Kisah gadis bernama Zana
Ada seorang gadis cantik bernama Zana, yang baru belajar di sekolah agama tingkatan dua. Pada suatu hari, la tiba-tiba menyedari bahawa apa yang ditakutinya selama ini sekarang terjadi pada dirinya. la mengandung. Padahal, hubungan terlarang dengan teman lelakinya itu hanya terjadi satu kali. Dalam kebingungannya, dia menceritakan keadaannya kepada teman lelakinya dan kepada kedua orang tuanya. Mereka semua terkejut, panik, malu, dan terpukul. Dengan berbagai alasan, mereka mendesak Zana untuk selekas mungkin menggugurkan kandungannya.
Tetapi, Zana tidak mahu dan tidak rela. la tahu meng-gugurkan kandungan itu dosa besar dan la tidak rela membunuh benih hidup yang mulai bertumbuh dalam kandungannya. Namun, karena dipaksa terusmenerus oleh teman lelakinya dan seluruh keluarga, akhirnya Zana menyerah, walaupun bertentangan dengan hati nuraninya. Pada suatu hari, dia dihantar oleh teman lelakinya dan orang tuanya, Nia pergi berjumpa doktor yang dapat menggugurkan kandungan. Akhirnya digugurkanlah bayi yang dikandungnya itu.
Sejak saat itu, hidup Zana tidak tenang dan tidak bahagia lagi. Dia selalu merasa dikejar-kejar perasaan bersalah dan berdosa yang tidak kunjung henti. Akhirnya, pada suatu hari, dia meninggalkan rumah dan persekitaran yang sering menyiksanya. Kepada teman lelakinya dan orang tuanya,dia hanya meninggal-kan sepucuk surat yang mengatakan bahawa dia sangat kecewa terhadap mereka, kerana mereka sampai hati memaksanya untuk menjadi seorang pembunuh.
KENAPA KES INI TERJADI
Bagaimana pendapat anda mengenai sikap Zana sesudah ia menyedari bahawa ia mengandung Juga Bagaimana pendapat anda mengenai sikap teman lelakinya dan orang tuanya Apa bisikan hati nurani Zana sendiri Apakah kalian setuju terhadap sikap Zana untuk memutuskan hubungan dengan orang-orang yang pernah dikasihinya
HATI NURANI
Dalam kisah di atas, Zana mengalami suatu pergolakan untuk berbuat benar secara moral. Dalam pergolakan itu, peranan hati nurani sangat menentukan. Maka, ada baiknya kita berfikir sejenak tentang: erti dan makna hati nurani; aspek-aspek hati nurani; dan fungsi hati nurani.
1.Erti dan Makna Hati Nurani
Hati nurani dapat diertikan secara luas dan secara sempit.
Erti luas: Dalam erti luas hati nurani bererti kesedaran moral yang tumbuh dan berkembang dalam hati manusia. Keinsafan akan adanya kewajipan.
Erti sempit: Hati nurani merupakan penerapan kesedaran moral di atas dalam situasi konkrit seperti yang dialami Zana dalam kisah tadi. Suara hati yang menilai suatu tindakan manusia benar atau salah, baik atau buruk. Hati nurani tampil sebagai hakim yang baik dan jujur.
a. Aspek-aspek Segi Hati Nurani
b. Aspek waktu
Hati nurani dapat berperanan sebelum suatu tindakan dibuat. Biasanya, hati nurani akan menyuruh kalau perbuatan itu baik dan melarang kalau perbuatan itu buruk. Hati nurani juga dapat berperanan pada saat suatu tindakan dilakukan. la akan terus menyuruh jika perbuatan itu baik dan melarang jika perbuatan itu buruk atau jahat.
Hati nurani dapat berperanan sesudah suatu tindakan dibuat. Hati nurani akan memuji jika perbuatan itu baik dan hati nurani akan membuat kita gelisah atau menyesal jika perbuatan itu buruk atau jahat.
c. Aspek benar atau tidaknya
Hati nurani benar, jika kata hati kita selari dengan norma objektif.
Hati nurani keliru, jika kata hati kita tidak selari dengan norma objektif
Misalnya, seorang gadis boleh saja melaksanakan pengguguran, sebab menurut hati nuraninya perbuatan itu tidak salah. Padahal, menurut norma objektif perbuatan itu jelas salah.
d. Aspek pasti-tidaknya
Hati nurani yang pasti. Ertinya, secara moral dapat dipastikan bahawa hati nurani tidak keliru. Hati nurani yang bimbang. Ertinya, masih ada keraguan.
3. Pedoman yang Dapat Dipegang
Dari penjelasan-penjelasan di atas, maka ada beberapa hal yang dapat dijadikan pedoman, iaitu seperti berikut:
Kata hati (hati nurani) yang benar dan pasti, maka:
Perbuatan yang baik harus dilakukan.
Perbuatan yang buruk harus dielakkan.
Kata hati yang pasti, tetapi keliru, maka:
Perbuatan yang baik dapat dan harus dilakukan. (Misalnya, seorang remaja merasa pasti bahawa hari Isnin adalah hari puasa, maka ia harus berpuasa, walaupun keliru).
Perbuatan yang buruk harus dielakkan.
(Misalnya, seorang remaja merasa pasti bahawa mencium kekasihnya adalah dosa, maka ia harus mengelakkannya, walaupun keliru).
Kata hati yang tidak pasti
Seseorang dapat memilih yang paling menguntungkan. Misalnya, hati nurani seseorang tidak merasa pasti apakah hari ini puasa atau tidak, maka ia boleh memilih yang menguntungkannya dia. Jika berkaitan dengan nyawa manusia, maka keselamatan nyawa itu harus didahulukan.
4. Cara Kerja Hati Nurani
Dalam hati manusia, sebelum ia bertindak atau berbuat sesuatu, ia sudah mempunyai suatu kesedaran atau pengetahuan umum bahawa ada yang baik dan ada yang buruk. Setiap orang memiliki kesedaran moral tersebut, walaupun kadar kesedarannya berbeza-beza.
Pada saat-saat menjelang suatu tindakan beretika, pada saat itu kata hati akan mengatakan perbuatan itu baik atau buruk. Jika perbuatan itu baik, kata hati muncul sebagai suara yang menyuruh. Namun, jika perbuatan itu buruk, kata hati akan muncul sebagai suara yang melarang. Kata hati yang muncul pada saat ini disebut prakata hati.
Pada saat suatu tindakan dijalankan, kata hati masih tetap bekerja, yakni menyuruh atau melarang. Sesudah suatu tindakan atau perbuatan, maka kata hati muncul sebagai hakim yang memberi amaran. Untuk perbuatan yang baik, kata hati akan memuji, sehingga membuat orang merasa bangga dan bahagia. Namun, jika perbuatan itu buruk atau jahat, maka kata hati akan mencela atau menyalahkan, sehingga orang merasa gelisah, malu, menyesal, putus asa, .
Fungsi Hati Nurani dan Sikap Kita Terhadapnya.
a. Fungsi hati nurani
Hati nurani berfungsi sebagai pegangan, pedoman, atau norma untuk menilai suatu tindakan, apakah tindakan itu baik atau buruk.
Hati nurani berfungsi sebagai pegangan atau peraturan-peraturan konkrit di dalam kehidupan sehari-hari. Hati nurani berfungsi menyedarkan manusia akan nilai dan harga dirinya.
b. Sikap kita terhadap hati nurani
Menghormati setiap suara hati yang keluar dari hati nurani kita.
Mendengarkan dengan cermat dan teliti setiap bisikan hati nurani. Mempertimbangkan secara masak dan dengan fikiran yang sihat apa yang dikatakan oleh hati nurani. Melaksanakan apa yang disuruh oleh hati nurani.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.