BLACK WIDOW - 8
AYU masih lagi menangis. Hatinya pilu apabila terkenangkan peristiwa siang tadi. Itulah kali pertama dia melihat wajah ibunya dilanda kepiluan. Air mata mengalir lesu, membasahi pipi sehingga menitik jatuh.

Ayu mengetap bibir. Dia tidak sanggup mengulangi cerita itu. Kini, dia tahu siapa dirinya yang sebenar. Dia tahu siapa Agus. Malah, dia juga tahu, Agus juga memiliki keistimewaan yang sama sepertinya. Malah, dia juga tahu, dia mewarisi tabiat Agus yang gemarkan labah-labah.

Jadi, naluri labah-labah yang ada di dalam dirinya adalah naluri Agus; ayahnya. Ayah Tidak... Agus bukan ayah aku! Tapi, jika bukan ayah... aku daripada benihnya. Oh....

Air mata jatuh. Sanggupkah aku memaafkan ibuku Apakah ertinya diriku ini, yang, yang berasal tanpa bapa sah Adakah aku layak untuk hidup 61

sebagaimana insan yang lain

- Kamu tidak bersalah. Malah, Agus juga seperti kamu, nuraninya sealiran dengan kami. Kamu mewarisi darah Agus.

- Tapi, aku berbintikan Dollah. Aku bukan anak Agus!

- Itu hanya tempelan. Yang nyata, kau adalah anak Agus, daripada benih Agus. Jangan menyeksa rohani ayah kau sendiri. Jangan sakiti hati ibumu, walaupun cara dia melahirkan kamu salah di sisi agama. Dia tetap ibumu dan kamu tidak berdosa.

Ayu terpaku dan dia hanya mampu melihat labah-labah merayap di tubuhnya....

A... ayah....

ATON mengetap bibir dan matanya masih lagi sembap. Dia berasa panas setelah menceritakan segala-galanya. Sekian lama dia menanti waktu yang sesuai untuk diberitahu, dan rupa-rupanya, berita itu pecah sendiri hanya kerana sekeping surat yang tidak sempat diberikan oleh Agus.

Dia senyum. Mujur aku namakannya Masayu, sama seperti yang diharapkan oleh Agus.

Rupa-rupanya, dia benar-benar mengharap untuk menamakan anak perempuannya dengan Masayu.

Aton sebak. Dia masih lagi memegang surat itu; yang diberikan oleh Ayu sebagai buku. Dia berasa perih apabila membaca barisan ayat yang tertera.

Dan dia tahu, dosanya terlalu besar!

Aton membaca surat itu sekali lagi. Betapa pilu hatinya, tiada siapa tahu, lalu dia bingkas dan men-capai mancis di atas almari. Dia mencapai pinggan ayan yang digunakan untuk menampung habuk ubat nyamuk lalu merenyuk surat itu. Dia menggores bilah mancis dan terus membakar suratnya.62

Mata Aton merenung ke arah api yang menyala garang menjilat kertas dan melalui api itu kenangan silam terbayang.

Aduh! Gelilah... nanti abang geletek Aton pula bagaimana Agus menjerit sambil badannya di- humbankan ke sebuah kerusi yang ada di rumah itu.

Rumah itu asalnya, hanyalah sebuah kandang kambing yang usang. Ia telah terbiar lama setelah semua penghuninya dijual oleh Pak Dek. Tetapi kerana kesungguhan dan ketekunan Agus, dia telah menukarkan kandang itu menjadi pondok untuknya berteduh. Walaupun kecil tetapi cantik. Nyata, jiwa Agus yang halus itu telah menjadikan kandang itu cantik. Di sekelilingnya juga telah ditanami dengan pelbagai bunga harum.

Alah, abang ni baru usik aje udah geli. Aton mencebik.

Abang tak bohong tau, memang geli.

Cuba abang geletek Aton pula. Aton mencabar.

Tak maulah. Agus berkata sambil merenung mata Aton jauh, hingga menusuk ke dalam jiwanya.

Kenapa abang pandang Aton macam tu

Oh... tak ada apa-apa. Agus cuba membayangkan, betapa indahnya dunia ini jika Aton benar-benar telah menjadi isterinya yang sah.

Aduh bang, perut Aton rasa sakit... tengok ni anak kita menendanglah!

Wah... abang nak pegang sikit. Boleh Agus menyimpul senyum mencium perut Ayu yang sedang sarat mengandung.

Baik-baik bang, nanti marah pulak anak kita ni.

Ngomong-ngomong apa nak kita namakan anak kita nanti

Eh... eh abang ni cakap Indonesia pulak. Yalah, 63

kan abang asal dari sana, biar anak kita dengar, nanti dia bakal tahu juga siapa bapanya yang sebenar.

Kenapa abang cakap macam tu Kan nanti bila dia lahir abang akan melamar Aton.

Jangan marah sayang, abang gurau aje, manalah tahu kalau abang pergi dulu.

Bang! Kenapa gurau macam ni, Aton tak sukalah! Aton mengetap bibir dan tanpa sedar begitu mudah dia mengalirkan air matanya. Dia tidak sanggup mendengar kata-kata begitu daripada Agus. Agus menundukkan saja kepalanya seolah- olah dia tahu bahawa hidupnya tidak panjang. Dia mengelap pipi Aton. Agus terus memeluk Aton dengan penuh rasa sayang. Tiada apa yang dapat memisahkan Aton daripadanya, kecuali ketentuan Tuhan.

Aton... kaulah satu-satunya cinta abang di dunia ini, percayalah.

Abang... Aton tak mahu ditinggalkan.

Ohh sayang, jangan nangis lagi, pulanglah dulu, jangan sampai ibu tahu, Aton ada bersama abang di sini!

Api terang yang menyala membakar cebisan surat tadi sudah pun padam. Bilik Aton menjadi gelap semula. Air matanya sudah tiada lagi untuk dikeluarkan, dan Aton tahu walaupun air mata darah yang membuak, Agus tidak akan kembali.

Aton tunduk sahaja memerhatikan debu-debu hitam yang berkeliaran di lantai. Dia membandingkan dirinya dcngan debu kotor itu. Bagi Aton, tidak ada gunanya dia mengenang pcrkara yang lepas. Pintu itu sudah tertutup dan tidak mungkin boleh dibuka semula. Hadapi hari ini dengan tenang dan tabah agar ditemui kunci sinar yang bakal membuka pintu ceria hari esok.64