Sejujurnya dia sendiri tak menyangka akan bersiap secepat ini. Tidurnya tak lena malam tadi. Resah dan berdebar menanti hari ini. Macamlah nak jumpa perdana menteri. Walhal hanya seorang gadis bernama Nada Qaireen.
Mimpi apa malam tadi, Along Terhenti langkah Datin Afia. Sangkanya belum ada sesiapa lagi di ruang makan. Itu yang lambat-lambat dia hidangkan makanan.
Kakinya kembali melangkah ke meja makan. Semangkuk bihun goreng yang dibawa bersama dari ruang dapur diletakkan di atas meja. Segera dia mencapai pinggan kosong. Dicedukkan bihun goreng ke dalamnya dan disua kepada Adwan.
Mimpi Adwan memandang Mamanya. Buat muka tanda soal.
Selalu tu pukul 8 baru Along turun. Baru nak sibuk-sibuk cari makanan. Ini baru pukul 7 elok dah duduk kat sini, terang Datin Afia. Sambil itu dia turut menuangkan secawan kopi untuk Adwan.
Anjakan paradigma. Adwan tersenyum. Menyua bihun dengan sudu ke dalam mulutnya selepas membaca doa makan.
Datin Afia terkebil-kebil. Segera menarik kerusi yang berdepan dengan Adwan. Memerhati Adwan yang nampak sungguh berselera dengan hidangan ringkas yang dia sediakan pagi ini.
Apa yang Along cakapkan ni
Mama pilih. Nak Kamus DBP atau bahasa pasar Adwan kenyit mata. Mengusik Mamanya yang jelas tidak faham dengan maksud perkataan yang baru dia sebutkan tadi. Dia pun baru saja hadam perkataan tu. Maklumlah baru minggu lepas menghadiri seminar motivasi.
Hesy, kamu ni pagi-pagi janganlah buat otak orang tua macam Mama ni makin tua, bebel Datin Afia. Menggeleng dia bila Adwan mempermainkannya.
Adwan ketawa. Gelihati melihat gelagat wanita yang paling dia sayangi ini.
Mama mana ada tua. Hari-hari Along tengok Mama semakin muda. Sebab tu Papa tak pandang orang lain, seloroh Adwan bersama tawa di hujung kata-katanya.
Pandai kamu aje. Datin Afia tersenyum. Adwan tak pernah tak menyenangkan hati tuanya. Dia bangga dapat mendidik Adwan menjadi yang seperti ini sekarang.
Dulu-dulu biasalah anak muda yang sedang membesar, tak dinafikan Adwan sedikit nakal. Buat dia dan suaminya pening kepala mencari jalan merubah sikap si anak. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit dia nampak sikap Adwan sudah mula berubah.
Betullah, Ma. Along sentiasa mendoakan Allah kurniakan kesihatan yang terbaik untuk Mama dan Papa. Adwan tersenyum. Mulut kembali mengunyah bihun goreng.
Macam ada yang tak kena aje dengan anak bujang Mama ni, usik Datin Afia.
Sungguh dia memang musykil dengan perangai Adwan pagi ini. Tak sabar pula menanti yang lain-lain turun bersarapan. Dia seorang diri tak mampu nak berlawan kata dengan Adwan. Anak bujangnya ini banyak sangat helahnya.
Sebab tu Along cakap tadi, anjakan paradigma. Peralihan kepada sesuatu yang lebih baik, terang Adwan panjang lebar.
Tidak mahu Mamanya meneka yang bukan-bukan. Masanya belum tiba untuk mendedahkan isi hati dia. Nantilah bila misi hati ini berjaya akan dia ungkap segala-galanya.
Betul ke ni Timbul berlapis-lapis kerutan pada dahi Datin Afia.
Ma, tak percaya ke Terbuntang mata Adwan.
Datin Afia genggam tangan kiri Adwan. Dia mengangguk. Dia percaya kata-kata Adwan.
Alhamdulillah kalau betul Along dah berubah, Allah mendengar doa Mama. Tanpa amaran menitis setitik air matanya. Air mata kegembiraan.
Mama
Adwan segera bangun. Tubuh Mamanya dipeluk kemas dari belakang. Dagunya direhatkan pada bahu Mamanya. Pipi Mamanya dikucup. Dia betul-betul tak sangka perangai kurang cerdiknya selama ini betul-betul menyusahkan hati Mamanya. Ya Allah, dia berdosa. Berdosa membuat Mamanya begini.
Along minta maaf kalau selama ini banyak menyusahkan hati Mama.
Datin Afia mengangguk. Kepala Adwan digosok perlahan. Dia tidak mampu menutur sebarang kata. Takut sebak yang dirasa merajai jiwa.
Assalammualaikum. Morning. Apa ni pagi-pagi dah sedih-sedih Amanda tarik kerusi. Sebelah kerusi yang Adwan duduk tadi. Beg sandangnya diletakkan pada kerusi sebelah kirinya.
Waalaikumussalam, serentak Datin Afia dan Adwan menjawab salam.
Adwan kembali ke tempat duduknya semula selepas sekali lagi mengucup pipi Mamanya. Dia angkat kening bila Amanda menyikunya.
Mama tu terharu sebab Along dah jadi baik, Adwan kenyit mata seiring dengan tawa di akhir bicara.
Kalau Mama nak tahu. Itu semua sebab Along kena tinggal dengan Kak Lisa. Kalau tak, memang taklah Along ni nak berubah. Amanda mencebik Selamba sahaja mengutuk abangnya.
Lisa mana Mama pernah jumpa ke Bulat mata Datin Afia mendengar kata-kata Amanda. Kedua-dua anaknya dipandang bergilir-gilir.
Lisa yang Amanda tak habiskan kata-katanya.
Dia menoleh pada Adwan dan menari-narikan keningnya. Memberi isyarat bila-bila masa sahaja dia akan bercerita.
Bukan siapa-siapalah, ma. Along pergi dulu. Adwan terus memintas kata-kata Amanda. Kepala Amanda yang sudah siap bertudung digosok.
Dia bingkas bangun. Malas nak mengenang zaman khilafnya. Perhubungan yang nyata membuang masa mudanya. Kalau Amanda nak bercerita, biarlah dia tak mendengarnya.
Eh, siap bawa baju tu nak pergi mana Tidur hotel ke Datin Afia memandang Adwan yang sedang mencapai baju yang diletakkan di dalam sut plastik pelindung habuk.
Adwan tersengih. Melangkah mendekati Mamanya. Menghulur tangan untuk bersalam.
Malam ni nak pergi jumpa sumber anjakan paradigma. Wish me luck, ma. Assalammualaikum, dia memberitahu selepas mencium tangan Mamanya dan terus berlalu.
Apa yang Along merepek tu Datin Afia memandang Amanda pula bila mana jawapan Adwan tadi membingungkan dia.
Amanda hanya menjongketkan kedua-dua belah bahunya.
PINTU belakang sebelah pemandu dibuka. Adwan sangkut bajunya pada pemegang tangan.
Beg bimbitnya pula diletakkan di tempat duduk. Segala-galanya dilakukan sepantas yang boleh. Bimbang Mamanya menyusul dia di sini.
Fuhhh Dia hembus nafas lega sebaik sahaja meloloskan diri ke dalam kereta BMW 7 Seriesnya. Gaya dia macam baru lepas keluar dari kandang harimau. Walhal dia hanya berdepan dengan Mama dan adiknya.
Malas mahu membuang masa dia menghidupkan enjin kereta. Merenung kosong tembok di depannya sementara menanti enjin kereta panas. Teringat pada janji temu malam ini, telefon bimbit di dalam kocek seluar dikeluarkan. Nombor telefon Qaireen didail.
Assalammualaikum.
Waalaikumussalam. Adwan tersenyum. Senang hati bila panggilannya berjawab. Dia ingatkan Qaireen tak sudi.
Yup. Ada apa Saya tengah memandu ni.
Handsfree ke Karang tak pasal-pasal awak kena saman.
Saman aje saya tak kisah sangat Qaireen. Takut jadi apa-apa kalau awak leka berbual dengan saya. Parah nanti hati yang baru bertunas rasa. Tapi, dalam hati ajelah Adwan berani cakap macam tu. Misi hati belum berjalan. Tak berani nak cakap yang bukanbukan.
Loudspeaker, Encik Adwan. Qaireen ketawa.
Perli saya. Kita ni ingatkan aje. Ada orang lain ke dalam kereta tu Risau juga Adwan kalau-kalau ada orang lain bersama-sama Qaireen dalam keretanya. Segan perbualan mereka ada yang mendengar. Walaupun hanya berbual kosong.
Alah, kalau ada orang lain pun tak kisahlah. Kita bukannya nak cakap yang bukan-bukan, kan Qaireen membalas.
Be serious, Qaireen Berkerut dahi Adwan. Cuba mendengar kalau-kalau ada suara lain dalam kereta Qaireen.
Tapi, apa yang dia dengar hanyalah suara Qaireen sedang ketawa. Mula-mula perlahan. Lama-lama semakin kuat.
Saya terkenalah ni. Muncung mulutnya. Tak pasal-pasal. Itulah benda remeh macam tu pun nak sibuk-sibuk.
Sorry. Mana ada orang lain dengan saya sekarang. Qaireen masih lagi ketawa-ketawa.
Maaf diterima kalau malam ni awak tak mungkir janji. Adwan mengugut.
Amboi, Encik Playboy. Main ugut-ugut ya
Awak tu suka main-mainkan saya. Terpaksalah guna cara lain.
Insya-Allah. Kalau saya dah janji, saya tak akan mungkiri. Tak tahulah kalau orang lain.
Kenapa ya Adwan terasa macam Qaireen menyindir dia Qaireen macam mengingatkan dia kisah 2 tahun yang lalu. Tika dia dengan yakin berjanji menjadikan gadis ini teman wanitanya. Hakikatnya dia hanya main-main saja.
Dia menggeleng. Cuba membuang firasat jahat itu. Tak mungkin Qaireen mengata dia. Qaireen mungkin bercakap secara terbuka. Tidak maksudkan siapasiapa termasuklah diri dia.
Alhamdulillah. Kalau macam tu, kita jumpa malam ni. Assalammualaikum, sambungnya.
Telefon bimbit dicampak ke tempat duduk sebelah penumpang. Dengan lafaz bismillah, keretanya dipandu keluar dari perkarangan rumah.
Waalaikumussalam.
Qaireen pandang skrin yang telah gelap. Tiba-tiba dia rasa berdebar-debar. Rasa tak yakin nak bertemu dengan Adwan malam ini.
Hmm, agak-agak kalau bawa kawan, Adwan marah tak Bibir merahnya digigit. Kepala diangguk-angguk. Cuba memikirkan ideanya tadi.
Okey kut kalau ajak Amanda. Lagipun Amanda kan adik dia. Takkanlah dia nak marah. Sekurangkurangnya tak adalah dia berani nak cakap lebih-lebih. Manalah tahu dia masuk topik hati dan perasaan.
Qaireen teruskan juga ideanya tadi. Nombor telefon Amanda pantas dihubungi.