Selangor FA ialah pada 30hb Ogos 1987, di mana beliau menjaringkan satu gol menerusi sepakan percuma yang menewaskan penjaga gawang Singapura. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan penentuan ke Suku Akhir Piala Malaysia 1987, di mana Selangor FA tewas, 1-2 di Stadium Nasional, Singapura.
Selangor FA hanya memerlukan seri untuk layak ke Suku Akhir, tetapi tewas mengejut kepada barisan muda Singapura yang bermain b e r h e m p a s - p u l a s . Jurulatih Singapura,
Seak Poh Leong telah mengarahkan para pemainnya mengawal dengan ketat Supermokh, sehingga menghalang Supermokh
yang berusia 34 tahun -- daripada menyumbang dengan lebih baik untuk Selangor. Pada minit ke-17, penyerang muda Singapura, V. Sundramoorthy, berjaya melepasi halangan P. Dharmalingam, sebelum menewaskan Aru The Spiderman.
Selanjutnya, Singapura mendahului Selangor 2-0 menerusi sepakan penalti oleh A.R.J. Mani pada minit ke-44. Panjaga gawang legenda Singapura, David Lee, beraksi cemerlang sewaktu menjaga gawang, manakala pemain legenda Selangor, K. Gunalan turut menampilkan aksi yang seharusnya dipuji.
Memandangkan Selangor memerlukan seri, Supermokh mengetuai barisan penyerang Selangor, menyerang gawang Singapura bertubi-tubi. Hasilnya, mereka dihadiahkan sepakan percuma pada minit ke-64. Supermokh merembat kencang dari jarak 30 meter, untuk bola meluru padu ke gawang gol Singapura selepas terbias daripada benteng yang dibina pemain Singapura FA. Namun, Selangor tetap gagal menyamakan kedudukan, untuk tewas dengan keputusan 1-2 di Stadium Nasional, Singapura.
Sementelahan, pada 17hb Oktober 1987 (Sabtu), Wilayah Persekutuan FA (Kuala Lumpur FA) memenangi Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah FA, 1-0 hasil jaringan K. Kannan. Kannan merupakan pemenang Kasut Emas 1987 dengan 15 gol, melengkapkan tahun gemilang skuad pimpinan Chow Kwai Lam yang turut memenangi Anugerah Fairplay. Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1987, lagenda Kedah, Radhi Mat Din menjadi Pemain Terbaik Perlawanan.
Singapura FA: David Lee, V. Sundramoorthy, Salim Moin, Kamarulzaman Zainal, Yahya
Mahdon, Zulkifli Kartoyono, A. R. J. Mani, Saaid Shukor, Ishak Saad, Borhan Abu Samah, Razali Saad;
Selangor FA: R. Arumugam, Mokhtar Dahari, Mohamed Nor Dahari, Khan Hung Meng, Zainal Abidin Hassan, K. Gunalan, Razali Alias, S. Loganathan, P. Dharmalingam, Zolkifli Ahmad, Zainal Norbit, Wong Hung Nung, Kamarulzaman Mohamed;
Pengadil: Steven Ovinis.
Terdahulu, seramai 20,000 menjadi saksi penampilan semula Supermokh dalam kancah Liga dan Piala Malaysia 1987, yang sepatutnya telah pun bersara selepas memenangi Piala Malaysia 1986. Dalam perlawanan tersebut, T. Lawrence telah dikeluarkan meskipun perlawanan baru berlangsung empat minit kerana mengalami kecederaan lutut. Gol dijaringkan oleh Zainal Abidin Hassan, menewaskan penjaga gol wilayah, M. Pavalamani.
K. Gunalan yang mengambil alih posisi Ristomoyo Kassim yang cedera -- membuat satu hantaran jauh kepada Zainal Abidin Hassan, yang kemudiannya menanduk kemas bola tersebut untuk membolosi pintu gawang Wilayah.
Ketika perlawanan tersebut berlangsung, pasukan Wilayah Persekutuan FA baru sahaja kembali daripada jelajah ke Eropah dan pusingan awal Kejohanan Kelab Asia di Bandung, Indonesia. Razali Alias yang mencukur sehingga licin kepalanya, mencuri tumpuan dan menenggelamkan bintang-bintang Wilayah seperti Lim Teong Kim, Malek Awab dan Fandi Ahmad. Sebelum itu, Selangor FA menjuarai Piala Sumbangsih pada 1985, selepas menewaskan Pahang FA.
Pemain Selangor FA: R. Arumugam, Mokhtar Dahari, Khan Hung Meng, Azhar Sharif, Zainal Abidin Hassan, A. Jayakanthan, Aziz Azizan, Razali Alias, Kamarulzaman Yusof, Wong Hung Nung, Zolkifli Ahmad, K. Gunalan, P. Dharmalingam;
Pemain Pahang FA: M. Pavalamani, Fandi Ahmad, K. Kannan, Saidin Osman, Mat Zan Mat Aris, Malek Awab, Subadron Aziz, Ramlan Askolani, Chow Siew Yai, Lim Teong Kim, Serbegeth Singh, T. Lawrence, Razip Ismail.