Jadi, bagamaina sepakan lencong itu dapat dilakukan Apakah fizik disebalik sepakan tersebut
Hukum pergerakan pertama Newton menyatakan, suatu objek akan terus bergerak atau terus berada dalam keadaan pegun (stationary) sehinggalah ada daya yang mengganggunya. Apabila objek itu bergerak, ia akan bergerak secara lurus (linear) sehinggalah ada daya mengganggunya.
Apabila boleh disepak, tidak kiralah arah mana pun, sepatutnya ia akan bergerak dalam keadaan lurus, bukan melencong, yang mematuhi hukum pergerakan pertama Newton. Sepakan yang dilakukan oleh Roberto Carlos diambil dari sudut kanan, kerana dia kaki kiri, dan sepakan tersebut telah menyebabkan bola berpusing.
Ketika bola berpusing, interaksi antara bola dan angin telah menghasilkan tekanan (pressure). Arah angin yang berlawanan dengan arah pusingan bola akan menghasilkan tekanan yang tinggi kerana berlaku daya seret (drag froce) yang tinggi, iaitu geseran antara angin dan pusingan bola. Arah angin yang mengikut arah pusingan bola akan menghasilkan tekanan yang rendah. Bola akan terus meluncur pada arah tekanan yang lebih rendah.
Kesan Magnus ini ditemui pada tahun 1852M oleh Gustav Magnus yang meramalkan kesan ini akan mengubah teknologi pelayaran berasaskan angin. Walaupun begitu, Isaac Newton telah mendahului Magnus dalam perkara ini pada tahun 1672M ketika memerhati permainan tenis di Cambridge.