Demi Ajai - 8
bab 8

KUMAT-KAMIT mulut Pak Teh membacakan doa. Ajai dan Hasan turut menadah tangan separas bahu. Tidak lama kemudian, doa habis dibacakan. Masing-masing mengusap muka mengharapkan pinta diterima. Pak Teh mengusap lanjut ke paha.

Macam mana

Alhamdulillah, banyak benda yang dah saya faham, Ajai menjawab.

Baguslah. Kamu Hasan, macam mana Pak Teh beralih kepada Hasan. Pemuda itu berkali-kali mengerutkan dahinya sejak tazkirah bermula seusai solat maghrib tadi. Pak Teh sedar dia rencam dengan dunia baharunya. Perlu dihampiri sedekat yang boleh.

Fahamlah sikit-sikit. Kalau tak faham, saya akan tanya.

Syukur. Islam ini tidaklah menyusahkan. Kita saja yang buat jadi susah. Kalau betul kita ikut apa yang dilorongkan, insya-Allah kita akan hidup dengan tenang.

Hasan membalas dengan senyuman. Dia sedar tindakannya tepat. Biar gengsinya tidak setuju dengan pendiriannya itu, dia yakin segalanya akan beransur baik nanti. Keturunan itu perkara kedua. Yang penting, ketenangan perlu menyubur dalam jiwanya. Tinggal lagi dia perlu menambah isi dada sebagai peluru jika musuh datang menyerang.

Pak Teh, boleh saya tanya sesuatu Hasan kembali bersuara. Masih ada yang tidak kena.

Apa dia

Kalau betullah hidayah itu hanya Allah sahaja yang layak berikan, apa perlu saya buat untuk membuka mata ibu bapa saya Saya teringin melihat mereka bersama saya di jalan ini, suara Hasan agak kaku ketika membuat pengakuan.

Ajai mengangguk ketika mendengar pengakuan Hasan. Dia takjub dengan sikap mualaf itu. Bersungguh-sungguh mahu mendekati agama Islam.

Aku yang sudah lama Islam ini apa saja aku buat omelnya dalam hati.

Pah Teh tersenyum. Ditenungnya dalam iris jurutera muda itu. Pemuda berbangsa India itu tidak mementingkan diri. Malah, mengharapkan lebih ramai dapat menikmati keindahan agama yang paling suci itu.

Hasan, Junjungan Besar Nabi Muhammad juga tidak berdaya berbuat apa-apa sedangkan baginda juga punya ahli keluarga yang bukan Islam ketika itu. Hidayah itu milik Allah. Sebagai anak, kamu perlu berhikmah dalam mendekatkan mereka. Kamu kena tunjukkan suri teladan yang baik supaya hati mereka terjentik dengan kesucian Islam. Selain itu, doa juga penting. Pohonlah kepada Allah. Jika benar mereka layak, nescaya akan dihidayatkan juga. Percayalah. Panjang lebar Pak Teh membentangkan jawapannya.

Mendengar penjelasan itu, Ajai tersentuh. Hatinya mula meronta rasa bersalah. Datuknya juga bukan Islam. Apa salahnya jika dia menarik orang tua itu mengenali Islam. Malang sekali dia sendiri tidak mengenali agamanya sendiri.

Ya, saya akan berdoa agar mereka diberikan petunjuk, lembut jawapan Hasan.

Pak Teh tersengih lagi. Kali ini dengan iringan doa supaya saudara baharu itu dapat bertahan lama di sisi agama Allah.

Dahulu sewaktu dia bekerja di PERKIM, banyak aduan yang diterima tentang mualaf. Ada yang baru memeluk Islam setahun, sudah mahu kembali ke agama asal. Rata-rata puncanya disebabkan kurangnya ilmu dalam memantapkan jati diri selaku individu Muslim.

Paling menyedihkan, ada yang mengadu mereka tidak diberi layanan yang sepatutnya

oleh Muslim lain di negara ini. Khususnya orang Melayu. Masyarakat menganggap keislaman mereka semata-mata untuk kepentingan diri dan bukan kerana ketulusan hati.

Selain itu, mereka tidak berpeluang mendalami ilmu Allah disebabkan sikap masyarakat kebanyakan yang tidak mempunyai kesedaran dalam merapatkan saf ukhuwah sesama mereka.

Di Malaysia, tingkat kefahaman masyarakat terhadap Islam begitu membimbangkan. Pak Teh masih ingat suatu ketika dahulu seorang nyonya menemuinya di pejabat PERKIM. Wanita itu mengadu dia tidak dibenarkan memegang tafsir al-Quran di kampungnya. Malah, jiran-jiran turut menuduhnya menghina kitab suci itu disebabkan dia bukan beragama Islam.

Pak Teh, Ajai ni baru jugakah tanya Hasan tiba-tiba.

Kening Ajai terangkat. Tidak dapat menangkap maksud soalan Hasan. Pak Teh nampak Ajai buntu. Seperti mahu dibantu.

Tidak. Ajai ni memang Islam sejak kecil lagi. Cuma, sekarang dia mahu mendalami ilmu agama lagi. Mudah-mudahan boleh jadi ustaz suatu hari nanti, ujar Pak Teh serkap jarang. Lalu diusap-usapnya tulang belikat budak itu mendapatkan setuju.

Amin. Moga-moga, ringkas balas Ajai.

Baguslah kalau begitu. Ilmu tidak pernah habis. Makin laju kita gali, makin dalam yang perlu dicari.

Begitu filsafat Hasan. Golongan intelektual sepertinya tidak perlu diajar tentang kepentingan ilmu. Mujur dia sememangnya dibekalkan dengan tahap penerimaan ilmu yang baik. Mudah untuk menerima apa yang diajarkan.

Tazkirah dilanjutkan selagi dirasakan cukup untuk malam itu. Suasana tenang di perkarangan masjid mendamaikan jiwa ketigatiga peraih naungan sayap malaikat ketika itu. Silir malam yang menziarahi menambahkan semangat berkolokium. Perlahan bayu berpuput menarikan rahmat kasih nan agung.

SEBAIK sahaja kaki Cikgu Isa menginjak di ruang tamu, dia terkejut melihat Ajai yang sedang terbongkang di lantai. Plastik merah yang berisi nasi bungkus diletakkan di atas sofa.

Mata Cikgu Isa melilau sekeliling tubuh remaja itu. Bersepah buku-bukunya. Nampak Ajai begitu bersungguh-sungguh membuktikan dia seorang anak Jakun yang berjaya. Badan yang dahulunya kurus kini semakin tegap. Dadanya bidang. Tingginya juga boleh tahan, hampir menyamai lelaki dewasa.

Fizikalnya tidak seperti remaja biasa di kota. Di sini, anak seusianya banyak yang rendah-rendah. Jika ada yang tinggi pun kurus ceding macam papan. Kebanyakannya pula gempal-gempal berisi dan rendang. Yang bermasalah obesiti juga ramai. Entah apa yang disuguhkan oleh ibu bapa di bandar ini, dia sendiri tidak berapa reti. Risau juga dia melihat fenomena seperti itu. Bagaimana pula keturunan mendatang agaknya.

Susuk tubuh Ajai tampak tegap mungkin disebabkan faktor aktiviti hariannya ketika di zaman kanak-kanak. Anak-anak kecil di sana sudah pandai memanjat pokok, mengangkut benda-benda berat dan masuk ke hutan berkalikali dalam sehari.

Mandi mereka juga bukan biasa. Waktu senja tempatnya di tasik misteri itu melayan ikan-ikan bermain petang. Berbeza sekali dengan kanak-kanak di sini yang dimanjakan dengan makanan segera yang bukan-bukan. Jarang pula mengeluarkan peluh. Setakat bermain di hadapan komputer apalah barangnya.

Bahu Ajai digoyang-goyangkan. Tiada lut. Kakinya pula menjadi sasaran untuk membawa pulang roh Ajai.

Ajai. Bangun, Ajai! seru Cikgu Isa.

Ajai terpisat-pisat. Cepat-cepat dia bangkit daripada baringnya. Keliling bibir dirabanya, takut kalau-kalau ada mukus yang berpalit ketika pulas tidur tadi.

Maaf, cikgu. Saya terlena.

Tak mengapa. Mandilah dulu. Dah senja ni. Cikgu ada belikan makanan. Lepas maghrib kita boleh makan sama-sama, jelas guru itu.

Buku-buku yang bergelimpangan dikumpulkan. Sempat juga dia membukanya. Barangkali bimbang memikirkan kerja rumah yang belum disiapkan.

Cikgu Isa memetia dari belakang. Tersenyum sendiri.

Cikgu....

Lafaz Ajai mati. Dia tidak menyambung kata-katanya. Akalnya sedang berselirat. Lebihlebih lagi mimpinya sekejap ini memberontak supaya dilayan.

Apa, Ajai Ada masalahkah Cikgu Isa jadi tidak tenteram.

Saya....saya nak tanya sesuatu.

Tanyalah. Kenapa kamu macam takuttakut Terus-terang saja.

Ajai terpejam seketika. Mahu mengumpul tenaga sebanyak mungkin agar berupaya menampung bebanan berat persoalannya yang satu ini.

Cikgu masih bujangkah Atau sudah berkahwin

Berderau jantung Cikgu Isa mendengar

soalan Ajai. Sudah lebih dua tahun dia tinggal di situ, baru sekarang dia terfikir untuk bertanya.

Kenapa kamu tiba-tiba tanya

Ajai bergumam. Tidak gagah untuk berkata apa-apa.

Cikgu masih bujang, jelas Cikgu Isa tenang.

Resah Ajai bertempiaran lari. Keyakinan kembali datang. Seiringan dengan mimpinya mewayangkan kelibat guru itu di atas pelamin bersama seorang gadis ayu berlesung pipit.

Cikgu tak nak kahwin Ajai terus menduga. Entah mengapa matangnya melampau-lampau tika itu.

Cikgu Isa cepua. Sepatah pun tidak terungkap.

Gambar perempuan di bilik Cikgu tu....

Ajai... Cikgu Isa cuba menghalang bicara remaja itu terus meluncur.

Bisu. Seisi ruang tamu tiba-tiba sepi. Sehingga kedengaran detik jam dinding yang mewakili keresahan jiwa masing-masing.

Pucat muka Ajai. Seperti sedang dirasuk polong. Terus dia berdiri mendekati guru kesayangannya itu.

Maafkan saya, cikgu. Saya tak ada niat apa-apa. Saya cuma terdetik hati untuk bertanya.

Duduk dulu, Ajai. Cikgu nak cakap sesuatu.

Cikgu Isa memuncungkan bibirnya ke arah sofa. Batuk-batuk nipis mula menyapa. Berulang kali dia berdehem mahu menghapuskan batuk yang sibuk berkunjung.

Ajai mengerti. Justeru punggung masingmasing pun menghenyak sofa lembut bercorak petak itu.

Kamu masih ingat waktu kamu mulamula datang ke sini tanya Cikgu Isa.

Ajai kurang jelas tuju persoalan gurunya itu. Tetapi dia sudah terbayangkan memori pahitnya suatu ketika dahulu selepas seminggu di rumah itu.

Waktu itu kamu masuk ke dalam bilik cikgu. Kamu curi-curi tengok gambar yang cikgu letak di atas meja. Kamu masih ingat Cikgu Isa terus menduga.

Ajai hanya mengangguk. Malu untuk mengaku kerana dia telah berusaha menghalau memori itu.

Cikgu tahu, itu salah cikgu kerana tengking kamu. Tapi kamu juga perlu tahu hak orang lain. Tersekat-sekat bicaranya diusik batuk.

Sebak. Ajai mengaku kesilapannya. Tetapi, bukanlah dia yang sepatutnya dipersalahkan. Dia tidak sengaja. Minda Ajai segera terbayangkan

saat dia dimarahi. Menangis sepanjang malam kerana diterkam bengis Cikgu Isa yang tidak disangka-sangka. Malam itu juga dia lari dari rumah. Mujur Pak Teh membawanya pulang selepas dia dilihat membega di simpang jalan. Jika tidak, entah di mana dia sekarang.

Perempuan dalam gambar itu adalah bekas tunang cikgu. Zarina namanya.

Cikgu Isa terpaksa berterus terang. Dia tidak mahu Ajai merajuk lagi. Kini, dengan kehadiran bayangan Zarina, perasaan sayangnya terhadap Ajai sudah tidak dapat dibendung lagi. Makin melangit.

Ajai terdiam. Zarina. Nama itu pernah disebut-sebut oleh Pak Teh dan Mak Teh. Sekarang dia di mana, cikgu

RINTIK-RINTIK hujan melukiskan tompok jernih pada cermin kereta Datuk Murad. Berjujuh melanggar tetes-tetes yang terasing lalu laju menggelongsor dengan asyik.

Lazim masih menunggu majikannya di tempat biasa. Parkiran inilah dataran tempat dia berangan sementara menanti tuannya itu keluar dari perut bangunan pentadbiran.

Sudah hampir sedekad dia menjadi pemandu kepada orang besar itu. Dalam tempoh itu, sudah empat kali Datuk Murad menukar kereta. Semuanya yang mewah-mewah.

Sehingga ke hari ini, dia amat bersyukur dikurniakan seorang majikan yang baik dan tidak banyak ragam. Cuma beberapa kali dia ditegur. Tetapi baginya itu asam garam dalam alam pekerjaan. Selagi bertuan, selagi itulah terpaksa diperturutkan.

Jasad Lazim melayang ke Kampung

Kelipuk. Dia teringat semula bicara Tok Batin Kutam beberapa bulan lalu. Sesuatu yang pahit untuk ditelan. Ibarat menjamah hempedu yang berulamkan mambu.

Tok Keman dah tak ada.

Dah tak ada Dia berpindah ke mana Lazim bertanya lagi. Dia mahu segera berjumpa bomoh itu. Ada urusan penting yang perlu diselesaikan.

Dia dah meninggal. Sudah dua tahun, ujar Tok Batin Kutam berterus terang.

Lazim mengepam air di kolam matanya. Empangan terbuka. Tangisan dan esakan meleburkan kelakiannya.

Sudahlah. Benda dah jadi. Tok Batin Kutam mendirus sebu pada batin Lazim. Semakin deras tangisan itu.

Lazim terus menangis. Tidak peduli siapa di hadapannya, tidak peduli apa pandangan orang ramai di sekelilingnya.

Tubuh Lazim direngkuh ketua kampung itu. Ditopok perlahan bahu Lazim dengan

harapan esakannya diam. Orang ramai yang lalu-lalang memandang dengan penuh tanda tanya. Entah giliran siapa pula kali ini yang cuba menyusahkan tok batin, fikir mereka.

Lazim, kamu kenal Ajai tanya Tok Batin Kutam.

Lazim terdiam. Esakan kecilnya sayup-sayup kedengaran. Wajah Ajai cuba dibayangkannya. Biar tidak ada rupa, tetapi dia terus berusaha.

Lazim, ayuh bertolak sekarang. Suara Datuk Murad menyelinap masuk ke dalam angannya. Lazim!

Datuk Murad menggenggam bahu kiri

Lazim. Lazim terjaga. Segera dia beristighfar. Kepalanya ditolehkan ke belakang. Wajah majikannya terpampang.

Maaf, Datuk. Lazim mengakui kelekaannya.

Kamu ni kenapa, Lazim Ada

masalahkah

Tak ada apa-apa, Datuk. Cuma letih sedikit.

Datuk Murad hairan. Tidak pernah pemandunya itu berterus terang. Kalau letih macam mana pun dia akan rahsiakan. Tetapi tidak kali ini. Seperti ada sesuatu yang sedang dirusuhkan.

Boleh kita bergerak sekarang, Datuk

Eh, saya yang sepatutnya tanya macam tu! Datuk Murad sedikit hairan. Lazim, Lazim.

Datuk Murad tersenyum sinis. Wajah Lazim mula bertukar. Dia sedar dirinya tidak keruan sekarang. Perlahan nafasnya dihela, perlahan juga dilepaskan melalui mulut.

Kereta mewah milik Datuk Murad meluncur laju meninggalkan gambaran wajah Ajai yang terkapai-kapai di udara saat hujan terus-menerus menghempapnya.