mendengar komen Elzaara.
Jom kita duduk dekat sana. Privacy sikit, ujar Lisa sambil menunjukkan ke arah tempat duduk yang terletak di penjuru dinding dan secara kebetulan tempat tersebut baru sahaja dikosongkan.
Elzaara menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dan dia duduk di kerusi tersebut manakala Lisa menuju ke bahagian kaunter untuk memesan makanan. Sementara menunggu Lisa kembali, Elzaara menghayati permandangan di sekeliling kafe.
Dekorasi kafe tersebut begitu simple tetapi masih terdapat ciri-ciri kemodenannya. Unik! Hiasan di dalam kafe ini membangkitkan suasana romantik. Pandai owner kafe ni cipta dekorasi kafe macam ni. Memang kreatif sangat!
Matanya tertarik pada sehelai kain putih yang dicorakkan dengan pelbagai kombinasi warna yang tergantung di dinding. Tiap warna yang terdampar di atas kain putih itu bagaikan memberi seribu maksud dan makna yang berlainan. Elzaara bangun dan mendekati kain putih tersebut untuk menghayati keindahan coraknya. Cantik kombinasi color ni. Kain dia pun lembut, puji Elzaara.
Lisa kembali dengan membawa dulang yang berisi sepiring kek Cokelat, sepiring Red Velvet, secawan Cappucino dan secawan Mocha. Lisa dengan selamba menyuakan piring kek Cokelat di hadapan Elzaara.
Elzaara yang kaget apabila melihat sepotong kek Cokelat di hadapannya, terus terkaku tanpa menjamah kek tersebut apabila dipelawa oleh Lisa.
Lisa yang sedang menyuap kek Red Velvet terus berhenti makan dan meletakkan sudu ke dalam piring red velvetnya itu. Lisa memegang tangan Elzaara dan menepuk-nepuk perlahan tangan gadis dihadapannya ini, El, tak baik pandang aje kek tu. Makanlah.
Elzaara menggelengkan kepalanya perlahan dan dia menunduk untuk menahan airmata daripada merembes keluar. Hatinya mula sebak dan pedih bagaikan dirobek-robek apabila melihat kek Cokelat di hadapannya.
Lisa yang faham keadaan itu terus memancing emosi Elzaara. Lisa mahu Elzaara meluahkan apa yang dia pendamkan selama ini. Lisa mengerti kenapa Elzaara berkeadaan begitu kerana dia sudah dimaklumkan oleh keluarganya perihal Elzaara. Sudah menjadi tugasnya untuk mengorek rahsia hati yang terpendam di hati Elzaara selama ini.
Elzaara Natasya, kenapa ni Ada apa-apa El nak kongsikan dengan Akak ke Kalau ada, El luahkan je. Akak boleh pinjamkan telinga dan bahu Akak untuk El. El tak sepatutnya pendam sendirian. Come, tell me. Whats wrong, dear Lisa menggengam tangan Elzaara untuk memberinya semangat. Nada Lisa yang lembut membuatkan Elzaara seakan-akan terpujuk untuk bercerita kepadanya.
Akak... El tak mahu makan kek tu... Elzaara menjawab dengan linangan airmata.
Okey, El tak mahu makan kek tu, tapi kenapa Bukan itu kek kegemaran El dengan Fira ke Setahu Akaklah. Ke El dah tukar kek kegemaran Kalau ya, Akak minta maaf sebab Akak tak tau yang El dah tukar kek kegemaran sekarang ni.
Lisa menyoal Elzaara bertalu-talu. Lisa tidak mahu Elzaara terus hanyut dibuai kenangan lalu. Lisa ingin menyedarkan Elzaara daripada lamunan khayalan dia. Lisa mengalihkan makanan mereka dan Lisa menarik muka Elzaara untuk mengadapnya.
Elzaara cuba untuk mengelak daripada direnung oleh Lisa tetapi dia gagal. Hanya rembesan air mata yang mengalir deras seperti air terjun.
Lisa memandang Elzaara yang beremosi. Dia kesian dengan adik sepupunya ini. Tapi, demi amanat yang diberikan oleh keluarga Pak Long dan keluarganya dia terpaksa!
El, pandang Akak sini. El tak boleh macam ni. Sampai bila El nak murung, bersedih macam ni El tak kesiankan Pak Long dan Mak Long ke bila mereka tengok keadaan El macam ni. Mereka risau sangat bila tengok El asyik macam ni je. El tahu tak yang El dah semakin kurus sekarang ni Akak sendiri pun sebenarnya terkejut tengok El tadi. Lisa berterus terang dan terus ke point utama.
El... El sebenarnya rindukan Kak Fira. El betulbetul sedih sangat bila mengenangkan balik kehidupan Kak Fira dulu. El dah berjanji dengan diri El sendiri yang El takkan makan lagi kek Cokelat tu. El rasa macam tercekik bila El tengok kek tu sebab tulah El tak boleh nak makan kek Cokelat tu. Nanti El...
Bunyi esakan Elzaara menghiasi ruang kafe yang agak sunyi pada waktu itu. Elzaara sedaya upaya cuba untuk tidak menangis, tetapi hatinya hancur luluh apabila dia mengenangkan arwah Elfira, Kakak kesayangannya itu.
El dengar cakap Akak ya sayang El kena kuat. El kena kuatkan semangat tu. Semua orang pun bersedih bila dapat tahu pasal apa yang jadi pada arwah Fira, bukan El seorang je. Even Akak yang dekat London pun sedih dan ralat sebab Akak tak ada dengan arwah masa dia dalam keadaan yang menyakitkan tu. Tapi, kita tak bolehlah nak berterusan hidup macam ni. Kita kena reda, kena teruskan hidup kita. Perkara ni dah berlalu enam tahun El. Sepatutnya El dah boleh terima hakikat yang Fira dah tak ada. Kalau Fira masih hidup pun mesti tak mahu tengok El bersedih macam ni. El kena teruskan hidup El. Tak baik seksa diri macam ni. Perjalanan hidup El masih panjang lagi. Jangan siasiakan hidup El hanya disebabkan masa lalu.
Kak Lisa, El cuba untuk lupakan apa yang berlaku tapi El tak boleh. El tak mampu nak lupakan ni semua. El saksi utama! El sendiri tengok macam mana Kak Fira kena dera, kena belasah depan mata El. El juga tengok macam mana Kak Fira sendirian bertarung nyawa melawan bekas suami dia dekat rumah tu dalam keadaan dia yang tengah sarat mengandung. El nampak dengan mata El sendiri Kak!
Ya El, tapi...
El tak kisah kalau dia nak belasah El, Kak... Tapi, kenapa mesti dia buat Kak Fira macam tu. Kak Fira tu isteri dia yang sah dan tengah mengandungkan zuriat dia, bukannya mengandungkan zuriat orang lain. Kak Fira tu separuh mati sayangkan dia tapi apa balasan yang Kak Fira dapat Cuma sepakan, belasah, terajang jadi makanan Kak Fira. Kalau Akak nak tau, Kak Fira hampir-hampir nak dibunuh hari tu. Itu ke balasan yang Kak Fira dapat selama Kak Fira kahwin dengan lelaki tu Hanya dia tak suka Kak Fira mengandung, maka dia berhak layan Kak Fira macam tu Apa salah Kak Fira dekat dia Apa salah Haziq dekat dia Kak Ngongoi Elzaara.
Tak mudah kita nak lupakan tapi ini dah takdir Fira pergi macam tu, kita kena reda. Arwah Fira ada ceritakan semuanya dekat Akak sebelum dia meninggal dulu. Tak ada satu pun yang tertinggal. Arwah juga berpesan supaya Akak tengok-tengokkan El dan anaknya kalau dia dah tak ada nanti. Mulanya Akak ingatkan dia bergurau. Tapi, Akak tetap berjanji juga dengan dia.
Elzaara terkejut. Dia sama sekali tidak mengetahui bahawa arwah Kakaknya sering berutus email dengan Kak Lisa dan paling tidak sangka adalah Kak Lisa lebih mengetahui apa yang berlaku pada arwah Kakaknya dan dia langsung tidak menceritakan segalanya kepadanya mahupun keluarganya.
Akak! Akak tau pasal ni selama ni
Lisa mengangguk. Tiba-tiba hatinya bagaikan terusik apabila Lisa memberitahu bahawa dia dan Fira lebih banyak bersembang dan Lisa lebih tahu akan keadaan Elfira berbandingnya. Dia terasa bagaikan dirinya diabaikan dan diketepikan oleh Kakak kesayangannya.
Ta.. Tapi, kenapa Akak tak pernah ceritakan semua ni pada El Pada ibu dengan ayah Kenapa Akak rahsiakan segalanya daripada kami
El, bukannya Akak tak nak cerita tapi ni dah permintaan arwah. Akak dah berjanji dengan dia. Kalau Akak langgar janji Akak, arwah Fira takkan ceritakan apa-apa lagi pada Akak. Arwah Fira pernah ugut Akak kalau Akak ceritakan semua ni pada semua ahli keluarga kita, dia takkan contact Akak lagi. Akak tak tahu nak buat apa lagi, nak tak nak Akak terpaksa bersetuju dengan permintaan dia. Sebab tu Akak tak pernah ceritakan pasal hal ni dekat sesiapa pun.
Maafkan Akak El. Elzaara tergamam!
Kak Fira... Sampai hati Akak...
El... Sudah ya. Semuanya dah berlalu. Akak tau Akak memang salah sebab tak bertindak awal, Akak minta maaf ya. Tapi, El tak boleh nak salahkan arwah Fira juga. Dia ada sebab kenapa dia nak rahsiakan ni semua daripada El sekeluarga.
Kenapa Kak El ni adik dia. Kenapa El tak boleh tau Kenapa dia sanggup merahsiakan ni semua daripada El dan keluarga kami! Bentak Elzaara.
Macam akak kata tadi. Arwah Fira ada sebab kenapa dia merahsiakan ni semua. Sudahlah ya Yang penting El kena reda dengan ketentuan ni semua.
Apa yang Kak Fira rahsiakan daripada kami, kak Apa sebab dia buat ni semua Apa faedah dan keuntungannya Yang dia dapat cuma kesakitan dan kesengsaraan. Apa yang Kak Fira nak buktikan pada kami semua
El, dengar cakap akak baik-baik. Arwah Elfira merahsiakan ni semua sebabnya dia tak nak menyusahkan El sekeluarga. Dia ada cakap dengan akak yang dia dah buat silap dengan keputusan dia untuk berkahwin dengan Fauzi tu dulu. Dia rasa menyesal sebab dia tak dengar cakap El dulu. Fira rasa ini balasan untuk dia sebab dia tak dengar cakap Pak Long dan El. Jadi itu sebabnya dia merahsiakan hal ni
daripada pengetahuan semua orang.
Akak!
Jadi, sekarang ni Akak nak El dengar cakap Akak. Kalau betul El sayangkan arwah Fira, El kena lepaskan arwah pergi. Biarkan dia berehat dengan tenang dekat sana. El ada amanah yang nak dijaga. Arwah Elfira ada tinggalkan harta dia untuk El, kan Jadi, buktikan pada semua orang yang El boleh jaga amanah arwah dengan baik. Tapi, sebelum tu El kena bangkit daripada lamunan El. Bangun daripada dunia khayalan ciptaan El tu. Baru El boleh uruskan anak arwah. Boleh, kan sayang
Menyebut saja pasal amanah arwah Kakaknya, Elzaara segera teringatkan Haziq.
Ha, oh ya! Lupa pula Akak. Mesti sekarang ni anak arwah Fira dah besar kan. Apa nama dia Haziq Kak. Tutur Elzaara perlahan.
Ha Haziq. Dah besar kan dia. Kalau tak silap Akak, dah enam tahun kan dia
Elzaara mengangguk perlahan.
El, sekarang El kena reda. Lepaskan arwah Fira pergi. El kena banyak sedekahkan Al-Fatihah dan surah Yassin untuk arwah. Semoga rohnya tenang di sana. Benda dah enam tahun berlalu, El. Arwah Fira pun dah tenang dekat sana. Jantan keparat tu pun dah dapat balasannya. Sekarang ni El kena fokuskan pada kehidupan El, Haziq, kerjaya El. El pun dah kerja kan sekarang Kalau El termenung bersedih macam ni pun arwah Fira takkan bangkit kembali, sayang... Lisa cuba memujuk kembali Elzaara. Dia mengharapkan agar Elzaara mahu melupakan segala perkara pahit itu demi semua orang disekelilingnya.
Kak, salah ke kalau El fikirkan soal arwah Kak Fira Salah ke Kak Lirih nada Elzaara bersoal.
Tak salah El, tapi El sepatutnya fikirkan masa depan El, kerjaya El. El tak mahu berjaya ke Tak nak tengok Haziq berjaya dalam hidup dia El sendiri sedih macam ni, tapi kalau El nak tahu Haziq lagi sedih. Dahlah Mak dia tak ada, ayah dia dalam penjara, Acu dia pula macam tak bersemangat nak hidup. Haziq rasa semua tu El, cumanya dia tak tunjuk je kesedihan dia tu. Kesian dekat dia...
Air mata yang mengalir dibiarkan berjujuran menuruni pipinya.
El kena bangkit semula, sayang. Bina hidup baru. Kesian Pak Long dengan Mak Long runsing fikir pasal El. Dia orang sedih, rasa macam kehilangan kedua-dua orang anak yang mereka sayang padahal El masih hidup, masih ada depan mata dia orang. Pasal arwah Fira tu, ini dah takdir dia. Yang penting sekarang ni, El kena rajin sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk arwah.
Elzaara terdiam dan termenung. Lisa menepuknepuk tangan Elzaara tanda sokongan dan mengembalikan semangat Elzaara yang hilang.
El fikir dalam-dalam apa yang Akak cakap ni. Akak tak nak tengok adik sepupu Akak ni menghancurkan masa depannya sendiri. El kena kuat, kena lebih bersemangat daripada dulu.
Apa yang Kak Fira ceritakan pada Akak lagi
Dia cakap dia kalau boleh tak nak sesiapa pun tau hal ni termasuk Akak sebenarnya. Dia tak nak bebankan semua orang dengan masalah dia. Dia terpaksa cerita dengan Akak sebabnya Akak jauh dari keluarga kita, lagi pula dia dah tak ada tempat nak mengadu. Kalau tak, Akak sendiri pun tak tau hal yang menimpa dia. Kalau El nak tau, Mak Ngah, Pak Ngah dan Lyn pun tak tau akan hal ni. Ini rahsia Akak berdua dengan dia. Kalau dia cerita dengan El, dah tentu-tentu El akan masuk campur dalam hal dia. Kalau Pak Long dan Mak Long tau hal ni, dia orang akan susah hati, akan sedih sebabnya dia dah janji dengan Pak Long dan Mak Long yang dia akan bahagia dengan dengan perkahwinannya.
Tapi, El kan adik dia Dia ada keluarga, ada ibu,
ada ayah. Kenapa dia tak percayakan kami Kalau pun dia cerita, El boleh janji yang El takkan buat sesuka hati. El terkilan sangat dengan apa yang Kak Fira buat.
El, jangan salah faham, apa yang Fira buat tu sebab dia tak nak membebankan semua orang. Dia tau semua orang sayangkan dia, dia pun macam tu juga. Sayang semua orang. Tapi, kadang-kadang kita kena faham tak semua benda kita boleh share dengan orang lain. Dia ada sebab kenapa dia tak nak share masalah dia dengan El, dengan Pak Long, Mak Long semua. El jangan berkecil hati dengan Fira ya, sayang Pujuk Lisa.
Elzaara memuncungkan bibirnya.
El, Akak bukan nak cakap apalah, tapi kalau pun
El tau pun hal ni, ini akan membebankan El. Tengoklah, El yang baru tau sikit pun dah sampai macam ni gayanya, kalau El tau cerita sebenar lagilah. Akak tak dapat nak bayangkan macam mana rupa El kalau El tau hal ni dari mula. Dahlah El, benda dah berlalu, biarkanlah berlalu. Yang penting sekarang ni El kena terus bergerak ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Cerita lama tak perlu El bebankan dalam kepala El lagi. Biarkan benda tu jadi kenangan pahit yang akan mengingatkan El pada realiti kehidupan. El boleh jadikan tu sebagai iktibar dan panduan hidup El.
Elzaara masih lagi tidak berpuas hati cuba untuk mengorek rahsia Kakaknya, tetapi Lisa seperti tidak mahu lagi memanjangkan cerita itu. Dia juga ingin mengiakan nasihat-nasihat yang diberikan oleh Lisa tetapi hatinya tetap tidak mahu mengakuinya kerana kejadian buruk yang berlaku tetap dan masih menghantui dirinya sampai bila-bila.
Sampai hari ini, dia dan keluarganya tidak akan memaafkan lelaki yang telah menyebabkan hidup Elfira musnah dalam sekelip mata. Mereka membayangkan kebahagiaan yang dikecapi oleh Elfira akan berlanjutan, tetapi malangnya di tengah hari hujan turun dengan lebatnya. Dalam masa yang sama, hatinya juga turut terguris apabila dia tidak diendahkan oleh Kakaknya sendiri kerana ingin menyembunyikan keperitan hidupnya sendirian. Tapi, apakan dayanya... perkara sudah pun berlalu dan dia tidak boleh menyalahkan sesiapa pun meskipun hatinya sangat terguris.
El kena bergerak ke hadapan. Tak boleh macam ni selamanya. Arwah Fira takkan bangkit balik. Let bygones be bygones. El kena fikirkan tentang orang lain juga. El kena bangkit, teruskan hidup. Setiap apa yang berlaku tu mesti ada hikmahnya. El tak keseorangan. El ada Pak Long, Mak Long, Haziq, Pak Ngah, Mak Ngah, Akak dengan Lyn. Kami semua ada dengan El. Arwah Fira takkan keseorangan sebab kita semua mengingatinya, dia tetap ada dalam hati kita semua. Kalau El rindukan arwah, El kena rajin sedekahkan AlFatihah dan Yassin buat arwah. Insya-Allah arwah akan tenang di sana. Lagi satu El, kalau bolehlah El jangan sembunyikan perkara sebenar daripada Haziq. Biar dia tahu siapa Mak dan ayah dia. Kalau dia tanya, El jangan mengelak. El cerita je bagi dia tahu asal usul dia sebenarnya. Tapi, bukan bermakna kita burukkan ayah dia, cumanya kita nak dia tau siapa Mak, ayah dia itu saja. Lisa masih lagi tidak putus-putus memberikan nasihat dan semangat kepada Elzaara.
Elzaara terkedu mendengar saranan daripada Lisa. Seboleh-bolehnya dia memang hendak menyembunyikan asal usul Haziq kerana perkara itu amat menyakitkan dan dia tidak mahu Haziq juga terluka apabila mengetahui kebenaran itu.
Kak Lisa, El rasa terkilan sangat sebab masa arwah Kak Fira masih ada El banyak menyusahkan dia, banyak luKakan hati dia, banyak buat Kak Fira susah hati dengan kelakuan El. Masa kecil-kecil pun El banyak buli dia, banyak cari pasal dengan dia. El rasa sedih sangat. El tak pernah nak senangkan hati Kak Fira. Masa Haziq jatuh dekat taman permainan barubaru ni pun salah El sebab tak perhatikan Haziq betulbetul, tak jaga Haziq baik-baik. El cuai sangat. Kesian Haziq, El selalu abaikan dia, El selalu mungkir janji dengan dia, keluh Elzaara. Dia cuba mengalihkan topik daripada terus didesak oleh Lisa supaya bercerita kepada Haziq tentang asal usulnya.
El, tak baik cakap macam tu dik. Setiap manusia ada buat silap, ada buat salah. Semua manusia tak sempurna dalam dunia ni dik. El pun tahu kan Akak dengan Lyn pun kadang-kadang bertekak juga. Kita ni adik beradik tak ramai El. El dengan Fira dua beradik, macam tu juga Akak dengan Lyn pun dua beradik juga. Apa-apa jadi dekat salah seorang daripada kita yang lain mesti terasa sama. Kita ni dah macam kembar empat, dik.
Bicara Lisa turut mengundang tawa kecil Elzaara.
Ingat tak, masa kecil-kecil dulu ramai orang cakap kita semua ni kembar empat sebab itu bila arwah Fira meninggal dunia semua orang daripada kita akan terasa. Akak pun terasa kehilangan kawan baik Akak juga tapi Akak tak boleh nak murung dan termenung je sebabnya Akak ada banyak benda nak kena buat dalam hidup ni. Kalau asyik murung je, pelajaran entah ke mana. Entah-entah tak habis pun Masters Akak.
Elzaara membiarkan Lisa menggenggam erat tangannya dan menyambung bicara.
Soal Haziq tu biarkan Pak Long dan Mak Long uruskan. Bagi mereka peluang untuk membesarkan Haziq dengan cara mereka sendiri. Sama juga macam bagi peluang pada diri El untuk bangkit semula dan El tak boleh nak rasa kedekut, atau ego sebab berebut Haziq dengan Pak Long dan Mak Long. Tak baik! Apaapa pun Haziq tu darah daging Pak Long dan Mak Long juga.
Elzaara terdiam dan menundukkan kepalanya. Dia merenung piring kek Cokelat di hadapannya. Elzaara yang sedari tadi agak tenang kini mulai sendu semula. Air matanya kini bergenang semula. Dia cuba untuk menguatkan semangatnya melawan rasa sunyi, pilu yang bergelora di jiwanya.
Dengan teragak-agak dia mengambil sudu dan menyuapkan kek Cokelat tersebut ke dalam mulutnya sikit demi sedikit. Terasa pahit kek Cokelat tersebut apabila berada di dalam mulutnya tetapi untuk mengambil hati Lisa, Elzaara terpaksa menelan jua. Deria rasanya sudah mati bagi kek Cokelat tersebut!
Nah tisu. Kesat air mata El tu, Lisa menghulurkan tisu untuk Elzaara mengesatkan air matanya yang sudah bertakung di tubir mata.
Elzaara mengambil tisu tersebut dan mengesatkan air matanya. Mereka menyambung makan dengan perlahan dan kini tiada bunyi suara-suara di antara mereka kecuali bunyi dentingan sudu bertelingkah dengan piring.
Kak, El nak pergi toilet kejap. Rimas pula makan dengan muka sembab macam ni. Lisa hanya mengangguk.
Elzaara kemudiannya bangkit menuju ke tandas untuk membasuh mukanya yang sudah kelihatan sembab dengan air mata. Cermin tandas diperhatikan. Senyum, El... Senyum! Dia tarik nafas dalam dan dilepaskan. Fuhhhh...
Keluar dari tandas, dia melangkah yakin menuju semula ke meja Lisa. Tanpa disedari...
Bammmm! Pranggg!