M. BUTTERFLY - 8
Chinese Opera House di tepi jalan Beijing. 1960 Bunyi latar ketukan gong.

GALLIMARD: Dalam telinga aku ni tak habis-habis terngiang-ngiang soalan isteri aku yang lurus tu. Aku cuba juga bertanya sana sini, tapi taka da siapa pun yang tau tentang opera cina tu. Masuk minggu keempat, aku dah tak than lagi dah. Dalam kepala aku, sentiasa ada soalan ni apa yang membuatkan primadona cina tu, si Butterfly yang takkan menyerah tu, begitu sombong sekali

Tempat tu panas, penuh dengan asap rokok. Penuh dengan manusia bermacam rupa. Yang tua, yang tak bergigi, yang cacat. Semuanya tersengih. Semuanya sedap melayan candu sambil mkan kuaci. Ayam pun ada, ada sekor tu siap patuk kaki aku semuanya. Semuanya tengah mengadap dia. (pentas bertukar menjadi pementasan opera Cina. 2 penari masuk mengiringi Song. Gallimard berdiri memandang. Song menari bersama 2 penari tadi. Kedengaran ketukan gendang yang kuat. Song berhenti menari, berdiri dan memandang tepat kea rah gallimard. 2 penari keluar pentas. Lampu bertukar. Song berger-

ak perlahan-lahan kea rah gallimard) SONG: Orang putih!

GALLIMARD: Saya

SONG: Ya, awak! Ada orang putih lain ke di sini Bukan susah nak nampak awak pun. Tak ada siapa datang ke tempat ni pakai tali leher.( song mula membuka pakaian. Di dalam,song memakai baju dan seluar yang longgar. Mereka sekarang berada di belakang pentas.) Jadi, apa yang membuat awak sampai ke sini, orang putih

GALLIMARD: Saya nak meluaskan pandangan saya terhadap dunia ni..

SONG: Selepas 4 minggu Lamanya.

GALLIMARD: Banyak kerja.

SONG: Tak heran pun. Orang Barat memang tak berminat sangat dengan budaya orang lain kan

GALLIMARD: (ketawa) Saya rasa tak.

SONG: Mestilah awak akan rasa tak. Orang takkan dapat menilai perangainya sendiri.

GALLIMARD: Siapa kata tak boleh Bila kita jauh dari tempat kita, penilaian kita jadi lebih tepat.

SONG: Oh, ya (senyap) Jom. Busuk lah tempat ni.

GALLIMARD: Hei, itu bau peminat-peminat setia awak, cik puan..

SONG: Saya sayang peminat-peminat saya, tuan. Yang saya tak minat adalah bau yang diaorang tinggalkan. Saya pun boleh meletakkan diri saya jauh dari tempat saya sendiri, sama seperti tuan. (Song me-

ninjau sekeliling dan berbisik ke telinga Gallimard) seni untuk masyarakat adalah senjata terbaik untuk menghalang seniman dari jadi kaya. (Song meletakkan rokok di bibirnya) Api (Gallimard kelam

kabut mencari mancis di poketnya)

GALLIMARD: Maaf.. saya tak hisap rokok.

SONG: (menyalakan rokoknya sendiri dengan mancis dari poketnya) oh, ruginya. Kalau tidak awak akan merasa hembusan nafas saya dalam asap rokok ni. (mereka berdua mula berjalan. Berjalan di sekitar Beijing di waktu malam di musim panas. Bunyi latar pekan Beijing berkumandang) aku selalu membayangkan, di malam-malam macam ni, aku duduk di kafe, minum kopi dikelilingi lelaki-lelaki berpakaian tuksedo, diiringi dengan muzik jazz.

GALLIMARD: Maafkan saya kalau saya salah tapi tak silap saya, sebelum revolusi, awak diharamkan dari masuk ke kelab-kelab di Shanghai, kan

SONG: Memang salah pun, Tuan Gallimard. Yang diharamkan, anjing dan lelaki-lelaki cina. Tapi untuk perempuan, terutamanya perempuan Timur yang lemah lembut dan tidak membahayakan kami bebas ke mana saja yang kami suka. Ye lah, kalaulah kelab-kelab di China ni dipenuhi dengan perempuan-perempuan Barat bersaiz gergasi dan bermekap tebal, siapa yang nak datang ke kelab-kelab ni Lelaki-lelaki orang putih macam tuan ni gilakan perempuan-perempuan Timur macam kami. Betul

GALLIMARD: Tapi cik puan juga yang kata, kegilaan kami ni tidak menjadi hal pun pada perempuanperempuan Timur seperti Cik Puan, sebab kegilaan kami ni bersifat keinginan untuk memiliki. Dan keinginan seperti itu bersifat kejam. Betul

SONG: Tuan percaya pada kata-kata saya Ya, selalunya betul tapi kadang-kadang, mungkin juga tidak, kalau suka sama suka. Oh, kita dah sampai. Ini rumah saya.

GALLIMARD: Saya tak sedar..

SONG: Terima kasih kerana sudi berjalan dengan saya. Datang lagi ya. Untuk meluaskan lagi pandangan kita berdua terhadap dunia. (song keluar. Tinggal gallimard berjalan berseorangan sambil bercakap kepada audiens)

GALLIMARD: Apa maksud dia tu Apa maksudnya mungkin juga tidak, kalau suka sama suka Aku tak pernah ada pengalaman digoda perempuan. Aku nak bercakap dengan perempuan pun susah. Tapi yang tadi tu, lain.