Datuk Parish klien baru Fil. Ujarnya. Dia tidak berminat mahu menjelaskannya secara terperinci dengan wanita itu. Tidak perlu itu semua!
Bila Fil balik KL
Esok.
Wirda terdiam sejenak. Keadaan mereka benar-benar kekok sedangkan mereka pernah menjadi suami isteri suatu ketika dahulu.
Hari jadi Melly kelmarin kan Tanya Wirda tiba-tiba. Suara Wirda terdengar sebak. Dia meneliti raut wajah Wirda yang kesedihan. Hatinya tiba-tiba rasa dangkal melihat raut muram yang terhias di wajah itu.
Tak sangka Wirda masih ingat harijadi dia. Dia menyebut dengan nada sinis.
Dia anak Wirda, Fil. Anak kita. Wirda meninggikan suara. Merah mata Wirda memandang ke arahnya.
Anak yang Wirda tinggalkan semata-mata nak kejar cita-cita Wirda dulu Pintasnya berang. Marahnya tiba-tiba memuncak.
Ini tak adil, Fil. Keluh Wirda.
Tak adil untuk Wirda sebab Fil perlakukan Wirda macam ni Tapi adil untuk Fil sehingga Wirda sanggup tinggalkan suami dan anak sendiri Sindirnya lagi. Bibirnya melempiaskan tawa sinis, sedang hatinya seperti mahu menjerit-jerit.
Tuduhlah apa saja Fil, tapi Wirda perlukan Melly dalam hidup Wirda. Wirda masih mamanya. Rintih Wirda sedih.
Wirda hanya ibu yang melahirkan dia. Hakikatnya Fil adalah ayah sekaligus ibu untuk anak kita. Wirda dah hilang hak itu sejak Wirda tinggalkan dia lima tahun dulu. Tukasnya dengan nada keras.
Fil, pleaseWirda bukan nak rampas Melly dari Fil. Wirda cuma nak Melly tahu yang Wirda ni mamanya. Suara Wirda seperti hendak menangis.
Filman menarik nafas panjang. Dia sendiri tidak mengerti mengapa hatinya sekeras ini menghadapi Wirda bekas isterinya. Wanita yang pernah bertahta di hatinya suatu ketika dahulu. Dia tidak pernah berniat mahu menghalang Wirda dari menemui Melia. Dia tahu Wirda masih berhak, meskipun wanita itu melukai hatinya suatu ketika dahulu. Namun entah kenapa, marahnya berladung semula setiap kali dia teringatkan apa yang pernah Wirda lakukan suatu ketika dahulu.
Tiba-tiba pandangannya beralih arah. Tidak jauh dari tempat duduknya, dia terpandang kelibat seorang lelaki separuh umur sedang asyik berpaling ke arahnya. Dahi Filman berkerut sedikit. Wajah lelaki itu seperti pernah dilihatnya.
Siapa ya Tiba-tiba kerut di dahinya semakin melebar. Wajah itu kembali perlahan-lahan dalam fikirannya. Itulah lelaki yang ditemuinya terhendap-hendap di majlis Datuk Parish malam semalam.
Menyedari tingkah lakunya berjaya dikesan, lelaki separuh umur itu terus mengalihkan pandangan, lalu pura-pura menyelak majalah yang tersedia di dalam penerbangan itu. Gerak-geri lelaki itu membuatkan Filman semakin diterpa pelbagai persoalan. Aneh! Siapa lelaki itu Kenapa tajam benar cara lelaki itu memandangnya Adakah dia mengenali aku
Daun pintu di hadapannya dikuak perlahan. Secara berdikit-dikit dia melangkah ke dalam tanpa mempedulikan Evelyn di belakangnya. Tak tahu kenapa kemarahannya terhadap Evelyn sukar untuk diredakan kali ini. Perbuatan Evelyn benar-benar tidak dapat dimaafkan.
Sebaik dia sampai, dia melabuhkan punggung di atas sofa empuk di ruang tamu. Matanya mengawasi ruang tamu tersebut yang nampak kemas dan tersusun.
I yang kemaskan apartmen you ni. Kalau dibiarkan, entah apa benda akan bersarang kat dalam ni. Ujar Evelyn seraya meletakkan beg pakaiannya di atas salah sebuah sofa di situ.
Dia melemparkan pandangan ke arah Evelyn. Wajah itu direnung agak lama. Tolong pulangkan semula kunci apartmen I. Pintanya dengan wajah selamba.
Evelyn tersentak. Matanya menukas tajam ke arah Joshua.
Apa maksud you Josh
I cuma nak kunci rumah I semula. Tak elok you simpan kunci rumah I lama-lama. Lagi-lagi I hanyalah partner you, tak lebih dari itu. Alasan Joshua.
******
Evelyn mengetap bibir. Secara terburu-buru dia membuka beg tangannya lalu mengeluarkan sebatang anak kunci. Kunci tersebut dicampakkan di hadapan Joshua dengan wajah berang.
You memang dah melampau Josh. Sampai hati you layan I macam ni semata-mata kerana perempuan tu. Bentak Evelyn.
Jangan kaitkan nama Danira dalam masalah kita. I tak suka you buat macam tu. Ujar Joshua tetap dengan wajah tenang.
Memang Danira masalah kita Josh. Dia rampas segalanya dari I. Jerit Evelyn berang.
Apa Apa yang dia rampas dari you Evy Suara Joshua tiba-tiba meninggi. Entah kenapa kesabarannya semakin menipis mendengar kata-kata Evelyn yang tak masuk akal.
Evelyn terdiam. Kelopak matanya bergenang saat dia menatap wajah Joshua.
You. Bisik Evelyn perlahan.
Dia curi you dari hidup I. Dulu I yang paling penting dalam hidup you, Josh. Tapi sejak dia muncul, you dah lupakan I. I semakin tak penting dalam hati you. Itu kenyataannya Josh. Jadi you tak ada hak untuk menghalang I membenci Danira. Ungkap Evelyn dalam kesedihan.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah Joshua akan memujuk Evelyn