Pada hari itu Lisa bakal menghadapi peperiksaan terakhir sebelum menamatkan pengajiannya di salah sebuah universiti perubatan tempatan. Hasil usahanya selama lima tahun akan ditentukan dengan long case yang akan dihadapinya sebentar lagi.
Dia berharap agar kes yang dihadapinya adalah kes Orthopaedics, iaitu berkaitan dengan tulang. Baginya kes ortho lebih direct jika dibandingkan dengan bidang lain. Namun dia pasti akan mengalami mimpi ngeri jika mendapat kes psikiatri kerana seperti biasa, para pelajar menganggap bidang ini suatu bidang yang rumit dan kompleks.
Norlisa Badli, sila ke depan.
Lisa bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah Kak Erin, salah seorang staf universiti itu.
Awak tandatangan dekat sini eh. Ni sticker awak. Kak Erin memberi penjelasan kepada Lisa sambil menyuruhnya menurunkan tandatangan di ruangan kosong di sebelah namanya.
Okey kak, terima kasih. Akak, saya takutlah. Doakan saya eh kak, kata Lisa sambil bersalaman dengan Kak Erin.
Ala, awak relaks je. Examiners semua baik punya. Awak tanya je patient tu apa awak nak. Okey Kak Erin cuba menenangkan Lisa.
Senyuman Lisa tidak dapat menghilangkan kegusaran yang jelas terpancar di wajahnya. Dia berjalan ke arah kerusi yang telah disediakan khas untuk calon-calon peperiksaan di ruang menunggu bahagian pesakit luar Hospital Serdang. Mereka dikawal ketat bagi mengelakkan sebarang kebocoran soalan dan kebarangkalian peniruan.
Biasanya Lisa seorang yang petah bercakap, namun dia hanya berdiam diri ketika itu.
Okey. Sekarang masa yang awak semua nantikan dah tiba. Sila berdiri di luar langsir mengikut nombor yang telah ditetapkan. Abang Fairuz memberikan arahan kepada calon-calon peperiksaan.
Setiap rotation mempunyai enam orang pelajar, dan pelajar akan diberikan nombor mengikut katil yang disediakan. Mereka tidak tahu pesakit dari bidang manakah yang bakal menjadi penentu hidup mereka sebentar nanti.
Setiap pelajar diberikan masa selama satu jam sebelum awak present dengan examiners masing-masing. Abang Fairuz memberikan penjelasan selaku wakil dari unit peperiksaan.
Masa bermula sekarang, all the best.
Kata-kata daripada mulut Abang Fairuz adalah green light untuk Lisa memulakan sesi temu bual bersama pesakit. Lisa menyelak langsir sambil membaca bismillah agar urusannya pada hari itu dimudahkan oleh Yang Maha Berkuasa.
Dia masuk ke medan peperangan itu bersenjatakan ilmu dan pengalamannya. Lisa melihat seorang pesakit wanita yang duduk bersahaja di atas kerusi. Katilnya kemas seperti tidak diusik. Dia hanya berseluar jeans dan memakai blouse biru berserta tudung bawal berbunga. Hint yang dicarinya tidak kelihatan. Tiada sebarang alat yang disediakan di atas meja pesakit.
Aduh, sah! Ni mesti patient psy! Matilah aku! Getus Lisa dalam hatinya. Dia sedaya upaya cuba mengingat kembali template untuk menemu bual pesakit psikiatri.
Er, assalamualaikum, Puan. Saya Lisa, pelajar perubatan tahun akhir. Saya nak tanya puan soalan sikit ni puan, pasal penyakit puan. Boleh ke soal Lisa gugup.
Boleh-boleh, silakan. Senyuman manis yang diberikan oleh Puan Mona sedikit sebanyak melegakan Lisa.
Puan tahu ke puan sakit apa Lisa menyoal direct kepada Puan Mona bagi menjimatkan masa.
Sebenarnya saya malu nak cakap. Tapi tak apalah, sebab awak exam kan, saya beritahu jelah. Saya datang sebab doktor psikiatri yang suruh, Puan Mona bercakap sambil menundukkan mukanya.
Oo.. tapi boleh saya tahu kenapa puan kena jumpa doktor soal Lisa. Kertas A4 yang dipegangnya masih kosong, tidak bertulis. Entahlah doktor, saya pun tak tahu kenapa.
Lisa semakin bingung, cuak dan bimbang. Dia melihat jam di tangannya. Lima minit sudah berlalu.
Puan, saya minta maaf sangat tapi saya memang perlukan maklumat daripada puan, lagipun saya tak banyak masa sangat ni, Lisa cuba memujuk Puan Mona untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Masa sejam yang diberikan bukanlah satu tempoh yang panjang. Ia akan beredar tanpa disedari.
Doktor ada cakap saya ni suka buat benda sama je ulang kali. Satu permulaan yang baik, getus hati Lisa.
Boleh puan ceritakan dari awal apa yang berlaku
Saya perasan yang saya jadi lain sikit tu masa saya Form 5, nak dekat SPM. Saya selalu cuci tandas berulang-ulang kali. Kadangkadang kalau mandi pula, ambil masa satu dua jam. Kalau nak duduk atas kerusi pun, saya akan lap banyak-banyak kali sebelum duduk.
Oo macam tu... boleh saya tahu tak kenapa puan buat semua tu banyak kali
Saya rasa macam tandas tu tak bersih kalau basuh sekali je. Kalau saya mandi pun mesti kena sabun banyak kali sebab rasa badan ni kotor sangat. Tak boleh tahanlah.
Sampai sekarang ke jadi macam ni puan soal Lisa. Dia mencatat setiap butir penting mengenai Puan Mona mengikut template yang dipelajarinya.
Sekarang dah kira okey sikitlah. Sebab doktor bagi ubat kan.
Tapi ada tak puan tak makan ubat yang doktor bagi tu
Tu lah masalahnya, lepas anak sulung saya tu lahir, saya ingatkan dah baik dah sakit saya ni. Jadi saya pun stop lah makan ubat. Tengok-tengok lepas anak kedua saya lahir, dalam dua tahun lepas tu, keadaan saya jadi teruk balik. Saya pun asyik fikir je saya ni boleh tak jadi ibu yang baik.
Puan ada perasan tak sesiapa dalam family puan ada masalah macam ni juga
Ada, ayah saya. Ayah saya ni jenis yang tak boleh tengok barang bersepah, dia kena susun barang-barang ikut warna dan saiz. Kalau tak sama, apa akan jadi puan soal Lisa.
Dia akan susun banyak kalilah. Selagi tak sama, dia takkan buat benda lain, jawab Puan Mona dengan nada yang sederhana. Riak wajahnya kelihatan risau, seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
Habis tu, ayah puan tak ada jumpa doktor ke
Ada, tapi tak sampailah tahap makan ubat. Dia boleh control lagi, tak teruk macam sayalah doktor, kata Puan Mona.
Lisa menulis point penting itu di atas kertas. Dia tidak mahu tertinggal point itu kerana ianya penting untuk pembentangan nanti. Sedang asyik Lisa menulis, Puan Mona mendekatkan mukanya ke arah muka Lisa secara tiba-tiba sambil bertanya, Tapi kan doktor, doktor rasa sakit saya ni boleh sembuh tak Bahaya ke sakit saya ni doktor
Terkejut Lisa dengan tindakan Puan Mona secara tiba-tiba itu.
Er, hurm... puan tenang dulu. Insya Allah, selagi puan makan ubat puan dan jumpa doktor seperti yang diarahkan, penyakit puan ni boleh dikawal. Lisa cuba memberikan jawapan yang selamat.
Dia melihat jam tangannya. Masanya berbaki 30 minit. Dia cuba mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada Puan Mona. Setelah berpuas hati dengan segala maklumat itu, dia membuat mental state examination (MSE) dan pemeriksaan fizikal umum kepada Puan Mona. Dia juga mendapati bahawa tangan Puan Mona kering dan mempunyai tanda-tanda ekzema.
Okey, masa awak tinggal lima minit lagi, sila check buat kali terakhir ya.
Suara abang Fairuz kedengaran di sebalik langsir itu. Lisa dengan pantas membuat rumusan mengenai penyakit yang dialami oleh Puan Mona. Dia menggunakan masanya yang hanya berbaki dua minit itu untuk berlatih bagi mengelakkan dirinya gugup di hadapan examiners nanti.
Lisa seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Puan Mona sebelum melangkah keluar dari tempat itu. Dia membuat persediaan mental yang terakhir sebelum bertemu dengan jeneral perang yang sebenar.
Mujurlah dia dapat menyampaikan case dan menjawab semua pertanyaan examiners dengan baik.
Yuhu! Akhirnya aku dah bebas! Ikutkan hati Lisa, ingin sahaja dia menjerit sekuat hati di situ juga. Tapi agak-agaklah kan..
Lisa berasa bebas, seperti burung merpati putih yang baru dilepaskan dari sangkar. Kini, terbang di langit biru yang luas. Yelah, dia terpaksa menanggung seksa mental dan jiwa raga bagi bersedia menghadapi peperiksaan profesional ini selepas berbulan-bulan lamanya. Bukan sahaja terpaksa berkorban masa dan tenaga, malah makan minum juga tidak teratur. Dia juga terpaksa melepaskan peluang untuk menunaikan umrah bersama keluarganya dek persediaan yang perlu dilakukan.
Namun, Lisa merasakan sesuatu dalam hatinya. Dia berasa agak terkilan kerana tidak dapat melayan pertanyaan Puan Mona dengan baik kerana Lisa sememangnya mengejar masa. Lisa hanya mampu berdoa agar Puan Mona dapat menjalani kehidupannya dengan lebih baik dan beliau tabah mengharungi hidupnya di samping keluarga tercinta. ****
Kecelaruan Obsessif Kumpulsif (Obsessive Compulsive Disorder OCD)
Puan Mona mengalami masalah OCD di mana dia merupakan seorang yang terlalu menjaga kebersihan sehingga menjejaskan kualiti hidupnya.
Apakah obsession dan complusive
Obsession:
1. Fikiran, bayangan atau imej yang kerap menghantui fikiran secara berulang-ulang sehingga menyebabkan kegelisahan dan ketidaktenteraman.
2. Anda berusaha untuk tidak berfikir mengenainya atau membuat sesuatu untuk melupakannya (compulsion).
Compulsion:
1. Kelakuan yang dilakukan secara berulang-ulang disebabkan ingin menghilangkan obsesi itu.
2. Kelakuan atau berfikir mengenai perkara lain dilakukan untuk mengurangkan kegelisahan.
Obsession atau Ompulsion juga memakan masa anda (contoh: lebih dari sejam sehari) atau menyebabkan masalah kepada kehidupan sosial, pekerjaan dan perkara yang lain.
Sebagai contoh, dalam kes Puan Mona, dia merasakan badannya sangat kotor dan tandas juga kotor. Perkara ini menyebabkan keresahan kepadanya (obsession). Jadi, Puan Mona mengambil masa yang lama untuk mandi (1-2 jam) dan mencuci tandas berkali-kali bagi menghilangkan keresahan yang dialaminya (compulsion). Salah satu kesan fizikal penyakit ini kepada Puan Mona dapat dilihat apabila tangannya mengalami tanda-tanda ekzema kerana tindakannya membasuh tangan berulang-ulang kali.
Kadar seseorang itu untuk menghidap penyakit OCD juga lebih tinggi apabila ada di kalangan ahli keluarga yang mengalami masalah ini. Puan Mona juga sering berfikir bahawa adakah dirinya boleh menjadi seorang ibu yang baik. Fikiran sama yang berulang-ulang juga boleh dikira sebagai obsession.
Jadi, usahlah terlalu idamkan yang sempurna, kerana tiada yang sempurna di dunia ini. Cukuplah dengan berusaha bersungguhsungguh. Jika usaha maksimum telah dilakukan, bertawakallah pula kepada-Nya.