SAAT AKU BERPALING - 8
DAH lama tunggu ke Sorry saya lambat. Imran menegur kekasihnya.

Dia yang terlewat untuk bertemu

Nadhirah sedikit kekalutan. Melihatkan jam yang berada di pergelangan tangannya, Nadhirah pasti sudah lama menunggu.

Well, saya dah tunggu awak since satu setengah tadi. Meaning dah tiga jam lebih lah. Awak ke mana tadi Nadhirah sekadar menggelangkan kepalanya.

Sebal juga rasa dihati namun hatinya sedikit terpujuk apabila Imran lebih dulu memohon maaf. Imran yang dulu bukan begini, kadangkala Nadhirah merasa lebih baik mereka berdua terus tinggal di Melbourne sahaja, lebih mudah buat mereka untuk bersama berbanding sekarang.

Saya pergi jumpa orang, lepas tu tiba-tiba setiausaha cakap saya ada temujanji lain pula, saya keluar beli barang, pergi tapak projek lepas tu on the way datang sini, jalan sesak. Sebab tu lah lambat sikit. Imran Panggil Nadhirah. Apa

Awak akan mula cakap tak berhenti, bila awak buat salah. Tak payah cari alasan saya faham awak sibuk. Tak payah gelabah. Nadhirah ketawa.

Sorry. Kantoi. Macam mana awak boleh tahu semua pasal saya

Kita dah kenal 8 tahun, Imran. Saya dah boleh baca setiap reaksi awak. Imran langsung tidak berubah walaupun sudah 8 tahun mereka bersama.

Saya mengalah. I am not lying, I just skip the part saya keluar dengan Mama tadi. Saya tahu yang saya dah janji nak jumpa awak tapi Mama datang pejabat tak beritahu saya dulu. Dia nak beli barang sebab tu saya kena temankan.

Kan senang berterus terang aje. Tak payah nak cari alasan semua. Bukan saya nak makan awak pun.

Saya tahu awak takkan makan saya, but sorry sebab saya buat awak berlapar macam ni.

Tak apa, lagipun saya dah minum dua gelas air.

Kira dah kenyang lah juga. Mama awak sihat

Sihat sangat-sangat.

Awak dah makanlah ni Soal Nadhirah hampa.

Lama dia menunggu. Lebih dari dua jam, dia hanya menghabiskan segelas jus buah dan membaca majalah yang disediakan di restoran ini.

Awak tak makan lagi ke

Mana ada makan lagi. Kita janji nak makan sekali, kan Sebal hati Nadhirah mendengar soalan Imran.

Good, saya pun lapar juga. Tak sempat makan tadi. Pipi tembam Nadhirah dicubit perlahan.

Betul Ke awak nak jaga hati saya aja Takkan dah dekat pukul 4 petang pun awak still tak makan lagi

Betul. Kan kita dah janji nak makan sekali. Imran menyelak helaian menu yang tersedia di atas meja.

Perutnya yang sudah kenyang ketika makan bersama mamanya tadi perlu diisi lagi demi menjaga hati Nadhirah. Entah lah, kebelakangan ini banyak benar penipuan yang diberikan kepada Nadhirah. Imran merasa tersepit sekarang. Hati ibu bapanya wajib dijaga manakala hati Nadhirah juga perlu dijaga. Imran yang berada di tengah-tengah terpaksa memikirkan helah bagi menjaga hati semua pihak.

F

ALIQ memandang ke kiri dan kanannya. Malam ini Taufik akan membelanjanya candlelight dinner. Macam tak percaya pula Faliq dengan apa yang terjadi. Dia kini sedang duduk berdua dengan Taufik di dalam suasana yang cukup romantik bertemankan cahaya lilin dan iringan lagu Anuar Zain berjudul Lelaki Ini.

Seram sejuk pula Faliq kini. Dia merasa seperti ingin angkat kaki keluar sahaja dari tempat ini. Semua yang berada di dalam The Elitis Steak House seakanakan sedang memandang mereka berdua dengan senyuman janggal. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia berdiri dan membuat pengumuman.

Saya normal, saya suka perempuan sahaja jelas Faliq beberapa kali apabila ada mata-mata yang memandang curiga.

Faliq sendiri hairan kerana setahunya baru petang tadi Taufik bercerita yang dia mahu keluar dengan Aina malam ini. Alih-alih Taufik muncul di depan rumahnya dan mengajak di keluar makan.

Fik, kenapa kau usung aku makan dekat tempat yang macam ni pula. Aku ingat tadi kita nak makan dekat mamak je. Faliq merungut pada Taufik. Dia mengerutkan dahinya sambil memandang sekeliling.

Kenapa pula Okey apa tempat ni. Selesa. Taufik yang sedang leka dengan telefon pintarnya jadi hairan dengan soalan Faliq.

Aku bukan apa Fik, cuma semua orang macam pelik je tengok kita ni. Romantik semacam pula suasana kita dua orang ni Fik Faliq separuh berbisik.

Memanglah romantik. Seminggu kena tunggu dalam waiting list. Aku susah payah book tempat ini untuk makan dengan Aina. Dah dia tak nak datang aku ajak aje lah kau datang sini. Taufik meluahkan rasa kecewanya.

Seorang pelayan tiba membawa dua pinggan besar berisi Sirloin Steak with Garlic Butter untuk Faliq dan Rib Eye Steak with Soy and Ginger Marinade untuk Taufik. Kedua-dua mereka menghentikan perbualan bagi memberi laluan kepada pelayan berkenaan untuk menyajikan hidangan.

Kau tinggal makan aje, kunyah-kunyah lepas tu telan. Aku yang belanja. Taufik mempelawa Faliq makan sebaik sahaja pelayan berkenaan berlalu.

Taufik terus-terusan memandang telefonnya. Tiada mesej, tiada panggilan. Hampa rasa hatinya. Aina memang selalu buat perangai begini.

Aku tahu part nak kunyah-kunyah telan tu, masalahnya sekarang kita ni dan macam couple sesat kau tahu tak Kalau Abah aku tahu, mampus aku dia kerjakan. Faliq memerhati keadaan sekeliling.

Semua tengah pandang kita. Better kau suruh band kat depan hentikan lagu Encik Anuar Zain kita ni or else aku lari keluar bawa pinggan steak ni. Ugut Faliq. Dia jadi rimas apabila semua mata seakan-akan memandang mereka berdua.

Ye lah, ye lah. Taufik akhirnya menunjukkan isyarat tangan agar band yang turut ditempahnya berhenti mengalunkan lagu. Lampu juga sudah diterangkan semula menjadi normal manakala lilin yang menyala turut dipadamkan.

Hurm baru selera sikit aku nak makan. By the way, kenapa dengan kau ni Faliq mula selesa dengan suasana baru.

Tak ada apa-apa lah. Taufik masih khusyuk membelek telefonnya.

Eh, kau tak payah nak kelentong aku. Bukan baru hari ni aku kenal kau pun. Muka kau tu dah macam itik mati bini tu kenapa Bukan malam ni sepatutnya kau keluar dengan Aina ke Faliq menyoal.

Memanglah, tapi dah tak jadi. Cancel! Sebab tu aku angkut kau datang sini. Taklah rugi sangat duit aku. Taufik memberi jawapan pendek.

Kalau datang ke sini setakat nak membelek muka Aina dalam telefon kau tu, baik kita lepak dekat rumah aku je. Minum free, makan free. Boleh juga aku tumpang tengok TV. Duduk dekat sini dah la kena bayar semua pastu kau sibuk melayan jiwang sorangsorang pula. Faliq tidak berpuas hati.

Lecehlah dengan Aina. Dia buat mogok lagi dengan aku. Taufik akhirnya membuka cerita.

Aku dah agak dah. Memang ini lah puncanya. Cik Aina kita jugalah masalahnya. Faliq seakan-akan sudah dapat mengagak apa yang terjadi.

Dia ajalah yang selalu bagi aku sakit kepala pun. Mana ada lagi orang lain. Taufik merungut.

Selama aku kenal kau orang berdua ni, aku rasa dah ada dekat 677 kali kau orang bergaduh. Tu baru setahun bercinta, kalau kahwin nanti aku tak tahulah. Faliq menggelengkan kepalanya.

Masalahnya dia tu selalu sangat merajuk. Aku pun dah mati kutu nak memujuk. Keluh Taufik.

Kau tak pandai jaga hati dia agaknya. Aku tengok Abang Long aku dengan Kak Long aku elok je. Dia orang dah tujuh tahun kahwin, aman damai je. Faliq menyedut air yang sudah hampir habis di depannya.

Bos kita tu lainlah. Perfectionist. Kalau aku jadi kakak ipar kau pun, tak ada benda aku nak komplen pada dia. Taufik membela diri.

Euw! Boleh kena sawan aku kalau terpaksa berkakak iparkan engkau Fik!

Eh, aku handsome apa... Taufik memuji diri.

Sudahlah merapu, cuba kau cerita dengan aku, macam mana si Aina tu boleh mogok lagi ni

Petang tadi masa aku ambil dia dari ofis, aku singgahlah sekejap kat stesen petrol beli rokok. Dia membebel dekat aku dari saat aku hidupkan enjin kereta sampai lah aku matikan enjin kereta depan rumah dia. Dekat 20 minit tau aku angguk aja dengan apa yang dia cakap. Itu pun dia nak merajuk juga.

Apasal pula

Dia cakap aku ni suka buat perkara tak berfaedah. Dia suruh aku berhenti merokok sebab dia tak nak mati cepat. Kalau aku yang mati dulu, dia tak nak jadi janda. Mau tak sakit hati aku ni.

Aina asyik cakap pasal pembaziranlah, pencemaranlah, penyeludupanlah, penderaanlah, kononnya aku menggalakkan penggunaan buruh kanak-kanak untuk mengutip semua daun tembakau tu sampai telinga aku ni berasap mendengar. Macam besar sangat pula dosa aku merokok ni. Rungut Taufik kerana geram.

Tapi, betul juga apa yang dia cakap. Rokok yang kau sedut hari-hari tu nak kata sedap pun tidak, membahayakan nyawa, mahal pula tu. Aku setuju seratus peratus dengan Aina. Komen Faliq sambil tangannya sibuk menguruskan seketul jagung yang begitu sukar untuk dimakan.

Kalau ikut kajian, secondhand smoker macam aku dengan Aina memang cepat mati berbanding dengan perokok tegar macam kau. Selaku seorang lelaki yang tidak merokok, Faliq bersetuju dengan apa yang diujarkan oleh Aina. Dia pun tak nak mati awal juga sebenarnya.

Kau pun sama je dengan dia.

Habis tu, takkan lah sebab benda kecil macam tu pun kau nak merajuk membawa diri kot

Kan aku cakap tadi, dia yang merajuk bukan aku! Bertambah monyok wajah Taufik kini.

Tell me now... Kenapa Aina merajuk

Masa dia membebel panjang lebar tu, dia cakaplah yang duit aku guna untuk beli rokok tu selama enam tahun ni, kalau simpan dah boleh beli kereta sport. Aku tadah je tau telinga aku ni dekat dia. Dengar aja bunyi bebelan dia yang dah macam lagu

Ghazal tu.

Habis tu

Habis dia berleter, aku tanyalah dia kereta sport dia mana Terus dia mogok. Keluar kereta langsung tak cakap apa-apa, lepas tu mesej aku yang dia tak nak keluar malam ni. Taufik meluahkan kekecewaannya.

Patutlah dia bengang pun. Yang kau pergi perli dia macam tu, kenapa Mudah sahaja komen yang disuarakan Faliq.

Mana ada aku perli pula. Betul apa aku cakap. Kan dia tak merokok, sepatutnya duit tu dia simpanlah untuk beli kereta sport sendiri.

Kau nak dengar pendapat yang guna ayat lembut atau yang guna ayat kasar

Cara lembut dulu.

Ini pendapat aku secara lembutlah. Kau ni pun, apa yang Aina cakap tu untuk kebaikan kau juga, toleratelah sikit. Tak rugi satu sen pun kalau kau dengar cakap dia. Mana tahu tak sampai umur kau tiga puluh lima tahun, dah tersadai sebiji dua Aston Martin dekat garaj. Tak ke untung tu

Tak ada maknanya Aston Martin bagai, nak bayar cukai jalan pun tercungap nanti. Pintas Taufik.

Yang sebenarnya Faliq, aku bukannya ada niat nak perli-perli dia pun, cuma aku geram jugalah. Dahlah dekat mahkamah tadi dah puas bergaduh, balik kerja ingatkan nak manja-manja dengan dia, alihalih kena sound. Aku dah lah penat, dia pula tak nak berhenti membebel. Soalan tu terkeluar secara tidak sengaja. Taufik sengih.

Cool lawyer macam kau pun boleh terlepas cakap juga ke Faliq ketawa.

Amboi sedapnya mulut. Cool lawyer pun manusia.

Aku ni bukan apa Fik, dari dulu lagi aku dah cakap dengan kau, kalau bercinta tu kena la banyak bersabar sikit. Sekarang kau tengok, disebabkan kau punya temperature naik sikit aja pun kau orang dah berperang. Tak ke jadi kes naya macam tu. Aku juga yang untung dapat makan percuma macam ni.

Aku manalah tahu yang dia nak merajuk sampai boikot aku macam ni sekali. Habis tu, kalau pendapat ikut cara kasar macam mana pula

Kalau kau nak tahu pasal pendapat aku secara kasar, senang aja Taufik. Aina bukannya suruh kau pergi mati pun. Bukannya dia suruh kau terjun bangunan ke apa. Berhenti aja lah tabiat merokok kau tu Fik oi sementara ada yang peduli. Padu sekali pendapat yang diberikan Faliq secara tulus ikhlas itu.

Cuba kau tengok aku ni, mana ada orang peduli. Tonggang terbalik, terlentang tertonggeng pun tak ada sesiapa yang peduli. Lagi sedih kau tahu tak Tambahnya lagi.

Blahlah kau, bukannya nak menyenangkan hati aku. Lagi menyakitkan hati lagi adalah. Sambut Taufik menyumbat brokoli ke dalam mulutnya.

Kalau nak cari orang tolong tenangkan hati kau tu, terpaksalah call Aina. Dia tahulah apa nak buat.

Aku ni setakat teman kau makan boleh lah. Faliq turut memotong steak di depannya kepada beberapa kepingan kecil tanpa memperdulikan Taufik yang masih merenung wajah Cik Ainanya itu.

Habis tu macam mana dengan kes petang tadi Aku dengar huru hara mahkamah jadinya petang tadi. Soal Faliq bagi memecahkan kebisuan Taufik.

Tolonglah Faliq, jangan tanya soalan macam tu boleh tak Taufik menggelengkan kepalanya.

Apa jadi

Aku rasa macam nak muntah ingat pasal pergaduhan dalam court tadi. Tinggal parang dengan senapang aja yang belum dia orang bawa. Sedih pula aku tengok perangai client kita dekat dalam court tadi. Nasib baik lah tak kena tuduhan menghina mahkamah pula. Kalau tidak, memang nahas lah.

Teruk sangat ke

Worse. Kes paling teruk pernah aku jumpa dalam sejarah kerjaya aku ni.

Bukan client kau kali ni perempuan ke

Supposedly a lady, tapi keturunan mafia kot. Itu yang buat huru hara tu. Ganas betul. Sadis pula aku rasa bila terkenangkan apa yang dah jadi petang tadi. Aku tak nak ingat dah. Taufik mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengalah.

Lepas ni kalau dia datang lagi minta bantuan firma kita ni, aku serah dia pada kau. Serik aku. Tambahnya lagi.

Eh kau ni, kalau kau tak nak, aku ni lagilah. Tak kuasa! Tak pasal-pasal aku hempuk kepala client sendiri nanti. Kena potong gaji lagi. Faliq menolak mentah-mentah. Kalau peguam secekap dan sesabar Taufik pun menyerah apatah lagi dia.

Dah lah Faliq, kita makan diam-diam lagi bagus. Aku tengok kau tak sentuh pun steak kau tu. Kau tak nak ke, kalau tak nak aku ambil. Acah Faliq.

Naklah. Aku belum makan apa lagi tau hari ni. Taufik sempat menarik pinggan steaknya mendekat.

Aku ingatkan kau tak nak makan sebab kenyang tengok muka Aina dalam telefon tu. Faliq ketawa mengekek.

Gelaklah Faliq, gelaklah selagi mampu. Nanti bila kau dah ada girlfriend sendiri baru kau tahu azabnya. Taufik mula menjamu selera.

Sedap juga kan menu dia orang kali ni. Puji Faliq.

Aku dengar dia orang baru tukar head chef dari Le Cordon Bleu Academy. Not bad lah kan. Memang not bad. Kita punya desert macam mana Kau tempah sekali tak

Demand betul la kau ni. Bukan tadi kau cakap yang kau nak makan dekat kedai mamak aja ke

Eh alang-alang orang nak belanja. Biar lah makan full course kan.

Aku dah tempah. Aku pesan fruit salad dengan lime sorbet. Cukup tak, kalau tak cukup aku pesan lagi Perli Taufik.

Hah, cukuplah. Ini pun aku dah rasa syukur sangat. Boleh makan free malam ni. Bukan senang kau nak berhabis duit untuk aku. Puas hati Faliq mendengar senarai pemanis mulut yang dipesan Taufik. Kena benar dengan seleranya.

Sungguh aku tak percaya. Tak sangka pula yang aku akan habiskan duit aku untuk kau je malam ni. Taufik mengunyah ketulan daging yang dipotongnya dengan geram. Panas hatinya dengan apa yang terjadi.

Tabahlah Taufik. Lain kali kau ajak lah Aina datang sini lagi. Faliq memberikan nasihat percuma buat Taufik sambil dia terus mengunyah makanan yang terhidang di depan mata.