Zaman sekarang, berdoa dalam Facebook dan WhatsApp. Zaman dahulu, kalau kita tak puas hati dengan sesiapa, kita jumpa depan-depan. Tak berani sorang-sorang, Kita bawa geng. Zaman sekarang, kalau tak puas hati share sahaja dalam Facebook. Layanan tak bagus, salah beri ubat, kurang penerangan, lambat beri rawatan, nurse main handphone masa bertugas, doktor tidur masa bertugas, staf cakap kasar, doktor pula garang ataupun doktor tak beri MC. Semuanya mudah menjadi viral dalam media sosial.
Zaman memang dah berubah, masing-masing seronok menjadi keyboard warriors. Masing-masing seronok bila postnya menjadi viral. Ramai yang like. Ramai yang komen. Ramai yang share, tetapi berlaku adilkah mereka Cerita separuh benar dijaja untuk dapat simpati. Bukan setakat di Malaysia malah satu dunia boleh membacanya. Kalaulah cerita itu tak betul, berapa banyak dosa yang dikutip Mereka mungkin benar. Ketidakpuasan hatinya mungkin ada asasnya tetapi kenapa tak diselesaikan baik-baik Orang Melayu ada adab dan budi bahasa yang tinggi. Mana perginya sekarang Ada caranya untuk menegur. Ada caranya untuk meluahkan perasaan tetapi kalau sampai menganggu periuk nasi orang, boleh berakhir di mahkamah nanti.
Beberapa hari lepas, ada satu post dalam group FB. Berlaku di salah satu klinik rangkaian. Dia tak puas hati dengan doktor yang merawatnya. Doktor tak mesra pesakit katanya. Doktor juga suka hempas-hempas barang katanya. Sekejap sahaja, berderet komen yang masuk. Sekejap sahaja, dah 600 lebih likes tetapi sebelum keadaan menjadi lebih parah, pihak pengurusan klinik berjaya slow talk dengan penulis post tersebut. Bagus betul General Manager rangkaian buat kerja. Kes berjaya diselesaikan dengan baik. Aku tak sempat nak tengok post tersebut sebenarnya. Aku hanya tengok screenshot yang dihantar oleh staf aku sahaja. Masa aku nak check waktu tengah hari, post pun dipadamkan.
Aku memang tak setuju menyampaikan cerita-cerita begini di FB. Cerita-cerita negatif, komen-komen negatif, tak payahlah nak sebar-sebarkan. Diam-diam sahaja sudahlah. Tetapi yang menariknya, tempiasnya kena kat aku juga. Nama aku pula dipetik oleh beberapa orang dalam rantaian komen-komen tersebut.
Glamor sekejap aku di FB. Ada yang menyampaikan cerita-cerita kat aku. Aku senyum sampai ke telinga sepanjang hari. Patient penuh kat klinik pun aku relak sahaja. Aku siap dah cadang nak pecah dinding. Nak besarkan ruang menunggu klinik aku.
Beginilah lumrah alam. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku sentiasa mengingatkan diri ku sendiri supaya kerja itu jadikan satu ibadat. Kerja itu bukan satu beban. Yang baik datang daripada Allah. Yang buruk datang daripada kelemahan diri sendiri.
Alhamdulillah setakat ini belum ada kompelin buruk pasal klinik aku. Yang biasa aku terima hanyalah, klinik asyik ramai orang, klinik asyik tutup sahaja dan doktor asyik datang lambat.
Aku seganlah nak jawab. Walaupun aku ada jawapannya.