AURA KEJIRANAN - 8
Seseorang Muslim yang membiasakan diri melafazkan kata-kata yang penuh dengan unsur-unsur fitnah, penghinaan, keji, kotor, dusta dan sebagainya akan memberi kesan yang buruk kepada kemuliaan dan keagungan agama Islam. Imej Islam akan terpalit lantas disalah anggap sebagai satu-satunya agama yang merestui segala pertuturan yang jahat dan kotor yang lazimnya tidak diterima oleh fitrah dan akal manusia.

Seseorang yang mengamalkan sifat sedemikian bukan sahaja menyalahi adab kesopanan malah mencemar kesucian agama Islam. Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa mereka telah

mengkhianati perjuangan yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat dan seluruh pejuang Islam yang terdahulu yang telah memartabatkan kesucian agama Islam tanpa mengetepikan sedikit pun adab-adab yang dibenarkan oleh Islam.

Firman Allah s.w.t:

belaka dan tentu mereka akan bergegas-gegas maju ke hadapan di celah~celah barisan mu untuk mengadakan kekacauan antara mu sedang antara kamu ada orang

yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang yang zalim. (Surah at-Taubah : 47)

Jangan kamu memutuskan hubungan, tidak bertegur sapa, membenci dan berhasad dengki. Jadilah hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Islam tidak menegur saudaranya lebih daripada tiga hari. (Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, mereka yang memecahbelahkan perpaduan masyarakat Islam melalui percakapan berbau fitnah,dengki, jahat dan keji bukan sahaja menentang kesatuan dan perpaduan umat Islam malah menentang ajaran yang dianjurkan Islam itu sendiri yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Berleluasanya budaya fitnah memfitnah, caci mencaci, penipuan, tuduh menuduh dan sebagainya dalam masyarakat Islam akan menggugat kekuatan ummah terutama dalam menghadapi ancaman pihak musuh Islam. Pertelingkahan dan perpecahan yang wujud -nantikan oleh musuh Islam yang sentiasa menunggu peluang memporak-perandakan kesatuan dan kekuatan umat Islam.

Ini seterusnya membuka peluang kepada mereka memperkotakkatikkan umat Islam mengikut telunjuk mereka sehingga hilang segala kemegahan dan kemuliaan budi lalu bertukar kepada kehinaan dan kemunduran dalam pelbagai bidang kehidupan.

Umat Islam tidak mungkin dapat menghadapi musuh- musuh Islam yang sentiasa berganding bahu setiap kali berhadapan dengan umat Islam selagi wujud anasir-anasir yang memecahbelahkan kesatuan dan kekuatan umat terutama melalui pertuturan yang menyalahi ajaran Islam. Menjauhi amalan-amalan sedemikian sangat penting dan amat terdesak dalam persediaan umat Islam menghadapi musuh Islam yang semakin canggih, bersatu padu dan bijak.

Secara keseluruhannya bolehlah disimpulkan bahawa kebolehan berbicara merupakan nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia. Setiap perbicaraan adalah hasil luahan daripada hati seseorang yang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya.

Islam telah menggariskan tatacara adab bicara. Antaranya tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling salah menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mencarut, mengeluarkan kata-kata kotor,mengutuk,mengumpat hingga mengaibkan sesama Islam.

Islam juga meminta umatnya mengawal diri dalam mengadakan perbincangan dan perdebatan dan setiap pandangan yang benar hendaklah diterima dan dihormati. Sebaliknya, jika pandangan itu salah hendaklah diperbetul dan ditegur secara baik. Bukannya saling cabar mencabar dan bertikam lidah hingga membawa kepada pertengkaran yang tidak berkesudahan serta tanpa menghasilkan apa-apa keputusan.

Islam telah menentukan kaedah dalam pertuturan iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan, mengungkapkan percakapan dengan cara sopan dan berhemah supaya kata-kata mereka mendapat perhatian dan menarik pendengarnya. Kejahilan menggunakan kaedah berhemah menyebabkan penyakit-penyakit masyarakat sukar dibasmi dan dihapuskan. Malah, akan meletakkan masyarakat dalam keadaan tidak mengerti dari memahami peradaban Islam sebenarnya.

Amalan memfitnah, memburuk-burukkan orang lain,menghina, mengejek dan mencarut akan memberi kesan negatif kepada kejiwaan pelaku dan penerima. Ini merupakan warisan sifat-sifat iblis dan tidak layak dimiliki oleh seseorang yang bergelar Muslim. Amalan ini juga mencacatkan usaha-usaha dakwah malah menggagalkannya sama sekali. Seseorang Muslim yang selalu mengamalkan sifat-sifat demikian bukan sahaja berdosa malah mencemar kesucian agama Islam serta akan melahirkan umat Islam yang tidak bersatu padu dan berpecah belah.

Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib