Ketika ditangkap, dia hampir berbogel depan khalayak ramai di KLCC. Dia hanya memakai cawat putih. Dr. Bala mengambil inisiatif untuk menghantar cap jari Mr. X ke Jabatan Pendaftaran Negara. Birokrasi sekali lagi menjadi penghalang. Tiada perjanjian antara IMN dengan JPN mengenai pertukaran maklumat, kata petugas yang dihubungi Dr. Bala. Selagi MOU tidak ditandatangani antara IMN dengan JPN, IMN akan dilayan seperti TNB atau TMB yang mencari pelanggan-pelanggan mereka yang menghilangkan diri. Jadi, terpaksalah mengekalkan saluran biasa melalui hubungan mereka dengan pihak polis.
Dr. Bala, Mr. X dah mahu bercakap, kata Puan Salbiah ketika Dr. Bala muncul di Pintu wad SU 11.
Dengan siapa
Siapa Dengan dia sendiri! Perkataan apa
Dia kata sa dan kadang-kadang isa kemudian dalawa, apa itu . . . tatlo, apat, lima, anim, pito. Dia terus mengulang berkali-kali. Semacam menghitung tanya Dr. Bala.
Bahasa apa itu tanya Puan Salbiah.
Isa atau sa itu maknanya satu, kata Dr. Lufti mencelah dari belakang. Dia mengatakan dia mendengar Mr. X mengulangi hitungan itu kelmarin lagi.
Yang saya kenal hanya satu, iaitu lima, kata Puan Salbiah tanpa menyedari awalan sa itu sebenamya satu. Mungkin pernah tahu, tetapi ketika itu sudah lupa.
Saya agak angka-angka itu barangkali sebutan purba, teka Dr.
Lufti.
Macam mana anda tahutanya Dr. Bala.
Pito itu bahasa Jawa bermakna tujuh, kata Dr. Lufti.
Tapi setahu saya, orang Jawa kata sici untuk satu, tambah Puan Salbiah.
Mungkinkah dia pilih sebutan secara rambang daripada pelbagai bahasa, ujar Dr. Bala.
Entahlah. Mungkin bahasa Melayu purba. Awak tahu tak bahasa Melayu mempunyai asal usul pada pelbagai sumber. Ambil contoh perkataan semula jadi. Ejaan lamanya sa-mula jadi. Suku kata sa itu bermakna esa atau satu dalam bahasa Melayu purba. Mula berasal dari perkataan Dravidian muta, bermakna akar. Dan jadi berasal dari perkataan Sanskrit, jati bererti pembentukan. Bahasa Inggeris untuk semula jadi ialah natural. Bermakna pencipta perkataan semula jadi menggunakan kaedah sintesis bahasa yang membawa maksud wujudnya segala suatu yang natural itu dari awal lagi berakarkan atau berpunca daripada satu sumber yang tunggal sifatnya, terang Dr. Lufti.
Hebat ya, pencipta perkataan semula jadi, kata Dr. Bala dengan sedikit berbangga.
Tapi kenapa tak sama pun tanya Puan Salbiah naif. Muta untuk mula dan jati untuk jadi.
Memanglah. Kalau orang Melayu menyerap sesuatu perkataan asing untuk dijadikan perbendaharaan kata-kata, mereka akan menyebut sesuai dengan lidah Melayu. Contohnya bicycle disebut basikal.
Apa hubungan penghitungan bahasa MeIayu purba itu dengan Mr.
Xtanya Dr. Bala.
Saya tak pasti, jawab Dr. Lufti. Kita perlu mencungkil maknamakna dalaman. Dia sudah cuba berkomunikasi melalui patahpatah perkataan yang mulai muncul di fikirannya.
Setibanya mereka di katil Mr. X, dia masih cergas dengan gerakangerakan perlakuan yang diikuti dengan patah-patah perkataan yang dikenali.
Sapaan Dr. Bala kepada Mr. X tidak dibalas. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi kehadiran doktor-doktor itu.
Kapala! Dahi! Kening, Talinga! Mata! jerit Mr. X sambil mengetuk bahagian tubuh itu.
Barangkali mindanya sedang mengingat semula
Saya tidak fikir begitu.
la semacam re-education.
Mungkin jauh lebih daripada re-education, balas Dr. Lufti dalam ketidaksetujuan pendapat Dr. Bala.
Mulut! Bibir, Gigi! Jari! Tangan! Kuku! jerit Mr. X.
Dr. Lufti cuba bertanya sesuatu, namun tiada respons daripada Mr. X.
Mereka meninggalkan Mr. X untuk menilai kemajuan pesakitpesakit lain. Dibiarkan dia meneruskan acara penghitungan dan pembelajaran semulanya.
Di tengah-tengah perbualan mereka dengan tuk batin, tiba-tiba Mr. X bertempik lantang dan kuat. Suara sumpahan keramat menggema hingga ke hujung wad. Tiada cara untuk melarang Mr. X daripada menggunakan sumpahan itu. Semua orang tahu pesakit-pesakit mental memiliki kemerdekaan pengucapan yang tidak bertapis. Apa sahaja yang mereka lakukan dan katakan terlepas daripada sebarang akibat. Mungkin bagi Mr. X, sumpahan itu mempunyai makna yang mendalam tanpa mahu berkongsi dengan orang lain. Barangkali itu sebabnya dia kerap mengulangi sumpahan itu.
Selepas penyumpahan itu, dia kembali semula mendiamkan diri dalam mutisme. Yang dipamerkan ialah pantomimisme, gerak lakon yang tidak banyak makna di mata pengamat yang kurang arif dengan perlambangan-perlambangan taridra. Yang jelas gerakangerakannya berkaitan dengan alam semula jadi yang gagal digarap oleh sesiapa pun tentang siratan maknanya. Dia terus berinteraksi dengan alam halusinasinya.Tiada siapa yang mampu mentafsirkan rahsia tindak-tanduknya mahupun minda warasnya yang pernah bertakhta di jiwa. Kini jiwa yang berantakan itu mencari ruang perlindungan yang diciptakan mindanya sendiri. Namun, sukar bagi sesiapa pun, mampu membayangkan sebuah epik pelayaran yang agung sedang berlangsung di layar benaknya. Seperti orang tidak memahami pembunuhan dan kemangkatan bahasa yang pernah diratapinya.
Balang-balang itu dilabel dengan jelas dan terang. Semuanya memiliki tarikh dan nombor. Rapi diatur menurut susunan kronologi. Tangan-tangan yang menyusun begitu teliti. Apabila ada setitik noda di atas balang, akan dibersihkan berulang kali. Tidak cukup puas, dia akan menggilap kaca itu sehingga tampak bayangan mukanya sendiri.
Sama juga dengan tangannya, sekali ada sebarang kotoran sekecil mana sekalipun melekat, dia akan mencuci secara kompulsif berulang kali. Setiap kotoran atau noda dirasakan seolah-olah lumuran darah yang pernah beberapa kali membasahi tangan itu. Meskipun tangan itu secara lahiriahnya bersih, bayangan minda masih merakamkan percikan darah yang menggelumangi tangan itu. Sesekali terasa keinginan yang mendalam untuk memperoleh kenikmatan atas penderitaan berdarah orang lain. Kepuasan yang dicari untuk mengubati ketagihan atas tuntutan desakan minda kacau yang ingin terus menyaksikan keganasan secara dekat dan intim. Wajah-wajah mangsa walang yang tergamam takut yang tidak terkira, menjadi penghibur di mata pemangsa. Dia gian menonton wajah-wajah derita yang dideritainya. Ketagihan pada ekspresi wajah ketakutan mutlak sedikit banyak boleh diatasi dengan menonton semula perbuatan sadis yang dirakamkan dengan kamera video atau kadang-kadang dengan kamera-fonnya. Apabila dia kerinduan akan aksi-aksi itu, dia akan memutarkan semula rakaman. Namun, ketagihan hanya terubat sementara waktu sahaja. Tidak sama dengan perasaan agung yang dinikmati ketika melakukan keganasan terhadap mangsa-mangsa, seolah-olah suatu pengalaman ejakulasi yang mengiringi orgasma berahi.
Foto-foto mangsanya dicetak dalam saiz besar dan kecil. Semuanya dilekatkan ke dinding pemujaan berupa suatu mandala yang disusun secara gabungan geometri dan berpusar-pusaran sehingga memberikan kesan hipnotik pada pemandangnya. Foto-foto itu dicetak daripada kamera-fon dan DVD-cam. Dia menggunakan pencetak berwarna untuk menghasilkan foto-foto pelbagai saiz daripada poster hinggalah saiz pasport. Dia tidak perlu lagi mempunyai gelap untuk memproses negatif. Jauh sekali menghantarkannya ke kedai foto. Tentu sekali, dia sudah merancang semuanya itu. Tiada akan ada sebarang kebocoran apabila dia melancarkan misi sucinya. Di matanya, dia menghentikan segala penderitaan mangsa-mangsanya. Pemergian mereka mengakhiri derita dan seksa yang merundungi jasad yang tiada peluang untuk hidup. Misi suci ialah amanat yang harus dilaksanakan. Suarasuara bisikan memujuknya untuk bertindak.
Arca-arca lampau menjustifikasikan perbuatannya. Semasa kecilnya dia gemar menonton penyeksaan pada haiwan-haiwan peliharaan tetangga. Pernah semasa kecil berusia lapan tahun, dia memotong hidup-hidup ekor kucing yang telah diikat. Ketika kanak-kanak jiran sibuk menyambut hari kelahirannya yang kesepuluh pula, dia mencuri kesempatan bersendirian di belakang rumah. Dia menggenggam ekor kucing, dengan pantas dia membaling kucing itu setelah memutarnya beberapa kali di udara. Kucing itu melayang jatuh di luar pagar rumahnya. Terdengar bunyi raungan kucing kesakitan. Dia selamba sahaja apabila tetamu menjenguk lewat jendela. Dia cuma mengangkat bahu pada pertanyaan mereka. Tanpa disedari sesiapa, dia seronok menyaksikan penderitaan. Haiwan mahupun manusia.
Apabila dia melakukan sesuatu yang terancang, tiada siapa pun boleh mengesan. Dia bijak menyembunyikan kegemaran anehnya. Terasa semacam kepuasan apabila mendengar tangisan budak perempuan di kelasnya yang duduk di atas paku payung. Sentiasa pula, dia mengatur strategi agar yang dituduh ialah orang lain. Dia gemar melihat mereka yang berada di sekitarnya bercakaran sesama sendiri. Dengan perbuatannya, tuduh-menuduh menjadi kelaziman. Umumnya, dialah orang terakhir sekali boleh disyaki. Dia pandai memilih mangsa. Biasanya mangsa yang dipilih ada seteru yang diketahui ramai. Pertelingkahan bukan sahaja terhad antara muridmurid, malah melibatkan ibu bapa. Dia suka melihat mereka bercakaran. Dengan mata tajam yang serius, dia mempamerkan wajah pura-pura pada apa sahaja krisis yang terjadi di depan mata. Krisis yang dicetuskannya, membesarkannya dalam hiburan yang menyenangkan. Dari sudut matanya sentiasa tersembunyi firasat yang dingin lagi beku. Selesai krisis yang diciptakannya, dia kembali dengan wajah suci tanpa salah yang kehairanan akan tingkah laku orang-orang yang bertelingkah atas daya kreativitinya yang penuh dengan muslihat. Dia melekatkan foto-foto baru. Besar dan kecil. Wajah-wajah tragik menghiasi dinding pemujaan. Kelaran-kelaran berdarah di muka mangsa menjadi tatapan seolah-olah trofi atau pingat anugerah megahan. Kepuasan terukir apabila menonton yangan ulang dalam bilik rahsianya. Dia berasa perlu memiliki trofi tambahan. Balang-balang yang kosong memerlukan trofi-trofi baru untuk diisi dan diperagakan demi kemegahan kuasa yang tidak tercabar.
Apakah Dr. Shemelin fikir, dua kes pembunuhan itu berkaitan tanya ASP Dahlan.
Selain kemungkinan trofi puting tetek itu
Ya, kata ASP Dahlan sambil menahan senyum. Wanita Melayu itu begitu profesional apabila menyebut organ yang kerap dikaitkan sebagai Iambang seks. ASP Dahlan sudah lama kenal Dr. Shemelin. Dulu dia pernah bekerjasama dengan Dr. Shemelin dalam membuat pemprofilan Pembunuh Kampus.
Mungkin. Kedua-dua mangsa merupakan pesakit-pesakit di Kompleks Hospital KL, balas Dr. Shemelin.
Tapi di institut yang berlainan, tambah ASP Dahlan dalam usahanya mengundang Dr. Shemelin memerah otak. Di sebalik sesi brainstorming ASP Dahlan boleh berpura-pura, pertemuannya dengan Dr. Shemelin tidak punya niat Iain kecuali kerana tugas kepolisan.
Kedudukan institut-institut itu berdekatan. Sehingga memungkinkan suatu andaian, dia memilih mangsa di dalam wilayah operasinya.
Maksud doktor, pemangsa berasal dari Kompleks HKL
Boleh jadi, jawab Dr. Shemelin pendek sambil menongkat dagu. Ibu jari kanannya menyentuh bibir. Dalam gerakan lembut, tanpa disedarinya, dia mengusap bibir-bibir yang bergincu merah garang. Mata ASP Dahlan tertumpu seketika pada kelopak bibir yang menghiasi wajah jelita itu. Kejelitaan Dr. Shemelin sempat dinikmatinya. Wajah anggun itu layak dimuatkan di paparan depan majalah model popular. Tetapi itulah gaya yang kerap diperagakan sekiranya dia sedang berfikir. Baik semasa berfikir dalam ataupun semasa menghadapi peperiksaan bertulis ijazah ketiganya dalam bidang Behavioural Science. Justeru, dialah orang yang cukup layak untuk diajak berbincang mengenai pembunuh bersiri. Dialah satusatunya pakar jiwa forensik di IMN.
Doktor tak fikir suspek mungkin salah seorang pesakit di IMN
Biasanya pembunuh bersiri seorang yang bijak. Dia mahu kita percayai begitu. Kita jangan mudah terperangkap dengan jeratnya. Cukupkah kes-kes itu untuk diklasifikasikan sebagai pembunuh bersiri tanya ASP Dahlan sekadar melaksanakan provokasi minda. Jumlah besar tidak penting, tetapi yang mustahak ada pola tertentu yang mampu membantu pengenalpastian dirinya. Kita perlu lebih proaktif meskipun hanya ada dua kes. Kita tidak mahu ada mangsa ketiga. Menurut takrif, ia mesti tiga atau lebih.
Doktor fikir pemangsa seorang psikotik tanya ASP Dahlan.
Melihat penderaan dan keganasan yang dilakukannya, barangkali dengan mudah kita mengandaikan dia seorang psikotik. Tapi, seorang psikopat pun mampu melakukan kekejaman seburuk itu.
Jadi apa bezanya seorang pembunuh psikotik dengan seorang psikopat
Bezanya, seorang pembunuh psikotik tidak ingat apa yang dilakukan. Dia mungkin dikuasai delusinya melalui halusinasi aural mahupun visual. Ada suara-suara yang menyuruhnya melakukan jenayah itu. Sedangkan seorang psikopat melakukan kekejaman yang sama dengan rasa sedar, malah dia enjoy melakukannya. la memberi kepuasan melakukan, menyaksikan perbuatan kejinya itu. Dalam pembunuhan bersiri kerana psikosis, tiada trofi yang diambil. Psikopat melakukan kekejaman sebelum pembunuhan bertujuan mempamerkan kekuasaannya dan ingin meyakinkan dirinya akan dominasinya terhadap mangsa.
Tapi di mana saya harus bermula
Kita harus mencari seorang pendendam.
ltu terlalu luas.
Kedua-dua mangsa adalah wanita, pesakit yang ingin mati atau yang dijangka mati. Mati adalah matlamatnya. Mati yang tragik. Dia mempercepat proses mati itu.
Adakah kena-mengena dengan trofinya
Barangkali ada, saya tak pasti.
Apa maknanya
Puting tetek itu melambangkan keibuan. Seseorang yang mendendami ibunya
Saya tahu susah nak cari profil macam tu. Mencari seseorang yang membenci ibunya tidaklah mudah. Nak cari seorang ibu yang mendera anaknya atau diterima oleh anaknya sebagai melakukan penderaan. Saya tak pasti apakah ada kaitan dengan penyusuan
Macam mana tu
Oh...ya.Teringat saya pada suatu kes. Seorang kanak-kanak lima tahun, tetapi masih minum susu ibunya. Atas nasihat orang, ibu itu menyapu balsam panas di puting. Mulut budak itu melecur kerana reaksi alahan, tetapi yang lebih dahsyat reaksi psikogenesis yang terjadi. Dia kemudian mengalami kegilaan untuk membunuh ibuibu yang memberhentikan penyusuan. Kes itu terjadi di luar negara.
Tidakkah payu dara itu melambangkan daya tarikan seksual, kata ASP Dahlan seolah-olah mencabar teori psikogenesis Dr. Shemelin. Automatik Dr. Shemelin berpeluk tubuh seakan-akan melindungi payu daranya daripada pemerhati.
Ya. Dr. Shemelin berhenti seketika, kemudian menyambung, Trauma pada usia semuda itu, sudah tentu dia tidak punya asosiasi seks, tetapi ia bersandarkan keakraban dan perlindungan yang diberikan oleh ibu yang menyusui.
Jadi pemotongan puting tetek mangsa-mangsa bukan melambangkan keinginan seksual.
Saya kira bukan. Kaum lelaki selalu mengaitkan payu dara sebagai organ seks menyesatkan fikiran.
Maksud doktor
Kaum lelaki tertarik pada payu dara dan punggung wanita yang besar, ditentukan oleh ciri-ciri genetik mereka yang kemudian mendorong naluri mereka memilih wanita berpinggul besar, kerana dapat mempermudah proses bersalin, dan payu dara yang besar untuk menghasilkan susu yang mencukupi.
Begitu ya ujar ASP Dahlan sambil tersenyum pendek.
Itu seleksi seksual.
Semuanya dah hardly wired.
Begitulah kata saintis. Saya cuma mengungkapkannya saja.
Terima kasih. Saya berhutang budi kepada doktor, kata ASP Dahlan sambil menutup nota kecilnya. Lengan berbulu lebat dan padat berisi itu memasukkan nota bersama-sama sebatang pen ke dalam sakunya. Di mata Dr. Shemelin, lengan yang maco itu menandakan pemiliknya rajin ke gim. Otot-otot lengan itu pasti menjalankan latihan fizikal yang berpanjangan.
Tak ada apa-apa. Sebahagian daripada tugas saya, ujar Dr. Shemelin sambil mengukir senyuman manisnya. Tampak lesung pipit di pipi kiri yang mempesonakan. Daya tarikan antara kedua-dua dapat di rasakan bersama. Suatu naluri asali yang sukar dinafikan. la muncul sekali gus memutuskan bicara rasmi itu. Dalam seleksi seksual, wanita itu pemangsa. Dr. Shemelin mampu membuat mangsanya kagum dan tergila-gila.
Boleh saya belanja makan tawar ASP Dahlan.
Tak apalah. Dr. Shemelin menolak, tetapi tanpa kesungguhan. Suatu umpan canggih daripada pemangsa yang ranggi.
Bagaimana kalau malam ni. Pukul 8.00 ASP Dahlan memikirkan makan malam yang disinari lilin romantik di restoran ternama.
ASP tak berhutang apa-apa dengan saya. Lidahnya berkata tidak, matanya mengatakan ya. Bibimya seolah-olah mendesak. Itulah yang terbaca ASP Dahlan. Alamat dan isyarat-isyarat badan membahasakan keinginan dalaman menerusi nuansa-nuansa sepi, tidak terungkap di lidah kelu.Semuanya mainan aura.
O.K. tanya ASP Dahlan dalam nada didaktik.
Makan tengah hari. Dr. Shemelin merubah tawaran asal. Secara tidak sedar, dia mahu memperlihatkan dia masih menguasai situasi. Pemangsa yang menguasai suasana.
Sekarang
Mengapa tidak
Masing-masing melihat jam tangan. Lima minit lagi pukul 1.00.
Di mana
Di mana lagi. Kafeteria kami.
Hari ini ada RKB. Semua petugas tahu RKB itu Ronda Klinikal Besar. Maknanya pengarah, semua pakar perunding, pakar, pegawai perubatan kanan, matron, pegawai perubatan, doktor pelatih, jururawat kanan akan membuat lawatan dari katil ke katil untuk menilai kemajuan dan perkembangan pengurusan pesakit. Akan ada pertanyaan dan sering kalinya pula ada jawapan. Jarangjarang sekali pertanyaan dijawab dengan sunyi sepi. Di sini bukan tempatnya membudayakan sepi. Ada yang bakal ditegur, kadangkadang sehingga dimalukan. Biasanya doktor pelatih dan pegawai perubatan yang baru bertugas menjadi sasaran empuk para mantan pakar psikiatri.
Yang menarik pasti perbincangan antara pakar. Kesempatan itu ditunggu oleh semua yang kompeten. Menjadi igauan pada mereka bertaraf pemula dan pelatih. Di situ, perbezaan pandangan diterima dengan hati terbuka dalam wahana keilmuan.Tiada siapa akan berasa terkilan jika pandangannya ditolak atau dikritik. Bahasan balas yang dibumbui jenaka kadang-kadang mengundang gelak ketawa yang dipaksa-paksa daripada rombongan RKB, terutama apabila yang cuba menelurkan jenaka itu ialah pengarah sendiri. Selingan jenaka itu sekadar mahu menghidupkan suasana ceria kerana sebahagian besar petugas perubatan yang junior pasti berada dalam keadaan stres. Apalagi merekalah yang kerap menjadi sumber jenaka. Bagi sesetengah petugas pula, kadangkala itulah masa untuk menunjukkan kehebatan, Semuanya diutarakan dalam bahasa Inggeris termasuk jenakanya. Bahasa Melayu hanya digunakan untuk menemu bual pesakit-pesakit yang kurang latar belakang pendidikannya.
RKB dirancang untuk jadual sepanjang tahun. Setiap Selasa pagi, tepatnya jam 8.00 semuanya menanti untuk memulakan ronda klinikal. Namun, kenyataannya pada Selasa pagi itu tampak lesu belaka. Dr. Shukri sudah memaklumkan pengarah tidak akan hadir. Dia mengambil cuti panjang. Meskipun demikian kadang-kadang ternampak juga kelibatnya di tingkat 19. Jika ada yang bertanya di pejabat, setiausahanya Puan Wong akan mengatakan dia tiada. Tanda kehadiran di pintu mahagoni itu bagaikan sudah terpaku pada TIADA. Pintu itu sentiasa terkunci dari dalam.
Apabila rombongan doktor memulakan ronda, seorang demi seorang mengundur diri begitu mengetahui pengarah tidak mengetuai RKB. Kebanyakan pakar itu hadir hanya untuk menunjuk muka, kerana mereka tahu besarnya pengaruh pengarah dalam memilih dan menentukan kenaikan pangkat dan kedudukan bawahannya. Telah menjadi pengetahuan umum, orang kedua di IMN tidak akan dilantik menjadi Pengarah IMN. Biasanya cadangan nama-nama calon pengganti diajukan oleh Ketua Pengarah
Kementerian Kesihatan atas sokongan Pengarah IMN. Tetapi, yang membuat pilihan terakhir ialah Majlis Keselamatan Negara. Hatta, tidak banyak yang mengetahui tentang kuasa veto MKN dalam pelantikan jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan. Yang bakal dilantik tidak akan bertentangan dengan agenda MKN. Sebab itu rombongan RKB kali ini cepat menyusut dalam jumlah. Apabila sampai ke tingkat SU 11, hanya tinggal lapan orang sahaja. Bagi Dr. Shukri, dia tidak kisah pada jumlah. Jika dia memimpin RKB itu, sebahagian pakar itu jauh lebih senior daripadanya. Sebahagian daripada mereka ialah pakar perunding kontrak. Mereka sudah lama pencen. Tetapi, ditawarkan bertugas kerana kekurangan doktordoktor pakar dalam perkhidmatan kerajaan. Mereka selalunya dikatakan mempunyai dua kaki. Satu kaki di IMN dan satu kaki lagi di pusat-pusat perubatan swasta. Kenyataannya, kedua-dua kaki mereka itu lebih banyak menghabiskan masa di padang golf daripada di IMN.
Apa habak Pak Cik Omak Dr.Shukri dalam loghat utara.
Pak Cik Omar tidak membalas. Matanya merenung wajah Dr. Shukri. Keningnya meninggi. Matanya membeliak. Kemudian mengimbas tubuh Dr. Shukri dari bawah hingga kepala yang mulai membotak. Mulutnya ternganga kehairanan berbaur kekaguman yang luar biasa.
Datuk Bahaman! katanya lantang sambil memeluk Dr. Shukri.
Dr. Shukri yang membiarkan pelukan itu sempat berkata, Saya Dr. Shukri, bukan Datuk Bahaman.
Datuk Bahaman, pangeran, perjuangan, penjajahant kemerdekaan, perpecahan, pembangunan, kemajuan, kerosakan, jalan, hutan, rebutan, geran, tangan, makan, angan-angan, hanuman, rakan, siuman, senyuman....
Nampaknya Pak Cik Omar sudah menunjukkan kemajuan.
Sekurang-kurangnya, rima-rimanya sudah terarah, kata Dr. Lufti.
Ya, dah ada tema, tambah Dr. Bala.
Tema kemerdekaan.
Bahagian pertama memang sedikit koheren, tapi bahagian akhir pengucapannya mengekalkan rima tanpa tema awal. Namun, tidak kedengaran kata-kata penyambung di antara kata-kata kekunci, jelas Dr. Shukri. Dia menambah, Dalam mindanya mungkin ada ayat-ayat lengkap yang menghubungkan kata-kata kunci, tetapi penghilangan perkataan-perkataan Iain mungkin berkaitan dengan perlitaran di Brocas area di otaknya.
Dr. Shukri menyelak lembaran nota pesakit. Dia tidak membuat sebarang arahan baru. Diserahkan nota pesakit kepada Dr. Arniah, doktor pelatih yang menunjukkan minat untuk menjadi pakar psikiatri. Semua hairan tidak ada arahan tambahan atau saranan untuk menyambung rawatan yang sedia ada.
Mereka berpindah ke katil berikutnya. Dr. Shemelin minta nota itu daripada Dr. Arniah dengan gerak jarinya tanpa kata-kata. Dia membelek, bibirnya memuncung ke kiri seolah-olah dia menghisap lidahnya sendiri. Jika dipotret ketika itu pasti menjadi antara gambar terhodoh daripada wajah cantiknya. Jelas, di mata pakar psikiatri forensik itu, ada sesuatu yang tidak kena.
Tuk batin, anak tuk batin belum datang ambil tanya Dr. Shukri.
Aku mahu pulang! jawab tuk batin.
Tuk batin dah boleh pulang.
Aku mahu pulang sekarang!
Bila anak tuk batin datang, tuk batin boleh pulang, jelas Dr.Shukri. Mereka tidak benarkan pulang, balas tuk batin sambil memerhatikan ke arah Puan Salbiah.
Puan Salbiah, kenapa tuk batin tidak boleh pulangtanya Dr. Shukri.
Puan Salbiah tidak menjawab. Sebaliknya membuka fail tuk batin dan menunjukkan sesuatu dalam fail itu. Dr. Shukri terdiam sekejap. O.K. Sedikit hari lagi. Tapi...
Sedikit hari lagi, ulang Dr. Shukri. Adakah pesakit dikunjungi sesiapalj tanya Dr. Shukri kepada Puan Salbiah setelah ada catatan dalam fail. Tuk batin dikunjungi tetamu.
Ada dua orang putih datang, jawab Puan Salbiah.
Orang putih. Dari mana
Menurut mereka, ASG, tambah Puan Salbiah.
Apa itu tanya Dr. Shukri sambil memerhatikan ke arah anggota rombongan di belakangnya.
Asian Support Group, respons Dr. Shemelin.
Apa mereka nak dengan tuk batin tanya Dr. Shukri.
Mereka itu ahli antropologi dari Amerika Syarikat, balas Dr. Shemelin.
Bagaimana anda tahu
Mereka singgah di pejabat saya. Bagi kad nama.
Mengapa mereka sibuk-sibuk sangat
Ada NGO tempatan yang menjemput mereka.
Kali ini apa pula isu mereka.
Ethnocide!
Apa dia
Mereka menuduh kita melaksanakan etnosid, pembunuhan etnik ala Malaysia.
Mana ada Mereka itu betul ke ahli antropologi atau ejen CIA.
Mereka mendakwa kerajaan cuba secara sistematik menukar orang-orang asli itu, baik Jakun, Temiar, Semai, Batek, Temuan, Mah Meri dan lain-lain menjadi orang Melayu. Kononnya mereka memperjuangkan hak orang-orang asli agar kekal dengan budaya, amalan dan kepercayaan asli mereka, jelas Dr. Shemelin.
Kita tak pasti credentials mereka. Betul ke ahli antropologi. Masuk ke hutan kita cuba meracuni fikiran orang-orang asli, tambah Dr. Lufti.
Orang putih ni dahsyat sungguh.Mereka bunuh orang-orang dayak Amerika empat lima ratus tahun yang lalu. Mereka lupa. Mereka merampas tanah subur dengan segala kekejaman dan kemudian glorify genosid mereka di masa lampau melalui seni wayang. Apabila kita inginkan kemajuan untuk orang-orang asli kita, agar mereka keluar dari kumpulan termiskin dari rakyat miskin, kita dituduh etnosid. Di mana Dr. Shemelin tahu soal Dr. Shukri.
Dari web-site mereka.
Mereka kata kita bunuh etnik orang-orang asli tanya Dr. Shukri. Bukan bunuh secara fizikal tetapi cuba membunuh budaya etnik. Mungkin hanya suatu metafora, balas Dr. Shemelin.
Maksudnya tanya Dr. Shukri lagi.
Jika semua orang asli itu dimelayukan, semua etnik orang asli akan hilang identiti. Mereka akan dikenali sebagai orang Melayu.
Jika Barat mengeksport budaya mereka ke sini, apakah boleh kita tuduh Barat melakukan etnosid Melayu atau Asianosidtanya Dr. Lufti.
Sesetengah orang Barat ingin menjadi pembela orang-orang asli Malaysia dengan mengapi-api mereka. Penempatan semula orang-orang asli yang disediakan JHEOA dikritik. Rumah yang dibina macam kotak rektangular, berbumbungkan zink. Kawasan penempatan diratakan oleh kontraktor sehingga tiada lagi pokokpokok besar. Aktivis-aktivis itu kutuk kita, tidak ada otak. Suhu panas di dalam rumah semasa tengah hari tidak menyenangkan orang-orang asli. Sebab itu mereka meninggalkan rumah-rumah itu walaupun diberi percuma. Mereka kembali ke hutan. Buat rumah di bawah rimbunan kanopi hutan tropika. Sejuk dan nyaman. Mereka kata kita tak faham kehendak orang-orang asli. Mereka juga menuduh kita melakukan gerakan pemelayuan dan pengislaman orang-orang asli kerana tujuan-tujuan politik, jelas Dr. Shemelin.
Barat tidak rela memerdekakan kita. Mereka mahu terus bersikap sebagai master. Dwistandard mereka sungguh memalukan. Tetapi, mereka bongkak dan tidak punya rasa malu. Malah, datang ke negara kita menuduh kita melakukan pemelayuan paksaan. Padahal kita ingin mereka ikut sama maju bersama kejayaan negara, kata Dr. Lufti macam seorang patriot.
Kita juga mempunyai banyak etnik Melayu. Melayu bukanlah etnik tunggal. Jawa, Mandailing, Banjar, Aceh, Minang, Bugis, Madura, Deli, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Melayu Johor dan Riau. Semuanya masih mengekalkan adat resam yang sedikit berbeza, tapi unik untuk mengekalkan identiti mereka meskipun digolongkan dalam suatu rumpun Melayu. Malah, memanggil mereka sebagai orang asli adalah suatu perakuan dan pengiktirafan bahawa mereka adalah orang Melayu yang pertama datang ke tanah air ini. Kerana itu mereka dipanggil Proto-Malays. Mereka adalah nenek moyang kita. Mereka adalah orang Melayu sebelum penghinduan dan pengislaman, hujah Dr. Shukri.
Orang Barat suka membesar-besarkan kesilapan orang lain. Jumbo di depan mata tak nampak. Nyamuk di seberang lautan nampak macam gergasi, Dr. Bala pula. Semua yang mendengar ketawa.
Sebenarnya mereka mahu orang-orang mengekalkan kehidupan asal seolah-olah berada dalam muzium antropologi. Bolehlah mereka menonton cara kehidupan orang-orang purba, ujar Dr. Shemelin.
Mengapa tidak mereka tengok kejayaan orang-orang asli yang telah menerima pemodenan mencelah Dr. Mahsur. Sejak tadi menjadi pendengar sahaja. Baru-baru ni ada keluar di surat khabar tentang wanita orang asli yang menjadi peguam. Kemudian dipaparkan mengenai wanita Jakun yang berjaya sebagai kontraktor kelas F. Menjadi ketua kepada lebih empat puluh orang buruh. Tinggal di rumah banglo dan memiliki kereta-kereta mewah, sambung Dr. Mahsur lagi.
Saya ada kawan semasa di Australia dulu. Dia seorang Kelabit dari Sarawak. Kini dia seorang Pakar O&G di Kuching. Ketika dia pergi ke Australia, telinganya masih panjang seperti Temenggung Jugah. Kemudian dia potong, cerita Dr. Shukri.
Suku Kelabit tak sampai seribu orang di Sarawak, tapi menghasilkan seorang CEO untuk bakal menyelamatkan MAS daripada kerugian berterusan, tambah Dr. Shemelin.
Tapi kenapa orang-orang Barat suka memburukkan kita tanya Dr. Bala.
Mereka sengaja mencari alasan. Kelemahan-kelemahan kita dalam menangani masalah orang-orang asli dijadikan bahan memburukkan kerajaan. Mereka akan membalas jika kita membangkitkan isu diskriminasi orang-orang asli di Amerika, Kanada dan Australia. Inikan semacam perang urat saraf antara NGOs yang ditaja oleh kerajaan masing-masing. la sebagai faktor tawar-menawar agar isu orang asli tidak dibangkitkan di arena politik antarabangsa, kata Dr. Shemelin dengan penuh keyakinan.
Sebab itu kita ada UPUS untuk menangani perang psikologi. Lihat saja bagaimana Amerika melancarkan Perang Dingin hingga USSR boleh hancur. Perang Dingin itu ialah perang urat saraf. Lain kali, jangan tanya saya lagi mengapa kita ada UPUS di IMN, jelas Dr. Shukri.
Usaha pengislaman yang dibuat secara sukarela itu dipanggil mereka sebagai ethnocide protes Dr. Lufti.
Cultural ethnocide! Dr. Shemelin membetulkan.
Sosiologis kata asimilasi, balas Dr. Shukri.
Apa yang mereka tuntut, pemodenan orang asli tanpa asimilasi. Tak perlu jadi orang Melayu. Kata mereka pemodenan boleh dilaksanakan melalui integrasi, bukan asimilasi ataupun islamisasi. Tapi Barat memang nak pakai suku kata cide itu seperti genocide. Seperti krisis kemanusiaan di Balkan tanya Dr.Mahsur.
ltulah Barat. Apabila mereka melancarkan kolonisasi, kita juga yang terkena padah. Dijajah sampai hampir lima ratus tahun. Apabila mereka melancarkan globalisasi, kitalah pasaran mereka. Kita terbuai-buai dalam impian untuk menembus pasaran mereka. Globalisasi akan memberi keuntungan sepihak. Tengoklah nanti. Satu hari mereka akan menyerang Malaysia atau Brazil kerana gagal memulihara hutan tropika, kata Dr. Lufti.
Tak masuk akal! bantah Dr. Shukri.
Sekarang tak masuk akal. Akan datang siapa tahu. Amerika sanggup menyerang Iraq bukan kerana Saddam Hussain, tetapi karana ingin merompak minyak Iraq. Tidak hairan bila hutan-hutan tropika dimusnahkan kerana pembangunan sehingga menyebabkan gangguan cuaca global, mereka terpaksa menyerang negara-negara pengeluar oksigen terbesar untuk survival mereka atas alasan survival dunia, balas Dr. Lufti.
Itu imaginasi liar, ujar Dr. Shukri.
Jadi buat apa mereka mereka-reka tuduhan itu tanya Dr. Bala.
Itulah sebabnya kita ada UPUS. Barat dengan segala afliasi CIA, dengan NGO antarabangsa menaja kegiatan-kegiatan perang urat saraf untuk menjinakkan kelantangan pemimpin kita mengkritik Barat di arena antarabangsa, ujar Dr. Shemelin.
Mereka terhenti lama di katil tuk batin. Hairan tuk batin dibuatnya. Permohonannya untuk pulang menimbulkan perbahasan antara doktor di IMN. Per bahasan itu, pada tuk batin, tidak difahaminya; dan pecaya tidak ada kena-mengena dengan hasratnya untuk pulang dengan cepat.
Dr. Shemelin membelek halaman fail yang membatalkan arahan discas. Dia sempat membaca preskripsi ubat di fail tuk batin.
Di katil Mr. X, Dr. Arniah membuat presentasi kes. Dia menyebut kegiatan Mr. X menghitung. Dr. Shemelin terus mengenal sebutan. Dia mengatakan itu ialah bahasa Tagalog.
Barangkali kita perlu menghubungi kedutaan Filipina sama ada mereka boleh membantu, kata Dr. Shukri sambil memandang ke arah Dr. Bala. Dari awal lagi Dr. Bala diberikan tugas untuk mengenal pasti identiti Mr.X.
Tiba-tiba Mr. X bersuara. Ucapannya pada mulanya tidak jelas. Kemudian suara-suara rungutan berubah menjadi lebih jelas. Tetapi, dia tidak langsung bertatap mata dengan rombongan RKB. Dia masih dengan acara-acara yang tersendiri.
Rangi ara mahue, ikaroa, kata Mr. X sambil mendongak ke siling. Semua ahli rombongan RKB terdiam semacam menonton suatu drama pentas. Dr. Shemelin menggeleng-gelengkan kepala kepada Dr. Shukri, memberikan isyarat dia tidak tahu makna serta bahasa itu.
Ila rakura ilang ratumu, ara moana matariki, puanga, takurua, mahutanga.
Mungkin bahasa purba, kata Dr. Shemelin. Dia suruh Dr. Arniah mencatatkan kata-kata yang dilafaz kan Mr. X. Dari tadi Dr. Arniah merakamkan verbalisasi melalui telefon bimbitnya.
Marama tawera atutahi ikaroa ara moana.
Mr. X mengulangi frasa-frasa seolah-olah semacam mantera atau nyanyian.
Dr. Shemelin meneliti laporan dalam fail Mr. X.
Mereka semuanya diberi olanzapine tanya Dr. Shemelin padahal dia sudah membaca arahan preskripsi. Semua yang mengikuti RKB kembali memberikan tumpuan kepada Dr. Shemelin.
Ya...., jawab Dr. Shukri ragu-ragu.
Dr. Shukri tahu tak, pengeluar olanzapine sedang disaman USD70 milion oleh pesakit di US
Saya tahu. Olanzapine memberi kesan sampingan hiperglisemia, diabetis dan pankreatitis, balas Dr. Shukri.
Apa justifikasi mereka semua diberi olanzapine tanya Dr. Shemelin dengan nada lembut seorang bawahan yang menyoal atasannya.
Bukan saya, jawab Dr. Shukri.
Siapa soal Dr. Shemelin.
Datuk Pengarah, mencelah Puan Salbiah.
Setahu saya, Datuk sedang cuti. Dr. Shemelin seolah-olah tidak percaya. Dr. Shemelin teringat bagaimana seseorang telah menukar arahan preskripsi ubat untuk mangsa pertama. Apabila terjadi kes jenayah yang melibatkan perubatan, dialah pakar forensik kejiwaan yang dipanggil polis.
Dia buat round waktu malam. Kadang-kadang pukul 1.00 pagi, mencelah Puan Salbiah.
Well, IMN is his mistress, kata Dr. Shukri berjenaka.
Doktor Shukri tak nak ubah olanzapine tanya Dr. Shemelin.
Mungkin dia dapat perlindungan dari Auntie Lily, ujar Dr. Lufti dengan maksud berjenaka.
Lagi pula di Malaysia, tiada siapa yang ingin saman, kata Dr. Shukri bangga.
Lebih baik ambil FBS, GTT, LFT, HbAlC, Serum Amylase dan Lipase. Dr. Shemelin mencadangkan berjenis-jenis pemeriksaan darah.
O.K., kata Dr. Bala.
Untuk semua tanya Dr. Arniah.
Semua yang diberi olanzapine, balas Dr. Shukri. Dr.Shukri meninggalkan Mr.X dengan seribu tanda tanya. Mengapa pengarah masih membuat round. Tulisan pengarah cukup dikenalinya. Malah, lengkap dengan tandatangan. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan keputusan pengarah. Biarpun dia dalam cuti.
Pemergian rombongan RKB meninggalkan Mr. X dengan gerak lakonnya yang semakin bervariasi. Sesekali tercetus perkataanperkataannya yang tidak difahami pengamat. Sayang sumpahan keramat itu tidak keluar semasa RKB. Kalau tidak, pasti terhibur semua dengan sumpahan. Tiada siapa yang punya lesen untuk mencarut kecualilah orang tanpa siuman.