Arissa Daniel - 8
BAB 8

NELISSA termenung di meja. Fail bertimbun di atas meja hanya dipandang sepi. Dua minggu dia macam tu. Malas! Dia mula membelek laman sesawang untuk membeli belah secara online.

Hmm..macam best ni. Nelissa senyum. Fesyen baju terkini diperhatikan dari laman sesawang itu.

Cik Nelissa, Tan Sri panggil! Sarina mendekati meja Nelissa yang asyik menatap komputer.

Dia nak apa Cebik Nelissa. Matanya masih melekat pada skrin komputer.

Entah tapi Tan Sri suruh masuk sekarang juga. Sarina mula menapak ke mejanya semula.Tidak betah dengan sikap Nelissa yang acuh tak acuh bila bercakap. Sombong!

Nelissa menapak malas ke bilik ayahnya. Pintu dikuak luas.

Papa nak apa Nelissa hanya berdiri di muka pintu.

Nely..kalau ya pun, masuk dulu. Please close the door!Tan Sri Johari geleng.

Nelissa melangkah malas ke tempat sofa. Tubuhnya dihenyak kuat.

Macam mana kerja Tan Sri Johari turut duduk di sofa sebelah Nelissa.

Okey..Nelissa menjawab acuh tak acuh.

Okey je Dah tahu semua kerja ProposalTan Sri Johari menduga.

Proposal Untuk apa Nelissa tercengang.

Laa..kan semalam papa suruh Nely buat proposal pasal projek di Temerloh tu. Proposal untuk dapatkan tender! Tan Sri Johari sudah pening.

Nyata Nelissa tidak pernah serius dengan kerja.

Nelissa sengih. Memang dia tak ingat. Masa papa bagi arahan semalam, dia tidak dengar betul-betul. Matanya sibuk menala ke skrin komputer. Keluaran terkini tas tangan jenama LV.

Haih..sampai bila Nely nak macam ni You must learn from now. If not, I wont give you any money. Not even one cent! Ugut Tan Sri Johari.

Geram dengan sikap sambil lewa anak gadisnya.

Alah papa...takkan sampai macam tu sekali. Kan Nely ni satu-satunya anak papa. Ke mana lagi papa nak bagi harta ni semua, kalau bukan pada Nely Nelissa sengih lagi. Manja!

I dont care. If you dont do something starting from today, all my assets will go to charity! Tan Sri Johari bingkas bangun.

Nelissa menelan liur. Papa aku ni serius ke ni

Err..papa, kekayaan papa sudah banyak pa. Berpuluh syarikat papa ada. Berkepuk duit dalam bank. Papa nak apa lagi Harta yang ada ni pun dah bertimbun! Nak kerja keras apa lagi Nelissa tak puas hati.

Oh..so, you think all these assets akan tumbuh dengan sendiri Bertambah macam tu je tanpa usaha Begitu Tan Sri Johari sudah menyinga.

Apa bising-bising ni

Serentak mereka berdua berpaling. Puan Sri Zarina sudah tercegat di muka pintu.

Mama..papa ni. Nelissa peluk ibunya.

KenapaPuan Sri Zarina pandang suaminya.

Look at your pampered daughter! Kalau I ni ada anak lelaki, tak payah I suruh dia kerja kat sini! Tan Sri Johari semakin geram.

Oh..itu rupanya. Biarlah dia. Dah dia tak suka kerja, nak buat macam mana Don't force her like you force your staff!Puan Sri Zarina menyebelahi anak gadisnya. Menempelak!

Tengoklah!Bukan nak menyebelahi I! You pun sama!! Tan Sri Johari mula menapak keluar.

You nak ke mana

Out of here!

Tengoklah tu! Cakap sikit dah melenting tak tentu pasal. Puan Sri Zarina pujuk Nelissa.

Sayang dah makan Tanya Puan Sri Zarina. Wajah Nelissa sudah mencuka.

Belum..mama belanja Nelissa sengih.

Puan Sri Zarina hanya senyum. Faham sangat dengan karenah anak gadisnya. Nelissa,satu-satunya anak yang dia ada. Dia pernah keguguran bila mengandungkan anak pertama dulu. Lepas kelahiran Nelissa,dia tidak boleh mengandung lagi. Penyakit Thalasemia yang dihidapinya tidak membenarkan dirinya hamil lagi. Kekurangan hemoglobin dan eritrosit dalam darah merah tidak memungkinkannya untuk hamil kali ketiga.

Semasa melahirkan Nelissa dulu pun, dia banyak tumpah darah. Sekarang ini, dia hanya bergantung pada transfusi darah setiap bulan. Selalu kena perihatin.

Menurut doktor peribadinya, penyakit Thalasemia yang dihidapinya sudah agak kronik.Mukanya mudah pucat dan lemah badan. Kemampuan tubuhnya untuk menghasilkan sel darah merah terutama eritrosit dan hemoglobin adalah rendah. Tan Sri Johari pula tiada penyakit itu. Kalau kedua mereka ada penyakit Thalasemia, memang sejak dulu lagi mereka tidak boleh berkahwin. Itu yang diberitahu oleh doktor.Jika berkahwin juga, kemungkinan penyakit Thalasemia itu akan diturunkan kepada anak dan yang paling ketara, anak yang dikandung mungkin tidak boleh hidup lama atau mungkin cacat anggota akibat kelainan sel darah merah.

Puan Sri Zarina dan Nelissa mula melangkah keluar menaiki kereta menuju ke Bangsar.

BALIK dari restoran di Bangsar tadi, Nelissa memecut keretanya menuju ke makmal JN Biotech di Serdang. Jam di pergelangan tangan hampir lima petang. Niatnya ingin mengajak Arissa membeli belah di KLCC.

Hmm...dia mesti nak. Lagipun dah nak habis waktu kerja ni.. Nelissa senyum. Pedal minyak ditekan kuat.

Sampai di makmal, Nelissa mengatur langkah ke tingkat dua. Dia jenguk melalui pintu cermin yang memisahkan bilik mikrobiologi dengan bilik makmal yang lain.

Cik Nelissa cari siapa Tegur Roslan, salah seorang pekerja di situ di bahagian ujian kimia. Lengkap dengan baju makmal putih dan memakai goggles. Memang pekerja di makmal itu sudah kenal dengannya. Sejak penubuhan JN Biotech setahun yang lalu. Dia yang datang merasmikan makmal itu bersama papa dan beberapa jemputan lain dari kalangan Datuk dan ahli perniagaan yang lain. Siap jemput Menteri di bawah Kementerian Sains dan Teknologi.

Err..saya cari Arissa. Dia ada Nelissa senyum. Roslan dipandang seketika. Emm..boleh tahan dia ni. Kacak juga.

Ada dalam bilik tu. Masuklah!

Boleh tolong panggil dia sekejap. Nelissa sengih. Tak nak mengenakan baju makmal kalau masuk ke dalam bilik tu. Rimas!

Roslan menapak ke bilik mikrobiologi. Seketika kemudian, Arissa keluar dari bilik itu.

Laa..kau ke Ada apa kau nak jumpa aku ni Arissa buka sarung tangan getah yang dipakainya. Tadi dia kena buat analisa ke atas sampel air yang tercemar. Ujian untuk bakteria Eshcerichia coli dan Coliform yang selalu terdapat dalam air. Jadi dia kena pakai sarung tangan yang sudah disembur dengan alkohol untuk mengelakkan sebarang kontaminasi lain.

Aku nak ajak kau ke KLCC. Kau ni rajin betul la kerja. Dah pukul lima tahu takNelissa jeling jam tangan jenama Rolex di pergelangan tangannya.

Kat makmal ni kami kena balik pukul enam petang. Ada sejam lagi. Lagipun, hari ni aku kena buat kerja lebih sikit. Projek bioremediasi tu kena handle betul-betul. Arissa berterus terang.

Bio what Nelissa berkerut kening.

Arissa gelak. Itulah asyik dengan shopping je memanjang! Dah tu, nama je ambil kursus bisnes tapi tak pernah nak apply pada kerja. Maknanya selama ini Nelissa tak pernah ambil kisah apa pun. Masa majlis keraian malam tu, ramai tetamu yang bertanyakan projek itu tapi Nelissa buat acuh tak acuh saja.

Bioremediasi la! Arissa ketawa mengekek.

Apa tu

Bioremediasi tu...kita kena guna mikroorganisma untuk merawat air yang tercemar. Jadi mikroorganisma ni menghasilkan enzim yang boleh memodifikasi pencemaran yang beracun dengan mengubah struktur kimia pencemaran itu. Arissa senyum kelat.Ah! Kalau aku terang banyak-banyak pun, bukannya minah ni faham! Buang karan je nanti!

Maksud kau..all these small things can change the polluted water

Arissa senyum. Hmm..tak sangka Nelissa ni nak tahu juga. Cara dia bertanya tadi seperti berminat nak tahu lebih lanjut.

Yup! So, jangan ingat bakteria ni hanya pandai buat manusia sakit je. Bakteria ni ada juga manafaatnya. Setiap apa yang dijadikan Allah ada kegunaannya. Tinggal kita kena kaji dan selidik je.

Sama juga macam tumbuhan, macam kegunaannya untuk buat ubat herba. Semalam, ada lagi projek baru untuk membuat ubat dari herba pokok dukung anak. Pokok ni sangat baik untuk pelbagai penyakit terutama penyakit kencing manis. Dan untuk penyakit wanita pun bagus. Rawat peranakan. Kau tahu, pokok tu boleh didapati di mana-mana. Even, kat dalam pasu bunga pun, pokok tu boleh tumbuh! Arissa sengih.

Pokok dukung anak Nelissa berkerut dahi pula.

Arissa angguk.

So, semua tu adalah anugerah Allah untuk hambaNya yang rajin mencari. Macam papa kau..dia mempunyai sikap yang sentiasa ingin mencuba sesuatu benda baru dan tidak lokek untuk melabur. Jadi, dengan pengetahuan yang aku ada ni, aku nak kembangkan lagi projek ni. Mungkin aku nak buat sejenis minuman yogurt menggunakan bakteria baik yang baru. Aku nak buat research. Arissa berkata penuh semangat.

Like the one in the yogurt drinksambung Nelissa.

Arissa angguk lagi.

Wow! Very interesting! Nelissa angguk-angguk.

Arissa hanya senyum.

Jadi tak kau ikut aku ni Nelissa kembali ke topik asal.

Aku segan la beb. Orang lain masih kerja tu.. Arissa jeling jam di dinding. Baharu pukul lima suku.

Alah..kau ni takut sangat dengan papa aku tu. Tak apa..kalau dia tanya kau nanti, tahulah aku nak jawab. Now, change your stupid lab coat!

Kita keluar! Hurry up! Nelissa sengih sumbing.

Arissa jeling Nelissa. Stupid lab coatWhatever!!

DI KLCC, Nelissa tersenyum lebar. Syurga membeli belah! Arissa jeling Nelissa. Dia geleng. Matanya menala pada sekitar pusat beli belah itu. Di paras Concourse saja, bermacam jenis kedai menjual pelbagai barangan. Sudah banyak yang berubah. Ya la..hampir lima tahun dia di bumi Eropah.

Kau ni..kat sini pun sempat termenung lagi. Nelissa tepuk bahu Arissa.

Weh! Kau ni suka sangat buat macam tu. Arissa terkejut. Memang dia mengelamun tadi.

Sekarang ni kita nak serbu kedai mana dulu Mata Nelissa meliar melihat kedai-kedai di situ.

Arissa senyum kelat. Tanya lagi minah ni. Kalau tak kedai pakaian, mesti kedai beg tangan. Tak pun..tempat jual barangan kosmetik dan minyak wangi. Yang hairannya, minyak wangi baru pakai dua tiga hari, sudah beli yang lain. Akulah yang jadi mangsa menjadi penghabis minyak wangi dia.

Kau yang nak shopping kan Beb..kita makan dulu nak Aku lapar la.. Arissa pegang perut.

Dulu kau kata kat aku.. Nelissa sengih. Dia pandang Arissa yang memakai baju kurung biru air laut. Rambut pula diletakkan riben putih kecil di sudut kiri rambut. Baru perasan perubahan Arissa berpakaian hari ni.

Kau tengok apa

Hmm..cute sangat kau hari ni! Nelissa senyum.

Cute Aku pakai biasa je la. Arissa turut melihat baju kurung yang tersarung di tubuhnya.

Manis sangat. Macam dara pingitan! Nelissa memuji. Memang dia akui, Arissa memiliki wajah dan tubuh yang didambakan oleh gadis lain. Walaupun mengenakan solekan nipis, Arissa tetap ayu dan anggun dengan baju kurung macam tu.

Merepek la kau ni! Aku ni anak dara bandar! Arissa gelak.

Serious! Aku tengok kau hari ni macam comel je..macam cantik je..macam cute je... Nelissa cuba buat lawak.

Arissa ketawa mengekek. Minah ni dah pandai tiru gaya ayat popular sekarang ni!

Kau ni...ada sifat humor jugak kan Arissa masih menahan ketawa. Sejak dulu, Nelissa memang senang bergaul. Happy go lucky girl!

Whatever! Lets go!

DI RESTORAN CHILIS, Nelissa dan Arissa menapak mencari meja. Kebetulan tidak ramai yang datang. Jadi mudah mendapat tempat duduk. Mereka mula memesan makanan.

Beb..tadi kau kata kau handle projek air sungai tu kan Nelissa teringat perbualan tadi.

Arissa angguk.

Hmm..kau tahu, projek tu sangat mahal kosnya. Aku ada nampak fail atas meja papa aku tentang projek tu. Nelissa menopang dagu.

Ya Berapa Arissa pandang Nelissa tak berkelip.

Papa aku melabur dalam projek tu hampir lima juta. Pelaburan untuk pembinaan makmal pula, papa aku melabur dua puluh juta. Kau tahu, kos pembinaan makmal tu, mencecah lebih lima puluh juta! Sebab projek itulah makmal tu dibina. Jadi projek tu memang penting.

Arissa menelan liur. Lebih lima puluh juta Patutlah semua kultur bakteria yang terdapat di makmal itu diimport dari luar negara. Peralatan makmal pula memang terkini dengan teknologi tinggi. Satu alat saja harganya sudah mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit.

Tadi kau cakap papa kau melabur hampir dua puluh juta...yang selebihnya siapa yang melabur Arissa berkerut kening.

Dia joint venture dengan kawan dia selain mendapat bantuan sikit dari pihak kerajaan yang meluluskan geran untuk membuat projek tu. Baru semalam, aku masuk meeting. Papa aku cakap, kalau berjaya projek tu, imbuhannya boleh berlipatkali ganda dari kos! Nelissa senyum.

Maknanya ni memang projek mega la Arissa terlopong.

Nelissa angguk.

Arissa mula menggelabah. Bermakna dia kena bersungguh membuat penyelidikan dan memastikan projek bioremediasi itu akan sentiasa mendapat sambutan. Tak boleh main sambil lewa saja!

Our food is ready! Lets dig in! Nelissa senyum sebaik melihat pelayan restoran membawa makanan yang dipesan. Kedua tangannya sudah sedia dengan sudu dan garfu.

Arissa turut senyum. Dari tadi perutnya berkeroncong. Tengahari tadi, dia hanya sempat menjamah dua keping roti. Tugas di makmal yang banyak tadi membuatkan dia tidak sempat keluar makan tengahari.

"Beb..itu macam lelaki hari tu kan Nelissa jeling ke sudut kiri restoran. Lelaki itu bersama dua orang lagi rakan. Tidak jelas siapa.

Arissa turut panjangkan lehernya. Memang sah!

Aduih...kenapalah asyik jumpa mamat ni Arissa buat tak nampak. Laju dia mengunyah spagetti carbonara dalam pinggan.

Beb! Kau tak nak tackle ke Nelissa mengusik.

Kau jelah yang tackle! Dulu, kau jugak yang kata nak jadikan dia one of your collections kan Arissa senyum kelat.

Memang la tapi setelah aku pasti yang kau tu tak ada apa-apa dengan mamat tu. Kalau kau nak, aku undur diri. Ramai lagi koleksi aku. Nelissa gelak kecil.

Arisa mencebik. Senang je Nelissa ni bercakap. Lelaki ni dah dianggap macam patung mainan!

Kenapa kau diam

Aku tak nak fikir lelaki ni. Menyesakkan otak je. Banyak lagi benda lain yang aku kena fikir. Arissa berdalih. Dia tidak mahu melayan perasaannya ketika ini sedangkan dia sudah ada Tuah. Jika dilayan, buatnya dia betul-betul jatuh cinta pada lelaki Inggeris itu, macam mana

Eleh..tak nak fikir konon. Eh, lelaki yang dekat kondo kau tu macam mana Nelissa kenyit mata.

Siapa

Alah..yang selalu bawa motor besar tu. Yang pakai jaket hitam tu. Macho tu beb! Nelissa senyum lagi.

Kau ni! Pantang tengok lelaki handsome! Arissa jeling Nelissa yang sudah tersengih di depannya. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Nelissa tadi. Sejak Tuah pulang dari kerja luar, dia masih belum berjumpa lagi. Tidak sabar menunggu hujung minggu nanti.

Siapa nama mamat tu

Entah! Aku tak pernah tegur dia. Kenapa Kau nak kenal ke Usik Arissa.

Aku tak ambik boyfriend orang..tambah lagi dia tu boyfriend kau. Nelissa habiskan Neslo ais.

Arissa tepuk bahu Nelissa. Namun dalam hati berbunga riang.

Hah! Tadi kata kat aku, kau pun sama tepuk bahu aku! Nelissa ketawa.

Beb..aku ingat nak minta cuti la seminggu. Aku nak ke Korea, nak cari ibu aku. Rindu sangat kat dia.. Suara Arissa sudah berubah.

Hmm..cakap pasal ibu kau ni. Dia tinggal kat mana Maksud aku...di Korea tu, area mana eik Nelissa teguk pula Neslo ais.

Pulau Nami. Itu alamat yang arwah ayah aku beri dulu. Sekarang ni tak tahu la kat mana. Aku harap dia masih kat situ..

Eh, tempat tu menarik tu beb. Bila kau nak pergi Aku ikut Nelissa sengih.

Arissa jeling Nelissa. Tahu nak berseronok je minah ni. Aku pergi bukan nak berseronok, aku nak jenguk ibu aku yang sudah lama tak berjumpa.

Boleh la beb... Pujuk Nelissa.

Tengoklah...kalau kau nak ikut, kau kena belanja semua tiket dan penginapan serta makan minum sekali, deal Kali ini Arissa pula beri syarat.

Deal!!

Erk! Aku main-main je tadi, Nelissa sudah serius pulak. Arissa menopang dagu. Matanya menala ke arah lelaki tadi. Dia cepat-cepat tunduk.

Rupanya lelaki itu juga memandang ke arahnya dengan senyuman di bibir.

Dia senyum kat aku Gumam Arissa.

Kau cakap apa ni beb Nelissa pandang Arissa yang tunduk dari tadi.

Err..tak ada apa. Kau dah habis makan Arissa ubah tajuk.

Dah full ni! Nelissa sengih.

Arissa bingkas bangun.

Kau nak ke mana Nelissa turut bingkas bangun.

Kau nak shopping kan Arissa betulkan rambutnya yang terjuntai di dahi.

Yup! Aku bayar dulu! Nelissa angkat tangan, minta bil.

Ya cikSeorang pelayan restoran di situ menghampiri Nelissa.

Bill please! Nelissa senyum.

Sudah dibayar cik. Pelayan restoran itu senyum.

Hah Dah bayar Siapa yang bayar Nelissa tercengang. Dia pandang Arissa yang turut tercengang.

That guy! Pelayan itu tuding ke arah lelaki tadi.

Arissa terkelu. Nelissa senyum.

Beb! Itu maknanya kita ada peluang nak tackle mamat tu! Muka Nelissa sudah macam bintang berkerlip.

Arissa geleng. Ada makna tu ...

Eh, kau nak ke mana Arissa tarik tangan Nelissa yang menonong berjalan ke arah meja lelaki tadi yang masih berbual dengan dua orang kawannya di situ.

Aku nak ucap terima kasih la! Come! Temankan aku! Nelissa tarik pula tangan Arissa. Hampir tersadung Arissa ditarik Nelissa menuju ke meja lelaki tadi.

Hai! Manis senyuman Nelissa sebaik tiba di meja lelaki tadi. Matanya sempat melirik pada lelaki di sebelah Daniel. Huh! Muka dia ni lagi!

Hai! Daniel senyum. Matanya mengerling gadis di sebelah Nelissa.

Aa...thanks for the food. Nelissa senyum menggoda.

Arissa hanya diam. Sesekali dia melarikan matanya melihat ke arah lain. Renungan lelaki itu sudah dirasakan tembus ke anak matanya. Bak anak panah yang terkena tepat di sasarannya!

Small matter. Daniel senyum lagi.

Dua lagi rakannya yang tersenyum nakal turut memandang kedua gadis itu.

Oh, let me introduce...friends of mine, Ben and Sharif. Daniel perkenalkan kedua orang rakannya.

Nelissa menghulurkan tangan berjabat. Dia cepat-cepat tarik tangannya yang digenggam lama oleh Sharif.

Hi..Im Ary..Ary Rose! Nelissa kenalkan diri.

Arissa mendongak. Ary Rose Dia cuba menahan dari ketawa.

Nelissa senyum. Sengaja dia guna nama lain. Setiap kali berkenalan dengan lelaki, setiap kali itulah dia guna pelbagai nama samaran. Padanya tidak perlu lurus bendul sangat mendedahkan nama sebenar.

Sharif senyum sinis. Ary Rose Malam tu dia dengar Tan Sri Johari kenalkan perempuan itu sebagai Nelissa.

If you are Ary Rose, Im Sharif Dol then! Sharif sengaja sindir Nelissa.

Nelissa cuba menahan ketawa. Dia jeling Arissa di sebelah. Arissa juga mempunyai riak yang sama. Nyata lawak Arissa malam itu benar-benar terjadi. Tuan badan sendiri yang mengaku! Pandai juga mamat ni buat lawak bodoh dia tu!

Daniel dan Bennett turut ketawa.

So, you pulak Ben apa Ramah Nelissa bertanya. Mata beralih pula pada jejaka Cina sebelah Sharif.

Arissa dari tadi tidak bersuara. Dia hanya membiarkan Nelissa beramah mesra dengan ketiga-tiga lelaki tadi. Tak kuasa melayan lelaki gatal macam tu.

Ben Ten! Kali ini giliran Bennett pula membuat lawak. Watak kartun yang selalu dia tengok di tv.

Pecah ketawa mereka bertiga.

Arissa mencebik. Tak kelakar langsung! Dia jeling Nelissa yang turut ketawa.

And..youMata Nelissa menala pula ke arah Daniel.

Im Adam! Tangan dihulur. Daniel melemparkan senyuman manis.

Nelissa senyum lebar. Oh....Adam rupanya...

Okey...so, whos this gorgeous girlMata Daniel melirik pula pada Arissa. Dari tadi dia menunggu gadis itu perkenalkan diri.

Nelissa cuit lengan Arissa yang mula tunduk.

Err..shes Nely. Nelissa jeling Arissa. Tolong jawab bagi pihak Arissa.

Arissa jeling Nelissa. Selamba dek je minah ni guna nama tu! Betullah minah ni tak betul!

Oh..Nely Nely what Sekali lagi Bennett senyum.

Nely Futado! Nelissa senyum lagi. Cuba juga bergurau.

Sharif senyum sinis. Loyar buruk juga minah ni. Dia masih memerhati gelagat Nelissa dan Bennett berbual mesra.

Nely Futado Arissa jeling lagi sekali ke arah Nelissa yang sudah senyum. Pandai betul kau menipu eik!!

What Nely Futado That singer Bennett, lelaki cina yang bertatu di lengan sudah sengih. Juga turut bergurau.

No..just kidding! Shes Nely Badly!Nelissa jeling lagi Arissa.

Hah Badly

I mean..Nely Badlina! Nelissa gelak. Matanya melirik pada Sharif yang asyik memerhati dari tadi tingkahnya.

Nice name. So, care to join us Bennett sengih.

No thanks. Nelissa saja jual mahal. Memang itu caranya melihat reaksi lelaki.

Ok..nice meeting you two.. Daniel mencelah. Mata Daniel masih melekat pada Arissa dari tadi.

Same to you guys! Nelissa senyum lagi. Dia dan Arissa mula menapak keluar dari restoran itu.

Daniel hanya memerhati gelagat dua orang gadis tadi. Huh..terang-terang menipu..sorang muka dah terang-terang melayu, sorang lagi dah macam cina, jepun atau pun Korea. Nely Badlina Ary Rose Dia gelak.

Kenapa kau gelak Sharif tepuk bahu Daniel.

Kenapa kau kenalkan diri kau Adam Bennett pula bertanya pada Daniel.

Saja...aku tahu tentu mereka tu guna nama tipu. Kau percaya Daniel jeling Bennett dan Sharif. Mereka serentak ketawa.

ARISSA berhenti melangkah. Dia pandang Nelissa.

Kenapa kau pandang aku macam tu

Eh, kau ni selalu buat kerja macam tu! Arissa tenung mata Nelissa.

Nelissa sengih. Naif betul la minah ni.

Kenapa kau kenalkan diri kau Ary Rose dan aku Nely Badlina Arissa seperti tidak mengerti.

Saja aku switch nama. Kau Nely Badlina dan aku Ary Rose. Orang lelaki ni tak boleh beri nama betul. Mereka tu bukan nak serius pun beb. Nelissa senyum lagi. Puas hati dapat kenakan ketiga lelaki tadi.

Eleh..kata orang. Kau pun sama! Bukan serius pun dengan lelaki ni.Arissa gelak.

Hmm...baru aku tahu nama dia Adam. Memang handsome! Macam Pan Asia aku tengok. Nelissa masih terbayang wajah Daniel.

Dah la tu. Kata nak shopping kan Arissa sedarkan Nelissa yang sudah mula berangan.

Ya la! Lets shopping!! Nelissa sedikit melompat.

Arissa geleng.