Sedar dia terlewat, dari rumah dia lengkap memakai kostum tarian MakYung. Selalunya kostum itu dipakai sewaktu tiba di balai raya. Tapi, pada malam ini berbeza pula halnya. Nak cepat punya fasal.
Kebaya sutera berkerongsang emas dan permata, sarung sutera diikat dengan tali pinggang, sehelai pending yang panjangnya hingga paras lutut dan dengan kain sibar digantung pada bahu kiri, agak sukar untuk Ika melangkah lebih pantas. Ditambah dengan memakai pemeles, mahkota di kepala, tali tangan dan gelang kaki emas serta cincin, lebih menyukarkan lagi pergerakan. Hesy... nak jalan laju pun tak boleh. Dia merungut dalam gelap.
Malam ini dia ada persembahan bersama rakanrakan di balai raya untuk menyambut kedatangan Yang Berhormat. Kalau dia terlambat, pasti Kak Mek membebel.
Tiba-tiba dia terpaksa berhenti. Ada sesuatu yang menyebabkan langkahnya mati. Dia berpaling dan melopong melihat pendingnya tersangkut. Dia mengundur untuk melihat lebih jelas. Alamak... kalau terkoyak, macam mana ni Ish... macam-macam hal pula. Masa inilah ia nak tersangkut bagai.
Belum sempat dia hendak menanggalkan pending tersangkut, ada tangan lain terlebih dahulu membantu. Ika tercengang-cengang. Siapa pula yang tiba-tiba muncul ni Hantu pocong ke Haih... tak sayang mulut betul. Ada pula hantu pocong, mengarut sungguh!
Datang dekat sikit. Kalau tak, nanti kain ni terkoyak, Idlan yang sedang membongkok, memberi arahan. Siapalah budak perempuan ni. Berani sungguh jalan seorang diri. Tak takut hantu ke Tak takut kena culik Budak-budak zaman sekarang. Malam-malam pun keluar merayap.
Dalam suasana samar-samar, Ika mengamati wajah lelaki yang sedang membantu. Dalam masa yang sama, dia akur lalu mengundur beberapa langkah supaya berada lebih dekat. Bersungguh-sungguh lelaki itu membuang pending miliknya yang melekat di pagar berduri. Tindakan yang penuh sopan dan berhati-hati. Dekat lagi. Idlan memberi arahan.
Ish, budak ni. Tak perlulah rasa takut. Dia cuma nak menolong aje. Tak ada masa nak buat perkara tak elok. Masalah sendiri tak selesai lagi. Ada hati nak menambah masalah lain.
Dah dekat sangat ni, Ika membalas sedikit geram. Mana tak geram bila dia dah terlanggar kepala lelaki itu. Nak dekat macam mana lagi
Idlan bergerak ke tepi apabila sisi kepalanya berlaga dengan kaki gadis itu secara tak sengaja.
Ish, tersangkutlah pula. Dahlah orang lambat, bebel Ika. Dia sebenarnya tak selesa apabila lelaki tak dikenali sedang membantu. Dalam gelap pula tu. Kalau bertembung dengan orang lain, tak pasal jadi fitnah. Ika usap dada. Mengusir bayangan bukan-bukan.
Macam mana tak tersangkut kalau cara jalannya kelam kabut, bidas Idlan dengan mendongak ke arah Ika. Sebenarnya, dari jauh dia ternampak gadis itu jalan terkocoh-kocoh seperti kejarkan sesuatu.
Okey dah. Lain kali hati-hati sikit jalan. Pandang kiri kanan. Idlan hulurkan pending yang berjaya dipisahkan dari pagar berduri.
Ika menyambut dengan ucapan terima kasih.
Nak ke mana Malam jalan sorang-sorang. Perempuan pula. Bahaya.
Saya ada persembahan kat balai raya. Okeylah, saya pergi dulu. Terima kasih. Bye! Ika terus beredar dengan mengangkat kain hingga ke paras betis sambil berlari anak. Fuh, lega betul. Nasib baik orang tu ada. Kalau tak, tentu berkali-kali ganda dia terlambat tiba di balai raya.
Idlan menggeleng lalu tersenyum. Lucu melihat seorang gadis sedang berlari dengan mengangkat kain. Tambahan pula, di tubuh gadis itu sarat dengan perhiasan. Nampak kelam kabut, tapi... comel. Sempat dia memuji sebelum beredar.
Pintu kereta dibuka dan bagasi ditarik keluar. Sepatutnya, dari tadi dia sudah naik ke rumah orang tuanya. Tapi, tersekat pula niatnya apabila melihat seorang gadis berjalan kelam kabut dan ditimpa masalah kecil. Lalu, dia membantu.
Idlan tunduk sebentar sebelum tangan naik mengetuk pintu. Risau kalau ayah menyambut dingin kepulangannya. Penerimaan si ibu tak difikirkan sangat. Setiap kali pulang ke kampung pada hari raya dengan membawa pulang Irdiana, tentu wajah ibu sentiasa ceria dan selalu berlapang dada. Berbeza dengan ayah yang sering menunjuk wajah tak suka.
Semua gara-gara kesilapan yang pernah dia lakukan. Assalamualaikum.
Tak sempat Idlan hendak mengetuk pintu. Satu suara garau dari belakang terlebih dahulu memberi salam. Dia berpaling.
Ayah... waalaikumussalam, jawabnya tergagap. Bimbang kalau ayah menunjuk sikap dingin.
Che Long mendengus halus. Wajah Idlan tiba-tiba saja muncul membuat dia berasa jengkel.
Kamu tercegat berdiri kat sini, kenapa Tak sudi nak masuk teratak buruk mak dan ayah kamu ni Sindir Che Long. Huh... belum tiba hari raya dah balik. Pelik betul budak ni. Muka pun berserabai aje. Macam orang mati bini.
Bukan macam tu, ayah. Saya baru aje sampai, bela Idlan pada diri sendiri. Sah, sikap ayah dingin macam biasa. Apa nak dibuat dengan ayah untuk dia minta maaf berkali-kali. Takkan hingga ke hari ini, ayah masih tak memberi maaf
Belum sempat Che Long menolak pintu, Che Jah terlebih dulu menariknya dari dalam.
Apa khabar, mak Sihat Soal Idlan. Dia tunduk ingin bersalam.
Che Jah mengukir senyum, Alhamdulillah, mak sihat. Raya lambat lagi, kamu dah balik Air mata Che Jah menitis atas rambut Idlan yang masih tunduk mencium tangannya.
Tiba-tiba hati terasa hiba dengan kepulangan Idlan kali ini. Naluri sebagai ibu dapat merasa ada yang tak kena. Kenapa Lan balik tiba-tiba Balik seorang pula tu. Che Jah berteka-teki dalam senyap. Saja Lan balik nak ziarah mak dan ayah, jawab Idlan tertahan-tahan. Cuba menyembunyi rasa sedih yang melatari tangkai hati. Belum masanya untuk terus-terang.
Mari masuk, Lan. Kamu dah makan Soal Che Jah sambil menarik perlahan tangan Idlan.
Che Long memerhati tingkah dua beranak itu sambil menggeleng. Lembut sangat hati isterinya. Setahun sekali Idlan pulang beraya, pasti isterinya sambut bagai nak rak. Dibuatnya juadah istimewa bermacam-macam. Sedangkan hanya Idlan seorang yang menyentuh. Nak harapkan isteri Idlan merasa, jangan mimpi. Menantunya itu memang hidung tinggi. Sombong dan berlagak.
Idlan menggeleng. Sejak bertolak dari Johor Bharu, dia tak menjamah sebarang makanan. Di perhentian R&R pun dia tak berhenti untuk berehat. Dia terus dengan pemanduan. Dalam fikiran, hanya kampung halaman dan wajah ibu serta ayah tersayang.
Che Jah gembira dengan kepulangan satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Rindu benar pada Idlan hingga mengheret tangan Idlan menuju ke dapur.
Kerusi ditarik dengan wajah teruja.
Duduklah, nak. Mak sediakan nasi dan lauk, ya.
Hari ini dia masak istimewa sedikit. Lauk kegemaran Idlan. Gulai ayam kampung. Kebetulan sungguh. Macam dia tahu saja Idlan nak balik.
Tak perlu susah-susah, mak. Idlan menolak walau perut dah bergendang-gendang kelaparan. Saja dia berkata begitu untuk tak menyusahkan ibunya. Kalau dia nak makan, tahulah dia ambil sendiri.
Tak adalah susah. Mak tahu kamu lapar. Tengok muka kamu, baru setahun mak tak jumpa, dah cengkung sikit. Kenapa boleh jadi macam ni, Lan Kamu nampak kurus sangat.
Dapat kahwin dengan anak orang kaya tak cukup makan lagi ke Perli Che Long. Tak sudah-sudah dia menyindir Idlan. Setahun sekali Idlan pulang, setahun sekali dia menyindir anak lelakinya itu. Kecewa dengan tindakan Idlan bertahun-tahun dulu, masih terasa sehingga kini. Kurang asam punya anak.
Idlan berpaling. Mencari arah suara ayahnya yang duduk di ruang tamu. Sindiran itu tak dihiraukan kerana dia tahu ayahnya cuma melampias rasa tak puas hati. Tak apalah, ayah. Lan terima. Hati kecilnya berbisik.
Dah. Kamu toksah layan sangat ayah kamu tu, pujuk Che Jah sambil menggosok belakang Idlan. Hesy... orang tua tu pun satu. Tak boleh tolak ansur langsung dengan anak sendiri. Terkumat-kamit mulut
Che Jah bebelkan suaminya.
Idlan tersenyum hambar. Saya tahu saya banyak buat silap. Ayah nak cakap apa, cakaplah. Memang salah saya. Idlan merendah diri. Sebagai anak, harus dia berbuat demikian. Kalau dulu dia pernah melawan cakap orang tua, sekarang dia tak mahu buat kesilapan serupa.
Che Jah meletak tangan atas kepala Idlan. Rambut Idlan diusap sekali dua sebelum dia melangkah ke kabinet untuk mengeluarkan lauk. Lauk dan nasi dihidang atas meja. Senang hati Che Jah dapat melayan Idlan makan. Nampak sangat Idlan makan bersungguh-sungguh.
Jangan gelojoh sangat makan tu. Cuba makan elok-elok sikit. Apalah budak ni. Macam tak pernah jumpa makanan pula. Nampak lapar benar.
Idlan tersenyum sambil mengangkat muka, Dah lama saya tak makan lauk macam ni. Sekali terjumpa, selera sangat, mak.
Isteri kamu tak pernah masak macam ni ke
Soal Che Jah sekadar mahu meriahkan suasana. Dia tak bermaksud apa-apa.
Idlan berhenti mengunyah. Terasa nasi yang tak sempat ditelan, tersekat di kerongkong. Irdiana nak masak lauk macam ni Nak sediakan segelas air masak pun payah.
Idlan berdeham. Tangan mencapai gelas berisi air sejuk. Soalan ibunya, tak tahu hendak dijawab. Nak jawab macam mana Takkan nak beritahu Irdiana tak pernah masak Kalau dia lapar, dia sendiri akan masak atau membeli lauk di kedai. Takkan dia nak beritahu macam tu Dia baru saja balik. Baru menjamah masakan ibu. Belum masanya untuk berkata yang benar. Tunggulah sehari dua lagi.
Isteri kamu tak balik sekali Soal Che Jah lagi. Dia dapat merasai sesuatu. Satu petanda yang tak baik apabila cuma Idlan pulang ke kampung tanpa isteri turut serta. Rasa hairan menjamah hati tuanya. Kali terakhir Idlan pulang bersama Irdiana, pada hari raya tahun lepas. Itu pun, tak sampai sehari. Malamnya, terus mereka pulang ke Johor Bharu. Nampak sangat menantunya tak suka berlama-lama di kampung ini.
Saya... Idlan mati kata-kata. Nak jawab apa ni
Kenapa Dah bercerai ke Sampuk Che Long tiba-tiba. Entah bila masa dia muncul di dapur dan terus menarik kerusi lalu duduk sebelah Idlan.
Che Jah berdecit geram. Baru ingin mendengar luahan Idlan, si suami muncul memberi soalan maut. Apa abang ni tanya soalan macam tu pada Lan Che Long tersenyum sebaris, Saya cuma tanya aje. Takkan itu pun salah
Soalan abang tu teruk sangat bunyinya. Tak nampak ke budak ni tengah makan Kalau ye pun nak tanya soalan macam tu, tunggulah Lan habis makan dulu, tempelak Che Jah. Tak pandai betul suaminya tengok suasana.
Erm, yalah-yalah... awak layanlah anak lelaki kesayangan awak ni. Belalah dia sampai ke tua. Dia buat salah sebelum ni, awak boleh lupakan macam tu aje Saya tak boleh. Malu besar saya dengan Ayah Wan! Bentak Che Long.
Angin kus-kus dia dah datang ni. Kecil besar kecil besar aje dia tengok Idlan. Kalau Idlan masih kecil, harus ditarik-tarik telinga Idlan.
Sudahlah tu, abang. Benda dah jadi. Apa lagi boleh kita buat Balas Che Jah penuh kesal. Bukan suaminya saja ada perasaan malu. Dia pun sama.
Idlan garu kening. Dia tak faham sebenarnya. Takkan perkara lama pun, macam baru semalam berlaku Apa maksud ayah
Haaa... baguslah kamu dah tanya. Dengar sini baik-baik. Ayah harap, kamu jangan tunjuk muka depan Ayah Wan sekeluarga.
Kenapa Soal Idlan tak mengerti. Berkerutkerut dahi cuba mencerna peringatan diberi ayahnya. Perkara berlaku dah bertahun-tahun, mustahil keluarga Ayah Wan masih tak boleh terima kenyataan
Macam ni lah, Lan. Biar mak terus-terang. Sejak kamu berkahwin, kami tak pernah ceritakan pada Ayah Wan. Kami biarkan masa berlalu dan tak pernah ke rumah mereka untuk putuskan pertunangan kamu dan Ika. Kami malu. Tapi, sejak bertahun lamanya, kami terpaksa ketepikan perasaan tu. Baru minggu lepas mak dan ayah pergi rumah Ayah Wan dan beritahu perkara sebenar.
Idlan tercengang. Melopong dengar penjelasan, Takkan selama bertahun-tahun saya kahwin, baru mak dan ayah beritahu Soal Idlan dengan muka terkejut. Langsung tak menyangka itu yang berlaku.
Patutlah ayahnya marah sangat.
Habis kamu ingat apa Senang ke kami nak terusterang pada Ayah Wan Che Long menyampuk.
Idlan meneguk liur sebelum berdiri dan menuju ke singki untuk membasuh tangan. Pinggan dibawa bersama, dicuci lalu diletak atas rak.
Dah tu, Ayah Wan cakap apa Soal Idlan sambil menyandar pada kabinet. Nak juga dia tahu pendapat mereka. Marah ke, benci nak tengok muka dia ke, reda ke. Dia nak tahu semua.
Mereka tak cakap apa-apa. Mereka diam aje. Nampak pasrah dengan apa yang terjadi, Che Jah mengeluh.
Idlan menarik nafas lega. Tapi, ada satu perkara tiba-tiba menyesak dada. Anak perempuan Ayah Wan cakap apa pula
Ika tak cakap apa-apa, jawab Che Jah lagi dengan wajah kesal.
Che Long berlalu meninggalkan meja makan. Malas hendak masuk campur lagi dalam urusan Idlan. Sakit hati, sakit jantung, sakit dada. Semuanya sakitlah.
Idlan melepas keluhan berat. Dia berpeluk tubuh dengan riak bersalah. Kasihan anak Ayah Wan kerana sabar menunggu. Selama bertahun-tahun gadis itu setia dengan ikatan pertunangan mereka Sungguh dia kesal yang amat. Dalam hati, dia mengutuk diri sendiri.
Nantilah... dia sendiri akan berjumpa Ayah Wan untuk mohon ampun. Pada gadis itu sekali, dia juga ingin memohon maaf. Harap-harap keluarga Ayah Wan tak marah apabila dia berkunjung nanti.