Memang Kasih anak asuh dalam bidang penulisan. Gadis berbara gemarkan hal-hal seputar politik dalam karyakaryanya. Malah minat dipupuk lebih meluas. Sudah berani mencuba-cuba mengarah satu dua filem pendek yang panas tema dan lekas disukai di luar negara. Helo Adik Kasih Suara Cinta Lembut di hujung gagang. Kak Cintabila kembali dari Scandinavia
Separuh menjerit bernafas girang dari mulut Kasih cepat membuatkan Cinta tertawa.
Dah dua tiga minggu juga. Tetapi ke Singapura kemudiannya, abang baru kita sekarang bertugas di sana Cinta bernada mesra.
Mohon maaf, saya rasa Kak Cinta dan dengar lama. Saya sudah bernikah dengan Steven, panggil dia Suhaimi. Majlis kami tergesa-gesa sedikit. Emmtak sempat dihebahkan kepada semua. Waktu itu kak Cinta masih di Moscow lagi. Kasih mengeluh serba salah.
Tak apa. Hei, jumpa di Alexis Bangsar pukul Sembilan ini
Boleh saja, lebih awal kan lebih baik. Saya bawa Steven sekali
Bawalahada surprise ni. Ada tetamu istimewa.
Uhuh, siapa
Mata Kasih terbelalak dengan lengan berpaut intim di sisi suami. Sedia terduduk menanti mereka di ruang Alexis kafeteria tersohor kunjungan expatriate Barat di Kuala Lumpur ini ialah sasterawan besar Amerika, Toni Morrison. Steven senyum memanjang. Mata Cinta bersinar jalang. Semua maklum dia gesit takjub dengan teruna muda.
Morrison, penulis sastera African-American dengan rambut bergulung hitam memutih uban, berkaca mata, dan sepasang mata bersinar memperlihatkan wajah sarat alu-aluan.
Pemenang Hadiah Nobel minum dengan aku di Bangsar. Susah nak percaya! Kasih menggosok mata. Beberapa kali menelan air liur. Ghairah, gamam, debar, dan gembira berbaur-baur.
Ini untuk Kasih. Morrison menyerahkan novel terbarunya yang ketujuh dan belum tiba di pasaran Malaysia Paradise aduh ini sunguh-sungguhan Toni Morrison!
Temui bakat baru dalam dunia kreatif kami. Berhati waja. Sehari dua ini garang. Kalau ada yang mengusik tak tentu fasal, pesan saya mudah sajaKasih lahir pada tahun harimau mengikut putaran calendar Cina dan bintang Leo bersimbol singa, kalau dia mengaum, payah.
Yasaya sudah rasakan garangnya, Steven menyampuk dan memandang Kasih menggoda.
Ohh, di mana tu Cinta memancing ke lain. Steven kurang melayan, jari-jemari Kasih aktif menguit. Cubaan mengetis paha kebal berkain jean jenama Levis di bawah meja tidak berhasil. Kasih berasa kurang selesa beberapa ketika dengan Cinta.
Toni Morrison senyum manis. Pelayan muda bermata bulat dalam, serta berbulu lentik datang mengambil pesan sajian. Pelayan remaja itu dikenalnya, penulis muda rajin menghasilkan puisi kritis ingin merasa wang kocek sendiri lalu bekerja sambilan empat hari seminggu.
Hai, Wira, beri kakak tiramisu dan iced cappuchino dengan aiskrim vanilla, minta Kasih.
Morrison dan Cinta menyudu kek coklat menyelerakan dengan kopi ais.
Saya iced tea saja. Steven tidak cerewet.
Sementara menunggu sajian tiba, mereka cepat-cepat menggelongsor ke hal-hal sastera dan dunia kreatif semasa. Steven sedikit bosan dikelilingi wanita dan hiruk-pikuk kafe dalam lampu kelam; minta diri untuk berlegar di luar. Sebetulnya resah tidak dapat mengikuti perlawanan bola yang kian memuncak demamnya di Paris.
Saya menanti sastera Melayu atau barangkali dirujuk sebagai sastera Nusantara untuk diterima di peringkat dunia. Toni Morrison semacam menggalakkan.
Hadiah Nobel itu idaman saya. Cinta berterus terang tanpa lapik segan.
Kasih membeliakkan sebelah mata, mengangkat kening tanda tidak percaya.
Sastera Melayu tak akan sampai ke label antarabangsa sampai bila-bila pun. kasih bernada pasti. Aduh, cik muda, mengapa pesimis begitu Morrison sedar kasih tidak berpuas hati.
Saya sudah katakan, dia dah keluar kandang!
Cinta tertawa lembut. Gelora Kasih dicium awal olehnya.
Saya beri tiga hujahan saja. Yang lain memang banyak lagi, tetapi tiga ini memadaisemuanya berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa. Kasih sudah rasakan panasnya. Toni Morrison menunggu.
Saya ada banyak kompelin. Saya bukan daripada latar sastera sepenuhnya.
Pensyarah penulisan kreatif Universiti Princeton itu berkerut.
Dia arkitek, kemudian gemar menulisdan jadi penulislah Cinta membantu menerangkan kepada penulis berstatus Hadiah Nobel tahun 1993 itu.
Menarik, mengingatkan saya kepada penulis The God Of Small Things, si Arundhati Royerr teruskan Kasih. Morrison merenung mata Kasih tajam.
Dunia sastera murni, saya selalu menyangka begitu, dan apabila saya semakin aktif dalam dunia yang sepatutnya bercakap secara jujur tentang manusia dan kemanusiaan ini, saya temui ramai benar manusia munafik. Ya dunia murni, tetapi manusia jelik. Hipokrit. Cakap di kiri lain, buat di kanan lain. Talam bermuka-muka.
Puan Morrison tahu bagaimana sastera Melayu akan menerjah ke peringkat antarabangsa kalau dengki- mendengki dan musuh-memusuhi masih diamalkan seperti zaman Sejarah Melayu dahulu Sejak saya berhasil menulis tiga buah novel dan cepat diterima, saya ditohmah dan banyak mulut memburuk-burukkan saya. Saya sekarang terkenang betapa benarnya tulisan penulis angkatan 80-an kami, Saudara Zaen Kasturi suatu ketika dahulutulisnya- ayuh kita pindah dari padang pergeseran ini ke padang yang lain.
Jatuh-menjatuhkan Morrison terpegun.
Bukan sekadar itu, meminjam istilah seorang penulis mapan, aib sebesar lubang angin pun digeledah. Penulis sedia ada yang tergugat dengan penulis baru datang dan mulalah memandang secara meluat, kemudian beri label- kami gila glamor! Kalau saya gila glamor, hem, saya berlakon filem seperti Erra Fazira dan menyanyi seperti Siti Nurhaliza, fuhh lebih disanjung orang. Kasih geram.
Orang sastera seperti kami memang suka bergaduh. Cinta mengeluh berat kini.
Mahu dengar lagi Ini cerita pengkritik dan editor kami pula. Huh, Puan Morrison ada dua editor bukan
Ya, Errol Mcdonald dan Sonny Mehta. Dulu saya selesa dengan Bob Gottlieb, tetapi dia sudah berpindah ke New Yorker.
Puan senang hati dengan mereka
Sangat! Mereka jenis editor yang menyumbang macro thinking
Aduh, puan beruntungada disentuh sebarang ayat dalam novel puan Sejak The Bluest Eye pada tahun 1969 hingga Jazz yang memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1992, adakah dicemari editor
Tak pernah!
Bagaimana soal Cinta sudah terpesona.
Editor saya membaca dan kemudiannya mengutusi saya surat panjang berjela(ketawa)memaklumkan apa yang merusuhkan hatinya, apa yang disukainya, apa yang dirasakan awfulitu saja.
Dan editor kami, tanpa meminta izin memotong seperenggan dua sesuka hati! Dahsyat! Toni Morrison tersentak.
Belum habiseditor kami seronok bercakap sesedap mulut, gigi, bibir dan lidah. Tiada penilaian ilmiahyang ada sekadar dengar cakap-cakap orang dan ulas sedikit lebih kurangakhirnya kredibiliti penulis jatuh. Pengkritik pula kurang teliti membaca karya; atau barangkali tidak membaca langsung, kemudian buat rumusan- oh ini novel bebalsaya ingat bagaimana novelet Tivi karya Sasterawan Negara kami diomel-omel sebagai lucah. Yang isinya berkait akidah dan tauhid tak timbul terus. Mentaliti itu sendiri kalau dah lucah, memang tak boleh nak ditolong lagi.
Toni Morrison menggeleng.
Kalau perangai pengkritil begini, dulu saya alami begitu juga, mungkin sebab saya menulis dalam sastera Afro, tetapi sejak diiktiraf dengan Hadiah Nobel, kritikan dan ulasan mereka lebih bermakna. Wira datang membawa pesanan.
Saya percaya kalau Pramoedya Ananta Toer diiktiraf dengan Hadiah Nobel sastera di belah sini akan terdedah. Toni Morrison melontarkan sesuatu yang serius. Cinta mengangguk. Kasih mengunyah kacang almond dan menikmati perasa keju pada potongan tiramisu.
Ehehtengok dulu apa yang ditulis Ananta Toer dan bandingkan dengan karya orang kami di sini. Kalau dari sisi jujur pada karya macam langit dengan bumi. Tak berani berterus terang, apabila buat pembaharuan cepat melatah tak tentu hala, padahal bukan ada apa pun. Gemar membebel perkara remeh. Itu satu alasan. Yang lainnya, puan harus fahamdunia terjemahan kami, walaupun sudah dibina MSC dan akan menganjurkan Sukan Komanwel nantimasih lesu. Saya di sini taklah mengaku karya saya baik, tetapi kalau penulis kami boleh ketepikan segala permusuhan yang tidak penting ini dan berjalan secara blok, aduhmemang kami boleh kuat!
Jadi, Ananta Toer
Yaada kemungkinan dia menang, sekarang pun dunia sedang hangat melihat reformasi di Indonesia. Huh jangan terkejut kalau-kalau pengamal sastera di sini tak malu menumpang sekaki dengan kemenangan itu.
Perbincangan itu berlanjutan. Kasih mengambil kesempatan mencungkil segala rahsia pengarang idolanya- menanyakan karya terbaru dan novel The Tar Baby yang digemari.
Hanya setelah beberapa lama baru Steven datang menyertai. Sebelum bubar, di hadapan Alexis, Toni Morrison berpesan supaya tidak tewas dengan tohmah dan dengki musuh.
Apa-apa bidang pun ada musuhnya.
Jangan risau. Saya ada pelindung di sini. Kasih memeluk erat Steven. Lelaki itu sengaja mencium pipi Kasih mengundang jegil mata Cinta.
Ya, di sini saya ada kamera. Musuh boleh saja mengintip saya, tetapi segala yang mereka lakukan juga dalam rakaman. Kan Paparazzi sayang Kasih menggesel-gesel hidung Steven.
Cinta ketawa. Toni Morrison gelak sama.
Hati-hati, jangan sebarang lenjan, di sini ada paparazzi! Steven menyahut dengan suara besar dibuat-buat.
Sejenak tawa mereka dibawa hiruk-pikuk Bangsar yang kini bertukar SoHo.
Malam riuh mengangkut sauh terus.