Dr Pornthip juga seorang kakitangan kerajaan (Thailand) dan memegang jawatan Pengarah di Jabatan Perubatan (2001) yang terletak di bawah Kementerian Keadilan Thailand.
Dr Pornthip juga kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah di Central Institute of Forensic Science (2003) yang juga terletak di bawah Kementerian Keadilan Thailand. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat kepada Pengarah pada tahun 2008.
Mungkin atas kelantangannya dan tidak memberi mana-mana pihak berkepentingan ruang dan berpegang kepada prinsip keadilan, atas tekanan politik, beliau telah digugurkan dan kemudiannya hanya berkhidmat sebagai Ketua Penyiasat di kementerian yang sama.
Dalam hal kematian aku, amat malang kepada Dr Pornthip kerana setiap langkah yang diambil oleh keluarga dan peguamku demi mencari kebenaran akan dilanda kesukaran dalam bentuk intimidasi dan ancaman.
Pada 1 Januari 2010, pegawai SPRM Raub Ghani membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip dan menuduh pakar forensik itu membocorkan laporan forensik.
Berikutan itu, pada 5 Januari 2010, abang mendiang Meng Kee telah memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Raub kerana mendakwa laporan itu sengaja dibuat bagi mengugut Dr Pornthip daripada memberi keterangan berhubung bedah-siasat kedua terhadapku.
Jelas, SPRM beriya-iya takut apabila ada ruang kebenaran dibuka. Amat luar biasa seorang pegawai SPRM membuat laporan polis atas hasil kajian seorang pakar forensik bebas. Sudah tentu tindakan luar biasa pegawai itu menimbulkan syak wasangka bahawa SPRM cuba menutup kebenaran dan berniat menakutkan Dr Pornthip supaya tidak memberi pengakuan di mahkamah.
Mujur, Peguam Negara berpendapat tiada asas untuk mendakwa Dr Pornthip atas tuduhan membocorkan kandungan laporan bedah-siasat kedua.
Sepanjang tempoh inkues, taktik-taktik kotor dan fitnah dilempar ke atas keluargaku serta mereka yang ingin menegakkan keadilan inilah realiti keadaan politik di Malaysia di mana pihak berkuasa dan agensi kerajaan meneruskan agenda rejim Barisan Nasional yang tidak menghormati prinsip-prinsip demokrasi, akauntabiliti dan ketelusan serta hak asasi manusia.
Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng berkata bahawa tindakan pegawai SPRM yang luar biasa itu menimbulkan syak wasangka bahawa SPRM cuba menutup kebenaran dan berniat menakutkan Dr Pornthip supaya tidak memberi pengakuan di mahkamah.
Akhirnya juga, Peguam Negara berpendapat tiada asas untuk mendakwa Dr Pornthip atas tuduhan membocorkan kandungan laporan bedah siasat kedua.
Sepanjang tempoh inkues, taktik-taktik kotor dan fitnah dilempar kea rah keluarga mendiang serta mereka yang ingin menegakkan keadilan inilah reality keadaan politik di Malaysia di mana pihak berkuasa dan agensi kerajaan meneruskan agenda rejim Barisan Nasional yang tidak menghormati prinsip-prinsip demokrasi, akauntabiliti dan ketelusan serta hak asasi manusia.