CARTA HATI - 8
JADI kaulah yang menang giveaway tu soal Zairis sambil merenung tasik yang berada di hadapan.

Yalah, balas Syakila kasar. Dia membuang pandang ke arah lain.

Pap! Zairis menepuk dahi, Ya Allah, macam mana aku boleh tersilap pilih ni

Kau ingat aku nak ke menang Aku pun tak pernah terfikir pasal ni.

Zairis memandang Syakila. Dari atas hingga bawah.

Apahal kau pandang macam tu Nak kena siku

Zairis menapak sedikit, mendekati Syakila. Masih pandang dari atas hingga bawah.

Syakila dah rasa semacam. Dah kenapa dengan mamat ni

Hmm Zairis merapatkan wajah pada telinga gadis itu.

Wehh, apa ni Syakila tolak kasar wajah Zairis. Cantik

Hah Dia cakap cantik Serius Hati Syakila sudah kembang setaman.

Aku ingatkan bila dekat Instagram cantik, kat luar pun cantiklah. Rupa-rupanya Zairis menjarakkan wajah.

Macam monyet! Buk!

Tumbukan padu mengena pada bahu Zairis. Tadi minah beruk, sekarang monyet pula Lebih dah ni!

Dahlah, menyesal betul aku jumpa kau. Baik aku sewa basikal, kemudian jalan-jalan. Layan kau, buat sakit hati aje! Syakila terus berlalu, mencari bahagian yang menempatkan pelbagai basikal. Usai membayar dan menyewa, dia segera mengayuh basikal itu. Mengelilingi kawasan yang berada di situ.

Nasib baik Zairis tak ikut sekali! Baguslah, kalau setakat nak menyakitkan hati aje, lebih baik tak payah.

Kayuhan semakin laju. Angin menampar lembut pada wajahnya.

Tiba-tiba

Woii, tunggu!! Suara Zairis kedengaran dari arah belakang. Syakila menoleh sekilas.

Cis! Dia ikut juga. Degil betul! Syakila bermonolog dalam hati. Bertambah laju kayuhannya.

Sehingga tidak sedar, seluarnya yang terlampau panjang mula tersekat pada rantai basikal. Tanpa

semena-mena Bedebuk!

Syakila tidak dapat mengawal kestabilan. Dia terus terjatuh. Hendak bangun, terasa payah apabila seluarnya tersekat pada rantai tersebut.

Padan muka! Tulah, siapa suruh pukul aku. Kan dah kena! Zairis yang baru memberhentikan basikal, mula meletuskan tawa. Suka agaknya, bila Syakila begitu.

Tangan Syakila cedera sedikit, gara-gara terseret tadi. Dia cuba menggunakan tangannya, untuk meleraikan seluarnya yang masih tersekat.

Belum sempat gadis itu mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi, seluar itu sudah terlerai dengan sendiri. Syakila mengangkat wajah, memandang pada gerangan yang menolongnya itu.

Lain kali berhati-hati. Hukum karma sebab pukul aku banyak kali tadi, kata Zairis selepas menolong Syakila. Wajah gadis itu direnung olehnya.

Errr terima kasih.

Seluar kau ni koyak sikit

Jadi

Tanggalkan! Sekarang!!

Hah Apa yang kau merapu ni, syaitan! Dada Zairis pula menjadi mangsa tumbukan Syakila. Bukan sekali, tapi dua kali!

Aduh, sakitlah! Aku gurau aje. Takkan tu pun nak marah

Yalah. Gurau tak bertempat! Perlahan-lahan, Syakila bangkit. Basikal itu ditunda, menuju ke kawasan yang ditetapkan.

Terpulang kaulah, nak Zairis mendapatkan basikalnya semula.

Bila masa aku jadi anak kau Anak angkat Kening dijongketkan.

Bagi percuma pun aku tak naklah!

Poyo! Zairis mengayuh basikalnya semula. Langsung tidak mempedulikan Syakila yang terkedekkedek di belakang.

Huh! Tak ada perasaan langsung!

SYAKILA menyelusuri Bougainvillea Tunne. Mempunyai terowong yang dihiasi lilitan pokok di sepanjang kawasan itu. Terdapat pelbagai jenis bunga dan landscape yang tersedia di situ. Rasa tenang dan damai apabila menjejakkan kaki ke sini.

Klik!

Seperti ada seseorang yang menangkap gambarnya. Syakila terus memalingkan wajah.

Kau lagi! Asal ikut aku Menyemaklah!

Siapa ikut kau Perasan pula dia ni!

Kenapa tangkap gambar aku

Eh, kau ni. Makin bertambah pula perasan ya

Sini. Aku nak tengok! Syakila cuba merampas kamera DSLR Canon dari tangan Zairis.

Ha, kan betul. Kau ni kenapa Sibuk tangkap gambar aku pula. Padam sekarang! suruh Syakila. Jari dihala ke arah gambar itu.

Tak nakkk! Lidah dijelirkan.

Kurang ajar! Lengan baju sudah disingsing.

Padamm!! Syakila cuba merampas kamera tersebut.

Klik!

Klik!

Memang mamat ni nak kena sepak dengan aku! Syakila kejar langkah Zairis yang sudah di hadapan.

Buat sakit hati betullah! Huh!