KILL ME WITH LOVE - 8
SEPI malam kian terasa. Linda tidak dapat melelapkan mata. Di ranjang mewah itu dia berguling resah, sebelum bangun dan membawa dirinya ke tingkat bawah rumah banglo milik Dato Salihin.

Datin Zora sudah lama dibuai mimpi. Begitu juga dengan Dato Salihin. Rumah banglo besar itu terasa kosong. Hanya dihuni lima orang manusia, termasuk dua orang pembantu rumah. Khairul Rasheed jarang sekali pulang. Dia punya kehidupannya sendiri.

Dia berdiri seorang diri di tengah-tengah ruang tamu yang kaku membeku. Perabot-perabot besar yang memenuhi setiap ruang rumah itu terasa begitu mengganggu. Fikirannya berserabut. Entah berapa lama dia akan berada di rumah itu. Dia masih menunggu. Menunggu selesainya kes pembunuhan Martin. Namun hingga kini kes itu belum selesai. Semua harta benda Martin masih dalam proses penyerahan hak milik.

Dia akan mewarisi sebahagian besar dari harta-harta tersebut.

Tiba-tiba muncul satu hasrat dalam hatinya. Hasrat yang penuh dengan kegilaan. Dia bergegas naik ke bilik, menukar baju dan berlari turun semula. Kunci kereta yang berderet di tepi pintu utama dicapai. Dipilih secara rambang. Dia tidak peduli. Mana-mana kereta yang terbuka dia akan masuk dan memandunya keluar dari rumah banglo itu.

Dia masuk ke garaj. Deretan empat buah kereta yang mewah belaka, tersadai kaku. Dia menekan punat kunci di tangan. Lalu masuk ke kereta BMW putih. Dia terus memandu keluar. Hanya satu tempat yang muncul diingatannya kala itu. Puduraya.

Dia terus memandu membelah malam yang sudah hampir ke dinihari. Jalan raya hampir-hampir lengang, tiada kenderaan. Dia membesit laju umpama berada di litar lumba kereta. Akhirny,a tiba juga dia di Puduraya. Dia masuk ke terminal.

Suasana di terminal agak lengang, tetapi masih ada orang yang menunggu bas. Ada juga yang tidur di bangku-bangku yang kosong. Dia turut duduk di salah satu bangku. Dia duduk sendiri sambil termenung jauh memerhati sekeliling.

Seorang wanita seusia dengannya, memandang sekilas padanya. Dia tersenyum ramah, Nak balik mana Wanita itu kehairanan kerana dia hadir ke situ tanpa sebarang beg pakaian.

Err, tak... Dia teragak-agak.

Tunggu orang yang akan tiba agaknya

Ya, tunggu anak saya, akuinya sambil tersenyum.

Benar. Dia menunggu Kharlissa. Di sini dia meninggalkan anaknya enam belas tahun yang lalu. Dia menyesal atas tindakan bodohnya itu. Tapi jika dia menangis air mata darah sekali pun, dia tidak akan dapat menemui Kharlissa. Kharlissa sudah tidak ada. Kharlissa sudah hilang buat selama-lamanya.

Wanita yang menegurnya tadi tersenyum.

Saya juga tunggu anak. Dia balik malam ni dari UUM, Sintok. Kejap lagi tiba la tu, katanya sambil merenung jam.

Kau bertuah! Bisik hati Linda. Anak kau akan tiba... tapi anakku Entah di mana anakku. Aku bersalah padanya. Aku berdosa kerana meninggalkan dia. Aku terlalu mengikut kata hati. Aku bodoh!

Air mata Linda tergenang. Dia cuba menahannya. Malu menangis di hadapan wanita itu.

Nama saya Halimah. Awak

Saya Saodah, Entah mengapa dia menyebut nama asalnya.

Nama yang sudah lama tidak digunakan. Dia senang menggunakan nama Linda. Kebanyakan orang mengenalinya dengan nama tersebut.

Odah memang orang sini ke tanya Halimah, terus sahaja membahasakan diri Linda dengan panggilan Odah.

Panggilan biasa bagi Linda suatu masa dahulu. Panggilan Odah itu buat Linda merasakan Halimah sudah menjadi kawannya walaupun baru beberapa minit mereka bertegur sapa. Halimah ingin memanjangkan perbualan supaya kebosanan menunggu dapat dielakkan. Dia tertarik pada wanita di sebelahnya itu. Berwajah cantik, walaupun sudah mencapai angka empat puluhan.

Ya. Buat masa sekarang saya duduk di Gombak.

Taman Setia.

Oh! Tempat orang kaya-kaya tu. Banglo besarbesar.

Linda tertawa mendengar kata-kata Halimah.

Tak lah! Biasa je. Lagipun tu rumah ibu bapa saya.

Halimah berkerut sedikit. Tetapi dia tidak bertanya apa-apa. Dia hanya tersenyum dan berkata, Rasa macam kita ni sebaya. Tapi gaya Odah sangat elegen. Kulit cantik.

Apa jenis rawatan muka yang Odah amalkan

Hmm, saya tak adalah pakai apa-apa. Cuma selalu cuci muka bersih-bersih sebelum tidur. Lepas tu jangan makan makanan berminyak.

Halimah mengangguk. Kemudian mereka terus berbual kosong. Perkara-perkara wajib yang disentuh seperti shopping di mana, suka jenama apa dan suka makan di mana. Sudah melancong ke mana dan lainlain hal remeh-temeh orang perempuan. Itu semua akan menggambarkan status kehidupan seseorang. Tidak sedar sejam telah pun berlalu.

Mereka diam sejenak kala terdengar suara pengumuman tentang ketibaan bas ekspress dari utara.

Bas anak saya dah tiba, kata Halimah dengan wajah ceria.

Anak Odah belum sampai lagi

Linda menggeleng. Hatinya terasa pedih. Namun dia cuba memaniskan wajah dengan senyuman. Hati di dalam bagaikan menangis.

Tidak lama kemudian anak perempuan Halimah tiba dengan beg pakaian yang agak besar. Terus sahaja Halimah bangun menyambut kedatangan si anak. Anak perempuan yang bertudung litup itu memeluk dan mencium pipinya. Ceria sekali wajah Halimah.

Linda memerhati dengan hati cemburu. Rasa cemburu yang bersalut dengan kesedihan. Tergenang air matanya sewaktu terdengar perbualan mesra ibu dan anak itu. Halimah berlalu bersama anak perempuannya. Tetapi kemudian dia berpatah semula ke belakang, mendapatkan Linda.

Maaf Odah. Saya terlupa. Dah jumpa anak terlupa segalanya. Sebenarnya saya suka berborak dengan Odah tadi. Bagus juga kalau kita bertukar-tukar nombor telefon. Boleh tambah senarai kawan-kawan.

Linda mengangguk. Apa salahnya memiliki kawan baru. Dia pun tidak ada begitu ramai kawan. Mereka bertukar-tukar nombor sebelum berpisah.

Linda memerhati kelibat Halimah dan anak perempuannya bergerak meninggalkan terminal. Hati Linda tersayat. Air mata yang ditahan akhirnya berjuraian jatuh. Kesepian hati dirasai kembali. Tiada teman untuk berbual. Tiada anak untuk menemani.

Dia seperti ingin meraung di situ juga. Tetapi rasa malu mengatasi segalanya. Linda terus duduk di situ, akhirnya dia tertidur. Tidur dalam keadaan duduk. Dia hanya tersentap apabila mendengar suara orang ramai. Puduraya sudah hidup kembali dengan orang-orang yang lalu-lalang. Dia bangun, bergegas pulang. Pasti Dato Salihin suami isteri pelik ke mana dia menghilang sepanjang malam.

Benar sangkaannya. Dato Salihin hairan melihat dia masuk melalui pintu utama pada awal pagi. Ketika itu dia sedang bersarapan.

Lin dari mana tanya Datin Zora.

Di wajahnya terpamer segumpal kerisauan melihat wajah Linda yang letih tidak bermaya. Dia masih mengantuk akibat tidak cukup tidur.

Errr... Saya keluar. Pergi ambil angin.

Kedengaran janggal jawapannya. Dato Salihin hanya mengerut kening.

Mari lah kita sarapan, ajak lelaki itu.

Ada sesuatu yang papa nak cakap dengan Lin.

Apa dia, pa tanya Linda sambil menarik kerusi untuk duduk.

Dia menuang sendiri minumannya. Kemudian mencapai sekeping roti dan menyapunya dengan nutella.

Apa rancangan masa depan kau, Lin Martin dah tak ada. Kau nak tinggal di sini atau balik ke US

Belum sempat Linda menjawab, Datin Zora bersuara, Mami lebih suka kalau Lin duduk di KL. Tak payah balik ke sana. Lagipun kau takkan tahan duduk sana sorang-sorang. Di sini ada kami. Ada Kay. Kau boleh cari anak kau, Lin.

Barang-barang saya masih banyak kat sana. Semuanya ditinggalkan begitu saja. Saya memang kena balik sana juga. Tapi tak pasti bila.

Peguam Martin ada telefon

Ada. Katanya kes Martin belum selesai. Tapi Jackson macam tak sabar nak selesaikan pembahagian harta-harta dan saham syarikat. Saya wakilkan peguam saja untuk urus semuanya. Lagipun rasa macam nak lepaskan saja saham-saham Martin pada Jackson.

Jangan jadi bodohlah Lin! Saham tu diwariskan kepada kau kan tanya Dato Salihin inginkan kepastian.

Jangan serahkan macam tu saja pada Jackson. Untunglah dia. Sekurang-kurangnya jual, ikut nilai saham syarikat. Syarikat Martin dan Jackson tu besar.

Ya, peguam dah baca wasiat Martin. Tapi saya tak tahu apa-apa pasal bisnes, papa. Jackson ada telefon dan pujuk saya lepaskan saham tu kat dia. Saya fikir, saya pun tak ada pewaris, lebih baik saya lepaskan saja. Lagipun tu semua usaha Martin dan Jackson. Saya tak pernah terlibat pun.

Linda! Siapa kata kau tak ada waris. Anak kau ada.

Ya, betul tu! Anak kau ada Lin. Cuma dia tak ada depan mata kau saja.

Tapi di mana anak saya Mungkin anak saya dah

mati! Air mata Linda merembes.

Ya Allah! Janganlah cepat putus harapan Lin. Jangan putus asa dalam berdoa. Teruskan usaha. Mengadu pada Allah. Allah Maha Penyayang. Dia akan tunjukkan jalan dengan mudah, nasihat Datin Zora.

Setakat ni kau belum sign apa-apa dokumen kan Kau bercakap dengan Jackson di telefon saja kan

Linda mengangguk. Sejak pulang ke Malaysia, sudah beberapa kali Jackson menelefon, memujuknya dengan lembut. Malah Jackson menyatakan dia akan datang menemui Linda di Kuala Lumpur. Linda melarang. Dia akan ke Amerika untuk menguruskan segalanya. Tidak perlu menurutinya hingga ke sini.

Semua aset akan dijual. Tinggalkan segalanya. Pulang ke Malaysia untuk memulakan hidup baru. Entah hidup baru yang bagaimana dia belum pasti. Dua kali sudah dia bersuami. Perkahwinan pertama menemui kegagalan. Suaminya pergi, terus hilang bagaikan ditelan bumi. Suaminya yang kedua juga begitu. Memang jelas kematiannya yang tragis. Martin sama seperti Yusuf Takamura, pergi tanpa pesanan.

Dengar nasihat papa. Walau apa pun, jangan tandatangan apa-apa dokumen sebelum disahkan oleh peguam papa. Biar peguam papa teliti dulu segalanya. Nanti bila papa ada masa, kita sama-sama ke Amerika. Kalau kau tak mahu semua harta-harta tu, letakkan pewaris ke atas semua harta peninggalan Martin. Pewaris tu... anak kau Lin!

Linda menggigit bibir. Roti di tangan masih belum dimamah walau sedikit. Dia terdiam lama. Nasihat Dato Salihin meresap ke hati sanubari. Cepat otaknya mencerna kebenaran kata-kata bapa angkatnya itu. Harta-harta itu untuk anaknya. Untuk Kharlissa. Dia akan mencari Kharlissa.

Ya, papa. Saya rasa semua yang papa cakapkan tu betul.

Papa gembira, kau dengar nasihat papa, kata Dato Salihin sambil tertawa kecil.

Datin Zora juga tersenyum senang.

Apa kata lepas ni kita pergi spa. Tengok rambut Lin tu dah tak terurus.

Bagus juga mami, sambut Linda sambil tersenyum.

Ceria jua hatinya apabila mendengar cadangan Datin Zora. Menghabiskan waktu bersama wanita itu membuat hati Linda lupa sejenak pada masalah yang mengintai hidupnya.