With the sun in your eyes
And on your own Bedshaped
And legs of stone
Youll knock on my door
And up well go In white light
I dont think so
But what do I know
What do I know I know!
Bedshaped, Keane
KAWAN. Kau tahu, berapa banyak pelajaran kau boleh dapat dengan berjalan
Kau tahu, apa perasaannya menghala ke daerah yang tidak kita kenali
Apa rasanya terpinga-pinga di kota yang hanya kita dengari ketika kecil
Kau tahu kawan, betapa seronok rasanya tatkala kapal terbang meninggalkan kau ketika kau lambat barang sepuluh minit
Atau betapa nak gugur jantungmu tatkala kereta api yang kau tunggu-tunggu, tidak sampai
Atau kawan, betapa kecewanya kau tatkala berdiri di atas Bunker Hitler, atau ketika bas yang kau naiki tidak berhenti di stesen yang kau tujui, lantas membawa kau lebih jauh ke dalam
Adakah kau tahu kawan, apa perasaannya mendengar bunyi hon di lorong paling sibuk di Delhi jam 12 malam Atau bagaimana rasanya mendengar bunyi rantai basikal mengeriut di Marseille di satu petang yang sunyi
Atau apa perasannya tatkala kepala kau dicium salji-salji cair di Stockholme
***
8 adjektif yang dipilih anak muda Sweden beberapa tahun yang lalu ketika Swedish Institute of Public Opinion Research membuat kajian menyoalkan apakah yang paling sesuai menggambarkan orang Sweden ialah;
envious, stiff, industrious, nature loving, quiet, honest, dis-
honest serta - xenophobic,
Ake Daun menulis di dalam German Mentality; Swedish women try to moan as little as possible during childbirth and they often ask, when it is all over, whether they screamed very much. They are very pleased to be told they did not.
Warga Sweden juga menurutnya;
highly adept at insulating themselves from each other.
Michael Booth menulis di The Guardian juga berkongsi;
They will do anything to avoid sharing a lift with a stranger, as I found out during a day-long experiment behaving as un-Swedishly as possible in Stockholm,
Booth juga menulis bahawa negara satu parti ini kononnya neutral (tetapi salah sebuah pengimport terbesar senjata) - terus-terusan maju dari segi ekonomi kerana model totalitarian modernism yang mengekang kebebasan, menyekat perbezaan atas nama konsensus sehingga menyamakannya sebagai China of the north.
Malah ada laporan menjelaskan pengangguran anak muda lebih tinggi dari UK dan purata negara EU, integrasi semakin mencabar dengan menuduh imigran sebagai punca keganasan.
Seorang rakan yang pernah belajar di sana juga pernah menceritakan kepada aku bahawa lelaki tarafnya lebih rendah dari anjing di Sweden. Yang paling tinggi ialah perempuan, kedua anjing dan kemudian barulah lelaki. Ini menjelaskan kata-kata Booth;
Ask the Finns and they will tell you that Swedish ultrafeminism has emasculated their men, but they will struggle to drown their sorrows. Their state-run alcohol monopoly stores, the dreaded Systembolaget, were described by Susan Sontag as part funeral parlour, part back-room abortionist,
Kejayaan negara Nordik bukanlah keajaiban. Mereka lahir dengan kesederhanaan Lutheran, kegigihan para petani, kemahuan geografi yang tinggi dan sikap pragmatik. Mereka adalah kaum yang akan berkata; The Russians are attacking Join the Nazis! The Nazis are losing Join the Allies!.
Bak kata Booth;
These societies function well for those who conform to the collective median, but they arent much fun for tall poppies. Schools rein in higher achievers for the sake of the less gifted; elite is a dirty word; displays of success, ambition or wealth are frowned upon.
***
Turun dari Lapangan Terbang Arlanda, aku disambut oleh sekumpulan warga Iran menjerit dan berteriak-teriak sesuatu di dalam bahasa Iran.
Tanpa mempedulikan mereka, aku turun dan mengambil tren untuk masuk ke dalam Stockholm, 20 minit sebelum aku menjejakkan kaki di Stockholms Centralstation.
Tatkala menyaksikan persembahan bunga api sempena meraikan 100 tahun akhbar rasmi Sweden, Dagens Nyheter dari atas kapal Kronprissessan Martha, aku fikir untuk menemukan Utopia di sini.
Tetapi akhirnya Gamla Stan mengajar aku kembali, tiada Utopia yang boleh kau temukan di dunia ini.
Kerna Utopia itu bukanlah Dunia.
Kawan, dengan berjalan - berapa ramai umat kau boleh temui, berapa banyak upacara kau boleh sertai, berapakah harga semuanya pengalaman seperti ini
DARI PAHARGANJ KE PETRA, WER UNS
ANGREIFT WIRD VERNICHTET
(Delhi-Amman-Hamburg)
Strobe lights and blown speakers
Fireworks and hurricanes
Im not here
This isnt happening
Im not here
Im not here
Radiohead, How to Disappear Completely
KAMI memerhati kesesakan lalu lintas di bawah. Paharganj ialah daerah luar biasa. Jam 12 malam belum tentu lorong ini sunyi. Dari bilik hotel bajet boleh aku dengari bunyi hon bajaj, lembu menge-moo akibat ditolak penunggang basikal atau herdikan teksi kepada pengayuh beca.
Aku menghirup perlahan teh chai itu dan menikmati suasana ini. Dia memandangku tepat ke dalam mata. Aku buat-buat tak nampak tusukan tepat pandangan itu. Tibatiba titis-titis hujan turun. Aha! Aku menguntumkan senyuman kepadanya.
Memang sengaja aku tarik Dia naik ke bahagian atas kedai makan ini agar dapat memerhati setiap inci Paharganj dari atas.
Delhi kini basah disimbah hujan. Peniaga mula merentang plastik menutup barangan. Penarik beca menutup kepala dengan plastik. Pemandu bajaj berhenti di tepi jalan.
Penunggang motorsikal sibuk membunyikan hon. Pelancong mula membuka payung. Aku memerhati lagi jauh ke bawah.
Kau tahu, apa kelebihannya berada jauh dari tanah air tanyanya memecahkan suasana.
Aku memandangnya dalam sekelip pandangan, kemudian mengalihkan kembali mataku ke bawah. Kelihatan seorang lelaki berbaju kemeja peach, membimbit beg kecil dicelah ketiaknya dan berjalan tergesa-gesa melepasi puluhan kerumunan orang yang berjalan menentang arahnya.
Tak, jawabku acuh tak acuh.
Yang benarnya, aku ingin dia meneruskan bicara dan melelahkan aku dengan suaranya tiap saat.
Kau bisa rasa betapa nikmatnya berjauhan dengan tanah air-mu,
Dan bisa merindui-mu aku menyambung.
Dia ketawa ringkas.
Sesekali tidak. Tapi sudah pasti dari kejauhan, ia beri kau peluang untuk melihat kembali tanah air dengan sudut yang lebih segar,
Perspektif baru, sambung aku di dalam hati.
***
Apa terjadi kepada kaum ini tanyaku tatkala menyentuh perlahan dinding gunung merah Rose-Red City atau Petra ini.
Tak ada yang tahu. Mereka hilang selepas abad ke-14, jawab Dia ringkas.
Aku berhenti. Di tengah ruang bernama Siq ini, hanya dinding tinggi yang memisahkan Petra daripada dunia luar dengan hanya sedikit bukaan, menjadikannya begitu eksotik.
Sebelum Christ, mereka kata Nabatean ini bertukar daripada kaum nomad kepada penduduk urban. Oh ya, bukan saja perubahan ini dramatik, mereka juga ukir semua ini guna tangan mereka sendiri,
Hmm..mereka ini siapa sebenarnya tanya aku lagi. Kami meneruskan berjalan menuju al-Khazneh di hadapan, simbolik paling besar di sini yang menjadi bukti betapa kota ini pada suatu masa dahulu ialah sebuah kota hebat.
Ada yang kata dari Iraq. Ada juga yang kata dari Damsyiq, jawabnya perlahan sambil meletakkan tangan dimulut tanda teruja melihat al-Khazneh secara berdepan.
Aku tahu, aku sambung bicara sambil mata kekal melihat al-Khazneh tak berkelip.
Sehebat mana pun kita, kita bisa hilang begitu saja tanpa tanda,
Dia memandangku tanda berminat. Aku menyambung; Dunia memang liar dan zalim. Hidup bisa memusnahkan kita dan meninggalkan kita dalam berantakan... Kemudian dia menyambung;
Tidak ada apa yang perlu kita kejar kan
***
Ya, aku mengangguk dan kemudian menyambung,
Tidak ada apa yang perlu kita kejar,
Angin bertiup laju. Pipiku kebas ditampar suhu kurang dari 0 darjah. Aku menarik hujung penutup kepalaku agar kemas melindungi telingaku dengan harapan ia bisa memanaskan aku yang sedang kesejukan.
Nama, pangkat dan kedudukan... dia menyambung sebelum aku memotong;
Klise!
Dia ketawa sambil mengalihkan badannya ke belakang dan membiarkan angin menolaknya dari belakang. Dari kejauhan kelihatan kapal berbaris di pelabuhan kedua tersibuk di Eropah ini.
Baik, kalau begitu, bagitahu aku mengapa kau datang ke Hamburg ini tanyanya sambil memasukkan tangannya ke dalam jaket.
Untuk mencari diriku sendiri, jawabku sebelum menyambung;
Keluar pagi balik malam, beramai-ramai beratur seperti tikus di dalam longkang, bayar tol bayar minyak, pakai kemeja berkolar pakai tali leher kemudian menghabiskan sisa hari dan sisa bulan memikirkan wang yang entah ke mana,
Kau sedar kemudiannya di satu saat di satu ruang, waktumu habis tatkala kau mengejar sesuatu yang tidak kau faham dan tidak pernah kau tahu,
Sedangkan diri Mu sendiri tidak pernah kau cari dan kenali,
Aku benci dengan masyarakat korup ini. Generasi tikus longkang dan pemakan bangkai yang beratur membayar tol, apakah kau sedar semua ini berlaku
Selagi kau duduk selesa, menonton televisyen bagaikan ratusan tahun tak pernah ketemu artis, rindukan iPhone lebih dari kau rindukan kehidupan-Mu sendiri, selagi itulah masyarakat korup pemakan bangkai ini akan menjadikan kau binatang yang miskin kemanusiaannya,
Kau tak pernah sedar bukan Kau ingat kerja berjalan ini kerja suka-suka dan kerja membuat diri-Mu puas. Puas ialah ciri-ciri miskin kemanusiaan. Puas ialah sifat kebinatangan,
Manusia yang hidup ialah manusia yang tidak pernah puas dengan hidupnya. Yang tak pernah puas dengan tempatnya menetap. Yang tak pernah puas mendaki gunungganang. Yang tak pernah puas berjalan dan berjumpa sekian ramai manusia. Yang tak pernah puas mencari siapakah dirinya yang sebenar,
Itulah manusia hidup. Satu-satunya cara untuk aku terus dan kekal hidup ialah begini. Teruskan mencari, sambung aku sambil bergerak bergerak ke platform Landungsbrucken meninggalkan Si Dia di jeti.
Dari kejauhan aku memerhatikan Dia dipukul angin musim sejuk - melihat aku menaiki tren dan kemudiannya berlalu pergi. Di dalam tren aku perhati sebuah poster ditanam di sisi kerusi berbunyi; Wer uns angreift wird vernichtet yang bermakna;
Who attacks us will be destroyed,.