A.I.D.S. - 8
Di luar salji telah mulai turun dengan galak. Bumi sudah dibajui keputihan merata. Musim yang merimas-kan kembali ke tempat bersemayamnya. Tiada siapa yang menyukai musim dingin. Kata orang musim ini musim jahat! Musim jahat yang rakus menyentap nyawa golongan homeless yang banyak berkeliaran di kawah kotaraya New York kerana mengemis. Dan sebab itulah musim salji ini dibenci. Banyak juga sebab-sebab lainnya. Namun yang paling utama ialah kegelojohannya membiarkan dan bekerjasama dengan malaikat maut untuk mencabut nyawa sekian ramai manusia untuk berpindah ke alam gemuluh.

Di dalam, sanak saudara kian ramai berhimpun. Seisi rumah sudah padat. Bukan setakat padat tetapi riuh dan kecoh juga. Di dapur, Mak Cik Jill, Janet dan orang perempuan sibuk menyiapkan hidangan malam menjelang Krismas. Mulut mereka juga tidak duduk diam. Ada sahaja yang dibualkan dan kemudian apabila lucu mereka ketawa beramai-ramai. Isu paling hangat. J.C kini berlainan! Di ruang tamu, kanak-kanak mengilai dan menjerit bermain di situ. Mulut mereka juga penuh. Sekejap-sekejap bermain Jack and Jill dan kalau jemu berubah kepada Humpty Dumpty. Ada-ada sahaja budak-budak itu. Semuanya cucu Pak Cik Bruce dan Mak Cik Jill.

Di atas sofa, J.C menggeresah. Dia sebentar berdiri dan sebentar pula duduk. Dalam benaknya kerusut berlapih. Dia gagal berfikir secara rasional. Dan tambah dikenang dan diingat, bertambah dia celaru. Takut menerpa datang berani mengagahnya.

J.C membayangkan Norman di hadapan matanya. Perasaannya bercampur-aduk. Cinta, benci, buntu, takut dan ingin dibelai. Cuma perasaan kacau itu makin berlipat ganda tatkala matanya terbayang pula wajah Pak Cik Bruce. Kata-kata hina daripada mulut orang tua itu terhadap masyarakat gay cukup menggusarkannya. Dia sampai ke kemuncak buntu sewaktu muka Baizura pula muncul mengganggu diri. Dia rasa terkongkong segala-galanya.

J.C mari kita ke meja makan. Semuanya sudah pun siap. Ajak Jason. J.C terganggu khayalannya. Dia tersenyum kepada sepupunya. Ya, mari.... Balas J.C sambil mengekori Jason ke meja makan.

Hoooo, Krismas paling meriah, paling meriah, palinnggg meriah!! Pak Cik Bruce menyambut J.C di meja makan. Kanakkanak sudah duduk tertib memerhatikan hidangan. Mak Cik Jill, Janet dan suaminya Bill, Tom dan isterinya Whitney, juga Jason kelihatan gembira tanpa keresahan apa-apa.

Ya, ya. Krismas paliinggg istimewa. Sambut Tom dengan ketawa-ketawanya yang panjang. Semua dapat berkumpul! Mak Cik Jill pula menyampuk. Dia turut mengiakan.

Oooo abang J.C adalah hadiah Krismas paling istimewa. Dia kan menetap di sini! Jason separuh menjerit. Dan semua ketawa tanpa kelucuan. Cuma meraikan kebenaran kata-kata Jason.

Buatlah permintaan J.C dan pejamkan matamu! Janet menganjurkan. J.C merenung tepat Janet. Dia patuh sahaja dan matanya dipejamkan rapat.

Buatlah satu permintaan sempena Krismas ini. Kata Pak Cik Bruce lagi. Dia mengulang anjuran Janet.

J.C dapat melihat gelap. Kemudian perlahan-lahan ada cahaya yang silau hadir. Entah bagaimana dia berasakan takut. Kini suara Bill pula. J.C buatlah permintaan.

Di matanya kini wajah Norman yang jauh di Malaysia. Dia dapat mendengar Norman berkata-kata, Kau tidak cintakan aku lagi

Kenapa kau berubah J.C Aku sanggup berkorban apa sahaja untuk kau! Dan J.C mendengar lagi, Kau juga menolak untuk bercumbu dengan aku sekian lama. Kenapa Apa permintaanmu Suara Whitney halus kedengaran.

J.C membuka mata. Dia tersenyum. Tidak perlu kalian tahu. Satu permintaan yang besar dan rahsia.

Woooww! Tentu hebat! Kata Jason disambut ketawa merendah Tom.

J.C tidak mendengar kata-kata Jason. Dalam kepalanya wajah Pauletta terbayang. Pauletta berwajah bengis menjerit lantang kepadanya, Yaa, kanser yang mengambil kesempatan. Aku maklum sangat J.C, yang KS ni boleh merebak secara mendadak dan boleh juga hilang sedikit demi sedikit. Cuba kau bayangkan kalau ia boleh berada di leher, apa kata ia tiba-tiba wujud di muka kau Mana lagi kau nak sorokkan Dengarlah nasihat aku ni. Letaklah jawatan kau. Tak rugi apa-apa pun.

Dan J.C kembali ke meja makan, di hadapan hidangan. Pak Cik Bruce sedang menuangkan wain merah ke dalam gelas setiap orang. Pak Cik Jill dan Janet becok mulut memarahi kanak-kanak yang tidak tahu duduk diam. Bill pula berbual dengan Jason. J.C merenung muka setiap orang. Namun mereka tiada di hadapan matanya. Yang ada ialah Doktor Faridah, dia tersenyum dan perlahan membisikkan, Apa Norm Sampai bila kau nak sorok Eh, kau bukan lagi pembawa kuman HIV. Kau tu pesakit AIDS J.C. Kau tak wajar merahsiakan ini. Dan aku hairan bagaimana kau boleh menyimpan benda ni sampai makan bertahun-tahun.

Cheers! Gelas-gelas itu berlaga beiringan dengan gelak tawa yang memanjang. J.C meneguk wain merah tersebut perlahanlahan. Dia mengercitkan matanya lantas wajah Doktor Faridah kembali, Kau ni pentingkan diri. Kau tak pernah fikirkan Norm dan keluarga kau.

J.C kau tak nak makan Mak Cik Jill menegur mesra.

Oooo, biarkan saja saya akan ambil sendiri.

Kau mesti makan lebih-lebih J.C. Kau kurus sekali. Mak Cik Jill menekankan nada suaranya.

Ya, ya. J.C menyambut mangkuk salad dan ayam panggang yang dihulurkan kepadanya dan memenuhkan pinggan sendiri.

J.C menyenduk kentang lenyek seraya benaknya menggambarkan Baizura di hadapan. J.C apa dah jadi Kau kurus betul dan pucat macam mayat. Kenapa J.C terdengar lagi, bagaikan talun ia berulang-ulang, Kau kerja keras ya Tengok sampai tak jaga makan minum. Kurus betul.

J.C apa rancangan kau selepas ni Suara Tom di cuping telinganya. J.C segera tersedar dan sambil tersenyum, dia membalas perlahan. Buat masa ni belum ada lagi.

Kenapa tidak kahwin saja Sampuk Whitney pula. Pak Cik Bruce yang sejak tadi melayan cucu-cucunya yang nakal metah tiba-tiba ketawa panjang. Begitu juga Mak Cik Jill.

Ya, benar kata Whitney. Bila lagi Pak Cik Bruce bernada mengusik.

Errr, saya belum fikirkan. J.C teragak-agak sahaja. Di hadapannya wajah Zhi Cheng muncul mengganggu. Nenek itu berbisik halus, J.C kau tak akan dapat lari ke mana-mana lagi. Kau berani Kalau kau tidak bacul dan pengecut maka kau mesti buktikan.

Ya, habiskan sajian cepat-cepat. Kita ke ruang tamu dan masanya untuk bertukar-tukar hadiah. Pak Cik Bruce mengeluarkan arahan. J.C menyudu salad laju-laju. Seleranya tidak tumbuh lagi, dia memaksa juga untuk makan dan menyumbat hidangan ke dalam mulut.

J.C mengutip kembali kata-kata Pak Cik Bruce tempoh hari, Gay sudah terlalu bebas meruntuhkan moral di sana sini. Menjijikkan! J.C menyuap kentang sambil mengingat kembali kata-kata hina yang meletus daripada Pak Cik Bruce, Mereka ini seperti anjing kurap!

Setelah selesai makan, mereka semua melangkah masuk ke ruang tamu semula. Diheret bersama borak-borak kosong dan gelak ketawa.

Oooopsss! Tolong senyap, tolong senyap dan beri perhatian. Aaaa, sila ambil tempat masing-masing. Duduk sahaja di manamana. Jason berlagak sebagai seorang pengerusi majlis.

Pak Cik Bruce dan Mak Cik Jill duduk sebelah menyebelah. Whitney dan Tom manakala Janet dan suaminya, Bill. Kanakkanak sudah bising berkejar-kejaran di tingkat atas semula. J.C duduk di bangku tunggal tidak jauh dari tempat Jason berdiri.

Seperti biasa sebelum kita bertukar-tukaran hadiah dan mempereratkan kekeluargaan ini, kita akan berucap dan tidak dapat tidak orang yang pertama ialah ayah dan mak. Silakan

ayah....

Pak Cik Bruce menarik nafas dalam sebelum merenung seorang demi seorang dan dia berhenti lama pada wajah J.C. Ini benar-benar menggelisahkan. Orang tua itu bersandar dan membetulkan cermin matanya. Dia berdehem beberapa kali lalu tersenyum kecil.

Sungguh beruntung aku. Lihat sahaja malam ini, aku sudah tua tetapi di sisi aku ialah seorang isteri yang setia, anak-anak yang kenal diri dan seorang anak saudara yang mengenang jasa. Apakah yang lebih baik Aku tidak fikir ada yang lebih baik dari ini semua. Sebab itulah aku bersebab untuk berasa gembira dan meraikan hari Krismas yang istimewa ini. Pak Cik Bruce menghela nafas dalam dan menyambung lagi.

Syukur kepada Tuhan yang telah memberi segala-galanya yang aku perlukan di dalam hidup ini. Entah Krismas akan datang kita akan dapat berhimpun atau tidak seperti malam ini. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk memberi satu pesanan penting: Kalian adalah keluarga, jaga itu baik-baik dan kedua kalian janganlah melupakan ajaran agama dan gereja. Jangan sekali-kali meruntuhkan moral diri....

J.C menyandar pada dinding. Punggungnya masih tetap pada bangku, mata pula tidak berkedip memerhatikan Pak Cik Bruce. Kata-kata itu seolah ditujukan kepadanya. J.C cuba mengosongkan kepalanya. Namun dia ternyata gagal.

Kalian telah dididik dengan penuh kasih sayang dan cukup unsur-unsur pertahanan untuk menghadapi cabaran. Semoga Krismas ini dimengertikan oleh kalian tujuannya. Sekian.

Ya, mak boleh sambung terus.

Mak Cik Jill tersenyum keibuan. Emmm, tidak ada apa yang mak ingin nyatakan di sini. Cukuplah dari ayah kalian tadi. Err, cuma mak berasa gembira kerana semua orang dapat menghadiri perhimpunan tahunan keluarga ini. Mak rasakan ini adalah Krismas yang paling berharga di dalam hidup.

Mak Cik Jill tersenyum lagi, dia merenung wajah setiap orang, Terima kasih.

Jason membalas senyuman ibunya. Terima kasih ayah dan mak, errr, kita teruskan majlis. Kita serahkan kepada orang jauh, J.C.

J.C terperanjat sedikit. Wajah Jason ditenungnya lama. Dalam kepalanya, Doktor Faridah muncul entah dari mana, J.C aku yakin sebelum kau mengambil ELISA dulu tentu kau dah dapat kaunseling. Aku tahu cabarannya J.C, tapi kau mesti hadapi. Meskipun seorang diri.

Ya, J.C berilah sedikit ucapan. Kata Tom pula, matanya tidak lepas dari J.C.

Doktor Faridah masih di hadapannya, Kau bukan orang sihat. Balik dan maklumkan juga kepada keluarga. Take it, jangan pertikaikan lagi J.C.

Kenapa J.C, kau tak mahu beri ucapan Tanya Anderson.

Suara Pauletta kedengaran terngiang-ngiang. Jangan terlalu lama membuat persediaan J.C. Masa berjalan pantas. Cukup cepat. Esok-esok apa pula penyakit sampingan yang akan kau

deritai.

J.C kau sakit Mak Cik Jill pula mencelah. Wajahnya bimbang.

J.C kau tak nak beri ucapan Janet dengan muka yang manis, tidak berkelip memerhatikan.

Debar di dada J.C berombak kencang. Wajah Pauletta, Doktor Faridah dan Norman bersilih ganti. Dia dapat merasakan yang masanya telah tiba.

J.C menghirup nafas, menetapkan fikiran dan meneguhkan azam, membuang getar, mencacak keyakinan dan memijak azam. Dia merenung wajah Jason kemudian Janet dan Bill. Setelah itu matanya beralih kepada Pak Cik Bruce dan Mak Cik Jill, akhir sekali kepada Tom dan Whitney. Dia kembali merenung Pak Cik Bruce dan dia menyimpulmatikan keberanian. Sekali lagi wajah Pauletta dan Doktor Faridah hadir mendesak keyakinan diri.

Maaf.

Maaf Tanya Pak Cik Bruce kembali.

Ya, maaf. Saya J.C, saya seorang gay. Err, dan saya menghidapi AIDS.

Mulut masing-masing terlongo. Mata J.C menentang mata pak ciknya. Ada api amarah yang menyala-nyala di dalamnya.

Saya gay dan saya ada AIDS!

***

Malam merangkak dalam kepayahan menuju fajar. Telah lewat dua puluh minit setelah jam satu pagi. Namun suara burungburung hantu, entah dari mana datangnya di hutan batu ini bersahut-sahutan. Tidak endah malam yang kian larut. Suara kucing-kucing liar yang mengiau, mengawan barangkali, menghingarkan lagi suasana malam. Dan tambah kacau, ada bunyi siren polis setiap seminit yang berlalu. Siapa tidak kenal New York Sarang penjenayah!

Bruce Olvis masih belum tidur. Dia cuma merenung siling kamar tidurnya. Dia merenung tanpa berkelip mata. Benak dan perasaannya nyata terganggu. Dia kacau metah.

Kenapa J.C

Heater cukup menghangatkan, namun di hatinya ada sesuatu yang lebih membara. Pertama, pengakuan J.C pada malam menjelang Krismas dan kedua, sikap isterinya yang menyokong dan mempertahankan J.C. Sikap isterinya ini menjadi punca tercetusnya pertengkaran besar. Bruce menoleh ke arah isterinya. Perempuan ini aman tidurnya. Jill kelihatan begitu nyenyak. Semacam tiada apa-apa yang boleh digusarkan.

Bruce menitiskan air mata. Entah buat kali ke berapa. Namun tidak pernah dizahirkan di hadapan Jill ataupun anak-anak. Segenggam malu terbuku di dada. Hati remuk. Dia dapat melihat percikan sinar mata paderi di gereja pada setiap pagi Ahad. Mampukah dia menentangnya Kabur sekali! Dia seperti sedang menipu dan mengkhianati paderi-paderi di gereja. Aktivis anti homo menyimpan gay di rumah!

Kenapa J.C

Samudera resah kian bergelora. Ombak luka dan duka menggunung tinggi. Pilu menghempas pantai harapannya lalu berkubur menjadi pasir-pasir kekesalan. Jengkel hati ini. Bruce merenung wajah isterinya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Jill, Jangan biarkan J.C seorang. Kita biarkan dia menungkah belantara umpat dan keji, caci dan maki. Kita melihat sahaja penghinaan serta sindiran tajam yang datang bertalu-talu kepadanya. Ini semua sudah terjadi. Tidak boleh disalahkan sesiapa lagi. J.C seorang gay. Ya, sukar kita terima tetapi ia sudah terjadi, Bruce. Kita terima sahaja.

Bruce mengesat air matanya. Dan dia terdengar kembali, jawabannya, Apa Apa kau fikir aku tidak ada muka Bagaimana kau nak suruh aku berhadapan dengan paderi-paderi di gereja Seorang homoseksual! Dapat kau bayangkan betapa jijiknya. Seperti anjing! Mereka menjilat menyudu lelaki, sesama sendiri. Ahhh, kau jangan buat aku muntah Jill. Halaukan dia....

Bruce menyandarkan kepala pada dinding kepala katil. Bruce berasa jijik dan mual dengan kebiasaan masyarakat gay. Dapatkah diterima satu golongan yang melepaskan syahwat ciptaan Tuhan kepada seorang yang sama jenisnya.

Jill aku tak mahu terus simpan binatang ini di sini. Aku ada maruah sebagai manusia! Mata Bruce tajam kepada J.C yang terduduk kaku di sofa.

Apa maksud awak Jill pura-pura tidak mengerti.

Kau boleh pilih jalan hidup kau sendiri. Aku tak campur. Tapi jangan kau pijak lagi tangga rumah aku ni. Bruce merenung J.C dengan isyarat benci dan penuh hina. Barangkali kau telah lupakan Matt, Luke dan Jude. Kau telah padamkan Bible dari kepala kau.

Awak buang dia. Saya tidak. Dia tetap ahli rumah ini. Jill bersuara kembali. Tegang nada suara itu.

Kau lihat. Semuanya sia-sia. Dua puluh tujuh tahun dan dia sedang menghancurkan dirinya sendiri. Bruce memalingkan muka. Ada pedih yang mencucuk-cucuk di ulu hatinya. Semakin ditahan, semakin tidak terbendung dan tiba-tiba tanpa kesedaran, dia sudah tersedu-sedu. J.C gamam. Jill kelihatan tenang tetapi ada juga raut terkejut.

Bukan. Virus kejam itu yang bersalah....

Tidaakkkk!! Aku tak akan salahkan makhluk itu. Ia ciptaan Tuhan juga dan ia berhak untuk melakukan apa sahaja. Lihat kepada budak ini. Matanya kini mengarah kepada J.C yang duduk tunduk dan keras. Lihat dan cerminlah dia. Apa yang diperolehinya Apa yang kita dapat daripadanya Cuba kau beritahu aku. Ya, memalitkan arang ke muka. Bruce menarik nafas, mengesat air mata yang kian merosot. Kau fikir aku boleh menentang wajah paderi pada setiap hari Ahad Oooo, tidak!

Aku rasa bodoh. Bruce memanah tepat mata Jill dan dengan tegas, Aku rasa seolah-olah mempermainkan Tuhan.

Bruce duduk lemah dan tanpa maya. Siapa yang boleh menerima hakikat ini Tiba-tiba suaranya bergetar dan sayu. Seolah-olah berputus asa.

Seorang lelaki mabuk di jalan, seorang perempuan menjerit entah kenapa dan seekor anjing tidak sudah-sudah menggonggong menyedarkannya kembali dari lamunan. Bunyi siren pula sekali-sekala kedengaran semula. Jenayah memberek sentiasa. Bruce mengeluh. Dia mengemaskan gebar tebal yang membalut sebahagian badannya. Dia mendongak dan seperti ada sesuatu di atas sana, dia merua kecewa.

Kenapa J.C

Bruce resah dan kacau lagi. Dia tidak mengenali AIDS sebelum ini. Namun setelah terjadi apa yang tidak diingininya ini, dia segera mendapatkan maklumat menyeluruh tentang penyakit ini.

HIV atau Human Immunodeficiency Virus menyerang sel T dan sebahagian HIV memasuki sel T dan menjadi sebati dengan sel tersebut. Kemudian sel T sendiri akan membantu mengeluarkan kuman-kuman HIV untuk disebarkan ke serata pelusuk tubuh.

Kejam. Memang itu perkataan yang paling tepat. Akan tetapi kekejaman itu wajar kerana mereka mencari sendiri. Penagihan dadah dan homoseksual. Hubungan jenis sesuka hati, ah, patut sekali diseksa demikian. Cuma mereka yang tidak berdosa kerana kecuaian pemindahan darah sahajalah yang boleh dikasihani.

Pesakit AIDS akan mati 18 bulan setelah dijangkiti KS. Sependek itukah usia J.C Ah, persetan. Dicari sendiri!

Kenapa J.C

Esok, suatu demonstrasi anjuran gereja akan diadakan. Sengaja diadakan berhampiran satu lagi demonstrasi. Dia tahu benar, demonstrasi menyokong masyarakat gay. Bruce tersenyum mengejek. Tidakkah bodoh Bodoh kerana memperjuangkan amalan lesbian. Bagaimana ya Bagaimana perempuan bersenggama dengan seorang perempuan yang lain

Kenapa sebegitu bodoh J.C Bruce mengeluh.