah Amcorp Mall. Dah lama dia tak lepak di situ.
Seingatnya dulu masa belajar di UM, dia dan Koci selalu juga lepak sambil cuci mata. Tambah-tambah hari minggu.
Sebelah tangan menopang dagu. Matanya melekat pada sebuah kedai buku.
Hmm..macam kedai baru je..dulu mana ada.
Jari mengetuk meja. Nasi goreng Thai yang dipesan belum sampai. Sekitar restoran agak lengang. Tu lah satu-satunya restoran yang menyediakan masakan ala Thai yang boleh masuk tekaknya. Kalau tak, restoran lain macam rupa ada rasa hampeh!
Makanan yang dipesan dah sampai ke meja. Senyuman manis dari pelayan restoran dah buat dia separuh kenyang. Dah namanya lelaki, nampak yang cun sikit dah sengih. Entah-entah perempuan tu pun buat tak reti je..hahaha
Terima kasih..
Sama-sama..
Jai sengih. Penuh gigi putih depannya sebaris. Nampak jelas. Kenapa dengan aku ni Dah gatal miang tak ingat ni
Nasi disuap laju ke mulut. Tengah hari tadi dia hanya makan mihun goreng dari kedai mamak. Tak ada selera.
Habis menyental, Jai singgah pula di tasik sebelah pusat beli-belah. Dia berjalan perlahan sepanjang jalan pejalan kaki menelusuri sekitar tasik. Penat berjalan, Jai berehat di bangku. Dia keluarkan majalah yang baharu dibeli tadi.
SERI betulkan tali kasut. Sebelah kakinya diletak atas bangku. Dah tertonggeng, terkial-kial ikat. Dia jeling Ojie yang dah duduk di bangku.
Eh, kau ni lari sekejap je dah semput. Mana nak hilang lemak tu! Seri sengih. Dia turut duduk di sebelah Ojie.
Alahkalau aku lari macam Usain Bolt sekali pun..macam ni jugak badan aku!
Siapa tu
Laa..kau ni..tu ladunia kau tu dah macam kimia tau tak. Kalau tak arsenik..cadmium..tak pun plumbum. Cuba kau ambik tahu jugak hal luar.
Kau ni aku tanya sepatah, berpatah-patah kau jawab! Satu pun tak menepati soalan. Seri muncung.
Tak ada la..aku pun belajar kimia jugak..tapi aku ikut jugak perkembangan dunia ni. Ojie mencebik.
Perkembangan dunia hapa nya! Novel cinta je aku tengok kat tangan kau tu! Alih-alih novel!
Ojie ketawa mengekek. Dah terkena kau Ojie. Dia tepuk dahi sendiri.
Siapa Usain Bolt tu Seri tak puas hati.
Pelari pecut dunia!
Ohmesti si awang hitam kan
Wei! Kau ni..awang hitam yang ni berguna tau! Tak macam awang hitam yang bersepah kat negara kita ni. Tipu orang je kerjanya! Ojie sapu rumput yang melekat pada seluar Nike.
Dahlah..jom lari lagi. Nak kurus kan Seri bingkas bangun. Beg sandang kecil di belakang dikemaskan ke bahu.
Kau nak ke mana
Mana lagi Joginglah!
Ojie hampir tersadung. Tangan Seri dah sambar tangannya. Nak tak nak, dia kena lari jugak.
Seri! Rehat la dulu..aku tak larat dah ni. Nak tercabut kaki aku ni.. Ojie dah urut kaki. Minah ni tak reti penat ke Ke neuron dia dah terlebih Ataupun dia dah telan steroid Mana tahu, kat makmal dia tu ada banyak benda haram tu!
Ok! Ok la.. Seri terus bersila atas rumput. Air 100 plus dalam tin dibuka. Ojie sambar dari tangan Seri.
Hoi! Tak reti nak beli sendiri Seri rampas semula. Minum pun dah tak ada rupa ayu dah!
Seri minum sampai habis. Matanya ditala ke arah tong sampah yang pada kiraannya ada la dalam 10 meter dari situ. Bekas air tin diangkat tinggi. Mata pula dah sepet, nak fokus pada tong sampah nun jauh di sana. Agak-agak dah fokus, bekas tin tu dilempar sekuat hati.
Alamak! Mampus aku! Seri tundukkan muka.
Kenapa Ojie tercengang.
Tu..tin tudah sapu dahi mamat tu.. Seri tak berani angkat muka. Jari telunjuknya dah menuding ke arah seorang lelaki yang tiba-tiba bangun dari bangku yang terletak dekat dengan tong sampah kayu.
Ojie dah panjang leher melilau mencari siapa yang dimaksudkan Seri tadi.
Seri!!!
Seri angkat muka. Sembilan puluh darjah. Suara Ojie dah berdesing menusuk ke lubang telinga.
Aku bukan duk jauh sebatu! Seri gosok-gosok telinganya. Macam nak pecah!
Jai!!!
Hah Siapa
Seri telengkan muka ke arah tong sampah tadi. Memang sah Jai!!
Adoi..macam mana ni.. Beg sandang dah melekap kat muka. Tunduk rapat ke kakinya. Rumput kat kaki pun dah nampak besar.
Dia datang Ojie pulak teruja.
Assalamualaikum!
Waalaikumussalam.. Sengih Ojie, teragak-agak.
Eh..ni Ojie kan
Ojie angguk.
Buat apa kat sini Jai turut duduk sebelah Ojie.
Joging!
Jai angguk-angguk. Dia sapu dahinya dengan sapu tangan putih.
Err..ke..kenapa dahi awak tu Ojie berpura tanya.
Tadi..entah siapa yang baling. Terkena dahi saya..nasib baik kena dahi, kalau kena mata Tak ke buta Dah..jatuh saham saya yang kacak ni.. Jai sempat bergurau. Gadis sebelah Ojie dari tadi menutup muka. Malu ke dia ni
Oh..haerr Alamak..mampus la kau Seri. Ojie jeling Seri di sebelah.
Err..siapa ni Jai jenguk gadis sebelah Ojie.
Ni Ojie tuding jarinya ke arah Seri.
Jai angguk.
Belum sempat Ojie buka mulut, Seri dah berlari laju. Pecut macam Usain Bolt tu.
Eh, kenapa dengan kawan awak tu
Eheidia malu agaknya.. Ojie menoleh ke kiri. Apa hal minah ni tinggalkan aku sorang kat sini.
Jai hanya memerhati gadis tu berlari tak cukup kaki. Macam terserempak dengan hantu. Dahlah lari dengan muka tutup dengan beg..nampak ke
Bukkk!!!
Jai ketawa.
Kenapa awak ketawa Ojie berpaling. Mamat ni tetiba je ketawa.
Tu! Jari Jai dah menghala ke arah Seri.
Seri dah tergolek jatuh bawah pokok Janda Merana.
Laaaminah ni. Macam mana boleh tergolek kat situ pulak
Macam mana tak jatuh, lari tutup muka..apa lagi, cium batang pokok la! Jai makin galak ketawa. Kalut betul!
Err..saya tolong dia jap. Ojie bingkas bangun. Segera berlari ke arah Seri yang dah terselepuk kat situ.
Seri..Seri Jai geleng. Nak sorok mana muka tu. Masa lempar bekas tin tadi pun aku dah tahu!
SERI hempas beg sandangnya ke atas sofa. Muka dah pucat. Balik dari joging tadi, dia tolak ajakan Ojie makan di restoran Sri Melaka di Amcorp Mall. Seri henyak tubuh ke atas sofa. Terjuntai kaki, dihayun-hayun. Kepala masih pening.
Alamak! Bengkak! Seri gosok dahi.
Eh, bila Ucu balik
Seri pantas bangun. Mama dah terpacak di sebelah sofa.
Err..baru jap ma.. Tudung ditarik menutupi bengkak di dahi.
Cepat mandi, dah nak maghrib. Kejap lagi pa balik..jemaah sekali. Mama berlalu masuk ke dapur semula.
Pa pergi mana ma
Dia ziarah orang sakit kat hujung taman ni.. Laung mama dari dapur.
Seri menapak malas ke bilik. Beg sandang diangkut sekali.
Ucu dari mana
Seri menoleh. Langkahnya terhenti. Rajin pulak abang aku ni balik Selalunya time sarapan je muka dia muncul
Abang nak tidur sini ke malam ni
Tak..saja singgah jap. Kebetulan abang ada kerja kat area sini. Mana ma
Ada kat dapur.. Seri menapak semula ke bilik.
MASING-masing diam. Mama dari tadi asyik pandang anak bongsunya.
Ucu..kenapa dahi bengkak tu
Seri mendongak. Nasi dalam mulut dah tersembur jatuh dalam pinggan. Dia tarik rambut ke depan. Tutup dahi.
Haah..kenapa Terhantuk ke Papa pula mencelah.
Tak adalah pa..
Habis tu Kena pukul Acik beliakkan mata.
Tak..hish abang ni!
Habis tu kenapa
Err..jatuh tadi..kena batu.. Seri berbohong. Malu la mengaku. Gila nak mengaku aku langgar batang pokok!
Tu la..jalan tu tengok dengan mata, bukan pakai lutut! Acik luku kepala Seri.
Dah la tu! Makan!
Kerabu ni siapa yang buat Papa ceduk satu sudu kerabu jantung pisang.
Uculah..siapa lagi! Mama senyum. Bangga.
Bila buat Acik jeling Seri di sebelah. Masih muncung.
Lepas maghrib tadi.. Mama menambah. Tolong jawab.
Oh..ada lebih Acik sengih.
Banyak tukenapa
Nak bawa balik sikit.. Acik senyum penuh makna.
Seri diam. Otaknya dah penuh dengan kejadian tadi. Malunya!!!
ACIK letak bekas plastik atas meja bulat. Dia buka peti sejuk. Habis satu gelas jus oren diteguk. Dia jenguk ruang tamu. Tak ada sesiapa lagi. Mana dia orang pergi ni Aku sampai tadi pukul sepuluh..takkan merayap malam-malam ni..
Lambat kau balik Jai muncul di anak tangga.
Laa..ada rupanya.. Acik toleh.
Kenapa
Mana Koci Acik angkat muka. Kening dah terangkat.
Mana lagi..malam-malam macam ni dia keluar la.. Jai turun ke ruang tamu. Duduk sebelah Acik.
Kau dah makan Acik beri ruang pada Jai.
Dah..petang tadi..kenapa Jai capai remote control tv. Punat ditekan.
Aku ada bawa kerabu jantung pisang tu.. Acik jawab perlahan. Buat muka toya. Dia tengok Jai dengan ekor mata.
Mana kau dapat Jai pantas menoleh. Acik muka selamba je.
Tadi..aku singgah rumah..Acik buat muka toya lagi. Berkerut dahi menonton cerita lakonan Steven Siegel.
Jai angguk-angguk. Matanya ditala ke kaca tv.
Acik jeling lagi Jai. Mamat nitak nak tanya ke siapa yang buat Adoi..susah betul nak suruh dia kenal adik aku ni
Yang kau tenung aku ni kenapa Jai sengih.
Err..ya ke Acik berdehem kecil.
Kalau aku ni perempuan, dah lama aku cair dengan tenungan tajam kau tu.. Jai ketawa.
Acik senyum kelat. Hish..minta jauh la kalau Jai suka kat akuchoi!!
Emm..kau tak nak rasa ke kerabu tu Acik tak nak mengalah. Dia kena pujuk Jai juga.
Esoklah..dah malam ni.. Jai dah buat tak acuh. Hmm..apa kena Acik ni..macam paksa aku makan je..
Esok nanti basi.. Acik jeling Jai. Muka Jai tidak beriak.
Okey la.. Jai bingkas bangun. Malas melangkah ke dapur.
Acik senyum. Yes!