Kristal Berdarah - 8
BAB 7

Dia tersenyum puas. Pembunuhan demi pembunuhan akan dilakukannya lagi. Dia akan melakukan segalagalanya sematamata kerana Suhaili. Dia mahu Suhaili tahu bahawa dia juga adalah seorang manusia yang hidup dan ber nyawa. Dia juga adalah seorang pekerja yang yakin dan akur dengan segala tugas yang diberikan kepadanya.

Suhaili... kau akan terus melihat pembunuhan. Malah kali ini ia akan melibatkan ahli keluarga kau. Kau tak tahu setiap perbuatan kau selama ini menyakitkan hati orang lain, dia bersuara seakan menderam.

Pemandangan yang ada di sekitarnya, tidak diendah kan. Sebaliknya dia terus memegang mata pisau yang berkilat dan masih lagi berlumuran darah pengemis tua buta.

Ular itu! Ya... aku tak membunuh ular itu bersama tuannya! Dia teringatkan sesuatu.

Ular itu akan mewujudkan krisis baru. Ular itu akan mengubah senario yang bakal terjadi. ah!

Mengapa aku terlalu lalai

Dia terus menepuk dahinya. Mata pisau tersebut diren ung nya lagi. Percikan darah yang semakin mengental, men jadi tumpuan pandangan. Dia terbayangkan wajah orang tua tersebut. bagaikan ada suatu kegembiraan yang terlahir di dalam dirinya apabila melihat kesakitan yang dipamerkan pada wajah mangsanya.

Ketika mata pisau menirus kulit rusuk pengemis tua itu, tangannya seperti terkena renjatan elektrik. Jantung nya seperti mendapat tenaga baru untuk berdegup lebih kencang. Ketika mata pisau itu merodok antara selisih tu lang selangka pengemis tua itu, dia diterpa sejuta keg em biraan. baginya, tiada suatu yang lebih gembira selain daripada merampas tugas malaikat maut.

Tetapi dia tidak dapat menjadi saksi kepada jatuhnya se orang mangsa di lantai dunia. Dia tidak dapat menyak sikan bagaimana mangsanya menggelupur menahan sakit dan menendang angin seperti rusa ditembak pemburu. Dia tidak dapat menunggu lebih lama. Jikalau diturutkan hati, sudah pasti dia akan diberkas dan disumbat ke pen jara. Dan apabila semua itu berlaku dia terpaksa melup akan segala keseronokan yang baru sahaja bermula. Ma lah dia pula yang akan dijadikan mangsa keseronokan pembunuh bergaji.

ah! Masalah pasti akan timbul lagi. Semuanya kerana ular itu. aku harus melakukan sesuatu, dia masih ghairah untuk terus bersuara.

Sebuah kereta peronda polis menyusuri jalan raya yang terbentang di hadapan banglo tersebut. Dia tersentak. Jantungnya seperti berhenti berdetak. nafasnya seperti tersekat. Dan darahnya seperti disedut lantai yang dipijak nya saat itu.

apakah pihak polis sudah tahu yang aku adalah pembunuh pengemispengemis itu dia bertanya kepada dirinya.

Tetapi apabila kereta peronda polis tersebut perlahanlahan meninggalkan pekarangan banglo, dia menarik nafas panjang. Lega.

Polis pun taklah secekap mana macam yang dimitos kan orang ramai. Mereka juga manusia biasa. Takkan da lam masa yang singkat, mereka dapat mengesan siapa yang me la kukan pembunuhan itu.

Dari biliknya itu, dia terdengar suara Suhaili dan Ramlan. Tetapi dia tidak dapat menangkap butiran yang se dang diperkatakan oleh mereka. Suhaili dan Ramlan bagai kan sepasang pengantin baru di dalam kelambu. Me reka hanya berbisik dan sesekali diselangi hilai tawa bagaikan ada bahagianbahagian tertentu pada tubuh yang diusik. namun dia masih dapat menduga apa yang sedang diperkatakan oleh Suhaili dan Ramlan.

Tentu mereka sedang berbincang tentang pem bunuhan dan Gunung Kemuning, dia berbisik.

Dia kembali mengarahkan pandangannya ke luar jen dela. betapa kehidupan malam di bandar ini sudah mati semenjak pukul 6.00 petang tadi.

Dia tidak mahu mengintip atau cuba mengikuti per bua lan Suhaili dan Ramlan. apa yang hendak mereka lakukan, semuanya telah diketahui. Tiada yang baru atau yang bakal berubah. Semuanya masih mengikut susurgalur seperti yang telah diterangkan kepadanya. antara sempadan cahaya lampu jalan dengan kege

lapan, dia terpandang sesuatu. Sesuatu yang begitu penting. Sesuatu yang boleh mengubah peristiwa dan kejadian yang akan berlaku nanti. atau lebih tepat, meng gagalkan segala rancangan yang telah diatur rapi.

Ular itu! Dia hampir menjerit.

Pantas dia mengeratkan genggaman ulu pisaunya. Dia sudah berkirakira hendak melompat dan membunuh ular tersebut apabila dia terpandang kelibat seseorang.

Pengemis buta itu! Dia benarbenar tidak percaya.

Pengemis buta itu menghalakan wajahnya ke tingkap banglo di mana dia berdiri terpaku. Matanya... cahaya merah kecil itu galak, seakanakan meminta sesuatu.

Hah! Sial!

Ular itu bersatu dengan tuannya. berlingkar di kaki dan kemudian naik ke badan. akhir sekali terpacak berdiri di atas kepala tuannya sendiri.

ah! Geruh! Dia dapat merasakan sesuatu. bahkan de si ran sang tedung hitam itu juga bagai menggetarkan gegendang telinganya.

Pengemis buta tua yang sepatutnya sudah mati, me lam bai kepadanya. bibirnya menguntumkan senyuman. entah untuk apa.

Ulu pisau besar yang telah meragut beberapa nyawa itu tetap dipegangnya dengan erat. Dia tidak mahu berengg ang daripada pisau tersebut. Dia tidak mahu satusatunya alat pemberi hiburan kepadanya terlepas.

Kau akan mati!

Dia terus berlari ke pintu. Melupakan hasratnya untuk melompat dari tingkap tersebut.

Mengangkanginya dan menuruni anak tangga tanpa menghiraukan isi biliknya mungkin akan dilihat oleh orang lain.

Setibanya di perbatasan cahaya lampu dan kegelapan, di mana sang pengemis buta dan ularnya berada, dia ter pegun lagi. Dia memandang ke kiri dan kanan. Mencari sesuatu dan seseorang yang telah dilihatnya tadi.

Ke mana pula dia pergi

Dia benarbenar tidak faham. apakah ilusi sahaja yang mencairkan ketabahannya adakah khayalan sahaja yang memben tangi dan membayangi penglihatan atau adakah itu sebagai petunjuk bahawa tugas seterusnya, lebih sukar dari jangkaan asal

Segala persoalan tersebut dibiarkan tanpa jawapan.

Mata pisau itu direnungnya lagi. Perlahanlahan dia meng ukirkan sebuah senyuman. Perlahanlahan dia me langkah meninggalkan tempat tersebut. namun hatinya masih berbunga dengan kekecewaan. Untuk pertama kali dalam sejarah hidupnya selaku pembunuh, mangsanya masih mampu tersenyum sekalipun keseluruhan mata pisau bergerigis telah menusuk badan.

Pun begitu, dia tidak berminat langsung untuk meng habiskan kerjanya yang terbengkalai. Untuk sementara waktu, pengemis tua dan ular tedungnya dibiarkan hidup selesa.

Sedangkan di suatu tempat tidak jauh dari tiang lampu seorang lelaki tua bersama seekor ular yang mem beliti pergelangan tangannya, terus memandang per gerakannya bersama desiran dan senyuman.