bilah cahaya suria kelihatan cuba menyusup masuk melalui celah-celah lubang yang terbuka di sebalik kabus itu. Lama-kelamaan, bilah-bilah cahaya itu turut hilang ditelan kabus.
Pagi itu sunyi sahaja. Tiada kedengaran bunyi kicauan burung mahupun bunyi unggas bernyanyi riang. Hutan Hujan Khatulistiwa sepi tanpa suara alam rimba yang sentiasa berpesta menyambut kedatangan pagi. Yang ada hanya kelihatan pokok-pokok yang sekarang hidup segan mati tak mahu. Ada yang kulit sudah pun mengelupas, ranting reput tetapi batang pokok kelihatan teguh dan terdapat juga pokok yang tumbuh melangit namun tiada daun yang menghuni di ranting pokok. Ternyata sekali hutan sekarang semakin sunyi.
Di dalam kesunyian yang mencengkam itu, kedengaran perlahan derapan kasut kepunyaan sesusuk tubuh meniti di atas kerapuhan ranting-ranting kayu di atas lantai hutan. Gerak-geri yang perlahan dan penuh berhati-hati memperlihatkan kewaspadaan anak muda ini kepada ranjau bahaya musuh yang kadang-kadang muncul tanpa sebarang petanda. Dengan berpandukan peta yang terpapar pada sebuah cermin kecil sebesar cermin mata yang terdapat di topi keledarnya, dia bergerak dengan berhatihati agar dapat mengesan bahaya dan bertindak sepantas yang boleh.
Dia terhenti. Cermin matanya yang memaparkan peta tadi mengeluarkan bintik merah terang. Dia menukar mod kawalan pada topi keledarnya dan serentak dengan itu peta tadi hilang. Garisan berwarna hijau menggantikan peta tadi sebagai mod sasaran. Ia turut memaparkan jarak dan tahap kekuatan musuh.
Dia memerhatikan kawasan sekeliling. Mod sasarannya masih belum dapat mengesan dengan tepat kedudukan musuh. Namun, tangannya sudah bersiap sedia dengan senjatanya. Dia akan bertindak setelah kedudukan musuh dapat dikenal pasti.
Tiba-tiba, dia diserang dari arah kiri. Tembakan laser yang dilepaskan mengenai perisai magnetik yang dipakainya pada baju. Walaupun tidak mencederakannya tetapi kesakitannya tetap dirasai. Peratus kekebalan perisai magnetiknya berkurang kepada 95 peratus. Perasaan cemas menguasai dirinya. Satu lagi tembakan dilepaskan tetapi dia sempat mengelak. Tembakan itu hanya menyentuh sedikit bahu kanannya. Peratus kekebalan perisai magnetiknya berkurangan tiga peratus.
Anak muda ini berselindung di sebalik pokok. Nafasnya tercungapcungap. Cemas semakin menebal di jiwa. Matanya liar memerhatikan sekeliling. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dia memejamkan matanya. Dia mempunyai satu misi. Dia perlu menyelesaikan misi itu. Dia mesti. Wajah Akram, rakannya, wajah Mejar Karim dan Jeneral Zainal menerpa ke dalam ingatannya. Dia diam seketika.
* **
Hakimi malas-malas berbaring di atas katil. Dia memerhatikan pemandangan malam dari tingkap biliknya di Kem Pertahanan Tentera Wilayah Timur. Biliknya tidak sebesar mana dan tidak dilengkapi banyak perhiasan. Hanya katil, meja tulis dan almari yang melengkapi bilik itu. Matanya begitu asyik memerhatikan bulan di langit hitam. Bintangbintang berkelipan indah. Dia begitu asyik sehingga tidak menyedari teman sebiliknya sudah pun pulang.
Hai, Kimi! Termenung jauh nampak Teringatkan siapa tu ujar Akram, rakan Hakimi sambil menanggalkan pakaian tenteranya. Pakaian itu dimasukkan ke dalam sebuah beg dan disimpankannya di dalam almari. Dia merebahkan diri ke atas katil. Dia mengeluh panjang tanda penat.
Kau dari mana tanya Hakimi setelah lama mendiamkan diri.
Aku ke bandar di Sekyen 15C tadi. Kami bertempur dengan Tentera Wilayah Barat! Tak sangka mereka begitu kuat dan kejam. Habis semua bangunan di bandar dimusnahkan mereka. Nasib baik semua penduduk sudah kami pindahkan. Jika tak, ramai lagilah penduduk Wilayah Timur akan terkorban! balas Akram dengan keluhan yang berat. Matanya memerhatikan ke atas, memerhatikan siling kosong biliknya. Hakimi masih memandang keluar. Dia masih lagi membisu. Akram sedikit hairan dengan kelakuan Hakimi malam itu. Selalunya Hakimi tak akan begini. Ada saja cerita akan disampaikannya. Pelik!
Aku dengar kau bertugas di kawasan hutan Seksyen 3A tadi! Apa cerita tanya Akram cuba menyelongkar kesunyian yang melanda Hakimi. Rakannya itu menarik nafas seketika. Dia menoleh ke arah Akram.
Bila perang ni nak habis Dah dua tahun aku bertarung dengan tentera Wilayah Barat tu tapi mereka macam tak pernah habis. Macam mereka itu mati hidup semula! rungut Hakimi dalam keletihan. Matanya redup dan menampakkan perasaan risau yang cuba diselindungi di sebalik wajahnya.
Perang ni tak akan tamat! Selagi penduduk Wilayah Barat terus mencari pasal, selagi itulah penduduk wilayah kita tidak akan hidup tenang. Kita terpaksa mencari perlindungan di tempat sendiri, di tanah air kita sendiri. Kampung-kampung dimusnahkan! Bandar-bandar besar dihancurkan! Mana lagi kita nak pergi Kem pertahanan ini pun mungkin tak lama lagi akan mudah ditawan tentera Wilayah Barat, balas Akram. Tangannya disilangkan di kepala sebagai alas. Sesekali matanya memerhatikan wajah Hakimi.
Apa yang mereka nak daripada kita Tak cukupkah tanah yang mereka ada Tak cukupkah dengan kekayaan yang mereka miliki Apa yang kita ada Apa yang kita miliki kata Hakimi, bertambah emosional. Rasa geram mengulit perasaannya. Matanya tidak pernah lepas daripada memerhatikan keadaan luar biliknya. Di atas langit tenang. Di atas muka bumi, puluhan manusia sedang bergerak menyusuri jalan-jalan di kem itu. Mereka adalah tentera pengawal. Kawalan 24 jam di setiap genap penjuru kem itu adalah wajib. Musuh bakal menyerang bila-bila masa tanpa sempat dihidu.
Mungkin mereka mahu menonjolkan kekuatan mereka kepada dunia dengan segala senjata dan peralatan yang mereka ada. Mungkin juga mereka mahu memberi amaran kepada negara Wilayah Utara yang acap kali menentang dasar mereka!
Akram memberi idea. Namun, Hakimi tidak memberi respon. Dia masih asyik memandang keluar jendela. Tiba-tiba, dia memerhatikan tangannya. Dia menggerakkan tangannya. Serentak dengan itu wajah Jeneral Zainal dan Mejar Karim menyerbu mindanya. Dia menutup mata seketika.