Yoohwan tidak menyangka Yongwung mengenali Abriel. Gadis itu kelihatan lebih berseri-seri dari saat mereka bertemu di The Theft beberapa minggu yang lalu. Mungkin kerana gadis itu tidak merenungnya dengan marah seperti ketika itu. Atau adakah kerana senyuman ceria di bibir gadis itu saat berbual-bual dengan temannya Hati Yoohwan benar-benar sakit saat melihat pemandangan yang tidak disangkanya itu. Rasanya dia ingin menumbuk dan memecahkan muka lelaki yang baru saja menyentuh rambut Abriel dengan begitu mesra.
Perasaan apakah ini Cemburu Tak mungkin!
Abriel juga kaget saat melihat Yoohwan berdiri di sebelah Yongwung dengan wajah yang ceria dan dimaniskan, walaupun renungan matanya tetap dingin. Yoonmi yang baru menyedari kehadiran Yoohwan terpekik riang sebelum meluru ke arah lelaki itu dan menghulurkan tangannya. Masih ingat aku soalnya riang.
Yoohwan mengerutkan keningnya, cuba mengingati nama gadis itu. Dia ingat itu gadis yang datang bersama Abriel pada sesi bertemu peminat di belakang pentas beberapa bulan yang lalu tapi dia tidak ingat namanya. Ah, kau kan yang datang sekali dengan dia masa lepas konsert hari tu kan ujarnya sambil menunjuk ke arah Abriel yang masih terpaku di sudut. Nama kau.
Yoonmi. Dan yang itu Abriel. Ini Haegyo, potong Yoonmi cepat lalu menjabat dan memegang tangan Yoohwan erat-erat, tanpa mempedulikan Haegyo yang juga mahu menjabat tangan Yoohwan.
Sementara Abriel hanya duduk di tempatnya. Dia berjaya menyembunyikan kekagetannya dengan berpura-pura tidak peduli.
Yoonmi! Lepaskan tangannya! Biar dia duduk! tukar Yoongwang agak kesal. Yoohwan hanya tertawa sambil melabuhkan punggungnya pada sofa yang berdepan dengan Abriel. Gadis itu memandangnya sekilas dan mengukir senyum nipis, seolah-olah dia itu orang asing yang baru pertama kali ditemuinya.
Kawan sekelas soal Yoohwan, sengaja merenung tajam pada Abriel. Gadis itu membalas renungannya dengan pandangan yang seolah-olah ingin mengatakan kau nak apa tetapi tidak menjawab soalannya. Yang menjawab adalah Yoonmi yang penuh semangat.
Dah lama kenal soal Yoohwan lagi, masih mahu memancing perhatian gadis itu.
Abriel masih tidak menjawab. Dia menyibukkan dirinya dengan telefon bimbitnya. Hyeon yang duduk di sebelahnya lah yang menjawab. Boleh tahan. Selalu lepas sama-sama di kampus dan lepas kelas, ujarnya.
Yoohwan mengangguk seakan berpuas hati dengan jawapan itu. Dalam kumpulan Blue, siapakah yang paling kalian suka soalnya lagi, kali ini suaranya berubah ceria dan ramah. Dia sudah menyalakan pesona artisnya. Yongwung tertawa mengejek mendengarnya sementara Hyeon dan Jongmin tidak peduli.
Yang paling tertarik dengan soalan itu adalah dua gadis yang duduk di kiri dan kanan Yoohwan. Mereka semakin merapatkan tubuh dengan Yoohwan. Abriel tersenyum sekilas, yang dilihat Yoohwan sebagai senyuman mengejek. Darahnya mendidih secara tiba-tiba.
Aku paling suka kau, oppa! ujar Haegyo agak kuat. Dia kelihatan begitu teruja seakan-akan mahu menerkam Yoohwan dan memeluk dan menciumnya sepuas-puas hati.
Aku paling suka Jaejoong oppa! sambut Yoonmi pula sebelum mula menyebut kelebihan-kelebihan Jaejoong di matanya. Di matanya seolah-olah Jaejoong itu sehebat Mother Teresa yang baik hati dan layak memenangi Anugerah Nobel Keamanan.
Kalau kau soal Yoohwan pada Abriel. Abriel mengangkat bahu dan menggeleng tanpa kata. Tak ada Atau tak kenal Betul ke pancing Yoohwan lagi.
Yongwung mengerutkan kening. Biasanya kawannya yang seorang ini dingin dan tidak suka mencampuri urusan orang lain, apatah lagi melontarkan pertanyaanpertanyaan seperti tadi. Yoohwan tidak pernah bertanya tentang kegemaran seseorang. Selalunya dia lebih banyak diam dan tersenyum. Apa yang sedang difikirkan oleh Yoohwan Adakah dia tertarik dengan Abriel Tapi aneh, kerana Yoohwan yang dia kenali selalunya romantik dan lembut.
Ah, mula-mula tadi aku suka kau, kata-kata Abriel membuat nafas Yoohwan terhenti. Tapi sekarang aku suka Jaejoong. Macam yang Yoonmi kata, orangnya handsome, baik dan mungkin juga lelaki paling setia, ujar Abriel lagi sebelum mengukir senyuman paling manis.
Yoohwan membalas senyum itu dengan senyuman yang tidak kurang manisnya. Namun sebenarnya kedua-dua itu sedang menyimpan perasaan jengkel yang membara di dalam dada.
Tiba-tiba pintu dikuakkan dan gadis yang tadi dilihat Abriel memeluk Yoohwan menjenguk masuk. Yoohwan segera mengajak gadis itu masuk dan memperkenalkannya kepada semua orang. Abriel merenung gadis bergaun merah itu dengan perasaan sedikit jengkel. Tak boleh pendek lagi ke skirt tu Matanya memerhati sebahagian besar paha dan betis gadis itu yang terdedah. Tidak dinafikan gadis itu memang cantik, dengan kakinya yang tirus dan panjang kelihatan sempurna. Pasti gadis-gadis lain di dalam bilik itu juga mempunyai fikiran yang sama dengan Abriel, kerana wajah Yoonmi dan Haegyo juga kelihatan kurang senang melihat gadis itu.
Selepas berbual-bual beberapa minit lagi, Yoohwan dan gadis itu beredar. Mereka meneruskan aktiviti mereka berhibur, menari dan menyanyi sambil ketawa. Malam berlalu lebih liar dari biasanya.
Akhirnya yang tinggal cumalah Abriel dan Hyeon. Yang lain sudah tidur bergelimpangan kerana mabuk. Baik aku panggil pemandu Yongwung, kata Hyeon yang tidak begitu mabuk kerana hanya minum sedikit saja. Aku rasa kita perlu bantuan untuk bawa mereka pulang.
Hyeon mengambil telefon bimbit Yongwung dari saku seluarnya dan mula mencari nombor pemandu peribadi lelaki itu. Abriel memutuskan untuk pergi ke tandas sebelum pulang kerana sejak tadi dia lebih banyak minum air putih dan Coke berbanding minuman keras.
Dia melalui lorong panjang yang hanya diterangi cahaya suram. Di kiri dan kanan lorong ada beberapa pasang kekasih sedang berpelukan dan berkucupan di sudutsudut yang agak gelap. Abriel pura-pura tidak peduli dan mempercepatkan langkahnya menuju ke tandas.
Saat masuk ke tandas, Abriel mendengar suara mendesahdesah yang dia rasa dia tahu apa sebabnya. Dia cuba memekakkan telinga walaupun di dalam hatinya menyumpah seranah. You people should get a room, kutuknya di dalam hati.
Selepas mencuci tangan, Abriel melangkah keluar dari bilik air. Dia tidak perasan ada yang memerhatikan gerakgerinya sehinggalah tiba-tiba tubuhnya ditarik. Mulutnya ditekap sebelum sempat dia menjerit. Oh, my God! Adakah aku akan dirogol
Akalnya berputar ligat. Dia cuba meronta sekuat hati, cuba menendang, memukul dan menjerit. Namun usahanya siasia kerana lawannya jelas lebih kuat darinya. Nafas Abriel tersekat-sekat kerana panik dan dia hampir menangis.
Tenang! Tenang! suara dalam yang dikenali Abriel membuat tubuh dan fikirannya membeku. Seronok malam ni
Wajah Yoohwan yang sedang tersenyum sinis begitu dekat dengan wajahnya. Mata Abriel terbeliak. Dia menyumpahnyumpah namun sumpah seranahnya diredam oleh telapak tangan Yoohwan yang menekap mulutnya. Aku boleh lepaskan kau tapi kau mesti janji jangan menjerit. Its not good for my reputation, you know.
Abriel menjegilkan matanya namun dia sudah berhenti meronta dan menjerit. Hanya renungan matanya menggambarkan betapa marahnya dia terhadap Yoohwan. Perasaan lelaki itu tiba-tiba tersentuh. Dia tahu gadis itu membencinya. Kenapakah dia merasa gelisah Ada sesuatu yang tidak kena dengan perasaannya.
Dia melepaskan tangannya dari mulut gadis itu tetapi dia masih memeluk tubuh gadis itu. Hangat dan selesa. Bisu seketika. Namun kemudian dia menjerit kesakitan. Gadis itu memijak kakinya dengan kasut tumit tingginya!
Aku cuma berjanji untuk tak menjerit, bukan untuk tak memijak kau, getus Abriel geram sambil menolak tubuh Yoohwan menjauhinya.
Okay, itu salah aku, ujar Yoohwan agak kasar. Puas kau berseronok malam ni soalnya lagi.
Abriel menatap Yoohwan dengan pandangan tidak percaya.
Kalau aku berseronok tu pun itu bukan urusan kau!
Hyung tahu kau ada dekat sini sekarang
Abriel mendengus keras. Kalau dia tahu atau tak pun bukan urusan kau!
Aku dah cakap, jangan main-main dengan hyung aku. Kau ingat aku main-main ujar Yoohwan geram. Rahangnya diketap.
Kau ingat aku pun main-main balas Abriel kasar. Dia menolak tubuh Yoohwan yang sudah kembali menghampirinya. Kalau sekali lagi kau buat macam ni dengan aku, aku akan buat lebih dari menjerit. Aku tak peduli akan reputasi kau! ujarnya sebelum berlalu. Yoohwan memandang gadis itu dengan penuh kekesalan yang membebani dadanya.
Abriel berjalan laju sambil mengusap bekas tekapan tapak tangan Yoohwan di mulutnya. Orang gila!
Hyeon yang sedang mendukung Yoonmi sudah menunggu Abriel. Katanya Haegyo dan Yongwung sudah dihantar terlebih dahulu oleh pemandu Yongwung manakala Yoonmi akan dihantar oleh Hyeon yang memandu untuk datang ke sini. Abriel mengangguk tanpa banyak bicara.
Sepanjang perjalanan, dia hanya diam sambil memikiran tentang Yoohwan. Kalau Yoohwan ada di Seoul, mungkinkah Jaejoong juga ada di sini Kenapa lelaki itu tidak pernah menghubunginya Sudah lupakah Jaejoong padanya Seminit kemudian wajahnya berubah. Ah, kenapa dia perlu menghubungi aku Aku bukan siapa-siapa untuknya.
Sepanjang perjalanan pulang, Abriel mengelamun, ditemani lagu-lagu Big Bang yang dimainkan menerusi pemain cakera padat kereta Hyeon. Mereka harus menghantar Yoonmi pulang terlebih dahulu. Mujurlah abang Yoonmi ada di rumah. Ibu bapanya sedang ke luar negara. Berkalikali abangnya memohon maaf kerana menyusahkan Abriel dan Hyeon yang telah menghantar adiknya pulang.
Kau perasan tak muka abang Yoonmi selalu merah tiap kali kau bercakap dengannya soal Hyeon di dalam kereta saat menuju ke rumah Abriel.
Abriel tertawa kecil. Tidak mahu menjawab soalan itu kerana dia tidak ada jawapannya. Mungkin abang Yoonmi itu cuma pemalu, fikirnya.