Perlahan-lahan dia bangkit dari sofa lalu melangkah ke arah tingkap. Pandangannya dilontar ke luar. Dia mengambil masa sebelum membalikkan tubuhnya kembali. Matanya menjamah wajah Evelyn yang dibasahi air mata.
Evy, I tak nak sakitkan hati you. Tapi you pun tolong jangan sakitkan hati I lagi. Hubungan persahabatan kita sudah cukup lama untuk diruntuhkan dalam sekelip mata.
Evelyn mendongak. Menatap wajah lelaki itu yang kelihatan serius.
Selama ini I anggap you tak lebih dari seorang kawan Evy. Ya, memang I sukakan Danira. Tapi Danira sendiri tak tahu bagaimana perasaan I pada dia. Ini semua salah I, bukan salah dia. Jadi jangan lepaskan rasa marah you pada dia. Ini tak adil untuk dia Evy. Bisik Joshua, mengharapkan wanita itu mengerti segala-gala yang diluahkannya.
Evelyn hanya mampu tercegat di situ tanpa sebarang suara. Lidahnya kelu mendengar penjelasan Joshua yang panjang lebar. Hatinya merintih sedih menahan tamparan yang menghiris jiwa. Sungguh dia tidak menyangka, kebenaran yang sedang diperkatakan Joshua amat menyakitkan hatinya.
You memang kejam Josh. You memang tak berhati perut. Usai berkata demikian, Evelyn segera angkat kaki lalu keluar dari apartmen itu. Berdentum bunyi daun pintu dihempas, membuatkan Joshua terpaku buat seketika.
Nafasnya mendesah. Fikirannya bingung entah kenapa. Jauh di sudut hati dia tidak ingin mengecewakan Evelyn. Namun dia juga tidak mahu membiarkan Evelyn terus menyimpan harapan kosong terhadapnya.
Tubuhnya yang keletihan, membuatkan dia mengambil keputusan untuk menyegarkan diri dengan pancuran air panas sebelum melelapkan matanya sejam dua. Namun belum sempat dia menghilang ke arah biliknya, loceng pintu rumahnya berdenting beberapa kali. Joshua mengerling ke arah pintu apartmennya yang terkatup rapat. Siapa pula yang datang
Dentingan loceng pintu itu terus menggasak telinganya. Mahu tak mahu Joshua segera mendekati pintu rumahnya. Dia memberanikan diri mengintai di sebalik lubang kecil pada pintu.
Wajah seorang lelaki terpapar di retina matanya. Melihat lelaki itu, Joshua terkejut besar. Cepat-cepat dia membuka pintu di hadapannya menyerlahkan seraut wajah yang cukup dikenalinya.
Segelas mug berisi kopi panas diletakkan di hadapan lelaki itu. Aroma kopi yang meruap menarik perhatian lelaki itu sehingga dia tidak menunggu lama untuk mencapai pemegang mug itu. Isi kopi dihirup beberapa kali. Terkelip-kelip Joshua memerhatikan reaksi lelaki separuh umur itu.
Sedap kopi ni. Kamu masih pandai menyediakan kopi panas ni Josh. Puji lelaki itu. Joshua tidak berkata apa-apa. Kata-kata lelaki itu langsung tidak menarik minatnya.
Di mana uncle selama ini
Soalan Joshua membuatkan lelaki itu terdiam. Mug di tangannya segera diletakkan di atas meja kopi di hadapannya. Matanya meliar ke wajah Joshua yang kelihatan serius.
Josh..
Setelah 6 tahun dan kini baru uncle muncul Untuk apa Soal Joshua lagi, mendominasikan keadaan.
Joshua, I have my own reason.
And what is that
Umar terdiam. Bicaranya hilang lagi. Sudah lama dia tidak bertemu Joshua. Namun Joshua bukan lagi seperti dulu. Cakap-cakap lelaki itu semakin tegas kedengaran.
Dulu dalam telefon, uncle bercakap tentang satu kes
Josh, you dont listen..
Joshua mengeluh. Dengusan kasar meluncur laju dari bibirnya. Dia meraup wajah sejenak, cuba meleraikan kekusutan dan kemarahan yang berhimpun di rongga hatinya.
Kes itu penyebab kematian Firdaus bukan Dia dibunuh kerana dia terlalu obses dengan kes tu. Kes yang uncle berikan padanya! Tuduh Joshua sedikit berang.
******
Umar menarik nafas panjang Dia mengerti akan kemarahan yang Joshua rasakan terhadapnya. Dia juga tahu dalam tempoh ini, lelaki itu hampir gila cuba menjejakinya. Tapi dia tidak mahu terus membahayakan nyawa orang lain lagi setelah apa yang berlaku pada Firdaus. Kerana itu dalam tempoh enam tahun ini, dia langsung tidak cuba menghubungi Joshua.
Kerana kes itu, Firdaus dibunuh. Kerana kes itu juga, seorang gadis yang tak berdosa menjadi mangsa. Berapa ramai lagi yang harus menjadi korban sebelum isi kandungan kes itu didedahkan kepada pihak berkuasa Soal Joshua dengan suara meninggi.
Kamu tak faham Josh.. Keluh Umar.
Then explain it to me. Apa sebenarnya yang berlaku uncle Apa yang kalian sembunyikan sebenarnya Siapa sebenarnya yang bunuh Firdaus
bersambung
Bab akan datang:
Apa yang ingin Umar terangkan pada Joshua