Lukisan Asmara 2 - 8
BAB 7

Alhamdulillah, mak cik dah beransur pulih. Melalui scan yang kami lakukan, sel tumor mak cik sudah tiada, dan belum ada tanda-tanda yang ia akan muncul semula. Walau bagaimanapun, mak cik kena berhati-hati dan sentiasa menjaga kesihatan. Sebab, tak mustahil ianya akan berulang. Cuma satu saja nasihat saya, jangan sekali-kali biarkan mak cik bersendirian, pesan Doktor Haris kepada Mak Cik Markonah sambil matanya menjeling Elly.

Sudah hampir seminggu Elly kembali ke tanah air. Namun, sejak mereka kembali, pihak hospital dan Doktor Haris khasnya, menasihatkan agar Mak Cik Markonah diletakkan di bawah pengawasan mereka buat sementara waktu. Mereka hanya mahu memantau keadaan Mak Cik Markonah dan tindak balas kesihatannya terhadap segala rawatan yang telah dijalaninya di Jerman tempoh hari. Malah, Doktor Haris dengan inisiatifnya sendiri, telah menyediakan ambulans yang sedia menunggu Mak Cik Markonah setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. Dia mahu Mak Cik Markonah dibawa pulang untuk rawatan lanjut di hospital di kampung halamannya dengan selamat dan selesa.

Walaupun masih belum berpeluang untuk pulang ke rumahnya sendiri, Mak Cik Markonah tetap bersyukur dengan layanan dan perhatian yang diberikan oleh pihak hospital dan Doktor Haris khususnya. Kali ini, dia tidak lagi rasa tertekan dan menganggap segala mimpi buruknya selama ini sudah pun berakhir. Mak Cik Markonah berdoa semoga penyakitnya itu tidak kembali lagi dan mahu meneruskan kehidupannya seperti sediakala. Paling tidak pun, kehidupannya kita demi kebahagiaan dan ketenangan anak gadis tunggalnya, Elly.

Terima kasih banyak-banyak pada tuan doktor kerana telah terlalu banyak membantu mak Cik. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik doktor. Berkat dari usaha doktor jugalah, mak cik sudah beransur pulih, ucap Mak Cik Markonah kepada Doktor Haris.

Sama-sama mak cik. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melaksanakan tugas saya dengan sebaik mungkin, terutama sekali terhadap pesakit-pesakit saya. Saya pun bersyukur sangat melihat perkembangan mak cik sekarang ini. Terus-terang saya cakap, keadaan mak cik sekarang, jauh lebih baik dari waktu mak cik mula-mula dibawa ke sini dulu. Pada ketika itu, saya sendiripun beranggapan yang mak cik mungkin tiada harapan lagi untuk sembuh. Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya dan sekarang mak cik sudah pun pulih.

Kata-kata Doktor Haris itu sebenarnya merupakan satu pujian kepada keajaiban Yang

Maha Kuasa. Walaupun dia seorang doktor, namun dia tidak menolak kebarangkalian yang dirinya juga akan tersilap. Dia sendiri tidak menyangka yang Mak Cik Markonah akan pulih seperti sediakala. Adalah satu perkara yang mustahil bagi penghidap kanser hati tahap kritikal seperti Mak Cik Markonah, boleh sembuh. Inilah yang dinamakan berpantang maut sebelum ajal. Segala yang berlaku terhadap Mak Cik Markonah hanya satu ujian untuk menguji detik kepasrahan hati tua itu bersama anak gadisnya.

Tetapi, mak cik sebenarnya harus bersyukur kerana punya seorang anak seperti Elly. Semangat yang ada pada Ellylah yang telah banyak membantu menyembuhkan penyakit mak cik, sambung Doktor Haris sambil menjeling penuh erti kepada Elly.

Betul tu, mak cik. Mak cik beruntung tau sebab ada anak macam Elly ni. Kalau tak kerana usaha dia, mak cik tak sampai ke Jerman tu, sampuk Minah Jebo, jiran mereka di kampung.

Minah Jebo masih tetap menjadi pengunjung dan penunggu setia sepanjang Mak Cik Markonah di hospital. Setiap hari, mukanya akan terpacak di situ. Dia sering membawakan makanan dan baju persalinan untuk Elly yang menjaga ibunya di hospital. Sesungguhnya, wanita yang sudah dianggap seperti anak oleh Mak Cik Markonah itu, juga merupakan teman dan saudara di kala susah. Minah Jebo turut memberi semangat yang kuat kepada Elly untuk menghadapi segala masalahnya, dari dahulu sehinggalah sekarang.

Elly, betulkah nak bawa mak cik berpindah ke Kuala Lumpur nanti tanya Minah Jebo sejurus setelah Doktor Haris berlalu dari bilik tersebut.

Ikut perancangan, macam tulah, Kak Minah, jawab Elly, namun ekor matanya masih terus mengekori kelibat Doktor Haris yang semakin hilang dari pandangannya.

Hai, sunyilah Kak Minah nanti bila Elly dan mak cik tak ada. Kalau tak pindah, tak bolehkah Elly tanya Minah Jebo pula, terkandung unsur rayuan di dalamnya.

Elly yang mengerti perasaan Minah Jebo yang berat mahu berpisah dengan mereka, lantas berkata, Elly tak ada pilihanlah, Kak Minah. Elly terpaksa juga cari kerja di Kuala Lumpur tu. Sambil tu, Elly nak juga jaga mak. Jadi, jalan yang terbaik ialah dengan membawa mak pindah sekali ke Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya, mak ada depan mata Elly, dan boleh jadi teman Elly di rumah tu. Rakan serumah Elly dulu tu pun dah pindah, sebab dah berkahwin.

Minah Jebo mencebik muka. Sejak kecil lagi, Minah Jebo sudah hidup sebagai anak yatim piatu. Ketika dia tinggal bersama arwah mak ciknya, hidupnya begitu terseksa sekali. Pada Mak Cik Markonahlah tempat dia mengadu dan menumpang kasih. Setelah mak ciknya meninggal dunia, Mak Cik Markonah jualah yang telah banyak membantunya untuk memulakan kehidupan berdikari.

Kini, wanita yang sudah dipandang seperti ibunya sendiri itu, harus pergi jauh darinya. Hilanglah tempat Minah Jebo mengadu. Terkuburlah kasih sayang yang tersemai terhadapnya sebagai seorang ibu. Namun, Minah Jebo sedar yang dia harus pasrah. Kalau itulah jalan terbaik demi kesihatan Mak Cik Markonah, dia harus mengalah dengan keadaan tersebut. Harapannya hanya satu, untuk melihat Mak Cik Markonah sihat sentiasa dan bahagia selalu.

Kak Minah faham tu, Elly. Tapi, siapa pula yang nak menengok-nengokkan mak cik selama Elly keluar bekerja Buatnya jadi sesuatu hal pada mak cik nanti, macam mana Bukankah tadi, Doktor Haris dah pesan supaya tidak meninggalkan mak cik sendirian di rumah

Apa lagi pilihan yang kami ada, Minah Lagi pun, mak cik dah berjanji pada diri mak cik sendiri, yang mak cik akan selalu ada bersama Elly, tak kira apa pun yang terjadi. Susah senang, biarlah kami berdua. Mak cik dah fikir panjang, sejak di Jerman lagi tentang keputusan untuk ikut Elly berpindah ke KL ni, sampuk Mak Cik Markonah menyokong hasrat anaknya itu.

Minah Jebo mengangguk lemah. Dia sedar, siapalah dia untuk menghalang. Kalau hanya sekadar doa untuk bekalan mereka dari jauh, maka itulah yang bakal dilakukannya.

Kak Minah jangan bimbang. Nanti, Elly akan cuba cari jalan supaya mak tidak bersendirian selama Elly keluar bekerja kelak. Susah-susah sangat, apa kata Kak Minah saja yang ikut kami pindah ke KL tu. Bolehlah Kak Minah tengok-tengokkan mak nanti. Kak Minah kan tak boleh berpisah dengan mak sambung Elly yang cuba berlucu dengan Minah Jebo yang sedang sugul itu.

Hai, kalau Kak Minah ni ikut sekali, macam mana dengan business Kak Minah nanti Itu sajalah ikhtiar Kak Minah untuk cari duit bagi menampung hidup. Apa pula yang Kak Minah nak buat di KL tu Ha, silap-silap, rumah kamu yang Kak Minah jadikan markas untuk berniaga nanti, ujar Minah Jebo sambil tertawa lucu.

Elly dan ibunya turut ketawa dengan senda Minah Jebo itu. Mereka mengerti akan kesunyian yang bakal dirasai oleh wanita itu setelah ketiadaan mereka nanti. Kasihan juga pada dia. Walaupun tidak pernah berkahwin dan mempunyai anak, namun Minah Jebo mengerti akan perasaan yang dirasai oleh Mak Cik Markonah, apa lagi terhadap anak tunggal kesayangannya itu. Sepanjang ketiadaan Elly, Mak Cik Markonah mencurahkan segala kerinduannya kepada Minah Jebo.

Kalau ada masa terluang nanti, kami baliklah jenguk-jenguk Kak Minah di kampung. Kak Minah pun, kalau ada masa, datang-datanglah ke KL untuk jenguk kami. Tapi jangan lupa, bawa sekali ketupat palas dan dodol Kak Minah yang meletup tu. Ha ha ha, senda Elly lantas menggamatkan suasana di situ.

Assalamualaikum. Amboi besarnya gelak. Apa yang suka sangat tu tegur Alyssa yang muncul dengan tiba-tiba.

Mereka bertiga begitu teruja melihat kehadiran Alyssa yang datang tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada Elly. Mereka lebih teruja lagi apabila melihat perubahan fizikal Alyssa yang sedang memboyot itu. Yang paling istimewanya, kali ini, kedatangan Alyssa dengan ditemani suami tercinta, Tuan Fahreen. Ketiga-tiga wanita itu, amat berbesar hati menerima kehadiran tetamu yang dihormati itu. Mereka tidak sangka, Tuan Fahreen sanggup turun untuk melawat Mak Cik Markonah di hospital itu.

Elly terus menerpa Alyssa dan memeluk erat sahabat baiknya itu. Segala rindu dendam dilepaskan.

Ya Allah Alyssa, tak sangka engkau sampai juga ke sini, hari ni. Kenapa tak beritahu aku awal-awal lagi

Aku saja nak buat surprise pada engkau dan mak cik. Tapi, nasib baik juga boleh ketemu. Tadi, aku dan Tuan Fahreen tercangak-cangak cari wad mak cik ni. Nasib baik aku terserempak dengan seorang doktor muda yang kacak. Tak silap aku, namanya Doktor Haris. Dialah yang menunjukkan kami bilik mak cik ni, jawab Alyssa pula.

Mak Cik Markonan dan Minah Jebo silih berganti memandang Elly apabila Alyssa menyebut nama Doktor Haris di hadapan mereka. Mereka tahu, ada sesuatu yang sedang terdetik di hati Elly dan doktor muda itu. Tetapi, Elly hanya buat selamba sahaja, tidak memperdulikan sindiran pandangan ibunya dan Minah Jebo. Tambahan pula, dia tidak mahu Alyssa mengesyaki apa-apa.

Selepas itu, Alyssa segera mendekati Mak Cik Markonah dan memeluk wanita tua itu. Setitis air mata kasih gugur di pinggir mata tua itu. Terharu dengan bantuan Alyssa dalam perjuangan hidupnya dan teruja melihat kemunculan gadis yang berhati mulia itu.

Mak cik, ini suami saya, Tuan Fahreen.

Tuan Fahreen bersalaman sambil tersenyum manis kepada Mak Cik Markonah. Dari pandangan orang yang berpengalaman seperti Mak Cik Markonah, dia dapat menduga bahawa lelaki kacak yang berada di hadapannya itu adalah seorang yang berhati mulia. Beruntung sekali Alyssa kerana dapat bersuamikan Tuan Fahreen.

Mak cik apa khabar Sihat

Alhamdulillah, Lyssa. Semenjak balik dari berubat di Jerman ni, mak cik rasa sihat dan bertenaga sekali. Terima kasih banyak-banyak, nak, sebab menanggung segala perbelanjaan kami di sana. Kalau tidak, mungkin mak cik tak akan berada di sini hari ini, bersama kamu semua. Terima kasih juga pada tuan sebab sudi bantu mak cik, ucap Mak Cik Markonah dengan rendah hati.

Sememangnya, sudah lama Mak Cik Markonah menunggu saat-saat itu untuk menyampaikan penghargaan kepada insan yang seolah-olah telah memberi nyawa kepadanya. Budi baik Alyssa akan dikenang sampai ke mati. Sampai bila pun, jasa Alyssa itu tidak mampu dibalas oleh dua beranak itu.

Mak cik, saya tak berbuat apa-apa pun untuk bantu mak cik. Saya sendiri pun hanya tahu setelah Alyssa menghulurkan bantuannya kepada mak cik dan Elly. Namun, apa yang penting pada kami sekarang, mak cik dah selamat. Syukur Alhamdulillah, ucap Tuan Fahreen dengan suara tenang dan teratur.

Lyssa, alangkah sejuknya perut ibu yang melahirkanmu, dengan segala kebaikan yang telah kamu lakukan pada mak cik. Mak cik doakan semoga kamu dan suami beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Insya-Allah, sambung Mak Cik Markonah lagi.

Sesungguhnya, itulah yang amat diharapkan oleh Alyssa dan suaminya. Kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mereka mahu mengecapi kebahagiaan selama-lamanya, dengan izin Allah SWT. Mereka juga mahu bercinta sehingga ke syurga Firdausi. Dan, bayi yang berada di dalam perut Alyssa itulah yang menjadi bukti kasih sayang antara mereka yang bakal mengikat hubungan mereka dengan lebih erat lagi.

Wah, nampaknya tak lama lagi, aku bakal dapat anak saudaralah ni. Tengoklah perut kawan aku yang dah membesar ni. Tak sangka aku, tak lama lagi engkau bakal bergelar ibulah, beb, kata Elly sambil tangannya mengusap perut boyot Alyssa itu.

Kalau Elly dapat anak saudara, maknanya mak cik akan dapat cuculah, ya Alhamdulillah, sambung Mak Cik Markonah pula.

Bila agaknya anak kamu ni bakal lahir, Alyssa sampuk Minah Jebo.

Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, dalam dua tiga bulan lagilah, Kak Minah.

Sekali lagi Alyssa mengusap perutnya sambil menjeling manja suaminya. Sebagai suami, tentu sekali Tuan Fahreen berasa bangga kerana zuriatnya sendiri berada dan sedang membesar di dalam rahim Alyssa, wanita kesayangannya. Tidak sabar rasanya untuk menimang buah sulung hasil perkongsian bahagianya dengan isteri tercintanya itu.

Untung Alyssa dan untung juga Tuan Fahreen. Tak lama lagi, bakal bergelar ibu dan ayah. Nampaknya, lengkap sudah hidup kalian berdua. Sebagai sahabat, doa aku sentiasa mengiringi kebahagiaan kalian. Dan, aku rasa, engkau kenalah banyakkan rehat, beb. Dalam keadaan begini, engkau tak boleh penat. Berilah peluang kepada diri engkau untuk terus menikmati detik-detik indah, selama bayi engkau masih berada di dalam kandungan ini.

Apa rancangan kamu selepas ini, Elly soal Tuan Fahreen ketika mereka bertiga berkampung seketika di ruangan menunggu, di luar wad Mak Cik Markonah.

Saya dah buat keputusan untuk bawa ibu tinggal di KL. Cuma, saya tengah bingung tentang nak mencari kerja nanti. Nampak gayanya, dalam zaman meleset ni, kerja susah juga nak dapat. Tapi, tak apalah, saya akan berusaha. Manalah tahu, kalau ada rezeki di mana-mana.

Mendengarkan itu, Alyssa segera memegang tangan sahabatnya itu. Dia tidak mahu Elly terlalu menjadikan masalah kerja itu sebagai tekanan buatnya. Cukuplah dengan ujian yang dilaluinya selama menyelesaikan masalah kesakitan ibunya.

Elly, aku boleh tanggung kau dan mak cik. Tak perlulah engkau terburu-buru mencari kerja. Apa yang penting sekarang ni, ialah kesihatan mak engkau. Kau jagalah dia baik-baik.

Aku malulah, beb. Dah banyak sangat aku menyusahkan kau. Cukup-cukuplah, engkau bantu aku. Sebenarnya, aku memang nak cari kerja. Tak kiralah kerja apa, asalkan halal dan cukup untuk menampung perbelanjaan kami dan kos rawatan mak.

Elly yang pada mulanya bersemangat mempertahankan keputusannya, tiba-tiba tampak resah seperti memikirkan sesuatu yang lebih berat dari itu.

Yang aku bimbangkan sekarang, ialah mak aku. Tadi, doktor nasihatkan aku supaya tidak membiarkannya sendirian. Dia dah tua, takut terjatuh lagi.

Nasihat Doktor Haris tadi, masih berlegar-legar dalam kepala Elly. Dia bingung memikirkan masalah itu. Dia tidak tergamak untuk meninggalkan ibunya di kampung seperti sebelum ini. Tetapi di kota, Mak Cik Markonah tetap sendirian. Dia harus ditinggalkan ketika Elly keluar bekerja nanti. Bagaimanakah jika sesuatu yang buruk terjadi kepadanya

Beginilah beb, aku memang nak menawarkan pekerjaan kepada engkau. Aku nak engkau kerja dengan syarikat aku, Wadi Afzan, sebagai pegawai pengurusan syarikat. Kalau kau setuju, engkau boleh mula awal bulan nanti, tawar Alyssa.

Tawaran itu sesungguhnya memberikan sedikit kelegaan kepada jiwa Elly yang gusar itu. Namun, masalah ibunya, masih tetap menggusarkan perasaannya. Siapakah yang boleh menengok-nengokkan keadaan ibunya nanti. Tak sanggup pula dia melepaskan tanggungjawab itu kepada Minah Jebo lagi, walaupun wanita itu tidak ada sebarang masalah dengan itu.

Melihatkan Elly yang masih berdiam diri itu, Alyssa lantas berkata lagi, Kenapa beb Engkau macam tak sudi saja nak bekerja dengan aku. Engkau dah ada pilihan kerja di tempat lainkah Kalau ada, tak apa. Aku tak paksa engkau kerja dengan aku. Engkau berhak untuk buat keputusan engkau sendiri. Please, jangan rasa diri engkau terikat dengan aku.

Taklah, beb. Aku gembira dengan tawaran kerja engkau tu. Syukur alhamdulillah. Dalam keadaan aku yang tak berpelajaran tinggi ni, aku tak boleh memilih sangat. Just grab saja apa yang datang. Cuma... Elly tidak mampu menghabiskan ayat di situ.

Kenapa Beb, engkau risaukan mak engkau, ya tanya Alyssa.

Elly menganggukkan kepalanya, perlahan. Tak sanggup pula rasanya, menghidangkan masalah yang baru kepada Alyssa lagi. Mukanya seolah-olah sudah bersalut dengan lumpur akibat malu. Sampai bila dia hendak bergantung masalahnya kepada Alyssa Apa lagi, dengan keadaan Alyssa yang sudah bersuami dan berbadan dua sekarang. Kehadiran Tuan Fahreen yang bersama-sama di situ, semakin mengocakkan hatinya yang gusar itu.

Elly, saya mengerti apa yang kamu alami sekarang. Sebagai bekas majikan, sememangnya saya rasa bertanggungjawab untuk membantu. Begini sajalah, apa kata kamu letakkan ibu kamu di pusat jagaan orang-orang tua, semasa kamu bekerja di siang hari. Dengan cara itu, kamu bolehlah pergi kerja tanpa perlu merisaukan keadaan ibu kamu di rumah, usul Tuan Fahreen, yang turut dipersetujui oleh Alyssa.

Elly terkejut, lalu berkata, Ha, letak kat rumah orang-orang tua Tak mahulah. Apa pula kata mak dan orang kampung nanti Mesti mereka fikir saya tak mampu jaga mak, sampai terpaksa hantar mak ke rumah orang-orang tua.

Alyssa dan Tuan Fahreen saling berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum. Mereka percaya yang Elly sudah salah mentafsir maksud telahan mereka itu. Mereka sedikit pun tidak mempunyai niat untuk memisahkan Elly dan ibu kesayangannya itu. Lalu, Alyssa memegang tangan sahabatnya semula. Cuba untuk merungkai apa yang cuba dimaksudkan tadi.

Beb, pusat jagaan orang-orang tua, bukan macam rumah orang-orang tua. Rumah orang-orang tua adalah satu yayasan kebajikan, di mana orang-orang tua yang terbiar dan tidak mampu dijaga oleh anak-anak mereka, tinggal, makan dan hidup di situ. Tetapi, pusat jagaan orang-orang tua ini, lebih berfungsi sebagai nurseri. Macam kanak-kanak, kita ada nurseri untuk menempatkan mereka sepanjang orang tua mereka keluar bekerja, kan

Elly mengerut dahi. Musykil. Adakah nurseri orang-orang tua yang berfungsi seperti nurseri kanak-kanak Selama ini, Elly tidak pernah terdengar tentang itu. Ataupun, mungkinkah Elly terlepas pandang Barangkali, fikirnya.

Di nurseri orang tua, engkau hanya perlu meninggalkan mak engkau semasa keluar berkerja. Bila engkau dah habis kerja, engkau ambillah dia balik ke rumah engkau. Lagi pun, banyak kebaikannya kalau engkau hantar mak engkau ke pusat jagaan tersebut. Mereka ada menyediakan banyak program untuk kemudahan orang-orang tua seperti mak engkau, beriadah dan bersosial. Sekurang-kurangnya, mak engkau, tak adalah stress sangat tinggal sendirian di rumah. Di sana, dia ada teman-teman sebaya untuk berbincang dan berkongsi masalah. Aku yakin beb, mak engkau mesti happy bila berada di sana kelak, sambung Alyssa lagi. Elly mengangguk, mulai faham.

Elly, kalau kamu hendak, tak perlu cari di tempat lain. Di bawah Wadi Afzan pun ada satu pusat jagaan orang-orang tua. Kami memang menubuhkan pusat tersebut, sejak bertahun-tahun lamanya. Alhamdulillah, pusat tesebut mendapat sambutan menggalakkan. Tambahan lagi, ia terletak di tengah-tengah pusat ibu kota yang mana anak-anak sibuk bekerja dan tak punya masa untuk menjaga ibubapa mereka yang telah berumur dan uzur. Nanti, saya akan kenalkan kamu dengan Puan Hafsah, pengurus pusat jagaan tersebut, ya sambung Tuan Fahreen pula.

Setuju sajalah, beb. Demi mak engkau dan kemudahan engkau, pujuk Alyssa lagi.

Elly sedar, buat sementara ini, cadangan yang diutarakan oleh Tuan Fahreen dan Alyssa adalah yang terbaik untuk dia menyelesaikan kekusutan yang ada. Malahan Elly percaya yang ibunya tidak akan membantah keputusannya itu.

Mak Cik Markonah adalah seorang ibu yang sering memahami masalah anaknya. Dengan itu, dua masalah utama Elly bakal selesai. Masalah pekerjaan dan penjagaan Mak Cik Markonah. Tidak perlu lagilah dia mengeluh panjang sambil menongkat langit permasalahannya. Jalan yang tersedia ini, sudah cukup baik untuknya. Kehadiran Alyssa dan suaminya telah berjaya jua merungkai kebimbangan Elly. Sekali lagi, Alyssalah penyelamatnya.

Walaupun Alyssa tidak boleh lama di hospital tersebut kerana harus segera bergegas pulang ke Kuala Lumpur, namun Elly tetap gembira kerana rindunya kepada teman baiknya itu terubat jua. Elly bersyukur sangat kerana dikurniakan sahabat sebaik Alyssa. Jasa Alyssa dalam membantu menyelamatkan ibunya dari maut, akan dikenang sehingga mati. Malahan, jika diberi peluang suatu hari nanti, Elly akan cuba membalas segala jasa yang dicurahkan temannya itu, walaupun kebahagiaannya sendiri yang menjadi galang gantinya.

Elly sempat mengiringi Alyssa dan Tuan Fahreen sehingga ke tempat letak kereta. Walaupun seketika, kehadiran pasangan tersebut memberi seribu satu makna buat Elly. Jauh di sudut hati Elly, tersimpan perasaan kagum terhadap mereka berdua. Setelah menempuh pelbagai ranjau berduri, akhirnya mereka bersatu menemui jalan bahagia. Elly juga kagum dengan ketabahan Tuan Fahreen dalam memenangi hati Alyssa. Sifat lelaki Melayu terakhir yang dimiliki Tuan Fahreen, tidak ada pada semua lelaki di zaman ini. Elly berharap agar suatu ketika nanti, dia akan dikurniakan dengan lelaki sebaik Tuan Fahreen yang ikhlas menerimanya dan ibunya, seadanya.

Bila kau dah balik KL nanti, jangan lupa call aku, ya beb

Pasti. Kau pun take care. Tolong jaga anak saudara aku ni, baik-baik, balas Elly sambil mengusap halus perut sahabatnya itu.

Elly memerhatikan kereta mewah yang membawa Tuan Fahreen dan Alyssa sehingga keluar dari kawasan hospital. Wajah dan hatinya masih tersenyum memikirkan kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh Alyssa bersama suaminya. Elly bersyukur kerana kesuraman hidup Alyssa sebelum ini akhirnya dilimpahi dengan hikmah apabila hidup di samping seorang lelaki yang sangat mencintainya.

Elly!

Kedengaran namanya dipanggil seseorang ketika dalam perjalanan balik ke wad. Sememangnya, suara itu amat dikenali oleh Elly. Apabila ditoleh, jelas sekali, Doktor Haris sedang terpacak berdiri di hadapannya. Reaksi muka Doktor Haris membayangkan, ada perkara yang mahu dibincangkannya dengan Elly.

Boleh tak kita berbual-bual seketika di kafe pelawa Doktor Haris.

Lama juga Elly merenung wajah Doktor Haris dengan pandangan hairan. Apa pula mimpi doktor muda itu bila tiba-tiba sahaja mengajaknya untuk berbual-bual Adakah ianya berkaitan tentang penyakit ibunya Tetapi, mengapakah Doktor Haris tidak menjelaskan seperti biasa di hadapan ibunya di wad Mungkinkah sesuatu yang lebih serius baru dikesan oleh pihak hospital yang tidak perlu diketahui oleh ibunya lagi

Aduh. Fikiran Elly mula berkecamuk dengan persoalan yang membimbangkannya. Apabila seorang doktor yang memanggilnya untuk berbincang, apa lagi bila doktor tersebut adalah doktor yang merawat ibunya, pastinya ada sesuatu perkara penting ataupun kritikal.

Ya Allah, apakah lagi masalah berkaitan dengan penyakit mak ni Tolonglah, ya Allah. Aku pohon, janganlah Kau duga kami lagi. Aku sudah tidak terdaya, rintihnya di dalam hati.

Dengan langkah yang berat, Elly menuruti permintaan doktor itu. Dalam keadaan lain, Elly tidak tahu mengapa hatinya begitu mudah cair apabila berhadapan dengan Doktor Haris. Lelaki itu punya aura tersendiri dalam meraih perhatiannya. Namun kali ini, dia tidak tahu apa lagi yang mahu diperkatakan oleh Doktor Haris. Jika selama berada di Jerman tempoh hari, Doktor Haris banyak memperingatkannya tentang sabar dan iman. Kini, apa pula pesanannya Elly tidak kisah. Asalkan ianya tidak diperdengarkan dengan berita yang tidak enak mengenai penyakit ibunya.

Ada apa lagi doktor Apa lagi yang tak kena dengan ibu saya soal Elly yang kelihatan agak cemas.

Sambil menghulurkan minuman yang dibelinya tadi, Doktor Haris menjawab, Jangan bimbang Elly, keadaan Mak Cik Markonah, stabil. Tiada sebarang masalah berbangkit. Saya rasa, tak ada masalah untuk membenarkan dia pulang esok.

Alhamdulillah, syukur tidak terkata bila Elly mendengar pengesahan yang keluar dari mulut doktor itu. Setelah berbulan-bulan menjadi penghuni setia hospital di sini dan di Jerman, akhirnya Mak Cik Markonah bakal kembali semula untuk menjalani hari-harinya sebagai individu yang sihat.

Pastinya, Mak Cik Markonah akan berasa gembira bila mendengar perkhabaran itu nanti.

Namun, kegembiraan yang bakal dirasai oleh Mak Cik Markonah itu, tidak tergambar pada wajah Doktor Haris. Lelaki itu tampak sugul semasa memberitahu perkara tersebut kepada Elly. Jelas sekali, ada keresahan yang tersembunyi di balik wajah kacaknya itu. Elly hairan. Sepatutnya, sebagai seorang doktor, dia harus gembira dan berbangga kerana segala usahanya ke atas kesihatan pesakitnya telah berhasil. Tetapi, mengapa pula dia harus bermuram durja

Kenapa doktor Ada apa-apa yang tak kenakah Ataupun, doktor sendiri yang tak sihat soal Elly bertubi-tubi.

Saya tak sakit, Elly. Cuma, hati saya ni ada masalah sikit.

Elly agak terperanjat mendengar luahan doktor muda tersebut. Masa bila pula Doktor Haris menghidap penyakit yang sama dengan ibunya Fikiran Elly yang lurus bendul itu, menyatakan bahawa sakit Doktor Haris harus diubati segera sebelum terlambat.

Tak sangkanya. Doktor pun boleh kena penyakit macam tu Serius sangatkah penyakit doktor tu

Doktor pun manusia biasa, Elly. Hati ini mudah sakit, terasa, kecewa, merana dan terluka. Kami juga perlu diubati, macam pesakit biasa, jelas Doktor Haris.

Mengapa pula Doktor Haris perlu mengadukan masalah penyakit hati dan sebagainya kepada Elly Elly kehairanan. Apa sangatlah kemampuan yang ada pada dirinya, fikir Elly. Namun, sebagai insan, rasanya tidak salah kalau Elly memberikan sedikit perhatian pada doktor yang telah banyak membantunya. Paling tidak pun, dia cuba jadi pendengar setia walaupun tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Saya rasa, doktor dah tersalah orang ni. Saya tak punya kebolehan atau kelayakan untuk mengubati orang. Mungkin doktor patut jumpa orang lain yang lebih pakar. Specialist

Doktor Haris ketawa halus. Dalam serius, dia terhibur juga dengan jenaka selamba Elly. Jelas sekali, Elly tidak mampu mengungkap masalah hatinya. Jadi, lebih baik rasanya jika dia berterus terang sahaja.

Saya bukan menghidap penyakit kanser hati seperti Mak Cik Markonah. Jadi saya rasa, doktor biasa tak akan mampu untuk mengubati hati saya yang sedang bermasalah ini. Saya hanya memerlukan orang seperti awak, Elly. Hanya awak yang ada penawar untuk sakit saya ini.

Kata-kata Doktor Haris semakin mencelarukan fikiran Elly. Bunga-bunga perkataannya menyukarkan manusia kayu yang lurus bendul seperti Elly, untuk memahaminya. Elly semakin terdesak untuk tahu, apa sebenarnya yang mahu disampaikan oleh doktor muda itu, sebelum dia sendiri yang kena migrain memikirkan kehendak Doktor Haris yang sebenarnya terhadap dirinya.

Doktor, boleh tak berterus-terang saja dengan saya Saya kurang faham dengan bahasa-bahasa kiasan ni. Berserabut kepala otak saya memikirkannya.

Maafkan saya, Elly. Sebab menambahkan beban di fikiran awak. Tapi, saya tak tahu macam mana nak berterus-terang dengan awak. Saya malu sangat. Tapi saya sedar, saya tak boleh berdiam diri. Dah lama saya fikirkan perkara ini, dan saya tak akan membiarkan perasaan ini berlanjutan begitu sahaja, tanpa noktah, ujar Doktor Haris cuba membuka isi hatinya.

Elly merenung Doktor Haris, lebih dalam. Dahinya berkerut. Dia cuba membaca maksud renungan mata Doktor Haris yang semakin berkabut pada pandangannya itu.

Saya sukakan awak, Elly.

Ungkapan keramat dari Doktor Haris, benar-benar membuatkan Elly terkesima sehingga merasakan seolah-olah dia tidak berpijak di bumi nyata. Ungkapan perasaan itu, berulang-ulang berputar di kotak fikirannya. Selama ini, Doktor Haris banyak membantunya dalam urusan perawatan ibunya, menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat. Tetapi, Elly tidak menyangka yang doktor muda itu ada menyimpan perasaan terhadapnya. Adakah itu salah satu sebab yang membuatkan Doktor Haris begitu prihatin sekali pada masalah Mak Cik Markonah

Saya rasa, doktor ni dah tersalah telan ubat, kut. Doktor sedar tak apa yang doktor cakapkan ni

Saya tak mahu doktor salah anggap akan hubungan rapat kita selama ini. Tolonglah, jadi professional sikit.

Tingkahan Elly itu mengejutkan Doktor Haris. Selama ini, dia berangapan Elly juga turut menyimpan perasaan terhadapnya. Kata-kata dan luahan Elly sebelum ini, benar-benar membuatnya merasakan yang Elly sejiwa dengannya. Tetapi, mengapakah kini, Elly cuba menafikannya

Saya rasa, saya dah cukup professional. Sebab itu, saya pendamkan saja perasaan saya selama ini. Sebagai doktor, saya ikhlas dalam tugas dan terhadap pesakit saya. Perasaan istimewa saya terhadap awak, tidak terbawa-bawa langsung ketika saya sedang merawat ibu awak. Saya sanggup tunggu sehingga awak selesaikan segala masalah tentang rawatan ibu awak, sebelum mengambil keputusan untuk mencurahkan perasaan saya kepada awak. Tolonglah, jangan berprasangka buruk pada saya. Perasaan saya ini ikhlas.

Seikhlas mana pun perasaan doktor, seharusnya doktor buka mata doktor tu luas-luas supaya dapat menilai perbezaan kita yang ketara ni. Doktor tak rasa malukah, untuk jatuh hati pada saya soal Elly lagi, cuba menyembunyikan perasaannya yang berbelah-bahagi itu.

Mengapa saya perlu malu Elly juga manusia biasa seperti saya. Saya tak nampak kekurangan di mana-mana. Sekurang-kurangnya, Elly patut rasa bangga sebab ada ibu bapa yang sah, yang membesarkan Elly. Sedangkan saya, tidak.

Elly merenung Doktor Haris lagi. Dia agak musykil dengan maksud kata-kata itu. Siapakah sebenarnya Doktor Haris Dari manakah asal-usulnya Mengapakah dia membayangkan tentang keturunannya yang kurang menyenangkan hatinya, kepada Elly Sekali lagi, kemusykilan bersarang di jiwa Elly. Dia terdesak untuk tahu, tetapi terpaksa memendamkannya kerana perasaan malu yang menebal. Biarlah Doktor Haris sahaja yang menceritakannya dengan rela.

Sejak kecil lagi, saya tak pernah kenal ibubapa saya. Saya sendiri tidak tahu, sama ada saya ni adalah anak yang sah ataupun tidak. Apa yang saya tahu, saya dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Orang-orang di rumah anak-anak yatim tersebutlah yang memberitahu bahawa saya telah ditinggalkan di hadapan sebuah masjid ketika masih bayi lagi, beritahu Doktor Haris yang kelihatan agak sebak.

Mata Doktor Haris mulai berkaca. Namun, dia cuba menahannya dari menitis ke pipi. Dia tidak sanggup jika Elly melihat kelemahan itu walaupun sebenarnya, di dalam hatinya sedang merintih kesedihan dan perlukan simpati dari gadis yang telah menyentuh perasaannya itu.

Hai, mengapalah kebanyakan orang yang dekat dengan aku, adalah anak-anak yatim belaka ni persoal Elly di dalam hatinya, penuh kemusykilan lagi.

Boleh dikatakan hampir kesemua orang yang rapat dengan Elly adalah anak yatim piatu termasuk Alyssa, Tuan Fahreen, Kak Rozi dan Minah Jebo. Nampaknya, Doktor Haris bakal menambah senarainya itu.

Elly, saya tidak pernah kenal erti cinta sebelum ini. Semenjak dulu, saya tinggal di rumah anak-anak yatim dan membesar sebagai remaja di sana. Saya juga tidak berpeluang meniti keindahan zaman remaja kerana sibuk dengan pelajaran saya, selama enam tahun di Mesir. Saya tidak pernah rapat dengan mana-mana perempuan pun. Tapi, semenjak bertemu dengan awak, baru saya dapat rasakan keindahan perasaan yang wujud antara seorang lelaki dan perempuan. Saya tak katakan yang bahawasanya penyakit mak cik telah menemukan kita, tetapi saya mengakui yang pertemuan ini adalah hikmah dari ujian yang menimpa Mak Cik Markonah itu, luah Doktor Haris.

Elly terdiam dengan pengakuan ikhlas lelaki itu. Dan jauh di sudut hatinya, perasaan yang sama turut terpendam. Cuma, sebagai seorang manusia yang sedang bergelumang dengan masalah sekarang ini, semua itu harus ditolak ke tepi terlebih dahulu. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkannya, sebelum melayani perasaan tersebut.

Doktor, kalau jawapan yang doktor diharapkan, saya minta maaf. Saya rasa, saya tak mampu beri apa-apa harapan pada doktor buat sementara ini. Saya sendiri punya satu siri masalah yang perlu diselesaikan. Saya harap, doktor tak terlalu mendesak saya.

Tidak Elly, saya tak paksa awak untuk beri jawapan dengan serta-merta. Saya faham situasi awak sekarang. Saya hanya mahu awak tahu, tak kira di mana sahaja awak berada, apa saja yang awak lakukan, saya sentiasa ada untuk awak. Awak boleh datang kepada saya, bila-bila masa pun yang awak mahu, jelas Doktor Haris, mahu menghilangkan gusar di hati Elly.

Elly diam. Dia tahu, perasaan Doktor Haris itu ikhlas terhadapnya. Kalau bukan kerana dibebani dengan masalah, mahu sahaja dia menerpa pada Doktor Haris dan sama-sama mencurahkan kemurniaan hatinya kepada jejaka tersebut. Bukan kerana nilai budinya, tetapi kerana dialah satu-satunya lelaki yang telah mewujudkan bunga cinta pada hati Elly yang agak batu dan naif itu.

Ada satu lagi perkara yang saya hendak beritahu kepada awak, Elly. Mingu depan, saya akan mula bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Jadi, saya sendiri akan bawa segala fail ibu awak bersama. Saya akan hubungi awak kemudian, untuk tetapkan tarikh appointment untuk Mak Cik Markonah.

Berpindah ke Kuala Lumpur Adakah itu suatu kebetulan, atau telah dirancangkan oleh Doktor Haris Ini pastinya ada kena-mengena dengan rancangan Elly untuk membawa ibunya berpindah ke ibu kota itu. Nampak gayanya, Doktor Haris begitu serius untuk mempertahankan perasaan kasihnya terhadap Elly. Dia sanggup menjadi bayang-bayang yang mengekori buah hatinya itu ke mana sahaja.

Elly tidak mampu berkata apa-apa, maupun menentang keputusan Doktor Haris. Doktor Haris seorang lelaki dan dia sudah cukup dewasa untuk menilai buruk baiknya semua yang dilakukannya. Setiap manusia punya perancangan sendiri, dan Doktor Haris tidak terkecuali. Selagi dia membatasi norma-norma perlakuan dalam hubungan lelaki dan perempuan, selagi itu, Elly tidak boleh berkata apa-apa. Jika itulah pilihan Doktor Haris, Elly akur.

Kalau kau sanggup menunggu, aku tiada masalah dengan itu. Kerana penantianmu itu adalah satu pengharapan cinta buatku. Tetapi, andainya penantian itu menyeksa jiwa dan batinmu, aku reda jika engkai berpaling kepada wanita yang lebih baik dari itu. Aku tidak akan memaksa engkau untuk mengotai janji-janjimu, hati Elly berbicara sendiri.

Kini, sudah hampir seminggu sejak Doktor Haris mencurahkan perasaannya kepada Elly. Semenjak hari itu, dia langsung tidak menghubungi Elly. Elly sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin kerana Doktor Haris tidak mahu dipandang sebagai terlalu mendesak, demi menagih cinta dari wanita pujaannya itu. Doktor Haris sebenarnya lebih suka mengambil sikap berhati-hati dalam menyempurnakan kehendaknya terhadap cinta. Biarlah perasaan cinta yang datang dari hati Elly untuknya wujud secara semulajadi, bukannya dipaksa.

Namun, berbeza dengan hati dan perasaan Elly kini. Dia amat mengharapkan panggilan dari Doktor Haris untuk mengubati kesepian dan kegusarannya. Walaupun Elly tidak mampu mengungkapkan

perasaannya dengan kata-kata, namun jauh di sudut hatinya, dia menyimpan perasaan gelisah yang amat sangat. Dia memerlukan kehadiran Doktor Haris di sisinya. Elly sendiri keliru tentang perasaan rahsianya itu. Apakah itu yang dinamakan cinta Perasaan sedemikian, tidak pernah dirasainya pada mana-mana lelaki yang pernah ditemuinya sebelum ini.

Malam sesudah Elly dan ibunya kembali ke Kuala Lumpur, amat meriah sekali dengan kehadiran Alyssa, Roziana dan Minah Jebo. Mereka semua berkumpul di rumah Elly untuk makan malam bersama. Roziana dan Minah Jebo saling bantu-membantu menyediakan makanan, manakala Alyssa pula hanya mampu duduk dengan perutnya yang semakin membesar itu. Suasana gembira bercampur syukur ke hadrat Illahi kerana telah mengurniakan kesihatan yang baik, terutama sekali kepada Mak Cik Markonah.

Amboi, sedap sungguh ikan pari masak asam pedas Rozi ni. Tiba-tiba berkeroncong pula perut Minah ni. Hai, tak sabar rasanya nak makan, puji Minah Jebo.

Kak Minah, kalau bab masak-memasak ni, masakan Kak Rozi memang class. Kalau tak percaya, Kak Minah rasalah sekejap lagi. Kalau tak bertambah, memang tak sah, tambah Alyssa pula.

Alyssa, kalau Kak Minah kamu ni yang merasa, bukannya makan lagi, melantak terus, usik Mak Cik Markonah pula mengamatkan suasana sehingga Minah Jebo, Alyssa dan Roziana ketawa tebahak-bahak.

Minah Jebo malu, lalu mencebik manja dengan usikan Mak Cik Markonah disulami tawa ria dari yang lain-lainnya. Namun, dia sedikitpun tidak ambil hati. Mak Cik Markonah adalah senda tawanya selama ini. Kata-kata yang keluar dari mulut orang tua itu semata-mata untuk memberikan keceriaan di hati usangnya yang sepi itu. Dan kerana itulah, Minah Jebo sanggup meluangkan masanya untuk menemani Elly dan Mak Cik Markonah pulang ke Kuala Lumpur walaupun untuk beberapa hari sahaja.

Ala mak cik, esok-esok tak ada siapalah yang nak masakkan Minah kalau Minah teringin dengan makanan-makanan macam ni. Selalunya, bukankah mak cik yang tolong masakkan

Eh, kamu yang selalu hantarkan makanan untuk mak cik, kan Takkan kamu dah lupa

Itu memanglah selalu. Tetapi kadang-kadang, bila Minah teringin nak makan apa-apa yang pelik tetapi sedap, mak ciklah yang tolong masakkan. Lepas ni, siapalah yang nak layan selera mengada-ngada Minah ni ujar Minah Jebo, sugul.

Mak Cik Markonah segera mengusap tangan Minah Jebo demi memujuknya. Dia faham akan kesunyian yang bakal dirasakan Minah sekembalinya ke kampung semula.

Tak apalah, Kak Minah. Kalau rasa sunyi dan rindu tu, datanglah ke sini. Lagi pun, kampung Kak Minah dengan KL ni, bukannya jauh sangat. Kalau datang tu, bawalah sekali barang-barang niaga Kak Minah. Bolehlah Lyssa dan Kak Rozi tolong-tolong pasarkan kat sini, celah Alyssa.

Minah Jebo teruja dengan janji Alyssa, lalu berkata, Betul Kalau Alyssa sudi nak pasarkan barang-barang Kak Minah, Kak Minah seribu kali suka. Kalau dah maju business di KL ni, bolehlah Kak Minah tukar alamat IC. Tukar dari warganegara kampung kepada warga bandar. Kelassss gitu.

Berderai lagi tawa mereka dengan seloroh Minah Jebo itu. Sesungguhnya, dengan adanya keletah wanita andalusia itu, tidak kering gusi dibuatnya. Alyssa pula, terpaksa memegang perutnya kerana ketawa sehingga hampir pecah perut. Itulah penangan seorang wanita penghibur duka tetapi berhati mulia seperti Minah Jebo.

Namun, suasana girang di situ, tidak mampu menceriakan perasaan Elly yang sedang resah gelisah memikirkan orang yang telah berjaya mencuri hatinya. Elly lebih senang menyendiri di balkoni pangsapurinya, membuai hatinya yang diulit rindu. Kadangkala, terbit rasa sesal di hatinya kerana tidak berterus-terang sahaja kepada Doktor Haris ketika lelaki itu meluahkan perasaan kepadanya tempoh hari. Elly terkilan dengan perasaan egonya, telah menenggelamkan perasaan ingin didekati oleh doktor muda itu.

Beb, orang di dalam memuji masakan Kak Rozi, sementara engkau di luar sini memuji bulan yang jauh di atas sana. Jangan ditenung sangat bulan tu, takkan tercapai dek tanganmu, tegur Alyssa yang datang kepadanya setelah melihat Elly mengecualikan dirinya dari mereka.

Bulan tu indah beb, tapi hanya untuk diamati, bukannya untuk dicapai. Sama jugalah dengan orang yang kita suka. Kita hanya boleh memandangnya, tetapi, tidak memilikinya.

Tapi, kalau hati dah terpaut, berterus-terang sajalah. Itu lebih baik, dari menyesal di kemudian hari, ujar Alyssa.

Alyssa tidak berniat untuk menyindir sahabat baiknya itu. Sebaliknya, dia mahu menyedarkan Elly akan perasaan yang sedang bercambah di hati wanita tesebut. Sebagai sahabat, Alyssa dapat membaca renungan cinta yang terbit di mata Elly dan Doktor Haris.

Beb, apa yang engkau cakapkan ni Engkau jangan main serkap jarang saja, kata Elly.

Aku bukan serkap jarang, tapi aku tahu, tentu ada sesuatu antara engkau dan Doktor Haris tu, kan Kalau tidak, tak adalah engkau jadi umpama pungguk yang rindukan rembulan.

Senyuman Alyssa membuatkan Elly cuak. Bagaimana Alyssa boleh menduga perasaannya dengan begitu jauh sekali. Adakah itu kebolehan terbaru Alyssa. Ataupun, dia sudah jadi matang dalam menilai hati dan perasaan orang lain setelah hatinya sendiri salju dihuni suaminya

Beb, mana engkau boleh tahu pasal Doktor Haris ni Mak aku yang ceritakan pada engkau, kan Ataupun, Kak Minah Jebo persoal Elly, hairan.

Tak ada sesiapapun yang beritahu aku. Aku yang serkap jarang sendiri. Tapi tak sangka pula, yang aku serkup mengena, jawab Alyssa sambil tersenyum.

Elly naik malu pula dengan sahabatnya itu. Alyssa bijak membaca isi hatinya. Tidak sia-sia Alyssa menjadi teman baiknya selama ini. Rahsia hatinya berjaya disingkap Alyssa. Mungkin sudah tiba masanya untuk Elly berterus-terang sahaja kepada Alyssa mengenai perasaannya terhadap Doktor Haris. Jika tidak, boleh meletup dadanya memikirkan kerinduannya terhadap doktor idaman hatinya itu. Hanya Alyssa yang boleh memahami derita perasaan itu kerana dia juga pernah merasakan yang sama. Mencintai tetapi tidak mampu meluahkannya.

Beb, ada sinar di mata Doktor Haris ketika dia berhadapan dengan engkau. Bicara hatinya menyatakan yang engkau telah tertulis untuknya. Begitu juga dengan engkau. Engkau cuba menidakkan cinta engkau sendiri, yang mana itu tidak adil untukmu dan Doktor Haris. Kenapa beb Kenapa mesti menjauhkan diri engkau dari cinta Kenapa engkau cuba untuk menghindari cinta yang engkau harap-harapkan selama ini persoal Alyssa.

Aku tak ada kekuatan untuk itu, beb. Aku tak rasa yang diri aku ini layak untuk Doktor Haris. Aku ni kasar, keras hati dan degil. Manakan sesuai dengan perwatakan Doktor Haris yang lembut, halus dan prihatin tu. Aku takut akan kecewakan dia nanti, rintih Elly pula.

Alyssa menggelengkan kepalanya beberapa Ternyata, Elly terlalu memandang rendah pada dirinya sendiri. Tetapi, Alyssa tidak menyalahkan Elly. Mungkin dia gagal melihat kelebihannya. Tetapi, kalau orang seperti Doktor Haris boleh terpaut hati kepadanya, bermakna, dirinya tidaklah seteruk yang disangkakannya.

Aku rasa, engkau taklah seteruk itu, beb. Engkau sendiri yang fikir bukan-bukan. Pada aku, engkau ni baik hati, penyayang dan prihatin sekali, terutama kepada insan-insan yang engkau sayangi. Sebab itulah, Doktor Haris sukakan engkau. Aku yakin, dia mengagumi kecekalan yang ada pada diri engkau. Come on beb, berilah dia peluang untuk mengisi hati kau yang kosong tu.

Sesungguhnya, apa yang diperkatakan Alyssa itu adalah benar belaka. Mengapa diseksa hati yang sebenarnya punya peluang untuk bahagia Doktor Haris sememangnya baik dan Elly amat menyenangi perwatakan pemuda itu. Kalau dia bukan doktor sekalipun, Elly tidak mampu menafikan perasaan cintanya itu.

Adakalanya, cinta akan datang sekali sahaja seumur hidup. Kalau kau terlepas untuk kali ini, tak pasti sama ada engkau punya peluang kedua ataupun tidak. Lagi pun, tak semua orang bernasib baik seperti aku, kan ujar Alyssa berseloroh.

Kata-kata dari Alyssa seolah-olah satu dorongan untuk Elly bertindak. Cinta datang bukan untuk dipaksa menerimanya. Tetapi, suatu penolakan itu biarlah dengan bersebab agar kita mampu mendapatkan peluangnya lagi. Andainya cinta pertama yang hadir itu adalah yang terbaik untuk kita, gapailah ia dengan penuh rasa keterujaan dan kasih sayang.

Atas desakan hati, malam itu Elly menggagahkan dirinya untuk menghubungi Doktor Haris. Dia berharap agar panggilannya tidak mengganggu kelangsungan tugas lelaki yang tidak pernah sunyi dari kesibukan hariannya itu. Namun, Elly masih sangsi. Adakah itu jalan terbaik untuk meluahkan perasaannya Perasaan malu tetap ada, walaupun panggilan itu nanti hanya untuk bertanya khabar doktor muda itu.

Assalamualaikum, Elly.

Suara gemersik Doktor Haris di hujung talian itu, mulai membuai kalbunya. Elly tidak menyangka, Doktor Haris sudah dapat mengagak bahawa dia yang membuat panggilan tersebut, seolah-olah panggilan itu memang ditunggu-tunggu olehnya. Tiada keterujaan sekadar kemesraan menyambut salam sang penghuni hati.

Maafkan saya kerana mengganggu doktor malam-malam begini.

Please Elly, janganlah terlalu formal dengan saya. Lagi pun, sekarang kita di luar waktu bekerja. So, just call me Haris, pinta Doktor Haris pula.

Maafkan saya, sebab saya tak biasa nak panggil doktor sebarangan. Tapi, saya akan cuba. Kalau tersasul juga, janganlah marahkan saya. Saya ni selalu tersasul, banyak sangat makan dodol.

Gurauan Elly itu telah berjaya menerbitkan ketawa besar Doktor Haris. Itulah antara keistimewaan Elly di mata hati Doktor Haris. Elly mampu bikin orang tertawa walaupun kata-katanya dalam nada selamba yang serius. Walaupun kadangkala, Elly sendiri tidak tahu yang dia sedang bikin lawak.

Saya senang sekali dapat berbicara dengan awak, Elly. Terubat rindu saya. Oh ya, untuk pengetahuan awak, saya dah berada di Kuala Lumpur sekarang. Esok, saya akan memulakan tugas di Hospital Kuala Lumpur.

Really

Oppss, dengan tak sengaja Elly kelihatan teruja yang agak berlebihan pula. Itu bukanlah sesuatu yang dirancang, tapi terbit semulajadi dari sanubarinya yang gembira dengan kehadiran doktor kesayangannya itu, yang semakin dekat dengannya. Walau bagaimanapun, Elly tetap berasa malu dengan Doktor Haris atas keterlanjuran sikapnya tadi.

Elly, awak ada sesuatu nak cakapkan pada sayakah Saya sedia mendengarnya.

Tak ada apa-apa. Kenapa Haris ada sesuatu nak cakap dengan sayakah Saya pun sedia mendengarnya.

Lucu sekali. Mereka seakan-akan cuba bermain tarik tali. Nampaknya, Elly masih cuba untuk menyembunyikan perasaannya dari diketahui buah hatinya itu. Entah kenapa, lidah Elly rasa kelu untuk berbicara. Kata-kata yang disusun sebentar tadi, tiba-tiba hilang dari fikirannya, dibawa berlalu oleh desiran godaan kata-kata Doktor Haris.

Saya cuma nak katakan yang saya rindukan awak. Walau seribu halangan datang merintang, perasaan saya kepada awak tak mungkin berubah. Saya akan tetap menanti kata putus dari awak, Elly, luah Doktor Haris yang membungkam perasaan Elly.

Tersayat perasaan Elly mendengarkan ungakapan keramat sakti itu. Kata-kata dari Doktor Haris seolah-olah menaburkan butiran permata ke telinga Elly. Terlalu dalam rupanya cinta doktor itu kepadanya. Elly percaya pada setiap luahan hati Doktor Haris. Bukan memaksa diri, tetapi itulah kenyataannya. Bukan bicara Doktor Haris yang melayan jiwa, tetapi keperibadiaannya sudah lama menawan kalbu. Cuma, Elly yang masih kurang yakin dengan perasaan dan dirinya sendiri.

Haris, saya mengerti segala-galanya. Namun, saya perlukan ruang untuk mentafsir diri saya sendiri. Tolong bagi saya masa untuk semua ini, pinta Elly.

Sekarang ini, cuma masa yang menjadi penentu segala-galanya. Elly masih belum pintar untuk membuat keputusan yang menyangkut perihal rasa cintanya. Ini adalah perasaan yang pertama kali dirasakannya. Jadi, dia agak kekok, apa lagi bila terpaksa berhadapan dengan lelaki yang sering menjadi peneman sepi dan tangisnya di Jerman, walaupun hanya melalui talian telefon. Namun dalam hati, Elly tetap berdoa semoga suatu hari nanti, Tuhan akan menunjukkan jalan yang benar demi kebahagiaan masa depan mereka bersama.