SERIBU kali sayang, sangkaku kan ke mati, cerita kasih kita, rupanya seketika....
Arman bernyanyi satu lagu kegemaran Mariana, lagu Seribu Kali Sayang yang dipopularkan oleh penyanyi Salem. Dia sebenarnya bertujuan menyindir Mariana yang kelihatan monyok sejak kematian suaminya, Sulaiman Bakhtiar. Semenjak pemergian Sulaiman, Mariana jadi pendiam, suka menyendiri dan banyak termenung. Memandangkan keadaan Mariana yang masih sugul, Arman cuba mencari jalan membawa Mariana keluar dari kesedihannnya.
Maria, malam ni ada port baik punya. Mesti kita boleh layan lentok punya. Apa kata kalau you ikut I saja. Tak payahlah nak sedih-sedih sangat. Bukannya Arwah Sulaiman tu boleh hidup kembali. Lagipun, bukan ke selama ini you dah tinggalkan dia. I percaya, you mesti dah tak cintakan dia lagi,
ujar Arman. Kata-kata Arman itu sedikit sebanyak merobek hati Mariana. Bagaimana Arman boleh katakan yang dia tidak menyintai Arwah Sulaiman lagi Sedangkan dari dahulu hingga sekarang, Arwah Sulaimanlah satu-satunya lelaki yang pernah bertakhta di hatinya. Kadangkala Mariana sendiri tidak faham mengapa dia boleh meninggalkan arwah suaminya dahulu. Jika benar dia cintakan Arwah Sulaiman, mengapa dia tidak mampu membentuk dirinya dan pemikirannya untuk memahami penderitaan yang dilalui oleh suaminya itu
Ya, Allah, perempuan jenis apakah aku ini Sanggup aku meninggalkan suami dan anakku yang memerlukan aku,
rintih Mariana berkata dalam sesal. Namun begitu, masa sudah tidak boleh diundur lagi. Perbuatan mungkar yang dilakukannya tidak bisa dijernihkan kembali. Walaupun direndam dengan air tujuh lautan atau dimandikan dengan wangian bunga seluruh semesta alam sekalipun, tidak mampu menghapuskan noda yang telah dipalitnya sendiri. Inilah yang dikatakan orang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Di mana Mariana harus berpaut sekarang Dirinya sudah jadi sehinahina manusia. Bergelumang dengan maksiat setiap hari. Dia merelakan, tubuhnya diratah lelaki selain suaminya setiap malam. Dia halalkan arak menjadi darah dagingnya. Dadah terlarang menjadi peneman sepinya. Dan, dia benarkan dirinya terjerat dengan hutang ah long. Sesuatu yang amat ditakuti oleh warga kota. Terjerat dengan ah long, umpama menyerahkan kepala sendiri untuk disembelih. Arman, adalah lelaki durjana yang menjerumuskannya ke lembah hina itu. Dialah yang telah berjaya memujuk Mariana untuk bekerja sebagai penyanyi dangdut setelah Arwah Sulaiman ditimpa kecelakaan.
Semenjak itu, dia juga telah memujuk Mariana sehingga sanggup menggadaikan maruahnya. Lebih teruk dari itu, Armanlah yang telah mempengaruhi Mariana untuk berjudi sehingga berhutang ratusan ribu ringgit dengan ah long. Dia sebenarnya hanya mempergunakan Mariana untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Dia akan diberi komisen, setiap kali berjaya memujuk Mariana menambah hutangnya. Bagi Arman, Mariana adalah aset yang penting. Dialah juga broker Mariana untuk memberi perkhidmatan ranjang kepada lelaki-lelaki mata keranjang di luar sana. Berbagai-bagai jenis lelaki yang dibawanya kepada Mariana dan Mariana tidak sedikit pun menolak apabila didatangi lelaki yang rakus meratah tubuhnya.
Apa yang penting, dia boleh memperolehi wang untuk menampung kehidupan dan bersuka ria. Wang dari hasil kerja haram itu juga terpaksa dibahagi dua dengan Arman sebagai upah dia mencarikan pelanggan. Memang Arman bijak dalam memainkan kata-kata manis pada Mariana. Walaupun dia mendapat wang dari hasil Mariana menjual tubuh, namun dia menggunakan taktik yang cukup cilik untuk memujuk Mariana menghabiskan wangnya pada kegiatan lain yang akhirnya menjebakkannya ke dunia hutang yang tiada putusnya. Dan ketika Mariana dilanda masalah jiwa Arman telah meredakan kekacauan itu dengan menyuntikkan dadah terlarang ke tubuh Mariana. Semua itu sudah cukup untuk membuatkan hidup Mariana menjadi bertambah hina lagi.
Maria, jangan gusar, jangan gundah. I ada bawakan you benda untuk buatkan you rilex saja. Lepas you ambik benda ni, you boleh lupakan semua masalah you, dan kita boleh enjoy malam ni,
pujuk Arman sambil menghulurkan satu tiub heroin pada Mariana.
Arman!
Mariana ceria apabila terpandangkan benda yang dikeluarkan oleh Arman tadi.
Mana you dapat benda ni Tolonglah beri pada I sikit. I dah tak sanggup nak fikir lagi pasal masalah I ni. Tapi, I tak ada duitlah sekarang nak bayar harga barang ni.
Dont worry sayang, malam ni I belanja. Tapi ingat, untuk stok esok dan seterusnya, you kena kerja untuk dapatkannya. You faham tak
Arman memberikan peringatan pada Mariana.
Macam mana I nak kerja lagi, Man You bukan tak tahu yang I dah dibuang kerja dari kelab tu. Sejak akhir-akhir ni kan, I sering ambil cuti. Sebab tu management marah dan pecat I,
jelas Mariana. Mariana telah dibuang kerja hampir seminggu yang lalu. Sebenarnya, pihak pengurusan kelab telah terlebih dahulu memberikan amaran keras pada Mariana untuk mengubah sikapnya yang gemar berfoya-foya dari bekerja. Namun, Mariana tidak pernah ambil pusing langsung akan amaran itu. Bagi Mariana, majikannya tidak mungkin dapat mencarikan penyanyi yang sebagusnya. Tetapi sikap takbur Mariana itu menemui jalan penamat apabila pihak pengurusan berjaya mendapat penyanyi baru yang lebih bagus dan berbakat darinya. Lantas, Mariana diberikan surat pemberhentian tanpa notis. You nak I jual tubuhlah ni
tanya Mariana yang faham benar akan maksud senyuman Arman itu.
Betul sayang. Kalau you tak berniaga, macam mana kita nak hidup senang Jangan kata nak makan, benda ni pun you tak mampu nak beli tau. Lagi satu, you jangan lupa, hutang you yang dah menggunung pada ah long,
Arman memberikan peringatan lagi.
I bukan apa, takut kalau ah long-ah long tu buat apa-apa pada you nanti.
Arman konon-kononnya simpati dengan nasib dan masalah Mariana ketika itu. Mariana faham dengan penjelasan Arman itu. Dia tidak punya ruang untuk menyembunyikan diri dari dicari oleh orang-orang ceti haram itu. Mahu atau tidak, dia harus berusaha mendapatkan wang bagi menyelesaikan masalah tersebut. Dia sudah tidak punya apa-apa untuk dicagarkan lagi. Hendak dicagarkan tubuh badannya, ah long-ah long tersebut sudah muak denganya. Tetapi, di manakah dia boleh mendapatkan wang yang banyak dalam sekelip mata untuk melunaskan segala hutang-hutangnya
Kalau dia berjual saban malam pun, belum tentu lagi dia dapat mengumpulkan wang dengan secepat mungkin. Hendak diharapkan Arman, lelaki itu pun sengkek juga. Hanya mengharapkan hasil darinya sahaja. Sekarang, Mariana hanya mengharapkan keajaiban berlaku dalam hidupnya. Keajaiban yang tidak mungkin diperolehinya. Hanya lelaki yang kaya dan punya banyak harta mampu membantunya. Itupun, kalau mereka mahu menerimanya. Tetapi dengan keadaan diri Mariana sekarang, tidak mungkin lelakilelaki kaya berhidung belang itu akan memilihnya. Lebih baik mereka pilih perempuan yang jauh lebih muda, bergetah dan cantik. Dahulu, Mariana memang cantik dan begitu didambakan. Tetapi sekarang, dia tidak ubah seperti bangkai bernyawa yang tersepit dibawah kepompong ketagihan arak dan dadah yang telah memusnahkan dirinya. Tiada sesiapapun dari golongan lelaki kaya yang sudi mendekati wanita usuksepertinya. Melihatkan keadaan Mariana yang gusar, Arman mendekatinya semula.
Im sorry, Maria. I tak bermaksud nak kecilkan hati you, tapi I bercakap berdasarkan kenyataan hidup you sekarang. Ingat, you sudah tak punya Sulaiman Bakhtiar lagi untuk melindungi you. Orang itu sebenarnya dah lama mati. Sekarang, you sendiri yang kena tentukan takdir hidup you,
sambung Arman pula. Mariana mengangguk faham akan maksud Arman itu.
Man, bagaimana I nak teruskan semua ni Permintaan pada servis I dah tak macam dulu lagi. Lebih-lebih lagi sejak I dibuang kerja ni. Apa lagi yang I boleh cagarkan pada ceti-ceti tu semua Mereka pun dah meluat dengan I ni. Mereka cakap, I ni penipu, sebab selalu bagi alasan pada mereka,
kata Mariana yang jelas kelihatan gusar sekali. Mendengar penjelasan Mariana buat Arman berfikir. Dia lantas teringatkan ada satu lagi harta berharga yang dimiliki oleh Mariana, yang boleh digunakan ketika keadaan meruncing nanti. Sambil senyum dia berkata,
Maria, you kan ada Alyssa Itu harta you yang paling berharga tau.
Agak kaget Mariana apabila mendengar nama Alyssa. Mengapa tiba-tiba sahaja Arman menyebut nama Alyssa Mariana tidak pernah bertemu dengan puteri tunggalnya itu semenjak hari pengebumian Sulaiman tempoh hari. Melihatkan cara Alyssa melayan kedatangannya ketika itu, Mariana sudah dapat mengagak bahawa Alyssa sekarang sudah terlalu benci padanya. Di hati, Mariana segera tertanya, dimanakah Alyssa sekarang Dengan siapakah dia tinggal dan bagaimanakah keadaannya kini Mariana terlalu amat memikirkan masalah dirinya sendiri, membuatkan dia terlupa bahawa dia masih punya seseorang. Satu-satunya anak gadisnya. Anak itu, tidak pernah dipedulikannya dari sejak dia lahir. Anak itu, selama ini membesar dari naungan kasih sayang papanya sahaja. Dan anak itulah yang dianggapnya sebagai pencetus bala, apabila dibawa kepangkuannya dahulu. Peliknya, mengapa kini hati Mariana bergetar apabila nama Alyssa disebut
Mengapa tiba-tiba you sebut nama Alyssa, Man You ada jumpa dia ke You tau tak, I rasa rindu sangat pada dia,
ujar Mariana dengan suara perlahan dan bergetar.
You ni dah kenapa Maria You dah hilang akal ke Bukankah dari dulu you memang tak sebulu dengan budak Alyssa tu. You pun bukan sayangkan dia, betul tak
soal Arman dengan agak kasar.
I memang tak pernah pedulikan dia, Man. Tapi, bila you sebut nama dia, tak semena-mena hati I jadi teringat pada dia,
jawab Mariana tenang.
You jangan nak mengada-ngadalah, Maria. Yang I tahu, Alyssa tu hanya anak Arwah Sulaiman seorang, bukan anak you. Itu you yang cakap, bukan I,
marah Arman tiba-tiba. Bengang juga Arman bila Mariana kelihatan agak sedih apabila dia menyebut nama Alyssa. Mariana hanya mampu tunduk. Tidak berdaya dia melawan latah Arman ketika itu. Sesekali, kelihatan manik-manik halus dari matanya turun menerjah ribanya.
Apa yang you nak buat bila you sebut nama Alyssa, Man
akhirnya Mariana bertanya pada Arman.
Ha, kalau you nak tahu, Alyssa itu adalah aset yang paling berharga yang you ada sekarang. You boleh gunakan dia untuk selsesaikan segala hutang-piutang you pada ah long. I ada dengar yang geng Si Jepp tu sedang cari gadis-gadis baru untuk dijadikan GRO. Dia bayar tinggi tau untuk bunga-bunga baru yang masih mentah ni. So, inilah masanya untuk you gunakan Alyssa bagi menyelesaikan segala hutang-hutang you tu. Kalau ada lebih, kita boleh buat belanja,
terang Arman satu per satu.
You gila ke Man Alyssa tu anak I. Takkan I nak jual anak I sendiri,
bentak Mariana tidak bersetuju dengan usul Arman itu. You ni kadang-kadang dungu juga ya, Maria You suka ke kalau orang-orang ah long tu cari you dan bunuh you Come on Maria, wake-up. Hutang tak kenal saudaramara, adik-beradik, malahan anak-beranak sekalipun. Apa yang penting, perut kita kena isi dan leher kita tak terjerut. Lagipun, bukannya selama-lamanya Alyssa tu kena jadi GRO. Bila segala hutang-hutang you selesai, dia bebaslah,
terang Arman dengan panjang lebar. Mulut Mariana terlopong sahaja mendengar cakap-cakap Arman itu. Bagaimanalah dia boleh termakan dengan segala hasutan Arman selama ini. Bodohnya dia yang terlalu mempercayai Arman. Arman menggunakan segala harta yang dia ada untuk kepentingan dirinya dan kini, Alyssa mungkin terheret sama. Walau bagaimanapun, Mariana tidak punya pilihan. Kata-kata Arman, walaupun jahat, ada betulnya. Hutang tidak kenal pertalian. Hutang juga tidak kenal kasih sayang. Sekali terjerat dengan golongan ceti haram ini, sukar untuk lari dari mereka selagi hutang belum langsai. Mariana terpaksa menggunakan segala yang dia ada bagi meloloskan diri dari ah long-ah long tersebut.
Ke mana kau pergi semalam, beb Puas aku tunggu kau masa lepas habis kerja,
sergah Elly pada Alyssa yang nampak khusyuk meneliti fail kerjanya. Alyssa hanya memandang sepi sahabatnya itu tanpa sepatah jawapan pun. Tidak berpuas hati dengan sikap berdiam diri Alyssa, Elly bertanya lagi,
Beb, aku rasa engkau tak pekak lagi, kan Aku tanya, ke mana kau pergi semalam. Aku tunggu engkau, tapi engkau tak muncul-muncul. Bila aku tanya dekat reception, mereka kata engkau dah lama balik. Tapi, bila aku call Kak Rozi, dia kata engkau belum balik-balik lagi. Sampai pukul sebelas aku call dia, tanya pasal engkau. Engkau tau tak, Kak Rozi pun gelabah gila tau sebab risaukan engkau,
berpusu-pusu lontaran kata dari Elly yang tidak berpuas hati dengan perangai Alyssa sejak akhir-akhir ini.
Aku tensionlah, beb. Aku saja keluar jalanjalan,
jawab Alyssa ringkas.
Engkau keluar sampai ke tengah malam, engkau pergi mana, beb Aku tengok sejak akhir-akhir ni, kau dah lain macam sangatlah,
tanya Elly lagi yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan mudah Alyssa itu. Dia dapat melihat perubahan sikap pada diri Alyssa sekarang ini. Alyssa jadi orang yang kuat berahsia terutama tentang apa yang dilakukannya di belakang Kak Rozi dan Elly. Alyssa tidak lagi seperti dahulu, yang sering merujuk setiap masalahnya kepada dua orang yang dianggap seperti saudaranya itu. Alyssa berasa bahawa dirinya sudah cukup matang kini dalam menentukan hala tuju hidupnya. Tekat dan azamnya juga sudah berubah. Dia menjadi semakin berani membuat keputusan sendiri setelah ditinggal pergi oleh papanya.
Apa yang lain macam ni, beb Aku rasa aku biasa saja, tak ada apa yang berubah. Engkau dan Kak Rozi saja yang suka fikir lain,
jawab Alyssa sambil tangannya menekan-nekan calculator di hadapannya.
Aku tak fahamlah dengan engkau sekarang ni. Apa yang kau buat, apa yang kau fikir dan apa yang kau simpan, tak pernah kau nak kongsikan dengan kami lagi. Apa, kau fikir kau dah cukup dewasa untuk menentukan hala tuju kau tu Aku tahulah, tengkau tu dah masuk usia dua puluhan. Tapi sekurang-kurangnya, janganlah buat aku dan Kak Rozi tu macam tunggul batu. Kita ni sebaya, aku faham apa yang kau rasa dan apa yang kau nak. Ceritalah dengan aku, kalau kau ada masalah. Mungkin aku tahu jalan penyelesaiannya,
pinta Elly lagi.
Dah habis kau berleter Kalau sudah, aku minta kau tolong tinggalkan aku. Aku ada banyak kerja yang nak diselesaikan ni,
pinta Alyssa dengan tegas. Mungkin dia rimas dengan teguran Elly sebentar tadi.
Suka hati kaulah, beb,
dengus Elly lalu terus pergi dari situ dalam keadaan bengang. Alyssa sedar, sejak akhir-akhir ini, dia sering menyakitkan hati Elly dan Kak Rozi dengan sikapnya. Namun, dia rimas dengan sikap yang terlalu ambil tahu mereka. Baru semalam dia ditegur oleh Kak Rozi kerana pulang lewat. Hari ini, Elly pula yang cuba cari pasal dengannya. Dalam keadaan sekarang ini, dia sudah tidak sanggup mendengar leteran atau nasihat dari orang lain. Dia hanya berpegang pada satu sahaja pesanan arwah papanya,
Selepas ini, Alyssa kena bijak buat keputusan sendiri dalam menentukan hala tuju hidup sendirian,
dan itulah yang sedang dilakukannya. Dia tidak perlukan bantuan orang lain untuk menentukan hidupnya.
Lyssa, dah pukul berapa sekarang ni Mengapa balik lewat sangat ni, dik Tak baik untuk anak dara macam Lyssa ni, tau tak
Alyssa teringatkan pertanyaan Roziana masa dia pulang semalam. Ketika itu waktu sudah menjengah jam dua pagi. Jelas terpancar kebimbangan di wajah Roziana. Walaupun matanya sudah mengantuk, tetapi ditahan juga demi menunggu kepulangan adik yang sangat disayanginya itu. Kak Rozi risau memikirkan keselamatan Alyssa dan bimbang dia terjebak dengan gejala negatif yang sedang menghantui anak-anak muda kota sekarang. Selain itu, Kak Rozi juga simpati dengan nasib Alyssa yang sudah tidak berayah itu dan terpaksa menempuh segala-galanya sendirian. Oleh sebab itulah, dia cuba medekatkan dirinya dengan lebih rapat lagi dengan Alyssa supaya Alyssa mengetahui yang dia punya seseorang untuk mengadu dan mencurah rasa.
Lyssa bukan pergi mana, Kak Rozi. Lyssa cuma jumpa kawan-kawan saja. Lepas tu lepak-lepak, tenangkan fikiran,jawab Lyssa tanpa berbahasabahasa. Dia malas nak berhujah panjang lebar. Matanya pun sudah mengantuk. Tambahan lagi, dia perlu pergi kerja keesokan paginya.
Lyssa, Kak Rozi bukan tak kasi Lyssa jumpa kawan-kawan. Tetapi biarlah kena dengan masa dan tempatnya. Sekarang ni, hari dah larut malam. Akak risau kalau sesuatu perkara buruk terjadi pada Lyssa. Lagi pun apa pula kata jiran-jiran nanti, bila mereka tengok perangai Lyssa macam ni
tegur Roziana yang cuba berlembut dengan Alyssa. Alyssa yang rimas dengan keadaan itu terus menjawab,
Lantaklah dengan apa yang mereka tu semua nak kata, kak. Selama ni pun, bila kita susah, bukannya mereka nak bantu pun. Semua kita selesaikan sendiri, kan
Tak baik cakap macam tu, dik. Kita ni hidup bermasyarakat. Kalau kita perlukan apa-apa, merekalah yang akan bantu. Cuba Lyssa tengok masa papa meninggal hari tu. Merekalah yang banyak membantu uruskan jenazah papa, kan
Roziana lagi cuba terus berlembut dengan Alyssa.
Ha, lagi satu, hari tu, Rizal, anak Mak Cik Musalmah tu ada beritahu yang dia ada terserempak dengan Lyssa dan kawan-kawan, baru keluar dari sebuah pub. Betul ke dik Tak baik tau. Kita sebagai umat Islam tak elok berkunjung ke tempat-tempat macam tu. Banyak benda dan perkara haram ada dekat situ, dik,
nasihat Roziana lagi. Kali ini, Alyssa jadi betul-betul bengang terutama dengan Mak Cik Musalmah tu. Satu taman kenal sangat dengan Mak Cik Musalmah. Ramai yang menggelarkannya dengan panggilan broadband kerana sikap ambil tahu hal orang yang melampau. Kadang-kadang apa yang dikatakannya boleh dipercayai, tetapi tidak kurang banyak juga yang palsu dan ditokok-tambah. Tetapi, dalam situasi Alyssa ini, apa yang diperkatakan oleh Mak Cik Musalmah itu adalah benar. Tidak dinafikan, Alyssa ada terserempak dengan anak bujang Mak Cik Musalmah itu ketika dia keluar dari salah satu pub yang popular di kawasan Ampang Park beberapa hari yang lalu. Pastinya Si Rizal tu yang menyebarkan hal aku ke pub pada mamarazzinya itu.
Tak guna punya Rizal, mengata orang, padahal dia pun sama juga,
marah Alyssa dalam hatinya. Roziana masih merenung wajah Alyssa mengharapkan jawapan yang pasti. Dia berharap agar apa yang diperkatakan oleh Mak Cik Musalmah itu, tidak benar. Dan, sudah pastinya Alyssa menafikannya seraya berkata,
Kak Rozi kan kenal sangat dengan Mak Cik Musalmah tu Dia tu penyebar fitnah nombor satu dekat kawasan kita ni. Suka sangat bercerita perihal anak orang. Pada hal anak dia, Si Rizal tu pun bukannya baik sangat. Kaki clubbing dan kaki betina jugak. Sudahlah tu kak, jangan nak sesak-sesakkan kepala fikirkan pasal kata-kata orang. Okaylah kak, mata Lyssa pun dah mengantuk, Lyssa nak tidur. Esok nak pergi kerja pulak. Good night,
kata Lyssa sambil tersenyum dan meninggalkan Roziana dengan seribu persoalan.
Amacam bos, cantik tak
tanya Arman pada Jepp. Jepp adalah antara ketua kongsi gelap dan ah long yang amat digeruni di ibu kota. Gambar yang ditunjukkan oleh Arman sebentar tadi masih dalam pegangannya dan mata liar Jepp tidak henti-henti merenung gambar itu bersilih berganti dengan Mariana yang turut berada di depannya.
Ini barang baru, bos. Betul-betul baru punya. Belum ada orang pakai lagi. Kalau bos jual, untung banyak maa,
ujar Arman dengan bersungguhsungguh. Jepp masih lagi tidak putus-putus merenung gambar tersebut. Dia tidak sangka, wanita seperti Mariana punyai anak gadis yang cantik menawan. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Anak gadisnya, Alyssa benar-benar mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh Mariana. Selepas puas merenung gambar Alyssa, Jepp mengalihkan pandangan pada Mariana pula. Sambil tersenyum, Jepp berkata,
Maria, you punya anak gadis banyak haoliao maaa...Very pretty. Mengapa sebelum ni you tak pernah angkat kasi jumpa I Kalau ini macam punya cantik, bila-bila masa boleh juai maaa. Hahaha...
berdekah-dekah deraian ketawa besar Jepp. Ia turut diikuti oleh Arman yang sudah pun membayangkan keuntungan yang bakal dia perolehi walaupun hanya baru menjual gambar Alyssa. Sementara Mariana hanya memandang geram melihat gelagat dua lelaki durjana di hadapannya. Berani mereka berperdagangkan anak gadisnya, dihadapannya. Arman, lelaki yang begitu dipercayainya sebelum ini, kini sudah ibarat nangka busuk di matanya. Perumpamaan yang begitu cocok untuk Arman. Perangai dan hati busuknya dan terusterusan menimbulkan angin marah pada setiap yang mengetahui perangai keparatnya itu. Semakin hari semakin menyampah Mariana pada Arman.
Arman, lain kali, you kasi angkat perempuan yang serupa cantik dengan ini amoilah. Itu pun kalau you mahu komisen lebih,
giat Jepp dalam nada separa berbisik pada Arman. Bimbang juga kalau-kalau Mariana terdengar perbualan mereka. Walhal, Mariana sudah lama angkat kaki keluar dari tempat itu. Dia rela menunggu di tepi jalan berhampiran dari terusterlukis. terusan menyaksikan perwatakan syaitan kedua-dua lelaki itu tadi.
Mr. Jepp, you kasi masa dalam seminggu dua, I mesti kasi angkat ini perempuan jumpa sama you. You try ini dulu maaa,
kata Arman dan kali ini lebih besar ketawa mereka. Arman dapat merasakan, ini adalah bidang niaganya yang baru. Memperdagangkan wanitawanita cantik. Untung pun lumayan. Dia sudah mula berangan untuk jual perempuan sampai ke peringkat luar negeri. Paling chokia pun, di rantau Asia. Jelas cubaan pertamanya untuk menjual anak gadis Mariana itu, telah hampir berjaya. Sebelum melangkah keluar dari tempat itu, Jepp sempat menghulurkan satu sampul mengandungi lima ribu ringgit kepada Arman.
Ingat Arman, ini deposit untuk you angkat itu perempuan mari sini. Selepas you serah dia sama I, I kasi lagi seventy percent untuk you. Tapi ingat, you mesti cepat-cepat angkat itu perempuan mari,
ujar Jepp tidak sabar-sabar untuk menatap keayuan semulajadi Nurul Alyssa secara bertentangan mata pula.
Jangan risau, bos. I sudah janji maa, I mesti angkat mari punya. Tapi bos, macam biasa, semua ni you kasi masuk Mariana punya akaun, ya,
pesan Arman pula sambil mengenyitkan matanya pada Jepp.
Haiyaa Arman, you banyak jahat punya boyfriend. You sudah jual dia punya anak, you lagi mahu tipu dia ka Tapi tak apa, I suka you punya cara. Licik dan otak penipu. Dalam bisnes ni, kalau kita kejam, kita boleh success,
puji Jepp, membuatkan hati kembang Arman lagi.
Okey, I blah dulu bos. Kalau lama-lama, I takut I punya girlfriend tu merajuk. Hahaha...
Serentak dengan itu mereka semua tertawa dengan gurauan Arman. Selepas berjabat tangan dengan Jepp dan koncokonconya, Arman terus keluar dari tempat itu menuju ke arah Mariana yang sedang menunggunya. Dalam hatinya gembira kerana di gengamannya ada deposit penjualan Alyssa. Bolehlah dia belanjakan wang itu untuk bersuka ria malam itu.
Hai sayang, lama tunggu Sorry, banyak sangat borak Mr. Jepp tu tadi,
jelas Arman sejurus melihat wajah Mariana yang mencuka kerana lama menunggunya.
Puaslah hati you sekarang, kan Berapa yang you dapat selepas jual anak I
tanya Mariana sambil mengerling pada sampul yang berada dalam genggaman Arman.
Tak banyak, sayang, Cuma dua ribu sahaja. Jepp dah tolak sikit hutang you pada dia, tapi bunga sahajalah,
ujar Arman pula yang jelas-jelas menipu Mariana. Mariana percaya sahaja pada setiap auta teman lelakinya yang kaki temberang itu. Sudahlah anak Mariana hendak dijualnya, wang yang diperolehi pun hendak ditipunya.
Sayang, malam ni bolehlah kita enjoy sikit. Apa kata, lepas ni kita lepak dekat pub. Tapi, sebelum tu I nak jumpa Kasmir,
kata Arman. Berbunga hati Mariana kerana malam ini dia bakal enjoy selepas agak lama terperap sahaja kerana tiada modal.
Buat apa you nak jumpa Kasmir tu, Man
tanya Mariana pula. Arman ketawa kecil mendengar pertanyaan Mariana itu. Sambil memegang dagu Mariana, Arman berkata,
Sayang, you dah lupa ke Budak Kasmir tu kan supplier barang kita I tau, you mesti dah gian nak pekena barang baru tu. Kita beli lebih sikit ya, buat stok. Lepas tu kita lepak dekat jackpot. Malam ni ada game baik punya,
beritahu Arman lagi. Mariana terus tersenyum lebar mendengar rancangan Arman untuk mereka malam itu. Walaupun sebelumnya, dia begitu marah sekali dengan perbuatan Arman terhadap dirinya dan Alyssa. Namun, hidup Mariana tidak lengkap kalau tidak mengikut Arman kerana dia sudah melihat syurganya ketika itu. Malam itu, dia tidur dibuai khayalan indah selepas berasmara dengan dadah yang dibeli oleh Arman dari Kasmir. Dia jadi bertambah asyik apabila ditogokkan arak yang agak keras dalam botol mini oleh Arman. Dan malam itu, mereka berasakan yang mereka berada dalam dunia mereka yang tersendiri. Masing-masing mabuk dan khayal dan terus-terusan menghalalkan perbuatan mereka yang terkutuk malam itu.
Malam sudah kian larut. Keadaannya begitu sunyi sekali di kawasan penempatan mewah di Bukit Tunku. Kebanyakan penghuninya telah melabuhkan diri untuk beradu selepas sehari suntuk menjalani kehidupan yang mencabar dan memenatkan. Suasana sepi turut menyelubungi rumah mewah Tuan Fahreen. Barangkali semua pembantunya juga sudah lena dibuai mimpi. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Tetapi, pemilik rumah besar tersebut, masih tidak dapat melelapkan matanya lagi. Dia termenung sendiri melayan perasaannya di bilik bacaan. Ada perkara yang sedang berlegar-legar di fikirannya. Sebentar tadi, dia ada menerima panggilan telefon dari salah seorang pengawal peribadinya, Abang Mat. Ada perkara yang dilaporkan oleh Abang Mat membuatkan dia menjadi resah. Pastinya perkara yang dilaporkan oleh Abang Mat itu penting kerana Abang Mat sebenarnya sedang bercuti selama beberapa hari. Akan tetapi, disebabkan rasa tanggungjawab yang tinggi pada majikannya, Abang Mat tetap mengkhabarkan perkara yang dianggapnya perlu diketahui oleh Tuan Fahreen.
Tuan, keadaan mereka sekarang ni, gawat sekali. Saya terserempak mereka berdua keluar masuk di tempat tu,
lapor Abang Mat. Tuan Fahreen sedar, perkara itu, jika tidak dibendung bakal mengundang padah. Dia sedang mencari formula yang sesuai bagi membantu insan-insan yang dianggapnya penting dalam hidupnya itu. Sedang dia galak berfikir, terdengar daun pintu ditolak perlahan-lahan. Di sebaliknya, muncul Mak Chom, membawa segelas susu untuk majikannya. Terima kasih, Mak Chom. Buat susah-susah saja. Saya ingat Mak Chom dah tidur, ujar Tuan Fahreen menyambut minumannya. Ungkapan terima kasih jarang luput dari mulut Tuan Fahreen setiap kali Mak Chom menyediakan makanan, minuman atau apa-apa sahaja untuknya. Terlalu tinggi keperibadiaan Tuan Fahreen walaupun pada pembantu rumahnya sendiri. Mak Chom memang nak masuk tidur tadi. Tapi, bila Mak Chom nampak lampu bilik ni masih menyala, Mak Chom syak yang tuan mesti belum tidur lagi. Sebab tu, Mak Chom bawakan susu ni, terang Mak Chom pula. Sekilas, Mak Chom dapat melihat kegelisahan yang terpancar di wajah Tuan Fahreen. Mengapa ni Ada masalah ke, sampai tak tidurtidur lagi ni,Mak Chom cuba bertanya.
Tak ada apa-apalah, Mak Chom. Mata ni saja yang tak nak lelap. Mungkin sebab saya terlalu penat kut. Badan, kalau dah terlalu penat pun, susah nak tidur. Betul tak, Mak Chomgiliran Tuan Fahreen pula yang bertanya pada Mak Chom. Dia cuba menyembunyikan apa yang ada dalam fikirannya dari pengetahuan Mak Chom. Tak apalah kalau dah macam tu, tuan. Tuan minum sajalah susu panas ni. Mana tahu, kalau-kalau ia boleh membantu tuan melelapkan mata,jawab Mak Chom dan terus berlalu keluar dari bilik bacaan tersebut. Sebelum keluar, Mak Chom sempat mengerling pada majikannnya itu. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang merunsingkan fikiran Tuan Fahreen kerana itu dia sukar untuk tidur. Walaupun Tuan Fahreen cuba menafikan yang dia punya masalah yang sedang bermain di kepalanya, namun, Mak Chom tahu pastinya ada sesuatu. Manakan tidak, Mak Chomlah yang menjaga Tuan Fahreen dari kecil. Pastinya dia sudah pintar membaca gerak-geri dan air muka Tuan Fahreen. Tuan Fahreen terus mencapai telefon bimbitnya setelah melihat Mak Chom berlalu pergi. Dia menekan satu nombor dengan serta-merta dan terus meletakkan telefon di telinganya.
Beliau percaya, orang yang hendak dihubunginya itu masih belum tidur. Akhirnya, panggilannya berjawab seolah-olah orang yang menerima panggilan itu sentiasa bersedia menunggu arahan Tuan Fahreen. Tanpa berlengah, Tuan Fahreen terus mengeluarkan satu arahan pada penerima panggilannya, Rusdi, aku hendak kau uruskan apa yang aku telah beritahu engkau tempoh hari. Buat dengan segera. Singkat sahaja panggilan tersebut. Rusdi, orang suruhannya pasti akan melaksanakan apa yang telah diarahkan tuannya itu dengan kadar segera dan sebaik mungkin. Suasana di pub berhampiran pusat beli belah KLCC yang terletak di Jalan Sultan Ismail tidak sunyi dari kemeriahan pengujungnya yang berjoli dan bersukaria. Fenomena biasa pada malam minggu, di mana ramai yang menggunakan kesempatannya untuk berpesta. Pada waktu itu, suasana di tengah kawasan ibu kota tersebut seakan berjaga sepanjang malam. Bir-bir berserakan di atas meja, asap rokok berkepulkepul di udara manakala pasangan kekasih juga tidak melepaskan peluang untuk saling lentok-melentok di atas tubuh pasangan masing-masing. Semuanya hanyut dibuai arus keseronokan malam.
Namun begitu, tidak kurang juga yang berkunjung ke tempat tersebut semata-mata untuk bersembang dengan temanteman atau melayan keasyikan muzik yang disajikan bagi mencari kedamaian jiwa, sesudah seminggu menghadap beban kerja yang tiada berkesudahan. Di suatu ruang kelab malam di situ, terdapat satu kumpulan muda mudi yang sedang melepak sambil berbual-bual sesama sendiri. Arak, bila sudah bercampur dengan asap rokok, akan membuatkan suasana perbualan menjadi lebih rancak. Pelbagai topik yang membuka ruang bicara mereka. Alyssa, turut berada dalam kalangan mereka. Malam itu, langkahnya lebih panjang dan rancak sekali kerana dia tidak perlu berfikir untuk pulang awal. Kini, Alyssa sudah punya teman berhibur yang baru. Anna, Rossa, Nisya dan Is adalah teman-teman baru yang sedia menemaninya ke mana-mana kelab malam yang ada. Mereka gembira kerana gadis secantik Alyssa mudah dijerat untuk mengikuti mereka. Perkenalan singkat di sebuah pub juga telah membawa Alyssa untuk menyertai mereka yang mendapat gelaran kumpulan kupu-kupu kelab malam oleh sesiapa yang mengenali mereka.
Lyssa, I nak order minuman yang baru, you nak tak
tanya Nisya dalam nada separa jerit kepada Alyssa. Alyssa pada mulanya, tidak begitu mendengari kata-kata kawannya itu, akhirnya mengangguk sahaja. Keadaan yang agak bingit di situ menyukarkan komunikasi mereka.
Bang, biasa satu, ye,
ujar Nisya pada jejaka, si pelayan bar yang sedia menunggunya dengan senyuman.
Okey sayang, segera diuruskan,
sahut pelayan bar sambil mengenyit mata dan disambut dengan senyum nakal oleh Nisya. Sementara menunggu minuman special yang dipesannya siap, Nisya mengambil kesempatan melihat-lihat disekelilingnya. Manalah tahu, kalaukalau ada kumbang-kumbang baru yang bergaya dan berharta. Boleh juga dia cuba-cuba masuk jarum. Perempuan seperti Nisya, pastinya tidak akan melepaskan lelaki-lelaki seperti itu jika diberi peluang. Yang penting, dia punya seseorang untuk menaja kehidupannya. Sebab itu, dia perlu jadi popular di tempat-tempat hiburan yang ekslusif. Jantan-jantan yang disebatnya tidak kira keturunan, kadang-kadang Mat Saleh dan kadang-kadang Negro. Semua itu tidak menjadi masalah baginya asalkan poket mereka penuh berisi wang. Sedang asyik menjamu mata, bahunya disentuh oleh seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Fir sahaja. Dia sendiri tidak tahu nama penuh lelaki itu. Apakah Fir itu bermaksud Firdaus ataupun Firduan, hanya si pemilik nama sahaja yang tahu.
Hai Nisya, lama I tak nampak you. You pergi mana
tanya Fir yang nampak jelas, berpura-pura.
Alaa, you ni, Fir. I adalah kat sini. Kat mana lagi tempat I nak melepak. You tu yang tak nampak I,
jawab Nisya selamba.
I nampak you ada bawa bunga baru. Kawan you ke
soal Fir yang telah agak lama memerhatikan Alyssa dari suatu sudut yang tidak jauh dari tempat mereka melepak. Alyssa mempunyai aura keayuan semulajadi yang begitu memikat hati lelaki seperti Fir. Jarang sekali Fir bertemu dengan gadis cantik yang berwajah asli seperti Alyssa di tempat-tempat seperti itu.
Ah, kawan baru I. Dia baru join kami, tak sampai sebulan. Mengapa Sudah terpikat ke, wahai Encik Fir
sindir Nisya apabila melihat Fir tidak putus-putus merenung Alyssa.
She so gorgeous, isnt she
ujar Fir, pendek. Jawapan ringkas Fir itu sudah cukup untuk menimbulkan rasa cemburu dalam diri Nisya.
Tak guna punya jantan, aku yang vogue ni dia tak nampak. Alyssa yang selebet tu juga ditenungnya,
rungut Nisya dalam hati. Lantas, dia berpura-pura bertanya kepada Fir, Fir, tak guna pandang dari jauh sahaja, bukan dapat apa pun. Kalau you nak tahu, Alyssa tu hot girl kat sini sekarang.
Wow, nama dia Alyssa Amboi, nama pun secantik orangnya,
sahut Fir pula. Nisya hanya menjuihkan bibirnya apabila terusterusan mendengar pujian Fir terhadap Alyssa. Rasa cemburu yang menebal telah mula terbuku dalam hatinya, namun cuba disembunyikan perasaan itu.
Kalau you suka dia, I boleh tolong usyarkan dia untuk you,
Nisya cuba membuat tawaran kepada Fir.
Tapi, dengan satu syarat, komisen I kena lebih sikit tau. Dia tu bunga asli yang masih mekar, belum ditebuk tupai lagi tau.
You bohonglah, Nisya. Mustahil gadis kaki clubbing macam dia tu, tak pernah buat benda-benda maksiat ni. Jangan-jangan, you saja cakap macam tu pada I sebab nak makan lebih kut,
usik Fir pula dengan senyuman nakalnya. Sambil tersenyum nakal juga Nisya menjawab,
Hei Fir, I kenal dia lebih dari yang you kenal, tau. Kalau you nak tahu, Alyssa tu sebenarnya budak baik. I yang ajak dia ikut I. I gunakan kesempatan untuk pengaruhi dia bila I dapat tau jiwanya kacau semenjak papanya meninggal. Macam mana Bijak tak I, Fir
Bijak, you memang bijak, Nisya. Lagi pun, you bukan tak tahu yang I begitu gemarkan pucuk muda Hahaha...
Fir ketawa gembira.
No worry, honey. Youre the first one I going to introduce to her. Pandai-pandailah you ayat pucuk muda tu ya
kata Nisya sambil mencuit mesra pipi Fir. Lalu, dia pun menarik lengan Fir ke sudut Alyssa dan temantemannya melepak.
Alyssa sayang,
laung Nisya dari jauh lagi. Terkedek-kedek dia berlari mendapatkan Alyssa sambil diikuti dari belakang oleh Fir. Tebantut seketika perbualan rancak Alyssa bersama temantemannya. Nisya terus mendapatkan Alyssa dan duduk disebelahnya sambil memegang paha Alyssa.
Lyssa, you nak tahu tak Ada orang yang interested nak kenal dengan youlah,
ujar Nisya sambil menuding jarinya pada Fir. Fir pula, tersipu-sipu malu dengan senyuman miangnya.
Let me introduce you guys. Please meet my friend, Fir, and Fir, this is my friend Alyssa,
kata Nisya memperkenalkan dua manusia yang disebut kawannya di situ. Fir terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Alyssa tetapi hanya dipandang sepi oleh Alyssa. Melihatkan keadaan itu, Nisya segera memainkan peranannya nakalnya dengan menarik tangan Alyssa untuk menyambut salam dari Fir. Bengang dengan tindakan Nisya itu, Alyssa terus mencubit lengannya.
Kenapa dengan kau ni, Alyssa Tak baik tau, menolak salam silaturrahim dari orang,
kata Nisya secara berbisik pada Alyssa. Dia dapat melihat dengan jelas keraguan Alyssa terhadap niat Fir itu.
Nisya, kan aku dah cakap dengan engkau yang aku tak berniat nak kenal dengan lelaki. Aku cuma ikut kamu semua sebab aku nak enjoy dan release tension. Bukan nak menggatal dengan jantan. Aku tak sukalah kau buat macam ni, Nisya,
marah Alyssa pula. Dia bingkas bangun dan berlalu sambil terpingapinga diperhatikan oleh Nisya, Fir dan kawan-kawannya yang lain. Rossa, seorang lagi teman lepaknya, turut bangkit dan menuruti gerak Alyssa dari belakang.
Engkau okay ke Lyssa
tanya Rossa pada Alyssa yang sedang mencuci mukanya di singki tandas kelab tersebut. Barangkali, Alyssa cuba menghilangkan bau arak yang terlekat dimukanya. Setelah puas menikmati minuman yang sudah mula menjadi kegemarannya itu, Alyysa cuba untuk pulang dalam keadaan tidak mabuk.
Aku benganglah dengan Nisya tu, beb. Dia pandai-pandai saja nak kenen-kenenkan aku dengan mamat tadi tu. Aku tak sukalah macam ni, beb. I just come here to enjoy. Jantan-jantan ni, tak mainlah beb,
terang Alyssa. Mendengar penjelasan Alyssa membuatkan Rossa tersenyum,
Takkan kau tak interested dengan Fir tu. Ramai girl dekat sini tergila-gilakan dia, tau tak Si Fir tu banyak duit. Si Nisya tu pun gilakan dia juga, tapi aku sendiri tak faham mengapa nak pass kat kau,
ujar Rossa pula.
Aku tak mahu ambil peduli pasal tu semua, Rossa. Lantaklah, Fir tu ada banyak duit ke, ramai perempuan yang minat kat dia ke, aku tetap tak interested. Kalau korang semua suka dekat dia, well carry on. Tapi, jangan nak libatkan aku. Engkau tolong pesan pada Nisya tu,
tegas Alyssa sebelum dia meninggalkan Rossa sendirian di tandas tersebut. Nisya dapat melihat kekecewaan di wajah Fir apabila gagal berkenalan dan mendapatkan Alyssa. Dia juga kecewa kerana gagal mendapatkan komisen dari Fir. Namun, dia cuba mengubat kekecewaan Fir itu dengan membuat janji baru pula. Nisya tahu bahawa Fir begitu terdesak mahu berkenalan dan bersama dengan Alyssa. Dia segera mendapatkan Fir,
Janganlah putus asa, sayang. Sekali gagal tak semestinya akan gagal lagi. Dah sah-sah Alyssa tu bunga yang high value, sebab tu susah nak dapat. Kalau tidak, tak thrilllah.
Fir nampaknya masih kecewa. Dia tidak mempedulikan pujukan Nisya.
Macam ni sajalah, I akan cuba pujuk dia lagi supaya dia boleh terima you. I janji, satu hari nanti, Alyssa pasti akan jatuh dalam pelukan you, macam perempuan-perempuan yang lain tu,
janji Nisya lagi. Janji-janji Nisya itu berjaya menceriakan Fir semula.
Thanks sayang. I tahu, you pasti takkan kecewakan I. Apa kata, malam ni, you saja yang ikut I balik,
ujar Fir lagi sambil menarik tangan Nisya keluar dari situ. Nisya pula, tanpa membantah terus menurut kehendak Fir. Hatinya bangga tidak terkira kerana dapat bersama-sama dengan Fir malam itu. Lebih dari itu, dia mula membayangkan komisen yang dia bakal perolehi dari Fir jika berjaya membuatkan Alyssa terjun dalam perangkap Fir. Segala keindahan dan keseronokan tersebut meluncur seiring dengan kereta mewah jenama Porsche Cayenne yang dipandu Fir.