Pada satu pagi yang sangat sibuk, jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Tapi pesakit aku dah sampai nombor 30. Macammacam masalah. Maklumlah El Nino dah sampai. Panas terik berpanjangan. Jadi, penyakit pun macam-macam. Dalam aku sibuk-sibuk, dia call aku beberapa kali dan aku memang jarang angkat call waktu aku bekerja. Wife dan anak-anak aku pun dah faham benar, tetapi bukan dia. Seboleh-bolehnya nak juga bercakap dengan aku. Bila aku tak angkat call dia, dia hantar message. Nak suruh ambilkan nombor giliran. Anaknya demam tak baik-baik.
Setengah jam kemudian dia sampai di klinik. Kalau ikut gilirannya, ada 10 orang lagi pesakit lain sedang menunggu. Dia berkeras dengan staf aku nak minta didahulukan. Staf aku buat tak layan je dan dia call aku beberapa kali lagi. Aku pun tak sempat nak layan. Lepas selesai dua pesakit, baru aku benarkan dia potong giliran. Nak juga tahu apa penyakit anaknya itu, serius sangat ke. Ceritanya anaknya demam sejak malam tadi. Demam sahaja pun. Takda batuk dan selesema. Muntah-muntah pun takda. Datang memanglah berselubung dengan baju tebal tetapi suhunya baru 37.8 Celsius. Takdalah tinggi mana pun. Dia kata malam tadi dia langsung tak tidur. Dia tuamkan anaknya. Pagi ini dah beri ubat demam sebab itu demamnya dah turun.
Aku malas nak cakap banyak. Nak suruh buat ujian darah pun, demam belum pun sampai 24 jam. Nak confirmed denggi pun tak boleh. Aku beri dia ubat demam sahaja dan suruh balik. Lepas dua hari ambil darah kalau demam tak kebah. Satu yang aku musykilkan. Kenapa perlu bersusah-payah Kenapa perlu risau macam-macam Anaknya dah besar pun. Memanglah anak bongsu, tetapi umurnya dah 26 tahun. Dah boleh jadi emak budak dah. Lainlah kalau anaknya bawah 5 tahun. Kenalah risau pasal sawan ke apa. Ini dah tua bangka.
Rasa nak suruh staf charged double consultation. Bayar untuk segala stress yang staf aku hadapi. Tetapi aku tak sampai hati dan dia berani pula bertanya, kenapa doktor tak nak jawab call saya
Semalam juga ada satu pesakit. Pernah datang ke klinik aku 2 bulan lepas. Mengadu gatal dan ruam di kakinya. Dia minta MC tetapi aku tak beri. Bila tak dapat MC dia terus balik. Ubat tak ambil. Bayaran jauh sekalilah. Buat bodoh je. Semalam berani dia datang ke klinik aku lagi. Mood masa tu tengah tak baik. Menanah telinga dia dengar syarahan daripada ustaz tak cukup tauliah. Nasib baik ada pesakit lain yang meredakan kemarahan aku. Dia datang bawa mainan untuk tambah koleksi aku. Turun sikit tekanan darah aku.