SEMBANG TEPI JALAN - 8
23 November 2005 Hakikat itu tempat berlabuhnya ilmu dan hidup yang sedang diladeni setelah yakin yang bulat dan tctap, tidak berganjak hatta petir berdentum atau nyawa dicabut. Keyakinan itu tetap tegak. Kita ini seperti diceritakan oleh seorang sahabat. Umpama sedang memulakan sebuah pelayaran yang panjang menuju ke destinasi. Segala bekal keperluannya. Sebuah kapal teropong dan segala bekal-bekal keperluan secukup rasa dan barang perlu. Destinasi telah kita tentukan. Kita mempunyai teropong sebagai petunjuk jalan supaya tidak akan kesesatan. Maka, bermulalah sebuah cerita pelayaran seorang pengembara. Maka, laut pun ada masanya tenang dan ada masa pula bergelora. Dari segi pengertiannya, laut itu umpama tarikat kita dalam perjalanan dalam menuju khalik. Bekal keperluan itu segala ilmu agama; fardu ain, fardu kifayah, usuluddin, fiqh dan segala macam. Itulah bekal kita dalam perjalanan. Maka, setelah lama berjalan berbekalkan panduan penunjuk jalan, sampailah kita ke tempat yang hendak dituju. Itulah hakikat. Maka dibentangkanlah sauh sampai ke dasar lautan. Kita umpama pengembara yang inginkan permata yang berharga di dasar laut yang maha dalam. Setelah sauh dibentang, turunlah kita menyusuri tali sauh dan haruslah kita sentiasa berpegang pada tali sauh itu sebab dalam laut itu hanyalah kita seorang sahaja yang bernama manusia (sebut: berpeganglah karnu sentiasa pada tali Allah) dan kamu akan selamat dalam peliharaannya. Kaiau kita lari dari maksud dan tujuan, mungkin akan hilang keseimbangan sebab lautan hakikat itu aduhai begitu banyak cerita dan fahamnya. Kalau tersesat asal ada kemahuan, adalah juga jalannya asal jujur akan sampai juga. Keindahannya akan buat kita terawang dalam nikmat pada yang satu itu. Setelah ditemu perrnara yang diimpi, maka kita pun simpan dan peliharalah ia sebaik mungkin sebab ianya sangat berharga. Tetapi harus ingat, jangan terlalu asyik dalam kemilau permata itu sebab kita masih di dasar laut itu tadi. Makanya, haruslah kita kembali ke kapal yang kita naiki sebelum ini. Kembalilah kita ke tempat asal pengembaraan kita yakni bermasyarakatlah kita seada dan sejujurnya. Permata berharga yang kita ada itu janganlah kita hebahkan pada khalayak pula sebab ianya sangat berharga. Kenalah simpan dan pelihara baik- baik kerana banyak keburukannya jika dihebahkan. Salah satunya akan mendatangkan riak pada diri. Duduklah kita seredhanya di jalan ketuhanan sebab itulah jalan yang abadi lagi suci. Ada orang mengetahui tentang tasauf melalui ilmu pengetahuan dan berbekal-kitab-kitab yang dipelajarinya. Tetapi, itu masih lagi belum sampai pada maksud sebenarnya melainkan kita perlu mengalami isi cerita melalui hidup yang kita jalani ini. Inilah sebenar-benar ujian memandangkan istilah isi alam dalam pengertian hakikat hidup itu sendiri. Dalam hidup, kita kena berani pada ujian dan dugaannya bak kata lagu M.Nasir dulu, "Cubalah hidup sendiri....mungkin kau akan mengerti". Kalau setakat belajar melalui buku sahaja, itu mungkin menyukarkan. Mempelajari melalui guru itu boleh tetapi guru pun bukanlah sesempurna mana pun sebab guru hanyalah pembimbing, melainkan kita mengalami isi cerita itu. Kaedah itu bagus sebab dia akan dapat apa yang dimahunya nanti.