Buruk betul mamat ni tidur, kutuknya sambil kaki melangkah ke arah katil milik Ryan.
Hani bercekak pinggang mengadap lelaki yang begitu enak tidurnya. Berkira sama ada nak kejutkan atau tak. Tapi, memang dia tak sangka, Ryan bangun subuh tadi. Dia ingat mamat ni tidur, sekali dia buka pintu masa subuh tadi lelaki tu dah siap bertuala nak ke tandas.
Susah nak dijangka sikap Ryan yang sebenar. Dari luaran, dia nampak macam overdose gila. Ada saatnya dia boleh berubah seperti samseng. Dia juga mempunyai sifat dendam yang sangat tinggi. Namun, dia juga tak culas dalam menunaikan kewajipannya sebagai seorang beragama Islam. Lelaki ni memang susah nak difahami!
Lantak kau la nak tidur ke, nak bangun ke, aku tak perlu sibuk, kan Tapi, kau tak kerja ke hari ni Tak kan ambil cuti kahwin juga kut Omel Hani sendirian.
Rasanya rakan sepasukan tak perlu nak kejutkan antara satu sama lain, kan Jadi, kau nikmatilah tidur kau tu puas-puas, ujar Hani lagi sebelum berlalu ke pintu bilik untuk keluar.
Lapar!
Hani membawa tubuhnya ke dapur. Ada dua orang wanita pertengahan usia sedang leka membuat kerja.
Ehem... Hani berdehem. Tak tahu nak tegur macam mana. Buat bunyi je la. Settle!
Er... Selamat pagi Puan, ujar dua wanita itu hampir serentak.
Puan Hani garu kepala. Rasa pelik pula.
Puan nak makan Kami boleh hidangkan. ujar perempuan yang rambutnya sedikit kerinting.
Jangan panggil saya Puan. Kak boleh panggil saya Hani je.
Tapi, nanti Tuan...
Tak pa. Panggil je saya Hani. Tuan Ryan tak kan marah punya, pantas Hani mencelah seakan tahu apa yang ingin dikatakan wanita itu.
Puan Hesy! Rasa macam Puan Muda pula. Tapi, bila dipanggil puan, teringat pula status sebagai isteri Ryan. Padahal status tu bila-bila masa akan terlerai.
Hani nak makan Akak buat bihun goreng hari ni, seorang lagi mempelawanya.
Bihun goreng Boleh juga, tapi saya nak panggil akak-akak ni apa ye
Panggil je akak ni, Zah dan yang ni Zu. Kak Zu, tersenyum si kak Zah yang berambut kerinting itu.
Hani duduk depan dulu. Nanti kak Zu hidangkan. suruh Kak Zu.
Kalau makan dekat sini tak boleh ke kak Jari Hani terhala pada meja kecil yang terdapat di dapur itu.
Kak Zu dan kak Zah serentak berpandangan sesama sendiri. Nampak terkelu. Pertama kali orang rumah ni cakap nak makan di dapur. Selalunya, itu tempat mereka untuk makan. Orang kaya dalam rumah ni mana mahu duduk di meja kecil tu.
Tak kan la Hani nak makan dekat situ pula. Nanti Tuan Ryan nampak, habis dijerkahnya kami.
Yang tu jangan risau. Ryan, dia tak kisah saya nak buat apa pun. Dia tak kan marah. Percaya cakap saya.
Hani tayang gigi. Tak kanlah Ryan nak marah dia makan dekat dapur. Dia yakin, kalau dia makan depan tandas pun, belum tentu Ryan nak marah.
Kak Zu dan kak Zah sedikit teragak-agak. Sejujurnya, mereka macam tak percaya Ryan sudah berkahwin. Setahu mereka, tak ada satu perempuan pun dapat mencuri hati Ryan semenjak kekasih lelaki itu meninggal dunia.
Sebelum ni pun mereka ingat Ryan tu dah tak ada perasaan perempuan. Mereka selalu bergurau dan berkata, hati lelaki tu dah terkubur tepi kubur kekasih Ryan. Tapi, alih-alih Ryan balik bawa isteri. Mahu tak terkejut.
Kenapa tengok saya macam tu kak Muka saya ada apa-apa ke Hani raba wajahnya sendiri saat mata kedua-dua tercacap di wajahnya. Ada bintik hitam baru naik ke
Hah Tak ada... Er... Hani duduklah dulu. Nanti akak hidangkan, tersentak mereka berdua bila ditangkap merenung isteri Tuan Muda mereka.
Tak perlu nak hidangkan untuk dia. Saya tak gajikan awak berdua untuk layan dia!
Hani, kak Zah dan kak Zu terkesima. Ketigatiga kepala mereka bagai berjanji, berpusing tersentak. Bulat mata mereka memandang wanita tua bercermin mata, memandang tajam ke arah mereka.
Datuk Fatimah!
Zah, Zu, tinggalkan kami, arah Datuk Fatimah tiba-tiba.
Teragak-agak kedua-dua wanita itu mahu menurut. Namun kerlingan tajam dari majikan mereka membuatkan mereka meninggalkan dapur dengan tergesa-gesa. Hilang saja kelibat dua pembantu itu, Hani mulai kecut.
Habislah aku! Nenek Kebayan dah ada depan aku. Ryan! Tolong saya!
Ma.. satu suara kedengaran, tapi terhenti saat melihat Datuk Fatimah sedang berhadapan dengan Hani.
Ibu mertuanya! Hani rasa lega bila memandang kelibat ibu mertuanya. Kata Ryan, ibu mertuanya tak merbahaya. Baru saja dia nak rasa lega, tibatiba Datuk Fatimah mengerling ibu mertuanya. Seperti kedua-dua pembantu tadi, Puan Laila bergegas meninggalkan mereka. Terbutang biji mata Hani dibuatnya.
Jadi, inilah yang dimaksudkan Ryan Emaknya adalah pak turut neneknya. Gila! Apa yang menyebabkan Puan Laila ikut je cakap orang tua ni Dalam gambar, muka nampak lembut. Tapi, bila berhadapan dengan renungan amat tajam wanita tua itu, baru Hani tahu apa itu rasa kecut.
Kau, isteri Ryan Sinis Datuk Fatimah tibatiba sebelum melangkah ke arah Hani.
Hani ketar lutut. Melihat Datuk Fatimah cuba menghampirinya, dia rasa ingin berundur ke belakang. Tapi, kakinya pula seakan lumpuh. Dupdap-dup-dap... Jantungnya berdegup kencang.
Apa yang kau nak sebenarnya dari Ryan Kenapa kau kahwin dengan Ryan dan apa motif kau yang sebenar
Berkerut dahi Hani. Amboi orang tua ni. Tak ada kata sapaan yang sedap sikit telinga ni nak dengar ke Soalan dia macam aku ni jahat dan ada motif tersendiri sebab itu memilih untuk berkahwin dengan cucu dia. Kalau nak tahu, cucu kau tu yang ada motif sebab kahwin dengan aku. Motifnya sebab kau!
Mendiamkan diri merupakan pilihan yang bijak. Tapi, aku tak suka bila aku cakap, orang diam. Jawab soalan aku, apa motif kau kahwin dengan Ryan
Bukan mata je gerun, suara pun mampu bikin badan terketar-ketar. Bertenang Hani. Kau jangan nak tayang muka takut sangat. Kalau macam ni, memang prestasi kau akan menjunam jatuh. Kalau Ryan tengok prestasi kau tak okey, jangan harap kau nak balik ke pangkuan keluarga kau balik, ada suara seakan mengingatkan dia.
Saya tak ada apa-apa motif, laju dia menjawab tanpa menarik nafas.
Yes! Kau dah berjaya jawab. Tapi, kenapa muka Datuk ni sinis sangat
Orang yang ada motif memang selalu tak akan mengaku. Aku tahu, Ryan tak mungkin sukakan kau dan dia mungkin upah kau kahwin dengan dia sebab nak sakitkan hati aku. Berapa dia bayar kau Tanya Datuk Fatimah yang sudah mula tahu niat sebenar cucunya.
Nenek tua ni tahu motif cucu dia Wah! Bodoh betullah mamat tu. Berlakon kaku sangat sampai mata orang tua yang rabun ni pun dapat hidu rancangan kau. Tapi, kan kenapalah nenek Ryan ni kerek sangat. Beraku dan kau je, dengan aku Tak sedap dengar tahu!
Memanglah orang ada motif tak kan mengaku ada motif, tapi tak kan orang yang tak ada motif akan cakap dia ada motif pula
Berapa Ryan bayar kau Cakap! Aku bayar kau dua kali ganda. Tapi, kau perlu minta cerai dari Ryan.
Hani diam tak menjawab. Minta cerai Aku dengan cucu kau baru kahwin tahu! Tak kan lah semalam baru kahwin, hari ni nak minta cerai. Gila la macam tu.
Tak cukup dua kali ganda Tiga kali ganda, okey Kalau tak cukup, aku bagi kau cek kosong. Kau isi berapa kau nak asalkan kau tinggalkan Ryan, tawar Datuk Fatimah lagi bila Hani nampak seakan terpanar.
Terpanar sebab tengah berfikir berapa jumlah untuk maruah dia lah tu, getus hati Datuk Fatimah getik.
Mendengar tawaran yang tak pernah habis dari Datuk Fatimah, Hani mengeluh dalam diam. Matanya merenung mata tua itu. Patutlah Ryan membenci nenek sendiri. Nenek sendiri sogokkan duit untuk buat orang yang tak disukai menjauhkan diri dari cucunya. Entah-entah, Riana juga pernah berhadapan dengan situasi ni. Dibayar untuk meninggalkan Ryan.
Pasti arwah kekasih Ryan itu sedih. Dia sekarang pun rasa sedih. Bukan sedih sebab maruahnya seakan direndahkan oleh Datuk Fatimah. Tapi, sedih melihat seorang wanita yang namanya gah, namun mempunyai mentaliti yang rendah! Dia buat cucu sendiri seakan barangan umtuk dilelong. Sedih betul hidup orang tua ni!
Cakap je berapa dan hari ni juga kau boleh dapatkan. suara Datuk Fatimah berbunyi lagi.
Hilang terus rasa takut Hani tadi diganti dengan rasa geram. Kalau Riana dulu pasti gadis itu menolak demi cinta dia pada Ryan. Patutkah dia menolak sedangkan dia tak mencintai Ryan
Kalau dia menolak pun mungkin sebab nak sedarkan Datuk Fatimah yang duit memang segalanya, tapi tidak mampu menjadi segalanya.
Saya boleh cakap berapa saja saya nak Berapa saja Hani tayang muka seoalah-olah berminat.
Ye... Berapa saja.
Kalau macam tu... Saya tak nak duit.
Kau tolak tawaran aku
Hani menggeleng bersama senyuman purapura.
Mana mungkin saya tolak tawaran yang bagus ni. Saya tak nak duit, tapi saya nak satu benda yang lain. Kalau Datuk boleh beri pada
saya, saya akan tinggalkan Ryan.
Apa dia
Hani tersenyum penuh makna. Keningnya terangkat nakal.
Saya nak, semua harta Datuk dipindahkan atas nama saya. Semua. saham syarikat, rumah ni, kereta, duit... Pendek kata semuanya yang Datuk milik sekarang. Datuk serahkan semuanya pada saya dan saya akan tinggalkan cucu Datuk. Macam mana Kali ni dia pula buat tawaran.
Kau dah gila ke Tak kan aku nak bagi semua harta aku pada kau. Kau fikir aku hilang akal
Tak... Saya tahu Datuk masih normal, tapi itulah harga untuk saya tinggalkan Ryan. Apa Datuk fikir saya akan minta sejuta, dua juta atau sepuluh juta Ryan tu dia macam tiket emas. Setakat juta-juta tu, bila-bila masa saya boleh minta dekat dia. Jadi, kalau nak saya serahkan tiket emas tu, mestilah saya nak sesuatu yang besar. Sangat-sangat besar. Yang lebih bernilai berbanding tiket emas tu, balas Hani selamba.
Tak ada niat dia nak buat Datuk Fatimah sakit hati, tapi perbuatan wanita itu melampau. Memang dia hormatkan Datuk Fatimah, tapi sikap wanita itu memaksa perasaan hormatnya hilang. Dah lah tak menyapa dengan elok, lepas tu sedap hati menghinanya seakan dia hadap sangat dengan duit milik perempuan tu.
Kau... kau memang perempuan...
Yang tamak Sampuk Hani pantas saat Datuk Fatimah cuba menghabiskan ayatnya dengan nada yang amat geram.
Saya memang tamak Datuk. Lagi-lagi saya dah ada tiket emas dalam genggaman saya. Jadi, tolong tunaikan permintaan saya kalau nak saya tinggalkan Ryan. Agak-agaknya antara cucu dengan harta, Datuk lebih sayang yang mana
Melorot mata Datuk Fatimah seakan ingin menelan Hani hidup-hidup. Ada rasa bersalah di dalam hati Hani atas kelancaran mulutnya. Namun hanya ini saja pilihannya untuk berhadapan dengan Datuk Fatimah.
Saya rasa ada baiknya saya pergi dulu. Agaknya suami saya mesti tengah tercari-cari isteri kesayangan dia ni. Datuk jangan lupa tawaran saya tu. saya pergi dulu. Assalamualaikum. dengan kata-kata itu Hani beredar dari situ.
Saat dia sudah berjalan membelakangkan Datuk Fatimah, dia menarik nafas lega. Wah! Tak sangka dia boleh jadi seberani tadi. Tapi, tak apa ke dia beraksi seberani tadi Kalau nenek Ryan upah orang bunuh dia macam mana Habis hidup dia!
Takkala kakinya ingin melangkah keluar dari dapur, tangannya direntap kasar. Sedar-sedar dia sudah terdorong ke tepi, disebalik dinding.
Ryan Biji matanya membulat.
Tanpa senyuman, Hani ditarik terus ke arah bilik di tingkat satu. Sungguh dia tak terkata. Ryan dengar ke apa yang dia cakap tadi Macam mana kalau lelaki tu salah faham saat mendengar tawarannya pada Datuk Fatimah
Sudah! Muka Ryan memang masam gila! Sah lelaki ni sedang marah. Baru saja Hani nak telan air liur, terasa tubuhnya ditolak masuk ke dalam bilik. Sesaat, pintu dihempas. Sekelip mata saja Ryan sudah berada di depannya. Mata mereka bertentangan.
M
ATA bundar itu Ryan tenung sedikit lama dengan muka serius. Namun hanya beberapa saat, bibirnya melebar. Tak sempat Hani nak nak bersuara, tiba-tiba ketawa besar meletus dari mulut Ryan. Beria-ria lelaki itu ketawa sampai tangan melekap ke perut.
Hei! Awak ni kenapa Ryan Hei..Hei... Hani terjerit kecil dek terkejut.
Apa kena pula dengan mamat ni Ada momok masuk melalui tingkap dan rasuk Ryan ke
Ryan! Ryan awak ni kena sampuk ke apa
Ryan cukup la tu! Hani rasa lain macam bila Ryan terus-terusan tertunduk dengan ketawa terbahak-bahak.
Saat dia dah tak tahu nak bagi reaksi apa terhadap ketawa besar Ryan, lelaki itu angkat muka dan saat itu juga tawa besar itu berhenti. Mata mereka kembali berpandangan.
Youre the best! Kau memang terbaik Hani. Memang terbaik!!! Ryan menjerit kuat tiba-tiba dengan tangan mula terangkat naik.
Tangannya melekap di pipi Hani hinggakan Hani tercegat dengan muka terperangkap disebalik tangan kasar Ryan. Bukan main suka lagi mamat tu.
Aku suka sangat kau... suka sangat. Kau memang senjata paling terbaik yang datang dalam hidup aku. Kau memang... memang terbaiklah! puji Ryan bersungguh-sungguh. Habis kepala Hani terteleng kiri kanan mengikut rentak tangan Ryan di pipinya.
Hani bengang. Macam nak tercabut kepalanya dibuat Ryan. Ni nak bunuh aku ke apa ni Lantas, kuat tangannya menampar tangan kekar itu.
Lepas! Lepas! Lepas!!! jerit Hani dengan mulut termuncung. Muncung dek tekanan tangan Ryan di pipinya.
Awak meroyan apa pagi-pagi ni hah Siapa suruh awak tekup pipi saya Ingat sedap kena tekup macam ni Sakitlah! Marah Hani dengan hidung mula mengembang saat pipinya dilepaskan.
Sorry..sorry.. Aku seronok sangat tadi. Kau cedera ke Tengok pipi kau. Ryan yang sedar, selamba mencengkam dagu Hani. Membelek pipi yang menjadi sasarannya tadi.
Dup-dap-dup-dap...
Pap!
Auch! Ryan menyeringai.
Mata Hani terbutang memandang Ryan. Ish! Mamat ni tak sensitif langsung la! Main pegangpegang muka orang pula. Tapi, tadi kenapa jantung dia tadi berdegup lain macam Hesy! Berdegup sebab marah kut
Tangan tu kawal sikit. Awak ingat muka saya ni diperbuat dari besi Yang awak ketawa mengekek-ngekek tu apa hal Apa benda yang lawak sangat Hani memberi amaran sekaligus bertanya punca lelaki tu nampak abnormal pagipagi begini.
Walaupun ketawanya sudah hilang, namun bibirnya tetap lebar dengan senyuman. Rasa pagi ni adalah pagi terindah dalam hidupnya.
Kau tu yang buat aku rasa lawak. Kau memang bijak gilalah, Hani. Kau nampak tak reaksi Nenek Kebayan tu, dia macam nak kena heart attack. Suara tertekan dia tu, buat hati aku rasa macam heaven. Aku rasa ni pagi yang paling indah dalam hidup aku.
Pula dah Rupanya mamat ni seronok sangat sebab nenek dia tu tertekan. Aduhai! Kesian betul dengan keluarga dia orang ni. Yang mak, jadi pak turut. Yang anak berdendam dengan nenek. Yang nenek pula, tak habis-habis nak lelong kebahagian cucu. Boleh gila kalau dia hidup dalam dunia dia orang ni.
Betul lah orang kata, kadang-kadang kaya harta belum tentu hidup sempurna!
Awak mengendap saya dengan nenek awak eh
Aku tak da niat nak mengendap, tapi aku nak ke dapur. Tup... tup... terdengar kau tengah bercakap dengan Nenek Kebayan tu. Memang rezeki aku nak happy hari ni.
Sah! Mamat ni perlukan khidmat pksitri.
Awak tak marah ke dengar apa yang saya cakap tadi Saya buat tawaran untuk tinggalkan awak. Awak tak marah ke duga Hani.
Soalan Hani disambut tawa kecil oleh Ryan.
Come on, aku kenal la kau. Kau tak maksudkan apa yang kau cakap tadi. Kau saja nak sakitkan hati Nenek Kebayan tu kan
Awak kenal saya Hello, awak baru je jumpa saya. Awak belum cukup kenal saya. Macam mana kalau sebenarnya saya memang memaksudkan apa yang saya cakap. Saya nak semua harta nenek
awak Macam mana
Kalau macam tu, ambil lah.
Hani terkesima. Dia nak menduga, dia pula yang rasa diduga. Ryan tak marah ke
Muka orang gila harta, tak macam kau tahu. Kalau kau gila harta, dah lama kau terima tawaran aku nak bagi kau duit. Tapi, kau terima tawaran aku lepas aku ugut kau. Tak mungkin lah kau gila harta, ejek Ryan saat melihat muka tercengang milik Hani.
Hani terpegun dengan bicara Ryan. Lelaki tu betul-betul percayakan dia.
Cara awak cakap ni macam awak betul-betul percayakan saya. Awak tak takut kalau saya khianati awak
Tergeleng-geleng Ryan dengan soalan Hani, Orang yang khianat ni dia tak kan tanya soalan macam kau Kau ni nak duga aku kan Satu je lah aku nak cakap, aku percayakan kau, tapi andai kata kau khianati aku... Kau akan terima padahnya. Kau tahukan gelaran apa yang orang bagi pada aku Hanya sesaat saja wajah Ryan berubah seperti seorang samseng.
Hani telan air liur... Patutkah dia risau dengan amaran Ryan Tak kut. Dia tak ingin pun harta tu semua.
Ye, awak betul. Saya tak nak harta tu semua cuma satu harta saja saya nak awak kembalikan selepas awak dapat kepuasan hati awak. Keluarga saya. Saya nak hidup dengan keluarga saya seperti dulu.
Kau jangan risau. Aku bukan orang yang akan mungkir janji. So, dont worry.
Ryan, awak tahu tak, saya ingat awak akan salah faham dengar perbualan saya dengan nenek awak, rupanya awak boleh ketawa terbahakbahak. Sebenarnya saya tak ada niat nak sakitkan hati nenek awak, tapi saya cuma... Entahlah. Semua tu terkeluar secara spontan. Hani rasa bersalah pada Datuk Fatimah tiba-tiba.
Spontan ke tak ke, aku tak kisah. Asalkan dia sakit hati, aku dah cukup suka. Aku fikir kau akan tolak tawaran nenek aku macam dalam drama. Tolak mentah-mentah duit tu dan cakap duit bukan segala-galanya. Tapi, memang aku terkejut gila kau berani minta harta dia. Memang terbaiklah jawapan kau. Aku rasa mesti dia nyaris kena heart attack tadi. Kau memang senjata yang paling bernilai.
Senjata yang paling bernilai Tiba-tiba Hani terasa badannya bertukar jadi senjata. Hesy! Buruk benar rupanya! Badan pistol, kepala manusia. Gila! Terasa perutnya berkeriuk tibatiba. Dengan senyuman tipis dia pandang Ryan yang nampak memikirkan sesuatu dengan senyuman.
Alang-alang saya dah buat awak happy ni, kalau saya buat satu permintaan boleh Lembut suara Hani menyedarkan Ryan yang asyik dengan rasa gembiranya.
Berkerut dahi Ryan bila Hani bersuara selembut kapas. Perempuan Mulut Wisel ni, dah buang tabiat ke
Apa
Belanja saya KFC. Lapar lah, bibir bawah Hani terjuih ke depan.
Mulut Ryan terjongket naik ke kanan.
Tak ada benda lain ke kau nak makan pagipagi ni KFC Sakit perut lah nanti!
Tak nak! Nak KFC juga.
Kalau aku tak nak bawa
Saya bagi tahu nenek awak yang saya kahwin sebab kena ugut dengan awak.
Kau ugut aku
Hani tersengih lebar sambil mengangguk.
Fine! KFC. Bukan sebab aku takut dengan ugutan kau, tapi sebab aku gembira sangat pagi ni! Ujar Ryan sombong sebelum berlalu ke almarinya.
Dalam diam, Hani mencebik. Ego je lebih!
Kutuk hatinya.