Di awal-awal kehadiran Ramadan, aku tak tahu langsung yang masjid Tronoh ni menyediakan makanan berbuka. Sampailah satu petang aku lepak di bilik Malek. Malek dan budak-budak rumah dia tengah rancak berborak pasal lauk berbuka di masjid semalam.
Entah macam mana hari tu aku pun ikut sekali Malek pergi masjid
Tronoh untuk berbuka. Cun!
Lauk memang kaw punya sedap. Orang pula tak ramai. Ada beberapa kerat saja golongan brader. Yang lain semua warga emas. Ini memang paling cantik sekali dalam semua semua hal masa tu. Duit pun tak payah keluar tapi dapat makan sedap. Banyak pula tu. Dan paling penting, rahsia berbuka di masjid Tronoh jangan sampai terlepas pada kutu-kutu lain. Kalau rahsia terbarai, maknanya persaingan untuk dapat lauk banyak akan jadi lebih kompetitif! Silap-silap datang lambat, dapat makan nasi putih kosong je la. Padan muka!
Maka sejak hari itu, hampir setiap hari kami berbuka di masjid Tronoh. Kalau waktu berbuka masuk pukul 7.15, pukul 7.10 aku dah bersila menghadap nasi sambil tangan bersedia pegang sudu gulai. Duduk pula di tempat orang tua yang tak berapa gelojoh nak suap laju ke mulut, bukan macam Malek.
Aktiviti berbuka di masjid Tronoh berterusan sampailah pada suatu senja.
Masa aku sedang bersila depan nasi macam senja yang lepas-lepas, pakcik kad pengenalan kepala 50 yang hari-hari makan sehidang menyapa mesra bersama senyuman lebar Moreh sini lagi sedap dari lauk berbuka.
Mendengarkan kenyataan beliau aku jadi teruja.
Biar betul ni pakcik Mata aku renung tepat ke pipi kedut pakcik tersebut.
Pakcik berkenaan masih tersenyum. Tapi kena tunggu sampai terawikh la. Kalau lepas berbuka terus balik, nak moreh macam mana ye tak
Belum sempat azan Maghrib berkumandang, aku bingkas balik kolej jalan kaki.