Abstrak Cinta Aku & Dia - 8
BAB 8

FROM: ANGELINE LIM [mailto:angeline.lim@mayangsari.com.my] Sent: Thursday, 21 Nov, 201310:12 AM To:Zack Iskandar, Zulkifli Adnan Subject: Wedding of Selvam Amresh & Jenniffer Ra\

Dear Graphic, Please note the changes on the backdrop.

Thanks.

Angeline

From:Sofiah Harun [mailto:sofiah.harun@mayangsari.com.my] Sent: Thursday, 21 Nov, 201311:45 AM To:Zack Iskandar, Zulkifli Adnan Subject:Job Request: Wedding of Leonard Tan & Jocelyn Fong

Dear Graphic, Attached is the new Job Request for the wedding of

Leonard Tan and Jocelyn Fong.

Kind regards, Sofi

Dan beberapa e-mel lagi dibaca dengan permulaan kata yang sama. Zack terasa macam nak muntah membaca e-mel yang dimulai dengan 'Dear Graphic' itu. Tekanan kerja. Hotel Mayang Sari menerima banyak tempahan untuk pelbagai majlis. Dan itu bermakna, kerja dia dan Joe Zulkifli sentiasa membukit. Tak akan pernah habis. Itu belum lagi dengan arahan yang diterima dari Zareen.

Maklumlah, pengurus baru. Macam-macam yang dimahukan. Rasa rimas dan bengang pun ada. Tapi nak buat macam mana, takkan nak melawan pula. Dah Zareen tu bos

From:Zulkifli Adnan [mailto:zulkifli.adnan@mayangsari.com.my] Sent: Thursday, 21 Nov, 201312:30PM To:Zack Iskandar Subject:MAKAN

Zack, makan jom. Lapar

E-mel dari Joe Zulkifli dibaca dengan kening terangkat. Joe Zulkifli itu juga pastinya sedang tensi. Bila lelaki itu sedang tensi, maka pelbagai perangai tak semenggah dan mengarut akan keluar. Contohnya, mengajaknya makan tengahari melalui e-mel sedangkan tempat kerja mereka tidaklah jauh mana. Cuma sebelah menyebelah, hanya dipisahkan oleh kubikel. Tak perlu pun nak menghantar e-mel seolah-olah dia berada jauh beribu batu.

Tapi, disebabkan Joe Zulkifli memang sedang tensi, maka terjadilah perkara sebegitu. Itu belum lagi dengar lelaki itu menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu sekuat hati. Joe Zulkifli memang suka menyanyi lagu itu kalau di dalam keadaan tertekan. Tak tahulah sebab apa. Ajakan Joe Zulkifli melalui e-mel itu diterimanya dengan senang hati lantaran perutnya juga sudah berbunyi minta diisi.

Jom.Zack berkata agak kuat, mahu memastikan suaranya didengari. Tak perlu buang masa nak membalas e-mel dari Joe Zulkifli.

Zack mengemaskan sedikit mejanya lalu bangun. Dia dan Joe Zulkifli berjalan bersama-sama menuju ke Caf Suria, kafe yang dikhaskan untuk pekerja.

WAKTU tengahari. Seperti biasa, pada waktu ini, Caf Suria dipenuhi dengan para pekerja yang bertugas di pelbagai department. Ada yang menunggu masa untuk memulakan shift, ada yang sudah tamat waktu bekerja. Bagi pekerja yang dikategorikan sebagai bekerja waktu pejabat iaitu 9 5, memang waktu begini adalah masa makan tengahari mereka.

Hidangan di Caf Suria dihidangkan secara buffet. Selalunya, menu yang dihidangkan adalah mengikut tema. Hari ini, makanan yang disajikan adalah bertemakan makanan India.

Selepas beratur mengambil makanan, Zack dan Joe Zulkifli mencari tempat duduk yang sesuai. Kebanyakan meja telah dipenuhi dengan pekerja. Tidak kisah untuk berkongsi meja dengan pekerja Hotel Mayang Sari yang lain, mata Zack melilau memilih tempat.

Gadis-gadis waitress dari Aksara Coffeehouse sedang rancak berbual sesama sendiri. Niat nak berkongsi meja itu ada, tapi tak boleh. Meja penuh.

Dua orang Brother Gym merangkap trainer yang berotot kekar dan berbadan sasa sedang makan dengan senyap. Walaupun Zack tahu, Brother Gym itu tidak mengambil kisah jika dia duduk bersama, Dia tetap tidak mahu. Terasa agak rendah diri secara tiba-tiba, membandingkan tubuh-badan sendiri nan sekeping dan hanya ada satu pek di bahagian perut.

Jay duduk makan seorang diri. Oh Tidak!

Zareen sedang duduk berbual dengan Jessy setiausaha kepada Pengurus Besar sambil minum teh tarik. Tak makan. Mungkin Zareen jaga badan. Seperti biasa, dia terperhatikan si bos baru dalam diam. Lama.

OiZack! Terdengar namanya di panggil lalu Zack menoleh. Joe Zulkifli rupanya sudah duduk dan makan bersama seorang lagi Joe. Chef Joe. Atau kadang-kadang dipanggil Abang Joe. Nama sebenarnya, Johan Salihin. Chef Joe adalah Chef De Parte (CDP) di bahagian kek dan pastri. Zack pantas bergerak.

Chef. Sapa Zack.

Chef Joe menganggukkan sedikit kepada Zack.

Zack memilih untuk duduk di sebelah Chef Joe. Kalau dia duduk di sebelah Joe Zulkifli, bermakna dia akan membelakangkan Zareen.

Jadi, kerusi di sebelah Chef Joe adalah pilihan yang paling sesuai, sesuai nak perhatikan bos baru senyap-senyap.

Umur Zareen, 31 tahun. Tua empat tahun darinya. Tinggal di Taman Melawati. Anak jati Kuala Lumpur tapi baru berpindah semula ke Kuala Lumpur. Sebelum ini, Zareen bekerja di Terengganu. Semua maklumat ini dia perolehi dari Joe Zulkifli kerana Joe Zulkifli lebih mesra berbual dengan Zareen. Kalau nak harap dia sendiri yang tanya, memang tidaklah. Sudah seminggu, lidahnya masih kelu. Tak tahulah kelu sebab peristiwa yang memalukan itu ataupun kelu sebab hatinya telah diusik sesuatu.

Dah kahwin Joe Zulkifli belum ada kepastian tentang itu. Zareen bergurau dengan mengatakan Single but not available. Itu mungkin bermakna, Zareen sudah ada teman lelaki.

Cuba sedar diri sikit, Zack! Lupakan ajelah. Otaknya memberi nasihat. Zack terus menumpukan perhatian kepada makanan tengaharinya.

Chef nak pergi kestaff audition tu nanti Joe Zulkifli memulakan sembang.

Zack memasang telinga mendengar perbualan Joe Zulkifli dan Chef Joe, berkenaan dengan acara makan malam tahunan untuk pekerja Hotel Mayang Sari. Majlis itu diadakan setiap tahun sebagai menghargai para pekerja Hotel Mayang Sari.

Bila ha Aku malas betullah nak join benda-benda gini. Nak gi meetinglah, auditionlah. Letih! Rungut Chef Joe.

Zack tersengih. Dia memahami perasaan Chef Joe dan Joe Zulkifli yang terpaksa-rela menjadi komiti. Setiap bahagian memerlukan seorang wakil komiti. Chef Joe, wakil dari bahagian Kitchen. Joe Zulkifli, wakil dari Marcom/Graphic. Sepatutnya, tahun ini, pengurus bahagian Marcom menerima giliran menjadi komiti. Tetapi, Zareen baru saja berkerja di sini. Jadi, Joe Zulkifli dengan pasrah menerima tugas itu. Dia pula, sudah menjadi komiti pada tahun lepas. Tahun ini, dia terlepas.

Minggu depanlah, Chef. Hari Rabu kot Jawab Joe Zulkifli. Tahun ni ramai rasanya nak masuk, Chef. First Prize, sepuluh ribu tu...

Antara aktiviti di majlis itu adalah persembahan dari pekerja hotel, sama ada berkumpulan atau individu. Tema persembahan adalah bebas. Menyanyi, menari atau apa saja. Tapi, mereka yang berminat untuk menyertai persembahan itu, perlu melalui uji bakat.

Hanya 12 orang atau kumpulan yang akan terpilih pada saringan pertama. Dan kemudian, saringan terakhir akan dilakukan untuk menentukan enam tempat ke makan malam tahunan itu nanti.

Mewah sponsor kali ni Zack menyampuk.

Jessy beritahu aku. Kali ni...owner ada bagi sponsor sekali. Terang Joe Zulkifli. Pemilik Hotel Mayang Sari adalah Tan Sri Yusuf. Antara tokoh korporat ternama di Malaysia. Hotel Mayang Sari adalah satu-satunya hotel bertaraf lima bintang dibawah YUSHAR Corporation.

Patutlah mewah Balas Zack, terangguk-angguk. Apa theme tahun ni

Belum decide lagi. Ada yang bagi cadangan nak buat theme Rock & Roll lah, Glamour lah, Colours of Rangolli, Hawaii

Hawaii Secara tiba-tiba, mata Zack memandang ke arah Jay, lalu terbayangkan Jay dengan skirt tutu ala Hawaii dan tempurung kelapa menutupi bahagian dada. Nyaris terkeluar kembali makanan yang ditelan tadi.

Rugilah tahun ni jadi komiti. Sepuluh ribu, bhai! Lepas buat bayar duit motor. Ada sedikit nada kesal melalui suara Joe Zulkifli. Ini kerana, wakil komiti tak boleh turut menjadi peserta.

Bukan rezeki kaulah tu. Balas Chef Joe, selamba. Chef Joe seperti tidak terkesan dengan wang sepuluh ribu itu.

Kau tak nak masuk, Zack Soal Joe Zulkifli.

Aku Tak kot.

Rugi bhaisepuluh ribu tu

Hanya itu yang diulang Joe Zulkifli. Macamlah kalau masuk pertandingan itu, pasti menang. Zack hanya tersengih.

Habis menjamu selera, mereka bangun untuk kembali meneruskan tugas. Sambil bangun, dia mahu mencuri pandang lagi ke arah Zareen. Curi pandang saja, bukan curi duit. Kalau dapat curi hati...lagi okey rasanya...

Zack memandang ke depan. Baru dia tersedar yang Zareen juga sedang merenung ke arahnya. Lima saat mata mereka bersatu.

Kemudian Zareen pantas mengalihkan matanya lalu terus mengangkat gelas teh tarik, pura-pura tidak menghiraukan Zack.

Namun Zack sedar, air muka Zareen berubah sedikit. Mungkindia yang terlebih perasan. Tapi dia merasakan yang dia juga sedang diperhatikan.

HARI beransur petang. Dengan hati yang agak lega kerana waktu kerja sudah tamat, Zack menuju ke arah tempat motorsikalnya diparkirkan. Sempat mengangkat tangan kepada beberapa orang pekerja hotel yang lain sambil tersenyum.

Zack memerhatikan sebentar motor Kawasaki Ninja 250SE miliknya. Tabiat biasa. Manalah tahu, kalau-kalau ada tayar yang pancit atau cermin pandang sisinya tertanggal. Setelah berpuas hati dengan kondisi motorsikalnya, dia meraba poket di bahagian depan beg galasnya. Mahu merokok dulu sebelum pulang. Sepanjang hari ini, baru sekali dia merokok.

Ceh! Baru sedar, rokoknya sudah habis. Tinggal kotak saja. Maka, terpaksalah dia menapak ke kedai di sebelah perhentian bas untuk membeli rokok. Kalau tak merokok kan senang Tak payah membazir duit.

Zack meninggalkan kawasan tempat parkir motorsikal.

Marlboro Light, Ane Pinta Zack kepada Ane pemilik kedai yang terletak di perhentian bas itu.

Sambil-sambil itu, matanya memerhati orang-orang yang ada. Separuh darinya adalah pendatang warga asing. Tidak tahu sama ada masuk secara haram atau secara sah. Yang nyata, senang sungguh mereka ini datang ke Malaysia.

Sekotak Marlboro Light dengan gambar kaki seorang pesakit kanser Ane hulurkan kepada Zack.

Zack merenung seketika. Perasaan ngeri memang ada. Namun nak berhenti, entah bila.

Dengan hati yang kurang senang, duit RM12 bertukar tangan. Harga rokok makin naik. Kononnya untuk menggalakkan rakyat berhenti merokok. Pelbagai kempen juga giat dijalankan untuk memberi sokongan kepada perokok ini supaya berhenti merokok tapi masih kurang berkesan. Kenapa kerajaan tak mengharamkan saja penjualan rokok Kan senang...

Zack meninggalkan kedai di sebelah stesen bas itu. Tak mahu merokok di situ. Dia tahu bahawa ramai yang membenci perokok sebenarnya. Lebih-lebih lagi, perokok yang tak sedar diri. Merokok di mana saja walaupun tempat awam lalu mengganggu ketenteraman awam. Walaupun dia seorang perokok, dia tetap cuba menjadi seorang perokok yang berhemah.

Berhemahlah sangat.

Zack berjalan menaiki tangga, menuju ke arah kawasan tepi bangunan. Kawasan itu memang di khaskan untuk merokok. Bukanlah ada papan tanda yang bertulis Sila Merokok Di Sini di mana-mana di situ. Tetapi, kawasan itu seolah-olah dijadikan tempat merokok sejak azali. Mana-mana perokok yang sedar diri dan tak mahu mengganggu ketenteraman awam, akan datang ke sini untuk melepaskan gian. Dia tak terkecuali.

Rokok yang baru dibeli, Zack keluarkan sebatang dari kotak. Setelah diketuk beberapa kali di atas kotak, rokok itu dinyalakan. Dia menyedut rokoknya dalam-dalam bersama nikotin, tar, sianida, benzene, cadmium, methanol, asetilena, ammonia, hydrogen sianida, arsenic, karbon monoksida dan beribu-ribu lagi bahan kimia yang terdapat dalam sebatang rokok. Nikmat menghisap rokok, hanya perokok saja yang tahu. Nikmat menghidap penyakit akibat rokok, hanya perokok juga yang tahu.

Mata Zack memerhatikan beberapa lagi orang perokok yang merokok di situ. Tidak ada yang dikenalinya. Mungkin pengunjung yang kebetulan lalu di kawasan ini atau mungkin pekerja di bangunan berdekatan.

Excuse me

Zack menoleh ke arah kiri. Seorang gadis berambut panjang beralun melepasi bahu menegurnya. Dia terpinga-pinga kerana menyangkakan gadis itu tersalah orang.

Yes, Im talking to you Kata gadis itu lagi.

Zack sengih sumbing lantas mengangkat kening. Gadis itu diperhatikan lama. Macam kenal. Bukankahgadis ini

May Iborrow your lighter

Soalan si gadis mematikan ayat dalam fikiran. Kening Zack terangkat lagi tapi dia mencapai juga pemetik api dari poket beg galasnya lalu dihulurkan kepada yang bertanya.

Thanks.

Setelah rokoknya dinyalakan, gadis itu menghulurkan kembali pemetik api kepunyaan Zack. Seperti Zack juga, dia menghisap rokoknya dalam-dalam.

You dont mind right Gadis itu menyoal lagi.

Dont mindwhat

That I sit here with you

Errno. Its a public area. Balas Zack.

Gadis itu tersenyum. Mereka diam sambil menghisap rokok masing-masing.

What a day Gadis itu memecah sunyi.

Stress Soal Zack.

Yup. Same shit, different day

Kening Zack terangkat lagi. Gadis ini jenis cakap lepas.

By the way, nama saya Kate. Tutur si gadis lalu menghulurkan tangan kepada Zack.

Teragak-agak pada mulanya tapi Zack sambut juga di hujung jari walaupun dia tahu, hujung tak hujung, tetap haram hukumnya.

Zack memerhatikan gadis berwajah unik itu sekali lagi.Baru hari ini, dia dapat melihat wajah itu dengan jelas setelah lebih kurang setahun bertukar senyum dan anggukan dari balik cermin.

Gadis itu bukan bangsa Melayu tapi campuran. Cuma tak tahu campuran bangsa apa. Iras-iras orang Inggeris pun ada juga.

Katelyn Rose Banham. Si gadis memberikan nama penuh.

Are you Malaysian Soal Zack, mencari jawapan kepada teka-tekinya.

Iya, saya. My dad is British. But, my mum, she kind of mix here and there. My grandpa is Chindian and my granny is Chinese mix with Kadazan Dusun. So that makes me.bangsa lain-lain.

Zack tergelak. Pandai buat lawak juga si Kate ini.

"Saya Zack." Zack memperkenalkan diri.

Finally, after one yearbaru I dapat tahu nama you Ujar Kate lalu tersenyum.

Zack ketawa, mengiyakan kata-kata Kate. Setelah lebih kurang setahun bertukar senyum, baru hari ini bertukar bicara.

Actually, apart from changing smiles every morning, I memang selalu nampak you. Akui Kate.

Iya Kening Zack terangkat. Kat mana

Kadang-kadang, I nampak you sedang beli rokok di kedai Ane. Kadang-kadang, I perasan motor you lalu depan itu Jawab Kate.

Zack terdiam. Teruja pun ada sebab ada juga awek yang menyedari kewujudannya di muka bumi. Ceh!

Mereka kemudian berbual panjang seolah-olah sudah kenal lama. Sikap Kate yang mudah mesra membuatkan Zack selesa untuk berbual dengannya. Kadang-kadang, dia tergelak mendengar cara Kate bercakap bahasa Melayu tetapi Kate sekadar tersenyum saja.

Bahasa Melayu Kate banyak bunyi pelat.

Sebenarnya, I suka cakap bahasa Melayu. Bangga jadi anak Malaysia. Ujar Kate membuatkan Zack tersenyum sendiri.

I need to go Zack meminta diri. Berbual panjang-panjang, tak sedar yang waktu semakin menginjak senja.

Yeah, me too. Sambil berkata, Kate melihat jam di tangan.

Hey Zack. Do you want to hangoutmaybe.. tomorrow or some other time You know, just to get to know each otherbetter

Zack terkebil-kebil.

Ala..keluarkawan-kawanmacam itu Sambung Kate.

Hmmwhy not

Beri nombor telefon you Pinta Kate.

Zack mengangguk. Nombor telefon bertukar.

Okay Zack. See yabye.

Bye Kate. Balas Zack.

Dengan senyuman, Kate berlalu meninggalkan Zack.